TUN HUSSEIN ONN
Tokoh Pemimpin di Negeri Johor
“Perpaduan negara tidak akan datang dengan
sendirinya melainkan kita terpaksa berusaha
sedaya upaya untuk mencapainya.”
Maklumat Diri Peserta
Nama: Nurul Elli Syafiqah binti Mat Yisin
Kelas: 5 KAA 1
Alamat e-mel: [email protected]
Nama sekolah: SMK Tun Aminah
Alamat sekolah: Peti Surat 63, KM 8, Jalan Kluang, 83007, Batu Pahat,
Johor.
Pendahuluan
Saya, Nurul Elli Syafiqah binti Mat Yisin dari kelas 5 KAA 1 dari sekolah SMK Tun Aminah
telah mengambil peluang untuk menyertai pertandingan buku skrap digital tokoh pemimpin
yang dianjurkan oleh program pembangunan pemimpin muda. Tokoh pemimpin yang dipilih
Tun Hussein Onn yang dikenali sebagai Bapa Perpaduan. Saya amat berbesar hati kerana dapat
menyertai pertandingan ini kerana saya dapat memperbanyakkan pengetahuan tentang tokoh
yang saya pilih. Disamping mengilap kemahiran dalam bidang teknologi.
Biodata Tun Hussein Onn
Nama sebenar beliau ialah Tun Hussein bin Onn. Dilahirkan pada 12 Februari 1922, di Johor Bahru dan telah kembali ke
rahmatullah pada 29 Mei 1990 ketika berusia 68 tahun di Kuala Lumpur. Beliau merupakan cahaya mata kepada Dato’
Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein.beliau anak sulung daripada 8 orang adik beradik. Tun Hussein Onn berkahwin
dengan Tun Puan Suhaila binti Tan Sri Haji Mohd Noah. Hasil perkahwinan beliau dikurniakan enam orang anak iaitu
dua anak lelaki dan empat anak perempuan. Salah seorang anak lelakinya ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
yang kini menyandang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri. Beliau berasal daripada sebuah keluarga yang begitu
mendalam semangat nasionalismenya dan akar politik yang mendalam. Beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas
dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang
mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di
kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
Tun Hussein Onn Tun Suhaila Mohd Noah
Datin Halimah Hussein Dato’ Onn Jaafar
Pendidikan Tun Hussein Onn
Tun Hussein Onn menerima pendidikan awal di Singapura iaitu Sekolah Rendah Telok Kurau (Telok Kurau Primary
School) dan juga di English College yang kini digelar Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bahru hingga lulus senior
cambridge. Selepas persekolahannya, Tun Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940.
Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst, di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau
menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas
peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di
Rawalpindi. Pada tahun 1958, beliau menamatkan pengajiannya di Lincoln’s Inn, London dengan keputusan lulus dalam
bidang ijazah undang-undang.
Telok Kurau Primary School, Singapura
English College, Maktab Sultan Abu Bakar,
Johor Bahru
Maktab Tentera Sandhurst, Dehradun, India
Lincoln’s Inn, London, England
Kerjaya Tun Hussein Onn
Beliau diberikan kepercayaan
Tun Hussein Onn untuk menyandang jawatan
meyertai Pertubuhan Setiausaha Agung UMNO dan Beliau meninggalkan arena
Kebangsaa Melayu menjadi Ahli Majlis Undangan politik dan melanjutkan
Bersatu UMNO Negeri Johor dan Majlis pelajaran di Lincoln’s Inn,
bersama ayahnya. Undangan Persekutuan London, England
Tahun
1949 Tahun Tahun
1951 1964
Tahun Tahun Tahun
1946 1950 1958
Beliau keluar dari UMNO dan
Beliau menjadi Ketua Tun Hussein Onn
Pemuda UMNO yang menubuhkan Independent of Malaya kembali menyertai
pertama Party (IMP) bersama bapanya iaitu UMNO setelah dipujuk
Dato’ Onn Jaafar oleh Tun Abdul Razak
Dilantik sebagai Ahli
Jawatan kuasa UMNO Menarik diri daripada
arena politik dan
yang kini dikenali Beliau memegang
meletakkan jawatan
sebagai Majlis Kerja jawatan sebagai Timbalan sebagai Perdana Menteri
Tertinggi UMNO Presiden UMNO Tahun
1976-1981
Tahun
1970
Tahun Beliau diberikan Tahun Tun Hussein Onn Tahun
1969 kepercayaan untuk 1972 diangkat sebagai Perdana 1981
menyandang jawatan Menteri Malaysia yang
sebagai Menteri Pelajaran
ketiga
Sumbangan Tun Hussein Onn
Pada tahun 1970 Pada tahun 1974 Pada tahun 1975
Memajukan
Menekankan Konsep Mempermodenkan dan
Kementerian Pelajaran Rukun Tetangga memperkasakan
semasa menjadi Menteri
Angkatan Bersenjata
Pelajaran Malaysia
Pada tahun 1976 Pada tahun 1978 Pada tahun 1981
Melancarkan
Menubuhkan Meneruskan agenda
PEMADAM pembangunan Tun Rancangan Malaysia
Abdul Razak iaitu Keempat
Dasar Ekonomi Baru
Pada tahun 1981 Pada tahun 1983 Pada tahun 1986
Melancarkan Skim Menjadi pengerusi Menubuhkan
Amanah Nasional Institut Kajian Hospital Mata Tun
Strategik
(ASN) Hussein Onn
Antarabangsa (ISIS)
dan penasihat Petronas
1922 1930 1940 1941
Tun Hussein Onn dilahirkan Menerima pendidikan awal Berkhidmat sebagai Kadet Dihantar ke maktab tentera di
di Pasukan Tentera Johor Sandhurst, Dehradun, India
1950 1946 1945 1942
Dilantik Ahli Majlis Menyertai UMNO. Dilantik Pulang ke Malaya, dilantik Terlibat dalam peperangan di
Undangan Negeri Johor dan sebagai Setiausaha Agong sebagai Komanden Depot
Ahli Majlis Undangan Mesir, Palestin, Iraq, Syria
Persekutuan. Menubuhkan UMNO Polis Johor Bahru . dan Iran
IMP, Parti Negara
1958 1964 1969 1970
Melanjutkan pelajaran Kembali menyertai UMNO Menjadi Ahli Jawatankuasa Dilantik menjadi Menteri
Linclon’s Inn, London.
