DRAF BUKU CERITA KANAK-KANAK
TEMA: KASIH SAYANG
(MOHAMED IMRAN BIN MOHAMED PUAD 272552)
1. Cadangan tajuk
Terima Kasih Cikgu
2. Sinopsis
Kisah ini menceritakan tentang seorang cikgu yang bernama Suraya yang suka
membantu anak muridnya di sekolah. Suraya yang amat dikenali di sekolahnya kerana
atas sifat yang suka membantu dan penyayang kepada semua orang. Suraya telah di
didik oleh ibu bapa mereka supaya sentiasa membantu orang jika memerlukan.
Pada suatu hari, semasa Suraya memandu keretanya dia ternampak anak muridnya
yang bernama Abu yang dikenali amat pintar. Abu seorang anak muridnya di sekolah
yang miskin dan tidak mempunyai bapa. Bapa Abu meninggal dunia ketika Abu baru
lahir akibat kemalangan jalan raya. Pada ketika itu, Suraya menegur Abu kerana dia
melihat Abu sedang mengutip tin dan botol yang terpakai. Selepas itu, Abu terus
melarikan dirinya kerana malu dengan perbuatannya itu.
3. Plot
i. Permulaan
Suraya yang bekerja sebagai cikgu di Sekolah Rendah Kebangsaan Makmur amat
dikenali di sekolahnya kerana atas sifat yang suka membantu dan penyayang kepada
semua orang. Ibu bapanya memdidik beliau supaya sentiasa membantu orang jika
memerlukan. Suraya sangat mesra dengan anak muridnya setiap kali mengajar kerana
beliau mahu anak muridnya semua berjaya pada masa hadapan. Selain itu juga,
Suraya mengajar subjek agama islam dan sivik di sekolahnya.
ii. Perkembangan
Pada suatu hari, semasa Suraya memandu keretanya dia ternampak anak
muridnya yang bernama Abu. Apabila Suraya keluar dari kereta yang
dipandunya dia memanggil anak muridnya kerana Suraya melihat Abu sedang
mengutip tin dan botol yang terpakai di tepi sampah sarap. Beliau juga teringat
Abu tidak mempunyai bapa dan seorang yang miskin. Bapa Abu meninggal
dunia ketika Abu baru lahir akibat kemalangan jalan raya. Abu mendengar
Cikgunya memanggil lalu dia melarikan diri kerana malu dengan
perbuatannya.
iii. Perumitan
Keesokan harinya, Suraya berjumpa dengan Abu setelah habis waktu
persekolahan. Dia bertanya kepada Abu dan mahu dia menceritakan tentang
kejadian semalam. Abu menceritakan kepada Cikgunya Suraya. Abu mengutip
tin dan botol terpakai kerana ingin membantu ibunya yang hanya bekerja
sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran berdekatan rumahnya. Suraya
amat terkilan mendengar cerita tersebut. Sepelas mendengar cerita tersebut,
Suraya terus membawa Abu pulang kerumahnya untuk berjumpa ibunya yang
bernama Salmah.
iv. Klimaks
Suraya berjumpa dengan Salmah iaitu ibu kepada Abu. Suraya
membincangkan tentang keadaan tersebut dan mahu membantu mereka dari
segi keperluan dan kewangan. Mereka berdua agak sebak dan mengeluarkan
air mata terharu akan kebaikan cikgu Suraya yang ingin membantu mereka.
Tambahan lagi, Suraya juga berjumpa dengan ketua kampung dan
menceritakan hal tersebut kepadanya. Ketua kampung juga terkejut akan cerita
tersebut dan segera memberikan bantuan kepada mereka.
v. Peleraian
Selepas dua hari, Suraya melihat keadaan Abu di kelasnya dan dia sangat
gembira kerana dapat mengukir senyuman di wajah Abu. Abu juga seorang
murid yang pintar dan sangat cemerlang dalam keputusan ujiannya. Abu amat
berterima kasih kepada cikgu Suraya kerana membantu dia. Selain itu, ketua
kampung juga amat berterima kasih kepada cikgu Suraya kerana memberitahu
beliau tentang Abu dan Salmah kerana beliau amat tegas tentang perkara
tersebut. Akhirnya, Suraya amat berpuas hati melihat anak muridnya gembira
dan bersemangat apabila mereka dating ke sekolah.
4. Watak dan Perwatakan
Suraya
Seorang cikgu yang penyayang
Berbudi Bahasa
Suka membantu anak muridnya
Abu
Anak murid Cikgu Suraya
Rajin membantu ibunya
Berbudi Bahasa bila bertutur dengan cikgunya
Salmah
Ibu kepada Abu
Seorang yang rajin
Ketua Kampung
Tegas
Suka membantu orang