The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Batas-Batas Pergaulan Menurut Syarak(e-majalah)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asamirs2606, 2020-10-20 03:11:09

Batas-Batas Pergaulan Menurut Syarak(e-majalah)

Batas-Batas Pergaulan Menurut Syarak(e-majalah)

DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

AHMAD SAMIR BIN SAMSUDIN 09DKM18F1014
MUHAMMAD AMRI AFIF BIN MOHD ZUL 09DKM18F1058
AMIRUL IZUAN BIN SHAHAK 09DKM18F1119
MUHAMAD LUQMAN BIN MOHD ZABIDY 09DKM18F1127

E-MAJALAH
TAJUK : BATAS PERGAULAN MENURUT SYARAK

PENSYARAH : PUAN HAJARATUL ADHWA

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t…

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana
memberikan kesihatan yang baik serta memberikan peluang kepada kami untuk menyiapkan
tugasan E-Majalah ini. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada pensyarah kami iaitu
Puan Hajaratul Adhwa telah memberi tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan kepada
kami bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa nasihat daripada beliau kami pasti
tidak dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang
ditetapkan. Disini beliau telah memberikan banyak penerangan untuk memastikan agar kami
dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya tidak lupa juga kepada semua ahli
kumpulan kami dimana mereka telah bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini dengan
penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi. Kerjasama daripada semua ahli kumpulan
adalah amat dihargai. kami berharap agar sekiranya terdapat beberapa kesalahan yang tidak
sengaja dilakukan harap dimaafkan, kami telah melakukan yang terbaik dan penuh berhati-
hati dalam menghasilkan E-Majalah ini . Akhir kalam kami berharap dengan adanya E-Majalah
yang bertemakan “BATAS-BATAS PERGAULAN MENURUT SYARAK” ini dapat menjadi
suatu platform untuk membuka minda masyarakat dalam menjaga hubungan diantara satu
sama lain berlandaskan syariat Agama Islam iaitu agama Allah.

PENGENALAN BATAS PERGAULAN

Pada hari ini sudah hilangnya adab pergaulan di antara lelaki dan juga perempuan yang
bukan ajnabi. Pergaulan atau ikhtilat (bahasa Arab) dalam Islam membawa maksud pergaulan atau
percampuran antara lelaki dan wanita ajnabi di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk
perbuatan di antara seseorang dengan lain. Iaitu ia hanya berlaku di antara tiga orang atau lebih. Ini
berbeza dengan khalwat yang terdiri daripada dua orang sahaja. Oleh itu, Islam menetapkan
peraturan antara sesama manusia dari antara lelaki dengan perempuan.

Ajaran Islam amat mengambil berat tentang batas pergaulan sesama manusia. Pergaulan itu ada
dua jenis, iaitu pergaulan antara sesama lelaki atau sesama perempuan dan kedua pergaulan antara
lelaki dengan perempuan. Pergaulan atau percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan
dilihat sebagai sesuatu yang besar kesannya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar
istilah kawan, adik, kakak, abang angkat juga yang mendakwa sebagai rakan sembang di alam maya
atau apa jua istilah yang digunakan merujuk kepada hubungan sosial yang sebahagiannya menjurus
kepada perbuatan mungkar.

Syariat Islam tidak melarang pergaulan antara lelaki dan wanita asalkan mengikut lunas dan
prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh syarak. Malah Islam menggalakkan pergaulan yang sihat dan
membuahkan manfaat kepada mereka. Dalam Islam pergaulan yang sihat mengambil kira batasbatas
mahram dan juga jenis aktiviti yang dijalankan.

Islam mensyaratkan bahawa setiap pertemuan atau pergaulan yang dilakukan antara lelaki
dengan perempuan, mestilah disebabkan keperluan yang dibenarkan oleh syarak, bersama mahram,
menjaga batas-batas aurat dan percakapan. Sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad;

Yang bermaksud:“Tidaklah berdua-duaan seseorang lelaki dengan seseorang perempuan, melainkan
syaitan adalah yang ketiganya”.