Berkahwin dengan Tun UMNO Pelajaran
Suhaila Mohd Noah
1981 1978 1973 1972
Meletakkan jawatan sebagai Menjadi Perdana Menteri Dilantik sebagai Timbalan Dilantik sebagai timbalan
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga Perdana Menteri Presiden UMNO
sehingga tahun 1981
1990
Tun Hussein Onn kembali
ke rahmatullah
Nilai Kepimpinan Daripada Tun Hussein Onn yang Boleh Kita Contohi
Menurut anak kepada Tun Hussein Onn, Dato’ Seri Hishammudin Hussein semasa dalam sidang media penyerahan
Bangunan Memorial Tun Hussein Onn (MTHO) di Bukit Perdana kepada Arkib Negara, nilai kepimpinan yang ditunjukkan
oleh Tun Hussein Onn yang kita boleh dicontohi ialah:
1. Komitmen dan dedikasi dalam berkhidmat untuk negara.
♡ Walaupun sebagai rakyat, jika kita punyai tanggungjawab untuk berbakti untuk generasi muda dan masyarakat,
hendaklah dilaksankan dengan berdedaksi.
♡ Contohnya, pekerjaan selain daripada pemimpin besar seperti seorang guru, seorang polis, seorang tentera. Pada dasarnya
kita berkhidmat untuk kepentingan masyarakat di negara kita.
2. Perpaduan sebagai teras kejayaan negara bangsa.
♡ Sebagai masyarakat Malaysia, kita hendaklah sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan semua bangsa di negara kita
terutamanya 3 kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
♡ Pemumupukan perpaduan amat digalakkan dalam melahirkan masyarakat yang harmoni. Pergaulan berlainan kaum yang
bermula daripada institusi pendidikan merupakan salah satu kaedah penyatuan bangsa.
3. Berpegang teguh dengan kejujuran, kegigihan dan integriti dalam memikul amanah yang besar.
♡ Sebagai seorang pemimpin, kejujuran dan kegigihan merupakan asbab masyarakat menghormati dan mempercayai
pemimpin mereka dalam menjadi ketua kerajaan.
♡ Pemimpin muda pada masa kini diberikan pemdedahkanb dalam memimpin dalam kumpulan yang kecil seperti ketua kelas,
pengawas dan student leader board bagi mengasah lagi kemahiran memimpin.
Kesimpulan
Sebagai rakyat, kita hendaklah menghargai jasa para pemimpin yang berjuang demi kehidupan kita masa kini. Kita hendaklah
bersatu hati dengan semua masyarakat walaupun berbilang kaum kerana kita berkongsi tanah air yang sama, identiti bangsa yang
sama dan darah yang mengalir dalam darah kita turut sama merah warnanya.
Tun Hussein telah mempamerkan sifat kepimpinan yang sangat beribawa sehingga disegani oleh segenap lapisan tanah air,
kejujuran, ketegasan, kegigihan sikap dedikasinya menjadikan Malaysia pada hari ini masih kekal. Jasa dan sumbangan tidak
terhingga daripada tokoh ini akan sentiasa dikenang oleh semua masyarakat dan namanya akan sentiasa meniti di bibir rakyat.
“Tanpa integriti seorang pemimpin akan menggunakan kedudukannya sebagai komoditi untuk menjajarkan pengaruh untuk
mencapai status, nama dan kekayaan.”
- Tun Hussein Onn -
Sumber rujukan
https://www.wikiwand.com/ms/Hussein_Onn#/google_vignette
http://historycomiteesmkcs.blogspot.com/2012/03/anak-anak-johor-tersohor.html
https://umno-online.my/presiden/tunhussein/
https://en.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/345154/prinsip-hidup-hussein-onn-kekal-relevan-menuju-tn50
http://lib.perdana.org.my/PLF/ArkibNegara_Digitisation/Berita%20Harian/1981_b/BeritaHarian%5B19Jul1981%5BTunH
usseinOnn.pdf
http://smile4alot.blogspot.com/2012/09/bapa-perpaduan.html
http://lib.perdana.org.my/PLF/PREVIEW/A15/1005778_PRE.pdf