The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 2018

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI SALWA BINTI ABD HAMID -, 2019-04-15 22:10:25

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 2018

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 2018

Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C serta satu soalan
daripada Bahagian D

BAHAGIAN A

[30 markah]
1 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa

tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Johari sibuk bertanyakan tentang perkara sulit yang masih belum dipastikan kebenarannya.
_____________________________

(ii) Shahrul memperoleh markah yang paling tertinggi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dalam ujian yang lalu.
_____________________________

(iii) Ibu menggunakan pencuci serbuk itu untuk menghilangkan kesan tompokan minyak yang
melekat pada permukaan lantai dapur.
_____________________________

(iv) Sambil diawasi oleh ibu bapa, beberapa orang kanak-kanak berlarian dan saling berkejar-
kejaran kerana gembira semasa mereka bermain di tepi pantai.
_____________________________

(v) Sebelum Sultan Mahmud bertolak ke luar negara, baginda berkenan untuk diraikan dalam
Majlis Santapan Diraja di istana.
_____________________________

[ 10 markah ]

1

2. Dalam petikan di bawah, terdapat enam kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan
itu semula.

Keluarga ialah sebuah intitusi asas bagi membentuk sebuah masyarakat dan
sebuah negara. Sesebuah keluarga terdiri daripada ibu bapa dan beberapa orang
anak. Ibu bapa yang merupakan ketua dalam keluarga perlu mencurakkan
kebahagiaan keluarga tersebut.

Setiap ibu bapa perlu membuat perancangan yang rapi bagi membentuk
keluarga yang bahagia. Mereka perlu menyediakan keperluan asas yang
mencukupi seperti tempat kediaman, makanan, pakaian dan pendidikan anak-
anak. Mereka juga perlu menyediakan tabungan atau insuran pendidikan agar
anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna.

Kesimpulannya, keluarga bahagia berpunca daripada ibu bapa yang perihatin
terhadap anak-anak mereka. Keluarga bahagia akan menjamin anak-anak yang
berjaya dan bebas daripada gejala social. Seterusnya, masyarakat akan menjadi
aman dan sejahtera. Remaja yang berwawasan pemankin kepada pembangunan
dan pemodenan negara pada masa hadapan.

(i) ______________________________
(ii) ______________________________
(iii) ______________________________
(iv) ______________________________
(v) ______________________________
(vi) ______________________________

[ 6 markah ]

2

3. Kenal pasti ayat-ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat
perintah.

1. Sila kembali ke kelas kamu dengan segera.
_____________________________

2. Bilakah kamu akan berpindah ke Terengganu?
_____________________________

3. Jangan lupa hantar kerja yang saya berikan semalam.
_____________________________

4. Kecederaan yang dialaminya sudah beransur pulih.
_____________________________

5. Tolong hantarkan adik ke klinik petang ini.
_____________________________

6. Amboi, seronoknya kamu berborak di sini!
_____________________________

7. Aduhai, malang sungguh nasib yang menimpa mereka sekeluarga!
_____________________________

8. Usah risau dengan keadaan yang menimpa saya.
_____________________________

9. Mengapakah kamu tidak pulang ke kampung minggu ini?
_____________________________

10. Semangat kejiranan merupakan elemen penting dalam hidup bermasyarakat.
_____________________________

[ 10 markah ]
3

4. Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa
yang sesuai.

(i) ________________________________________________________________________
(ii) ________________________________________________________________________

[4 markah]
4

BAHAGIAN B
[30 markah]

5. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SAJAK
KITA UMPAMA SEHELAI DAUN
kita umpama sehelai daun
bertunas segar di hujung ranting
lalu melebar dan merimbun
tempat bercanda unggas meriang
di bawah redup bebayang mentari
andai kikir jasa dan bakti
di mana lagi tempat bernaung
dari tusukan bahang memijar
unggas kecil tidak berkudrat
kita umpama sehelai daun
bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup.
jadilah sehelai daun
hijau menunas menyegar mata
kering gugur menjadi baja

(Dipetik daripada
antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkap pertama puisi di atas.

_________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

5

i) Nyatakan TIGA nilai yang terdapat dalam sajak di atas.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________-
_________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

(i) Pada pendapat anda, mengapakah kita dituntut berakhlak mulia dengan orang lain?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

[ 4 markah ]

6. Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Saya tetap akan memberi cikgu satu hadiah yang cukup istimewa,” janji Azizah pagi itu.
“Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja.
“Tak apa, akan saya belikan juga hadiah yang menarik.”
Namun sampai kini Azizah tidak tahu hadiah apa yang boleh dibelinya. Fikirannya buntu.
Perasaannya menjadi hiba apabila memikirkan rakan- rakannya yang telah siap dengan hadiah
masing-masing. Mahal-mahal belaka. Yang menambahkan kerisauannya lagi ialah sambutan Hari
Guru semakin hampir.

Azizah membuka tabung arnabnya yang dihadiahkan oleh Abang Azman sebelum pergi ke
Universiti Teknologi Mara setahun yang lalu. Azizah mengira wang yang terkumpul di dalam
tabungnya. Wang yang ada belum cukup dua ringgit. Azizah selalu menggunakan wang tabungnya
untuk pelbagai belanja. Ini menyebabkan wang tabungnya tidak bertambah.

Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa? Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya dua
ringgir lapan puluh sen. Azizah melihat sapu tangan yang berbunga orkid kecil itu di pekan
sewaktu dia keluar ke pasar malam minggu lalu. Untuk beli yang paling murah, Azizah berasa
malu, takut diejek oleh Hamidah nanti.
“Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat sumber lagipun majalah juga mahal.
Harganya tiga ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa ya?” fikir Azizah.

(Dipetik daripada cerpen “Hadiah” Antologi Kuingin
Berterima Kasih, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan
Pustaka)

6

i) Berdasarkan petikan cerpen tersebut, nyatakan dua barang yang terlintas di fikiran Azizah
yang mungkin boleh dijadikan hadiah?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[ 3 markah ]

ii) Nyatakan masalah yang dialami oleh Azizah dalam petikan cerpen tersebut.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[ 3 markah ]

iii) Setiap pelajar digalakkan menabung.
Berdasarkan penyataan di atas, apakah kebaikan- kebaikan amalan menabung?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[ 4 markah ]

7

7. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

Sejambak Bakti karya Rejab F.I

Huraikan peristiwa bagi persoalan yang berikut.
Kebijaksanaan dalam
menyelesaikan sesuatu
masalah

Kasih sayang seorang
ibu terhadap anak
kandung

Perasaan hasad dengki
yang merosakkan diri

[ 6 markah ]
Jelaskan peristiwa berdasarkan latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Masyarakat yang
bertanggungjawab
terhadap tugas
Masyarakat yang
mudah buruk sangka

[ 4 markah ]

8

BAHAGIAN C
[15 markah]

8. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kenal pasti LIMA idea utama tentang syarat-
syarat menjadi pemandu pelancong.

Kerjaya sebagai pemandu pelancong di negara ini mempunyai masa depan yang cerah berikutan peningkatan
pendapatan negara dalam sektor pelancongan pada setiap tahun. Khidmat pemandu pelancong sangat penting dalam
industri pelancongan kerana mereka memainkan peranan untuk mempromosikan negara kepada dunia luar.

Peluang untuk menjadi pemandu pelancong terbuka kepada semua warganegara Malaysia, sebaiknya yang
berdisiplin, bijak, peramah, lancar berkomunikasi dan mempunyai minat yang mendalam dalam lapangan. Hal ini
dikatakan demikian kerana bidang ini sangat mencabar. Mereka juga disyaratkan mengikuti kursus pelancongan di
pusat pengajian tinggi awam atau pusat pengajian tinggi swasta di bawah seliaan Kementerian Pelancongan
Malaysia serta lulus kertas peperiksaan kursus tersebut dengan agregat yang ditetapkan.

Selain itu, calon mestilah berusia 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan tidak mempunyai rekod jenayah.
Kebolehan menguasai lebih daripada satu bahasa seperti bahasa Jepun, Arab, Inggeris, Perancis dan Mandarin
menjadi kelebihan kepada calon yang berminat untuk menceburi bidang ini. calon juga digalakkan untuk
mempelajari sejarah sesebuah tempat supaya dapat menerangkan fakta-fakta penting yang berkaitan dengan tempat
tersebut secara tepat dan jelas kepada para pelancong. Setelah itu, calon diwajibkan untuk memohon lesen Pemandu
Pelancong Malaysia daripada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia.

Maklumat tentang kerjaya pemandu pelancong boleh diperoleh melalui internet dan iklan dalam akhbar. Kerjaya
ini menjanjikan pelbagai ganjaran. Antara ganjarannya ialah gaji bulanan yang lumayan serta dua keping tiket yang
diberikan secara percuma untuk melawat mana-mana negeri yang telah disenaraikan.

(1) ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(2) ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(3) ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(4) ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(5) ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

[ 10 markah ]

9

BAHAGIAN D
[30 markah]

9. Teliti semua soalan karangan yang berkait dengan tema yang diberikan di bawah ini. Kemudian
pilih satu daripada tiga soalan tersebut dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.

“Riadah atau senaman merupakan amalan asas untuk memastikan penjagaan kesihatan tidak
diabaikan dan merupakan corak gaya hidup sihat yang amat digalakkan oleh pakar-pakar
perubatan. Kesedaran tentang kepentingan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah.”

(i) Kerajaan memperkenalkan dasar Satu Murid Satu Sukan di setiap sekolah. Huraikan
kelebihan-kelebihan bersukan kepada pelajar.

(ii) Ibu bapa merupakan insan yang paling berperanan dalam menggalakkan anak-anak untuk
beriadah dan bersenam.

Bincangkan.

(iii) Anda menyertai satu pertandingan syarahan sempena Minggu Sains dan Kesihatan di
sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah “Senaman Dirancang, Obesiti Terhalang.”

Tulis teks syarahan itu selengkapnya.
__________________________________________________________________________________

10

11

12

13

Click to View FlipBook Version