Bagi tujuan memelihara batas-batas pergaulan juga Allah Subhanahu wa-Taala menyuruh lelaki
dan perempuan agar menundukkan pandangan apabila bertemu melalui firman-Nya dalam surah al-
Nur ayat 30 dan 31:

Yang bermaksud: “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan
pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram). Demikian
itu lebih suci (lebih baik) bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya
tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya
menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram)
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya
(wajah dan kedua-dua tapak tangan)…”.

Oleh itu, kita hendaklah menjaga batas- batas diantara kita sama ada diantara lelaki dengan
perempuan , lelaki dengan lelaki dan sebaliknya. kita pernah mendengar kata saidina umar al- khattab
yang berbunyi "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang
wanita." . Oleh itu kita harus menundukkan pandang terhadap wanita mahupun lelaki..

Nafsu,Minda dan Syaitan

Dalam kehidupan kita di dunia ini mewajibkan kita untuk bergaul sesama manusia. Perbezaan
bangsa, agama, jantina, umur, pendapat mahupun darjat membuatkan kita cenderung untuk berkenalan
antara satu sama lain. Walau siapapun kita di atas dunia ini, ianya tidak menghalang kita dari bergaul
sesama manusia. Namun begitu, terdapat batas-batas pergaulan yang perlu kita patuhi dalam Islam,
termasuklah dari segi aurat dan ikhtilat khususnya.

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan mematuhi hukum hakam yang ditetapkan oleh agama
seperti aurat antara lelaki dan lelaki, perempuan dengan perempuan dan juga lelaki dengan
perempuan. Selain itu, jarak antara dua orang bukan mahram, iaitu orang yang boleh kamu kahwini
harus dijaga. Larangan-larangan tersebut adalah untuk menjaga perasaan kita sebagai manusia yang
juga terikat dengan nafsu dalam betindak bagi sesuatu situasi.

Pada era teknologi zaman kini, larangan tersebut juga perlu diaplikasikan dalam dunia maya.
Ianya bagi mengelakkan kita bertindak di luar batasan sebagai umat Islam. Demi menjaga maruah diri
dan imej Islam, janganlah kita sengaja membuat perkara-perkara yang boleh mengheret kita dan juga
orang lain ke neraka kerana kelalaian kita dalam membendung nafsu dari godaan syaitan.

Sedasawarsa ini, melalui peranti mudah alih sahaja, kita terdedah kepada pelbagai cabaran
dalam menjaga batas-batas pergaulan. Aplikasi sembang alam maya yang membolehkan kita
mengakses kepada panggilan video antara medium yang harus kita ambil berat tentang pentingnya
menjaga batas-batas pergaulan ini. Ramai pasangan kekasih masa kini yang selalu membuat panggilan
video. Panggilan video ini bukan sahaja terhad pada waktu siang, tetapi juga pada waktu malam
sehinggalah sebelum kedua-duanya tidur. Bagi menjaga adab dan maruah sebagai muslim,
keduaduanya haruslah mengetahui batas-batas pergaulan bagi mengelakkan diri sendiri melakukan
perkaraperkara di luar tabii, contohnya dengan mengenakan pakaian yang sesuai dan juga menutup
aurat.

Namun, sejauh mana manusia ini mampu bertahan dari godaan syaitan yang telah berjanji
dalam [Surah Al A’raf : 7:16-17] ‘Kerana engkau telah menghukumku tersesat, maka aku benarbenar
akan (menghalang) mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian aku akan datang kepada mereka dari
muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan engkau akan mendapati
kebanyakan mereka tidak bersyukur.’ Godaan syaitan itu sungguh dahsyat sejak dahulu lagi, dan ianya
akan berterusan sehinggalah ke hari kiamat.

Bagi kaum hawa, anda seharusnya tahu sejauh mana anda boleh menunjukkan diri anda dan
menjaga aurat anda bukan sahaja rambut dan anggota lain, tetapi juga intonasi suara anda. Bagi lelaki
pula, walaupun aurat lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut, adalah penting bagi kamu sentiasa
berpakaian sopan bagi mengelakkan sebarang fitnah diluar pengetahuan kamu kerana lelaki juga tidak
terlepas daripada menjadi mangsa penipuan di alam maya ini. Jadi anda mugkin mahu berfikir semula
tentang mitos lelaki mempunyai 9 akal itu.

Ramai anak-anak remaja masa kini yang menyalahgunakan aplikasi-aplikasi sosial yang boleh
dimuat turun dalam peranti mudah alih mereka. Antara aplikasi yang mencatat pelbagai kes antaranya
WeChat, Facebook dan TikTok. Setakat ini kes yang dilaporkan adalah dari segi penyebaran
gambargambar lucah, pemerdagangan manusia dan juga penipuan wang ringgit dan yang menjadi
mangsa keadaan biasanya kaum hawa yang lemah dan tidak dapat mempertahankan diri sendiri
apabila terlibat dengan kes-kes tersebut. Perkara ini memberikan kesan yang mendalam dan trauma
kepada si mangsa.

Pastinya perkara sebegitu bukanlah yang sesuatu diminta oleh si mangsa dan bukan juga niat
untuk menyalahkan si mangsa. Namun, jika kita dapat menjaga batas-batas pergaulan, pasti
perkaraperkara tersebut dapat dielakkan.

Dunia ini dihuni oleh pelbagai jenis manusia dan apa yang tersirat dalam hati seseorang hanya
tuan badan dan Allah S.W.T. sahaja yang mengetahuinya. Seperti satu pepatah yang berbunyi,
“Rambut Sama Hitam, Hati Lain Lain” yang bermaksud, luaran seseorang mungkin kelihatan sama
dengan yang lainnya, namun apa yang terkandung dalam fikiran dan hati seseorang adalah berbeza
dan tidak diketahui orang lain.

Oleh sebab itu kita harus menjaga batas-batas pergaulan, terutamanya antara lelaki dan perempuan.
Batas-batas pergaulan ini bukan sahaja kerana kita mengikut tuntutan agama, tetapi juga untuk

melindungi diri kita dari terjebak dengan perkara-perkara yang dapat menyakiti diri, memalukan diri
sendiri dan menjaga maruah diri dan keluarga. Batas-batas pergaulan seharusnya dipelajari sejak dari
kecil lagi supaya kita terbiasa dengan cara hidup Islam yang sempurna. Islam itu agama yang mudah,
andai kita patuh dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah, pasti kita selamat di dunia dan juga di akhirat.

BATAS AURAT DAN PERGAULAN

Dalam Keluarga. Satu Peringatan!
Belakangan ini, tular perbuatan-perbuatan sumbang di media elektronik dan juga media cetak perilaku-
perilaku ‘haruan makan anak’, seks, liwat, gangguan seksual dan pelbagai lagi perlakuan di luar
tabie yang berlaku dalam keluarga sendiri, seolah-olah perbuatan tersebut sudah menjadi lumrah
sehingga tiada lagi perasaan gerun, marah, simpati dan takut dalam kalangan masyarakat abad ini.

Sungguh merisaukan!
Hal ini berlaku demikian adalah disebabkan oleh trend pemakaian yang mendedahkan aurat oleh kaum
hawa itu sendiri juga pergaulan tanpa batasan di antara ayah dengan anak, abang dengan adik, cucu
dengan atuk dan sebagainya.
Ya! Ada aurat yang perlu dipelihara dan ada batas-batas pergaulan yang perlu dijaga walaupun
bersama dengan keluarga sendiri.
Aurat berasal daripada perkataan arab iaitu aurah yang membawa maksud aib, menurut istilah fiqh pula
aurat membawa maksud bahagian tubuh badan yang tidak boleh dilihat, wajib ditutup dan
dilindungi daripada pandangan.
Aurat yang perlu ditutup dan dipelihara daripada pandangan keluarga adalah seperti berikut ;
1) Aurat anak perempuan dengan ibu bapanya dan adik beradiknya yang haram untuk

dikahwini adalah daripada pusat hingga ke lutut.

2) Aurat anak lelaki dengan ibu bapanya dan adik beradiknya yang haram dikahwini adalah
daripada pusat hingga ke lutut

3) Aurat perempuan dengan sepupu-sepupunya lelaki yang halal untuk dikahwini adalah
seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

4) Aurat adik ipar dengan abang ipar adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

Mahram adalah perkataan dalam Bahasa Arab yang membawa maksud orang yang haram dikahwini
oleh sebab fitrah yang menjadikannya seperti demikian.

Muhrim pula bermaksud mereka yang berada dalam ihram ketika melakukan umrah dan haji dan
dilarang melakukan beberapa perkara untuk mengelakkan daripada terbatalnya ibadah umrah dan haji
tersebut. Perkataan muhrim ini seringkali disalah ertikan ketika kita mengungkapkan tentang mahram.

Jangan Sentuh, inilah antara tajuk yang terdapat di dalam sebuah buku subjek Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan, yang mendedahkan kepada para pelajar tahun satu tentang bahagian- bahagian yang
tidak boleh disentuh oleh orang asing.

Antara bahagian yang tidak boleh disentuh oleh orang asing adalah bahagian mulut, dada faraj, zakar
juga punggung.

Walaubagaimanapun, pendedahan ini perlu diperincikan lagi apabila anak-anak bersama dengan ahli
keluarga bahagian mana yang tidak boleh disentuh dan dilihat oleh keluarga itu sendiri untuk
mengelakkan daripada berlakunya sumbang mahram.

Bahagian aurat anak-anak dengan ibu bapanya adalah daripada pusat hingga ke lutut, akan tetapi untuk
bahagian dari pusat dan ke atas juga hendaklah ditutup baik sebagai tanda malu seorang hamba dan
juga mengelakkan daripada pandangan yang menimbulkan syahwat.

Pengasingan tempat tidur antara ibu bapa dan anak-anak yang telah Islam anjurkan juga wajar
diberikan perhatian utama , kerana setiap yang telah Islam ajarkan pasti ada hikmah yang logik yang
perlu kita akur pada akhirnya. Pemisahan tempat tidur antara ibu bapa dengan anak adalah apabila anak-
anak mencapai umur 10 tahun.

Kisah benar yang didapati daripada media sosial belakangan ini, luahan daripada seorang ibu yang
bertanyakan soalan bagaimana beliau mahu memisahkan tempat tidur suaminya dengan anak
perempuannya yang berumur 14 tahun dek kerana si ayah lebih selesa dan sering kali tidur di bilik tidur
anak perempuannya itu, beliau terkejut apabila mahu mengejutkan suaminya untuk solat subuh pada
keesokan harinya beliau melihat anak perempuannya berada dalam pelukan si ayah dan tangan si ayah
berada di atas dada anak perempuannya.

Hal demikian berlaku apabila kita jahil tentang ilmu pendidikan awal kanak-kanak yang telah islam
terapkan sejak dari awal lagi, buku tebal yang memperincikan satu persatu pendidikan awal kanak-
kanak daripada Sheikh Abdullah Nasih Ulwan sungguh jelas sekali metodologi yang digunakan untuk
menanam aqidah islam yang benar dalam jiwa anak-anak sehingga melahirkan anakanak yang berjiwa
rabbani.

“Maksud dari pendidikan sosial anak adalah mendidikan anak sejak dini untuk komit dengan etikaetika
sosial yang baik dan dasar-dasar jiwa yang luhur, yang bersumber dari akidah islam yang abadi dan
perasaan iman yang dalam. Dengan demikian si anak dapat hidup di masyarakat dengan pergaulan
dan adab yang baik, pemikiran yang matang dan bertindak secara bijaksana” Abdullah Nasih Ulwan.

Tuntasnya, pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan Islam perlu diambil peduli dan usah
memandang enteng sehingga kita leka dan lalai dan akhirnya kita hanya tersedar apabila nasi sudah
menjadi bubur….nau’zubillahi min dzalik.

KESAN BURUK TIDAK MENGIKUTI BATAS – BATAS PERGAULAN

Batas – batas pergaulan adalah salah satu tajuk yang sering ditekankan dalam al quran,terdapat
15 ayat tentang pergaulan dalam islam,tetapi apa itu batas – batas pergaulan? Pergaulan dalam Bahasa
Arab ialah ikhtilat yang berasal dari kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti “bercampur”.
Pergaulan yang diperbincangkan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki perempuan anjabi di
suatu tempat yang berlaku interaksi dalam bentuk berpandangan atau perbuatan di antara seorang
dengan lain. Bermaksud ianya berlaku antara lebih dari dua orang.Pergaulan antara dua orang sahaja
berbeza khalwatnya.

Allah S.W.T menciptakan manusia sebagai lelaki dan perempuan. Ia juga
menciptakan Syariat tertentu untuk mereka. Syariat yang dinyatakan dalam islam
terhadap lelaki dan perempuan ada yang berbeza dan ada yang sama. Dalam
menjalankan tanggungjawab masing – masing, pasti akan ada pergaulan yang
melibatkan lelaki dan perempuan. Topik yang ingin saya dalam slot ini adalah
apakah yang akan terjadi sekiranya diabaikan batas batas pergaulan yang
telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, atau dengan kata lain, pergaulan bebas. Sebelum saya terangkan
tentang akibat – akibat pergaulan bebas ingin saya beritahu tentang hukum pergaulan di antara lelaki
dan perempuan.Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan anjabi adalah haram. Tetapi
pengharamannya hanya diasakan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita
kerana dalam terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi.Hukum-
hukum yang saya maksudkan ialah larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaaah
di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.

Kesan buruk atau akibat yang akan timbul daripada pergaulan bebas adalah salah satunya,
merosakkan jiwa dan akhlak seorang muslim itu. Jiwa insan yang rosak akan membawa dan membentuk
kepada akhlak yang buruk. Seseorang yang berbuat keburukan ketka bergaul akan menyebabkan hatinya
menjadi hitam dengan dosa – dosa yang ditanggungnya. Kadang kala sesorang itu mula melakukan
keburukan kerana pengaruh daripada kenalan sekelilingnya, seperti yang diperkatakan dalam surah al
Imran ayat 18, “Hai orang orang yang beriman janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu
orang orang di luar kalangan mu karena mereka tidak henti hentinya menimbulkan kemudharatan
bagimu”. Allah S.W.T meletakkan ayat tersebut untuk memberitahu manusia agar menghindari orang
– orang yang membawa kemudharatan kepada diri sendiri. Sesungguhnya dengan menjaga batas
pergaulan, kenalan dan pergaulan yang berlaku akan terhindar dari rosaknya jiwa seseorang itu

dengan dosa – dosa yang sepatutnya dapat dielakkan. Dosa akibat perbuatan maksiat akan
mengakibatkan seseorang itu sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Untuk menghilangkan
kekotoran itu, kita perlu bertaubat memohon keampunan-Nya, sentiasa mengingati Allah SWT serta
melakukan perbuatan-perbuatan yang disukai-Nya.

Seterusnya, pergaulan bebas menyebabkan dua perkara yang berkait dan berlaku dalam bilangan
yang sangat membimbangkan iaitu penzinaan dan pembuangan bayi. Dengan pergaulan bebas ini akan
menyebabkan berlakunya zina kerana pergaulan bebas akan mewujudkan cara mudah untuk
melempiaskan nafsu syahwat. Pergaualan bebas diantara lelaki dan perempuan haruslah dijaga dengan
lebih lagi kerana pada zaman ini, penzinaa boleh berlaku dengan hanya satu pertemuan. Terdapat
beberapa ayat dalam al quran yang memberi amaran tentang zina, iaitu surah An Nisa ayat 25, “Sedang
mereka pun wanita wanita yang memelihara diri, bukan pezina dan bukan pula wanita wanita yang
mengambil laki laki hanya sebagai teman mainnya” dan surah Al Mu’minun ayat 7, “Barang siapa
mencari zina maka mereka itulah orang orang yang melampaui batas”. Hasil daripada ini, akan
berlakulah satu lagi dosa besar iaitu pembuangan bayi. Sekiranya batas pergaulan dapat diajga dengan
baik, perkara seperti kehilangan nyawa tidak bersalah ini dapat ditangani dari awal lagi. Jika
diperhatikan semula, majoriti masyarakat Malaysia sekarang telah melampaui batas dalam adab adab
pergaulan sesama lelaki dan perempuan.

Selain itu, pergaulan bebas bagaikan racun yang lutsinar dalam masyrakat kita kerana ia dapat
merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara.Setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum
Allah S.W.T akan membawa keburukan. Kemungkaran yang dibuat akan akan merosakkan maruah diri
seseorang. Tanpa maruah , seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga dirinya. Masyrakat
dan negara juga akan menerima kesan daripada pergaulan bebas ini. Seperti yang saya perkatakan
tentang penzinaan dan pembuangan bayi sebentar tadi, ia akan mencalarkan imej negara dan
masyarakat itu sendiri. Pergaulan bebas juga mencalarkan imej maruah diri, masyarakat dan negara
dari segi pembangunan dan perspektif negara. Negara akan menjadi huru hara , masyarakat
menganggap pergaulan bebas sebagai perkara normal sedangkan ia boleh menghancurkan akhlak dan
memakan bukan sahaja diri mereka malah seluruh negara. Pergaulan dalam islam ditujukan untuk hal
yang positif, untuk menjalin persaudaraan dengan bersilaturahim dan menjaga kedamaian dengan
sesame sendiri. Silaturahmi yang dilakukan dilakukan dengan niat ibadah dan saling tolong menolong
dalam kebaikan. Hukum tolong menolong dalam islam memang sangat dianjurkan. Dalam surah An
Nisa Ayat 1, Allah S.W.T memerintahkan hamba Nya untuk bersilaturahim dengan etika pergaulan yang
sesuai dengan syariat islam kerana ia merupakan salah satu perbuatan yang disukai Nya. Dengan
silaturahim, Allah S.W.T akan memudahkan segala urusannya. “Dan peliharalah hubungan
silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu” . Allah S.W.T juga menekankan
tentang kedamaian dan pergaulan dalam ayat An

Nahl ayat 90, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi
bantuan pada orang lain dan kerabat, dan Dia melarang perbuatan keji, kemungkaran, serta
permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”.

Akhir sekali, akibat tidak menjaga batas pergaulan ialah membawa kepada kemungkaran Allah S.W.T.
. Sesiapa yang menjaga dan melaksanakan perintah Allah SWT termasuk dalam golongan hamba yang
mulia di sisi-Nya. Orang-orang yang melanggar perintah dan larangan Allah SWT pula akan mendapat
kemurkaan-Nya. Hidup mereka akan sentiasa berada dalam keresahan, tidak tenteram dan tidak lagi
mendapat ketenangan jiwa akibat dosa-dosanya.

Kesimpulannya, pergaulan merupakan interaksi antara manusia yang sememangnya tidak akan
dapat dielakkan. Ia merupakan aktiviti seharian yang pasti akan berlaku. Maka haruslah kita lakukannya
dengan etika dan syariat yang betul. Ketahuilah bahawa batas pergaualan membawa kepada bawak
kepada banya perkara baik jika diawasi ,ia juga membawa kepada perkara yang sangat buruk jika tidak
mengikut pada syariatnya.. Pergaulan bebas ini memberi impak negatif daripada positif. Melalui
pergaulan bebas ini akan menyebabkan individu terjerumus kepada penzinaan.Pergaulan bebas ini tidak
akan terjadi jikalau semua pihak tidak mengambil berat daripada aktiviti ini berleluasa. Kita seharusnya
mencegah aktiviti ini daripada ia terus merosakkan akhlak remaja. Ibu bapa juga haruslah memainkan
peranan penting dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak mereka, memberi didikan
agama yang sempurna sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah melayu “mencegah itu lebih baik
daripada merawat”.

ADAB DALAM PERGAULAN BERLAINAN JANTINA

Dalam hidup ini, kita pasti akan bertemu atau berurusan dengan kaum berlawanan jenis. Kaum
wanita memiliki kelebihan dan kemahiran tertentu yang tidak mampu dilakukan oleh kaum lelaki.
Begitu juga kaum lelaki yang mempunyai kudrat, tenaga serta kemahiran tertentu yang tidak mampu
dilakukan oleh kaum wanita.Mudah kata, kedua-dua belah pihak ini saling memerlukan antara satu sama
lain dalam menjalani kehidupan.

Bagi golongan remaja, tempoh ini amatlah mencabar jiwa dan raga mereka. Ketika ini, salah satu
godaan terbesar datang menghampiri mereka, iaitu ‘rasa ketertarikan terhadap lawan jenis’. Ini
kerana, dari sudut sains biologi manusia, tempoh masa remaja sekitar 13-25 tahun (bergantung pada
setiap individu) hormon antara lelaki dan perempuan sedang mengalami perubahan untuk menuju ke
alam dewasa.

Justeru, rasa tertarik antara lelaki dan wanita itu adalah lumrah serta fitrah semula jadi manusia,
kerana ia juga merupakan sebahagian dari proses tumbesaran. Oleh itu, perasaan tersebut haruslah
dikawal dengan bijaksana supaya ia tidak membawa ke arah yang buruk dan menghancurkan masa
depan remaja itu sendiri. Islam telah menggariskan beberapa adab pergaulan antara lelaki dan wanita
Muslim agar keduanya tidak hanyut dan leka. Antaranya;

1# Dilarang Berkhalwat Atau Berdua-duaan.
Ada ketikanya, kita terpaksa berurusan secara berdua. Jika boleh elak, elakkanlah atau lebih baik

bagi kaum hawa, bawalah mahram atau rakan anda bersama. Hal ini bagi mengelak fitnah.
Bahkan, Nabi SAW turut bersabda;

“Janganlah lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Mengapa adanya tegahan? Setiap tegahan itu sudah pasti terkandung hikmah yang cukup besar.
Ini kerana apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan, mereka mudah untuk digoda oleh syaitan yang
menjadi ‘orang ketiga’. Tugasnya, tidak lain adalah menggoda dan menghanyutkan anakanak adam
untuk melakukan hal-hal yang mendekati zina.

Sabda Baginda saw lagi,
“Janganlah salah seorang di antara kalian berkhalwat (berdua-duaan) dengan seorang wanita
kerana sesungguhnya syaitan menjadi orang ketiga di antara mereka berdua.” (Hadis Riwayat
Ahmad)

2# Menundukkan Pandangan
Pandangan antara lelaki dan perempuan atau sebaliknya termasuk salah satu panahan syaitan.

Bahkan, pandangan merupakan awal berlakunya fitnah sehinggakan Allah swt memerintahkan kepada
lelaki mahupun perempuan untuk menjaga pandangannya.
Firman Allah swt yang bermaksud;

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya

dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan’. Katakanlah kepada wanita yang beriman;

‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya’.”
(An-Nur : 30)

Jika hanya sekilas, spontan dan tidak sengaja, ia diharuskan. Sekiranya kita terlihat lawan jenis,
maka cepat-cepatlah alihkan pandangan tersebut sebelum syaitan memasuki dan mempengaruhi fikiran
serta hati kita. Dan, segeralah mohon perlindungan dan kemaafan kepada Allah swt agar kita terpelihara
dari godaan tersebut.

3# Menjaga Aurat
Jika diperhatikan, aurat bagi kaum perempuan ‘lebih berat’ berbanding kaum lelaki. Ini kerana,

aurat kaum perempuan adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan kedua telapak tangan.
Manakala kaum lelaki pula, aurat mereka dari pusat hingga ke lutut.

Bagaimana untuk menutup aurat tersebut? Caranya adalah dengan memilih pakaian atau kain
yang tidak nipis agar tidak menampakkan warna kulit. Pastikan pakaian tersebut benar-benar menutup,
bukan membalut tubuh kita sehingga terlihat bentuk tubuh yang akhirnya menarik perhatian golongan
lawan jenis. Disebabkan kaum wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki, Nabi saw ada memberi peringatan
melalui sabdanya;

“Wanita itu adalah aurat. Jika dia keluar, maka syaitan akan memperindahkannya di mata
lelaki.”

(Hadis Riwayat Tirmizi)

4# Tidak Bergaul Bebas Antara Lelaki Dan Wanita
Pergaulan bebas atau percampuran antara lelaki dan wanita di suatu tempat tanpa hijab atau

penghadang membolehkan mereka melihat lawan jenis dengan mudah dan sesuka hati. Bagi wanita
muslimah, sudah tentu hal tersebut membimbangkan apabila mereka dijadikan ‘objek’ pandangan kaum
adam.

Jika ia atas urusan kerja dan benar-benar penting, dalam erti kata lain jika ketiadaan kita di
tempat tersebut menyebabkan kerja atau perancangan tersebut tergendala, maka ia diharuskan.

Namun, jika hal tersebut hanya sekadar berbual-bual mesra sesama rakan berlawanan jenis,
adalah lebih baik dielakkan dan percepatkanlah masa untuk berundur diri agar tidak berlama-lama dan
berlanjutan sehingga lewat malam.

5# Menjaga Kemaluan
Zaman moden ini amat mudah mata kita terlihat hal-hal yang menjurus ke arah pergaulan dan

seks bebas. Segalanya bermula dari pandangan mata. Benar, bukan mudah untuk menjaga hal tersebut,
jika diri kita tiada ‘pelindung’ yang benar-benar kukuh dari sudut rohani. Sebagai contoh,
gambargambar yang membangkitkan nafsu mudah didapati hanya melalui hujung jari sahaja.

Begitu juga, apabila kita sering menonton filem atau rancangan televisyen berkait hal percintaan,
bercakap dengan seseorang yang berlawanan jenis melalui telefon, sms, dan apajua medium komunikasi.

Alat perantaraan tersebut tiada salahnya jika kita benar-benar memanfaatkannya untuk tujuan
tertentu yang mendatangkan kebaikan. Namun, apabila ia disalahgunakan maka buruklah akibatnya.
Jika diperhatikan, firman Allah swt dalam surah an-Nur ayat 30-31 seperti point kedua,

Allah swt memerintahkan kepada umat Islam agar menahan pandangan mata dan setelah itu,
menjaga kemaluan. Hal ini menunjukkan pandangan mata dan penjagaan kemaluan adalah sama
pentingnya.

Mudah-mudahan, kelima-lima adab pergaulan di atas ini dapat kita ingati apabila berurusan
dengan kaum berlawanan jenis. Juga, diharapkan agar kita saling menjaga batas pergaulan sesama
Muslim antara lelaki dan wanita, agar tidak terjerumus dalam kategori yang menghampiri zina.
Wallahua’lam.

PENUTUP

Seperti yang kita sedia maklum, pergaulan bebas ini memberi impak yang negatif daripada
positif. Melalui pergaulan bebas ini akan menyebabkan individu terjerumus kepada
penzinaan.Pergaulan bebas ini tidak akan terjadi jikalau semua pihak mengambil berat daripada aktiviti
ini berleluasa. Kita seharusnya mencegah aktiviti ini daripada ia terus merosakkan akhlak remaja. Ibu
bapa juga haruslah memainkan peranan penting dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada
anak mereka, memberi didikan agama yang sempurna sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah melayu
“mencegah itu lebih baik daripada merawat”. Hal ini demikian, dapat melahirkan generasi yang hidup
berlandaskan syariat Agama Islam serta taat pada perintah Allah S.W.T.


Click to View FlipBook Version