The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayliazahra.pt0107, 2021-07-08 11:09:31

SEJARAH PBSM

SEJARAH PBSM

Sejarah pbsm

Nama : AYLIA NUR AZ-ZAHRA BINTI MUHAMMAD ALI
KELAS : 2 CEKAL

PENGENALAN PBSM
siapakah pengasas?

❑ PENGASAS PERGERAKAN PALANG MERAH IALAH SEORANG AHLI PERNIAGAAN BERNAMA HENRY
DUNANT (1828-19100 YANG SEDIH MELIHAT MANGSA PERANG ANTARA PERANCIS DAN ITALI
DENGAN TENTERA AUSTRIA DI SOLFERINO,ITALY UTARA PADA 24 JUN 1959.LEBIH 40,000
TENTERA DAN ORANG AWAL CEDERA DAN TERKORBAN.HENRY DUNANT DALAM PERJALANAN
KEALGERIA,AFRIKA TELAH MEMBANTU MANGSA YANG MERINTIH DAN NYAWA-NYAWA IKAN KE
SEBUAH GEREJA BRDEKATAN.SEBUAH BUKU KENANGAN DAN PENGALAMANNYA ‘A MEMORY OF
SOLFERINO’ TELAH DICETAK DAN DIHADIAHKAN KEPADA SEMUA KETUA NEGARA DI
EROPAH.BUKU ITU DICADANGKAN:

• PERTAMA: MEMBENTUK ORGANISASI KEMANUSIAAN ANTARABANGSA BAGI MEMBANTU
TENTERA DAN ORANG AWAM YANG CEDERA DAN MENDERITA SEMASA PEPERANGAN.

• KEDUA: MENGADAKAN PERJANJIAN ANTARABANGSA AGAR TENTERA YANG CEDERA DARI MANA-
MANA PASUKAN HENDAKLAH DIBANTU.HASILNYA PADA 1864 JAWATANKUASA PALANG MERAH
ANTARABANGSA (ICRG) DIBENTUK TANPA KEHADIRAN BELIAU SENDIRI

SIAPAKAH JEAN HENRY DUNANT?

▪ Lahir pada 8 Mei 1828 terkenal dengan gelaran bapa palang merah ayahnya seorang peniaga terkenal dengan
berharta ibunya seorang penyayang dan patuh pada arahan agama.Aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama
aktif dalam menyatukan orang Kristian dan yahudi menjadi ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva (objektif:membantu
penduduk miskin dan sakit melawat penjara untuk memulihkan banduan).Di usia 30 tahun minatnya adalah kepada
sekumpulan organisasi di Switzerland,France,& Belgium yang terkenal dengan nama Young Mens Christian
Assosiation.1853,satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan.Dunant menentang
dan mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah
sahaja.Hasil desakan Dunant,satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855.

▪ 1849,Dunant bekerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva,untuk pelajari perniagaan bank.
▪ Disebabkan ketekunannya itu dia telah di beri tugas sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan di

Algeria yang dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif.Beliau berhenti bekerja dan bekerja sendiri.Beliau akhirnya
Berjaya dalam perniagaan.
▪ Jun 1859dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di Itali apabila sampai di Castiglione della Piere Ketika
pertempuran di Solferino mula meletus.Didapatinya banyak mangsa perperangan yang mati dan sakit.Beliau cba
membantu orang yang sakit denga sedaya-upaya

• Pengalaman ini telah menyebabkan beliau meninggalkan hal perniagaan.Beliau cuba menumpukan
pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan perperangan dapat diringankan.

• “Kenangan di Solfarino”buku yang ditulis olehnya adalah permulaan bagi kejayaan kerjayanya.Menyarankan
agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk menolong anggota yanf
tercedera di semua ianya telah mendapat sambutan yang luar biasa.Konsep,trinity antarabangsa diantara
negara untuk menetukan penjagaan orang sakit telah menarik minat ramai.

• 1863 & 1864 kejayaannya meningkatkan dan selepas itu menurun ini adalah kerana orang ramai memberi
sokongan kepada beliau setelah itu jawatankuasa Palang Merah ditubuh setelah itu pula persidangan
diadakan dalam transformasi itu,beliau menyepikan diri dan tempatnya itu digantikan oleh orang lebih
praktikal 1865 & 1866 pernyataannya semakin merosot ini kerana perasaan malu dan kurang keyakinan
terhadap diri sendiri.

• 1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant urusan perniagaan yang diabaikannya juga turut
merosot beliau terpaksa menggunakan hartanya untuk membayar hutang-piutang ekoran daripada itu beliau
mengambilan keputusan untuk meninggalkan Geneva (pada usia 39 tahun)

• 20 tahun kemudian,-Dunant menghadapi hidup yang paling malang,beliau terpaksa hidup dengan Ehsan
sahabat dan sedikit elaun keluarganya.Kadangkala beliau muncul di khalayak ramai di Perancis,Jerman,Itali
& England untuk diberi penghormatan atas sumbangan tertubuhnya Palang Merah & projek-projek lain
walaubagaimanapun beliau terpaksa hidup keseorangan.

• Julai 1887 dalam usia 59 tahun beliau kelihatan sangat tua akibat kekecewaan yang dialami selama 20
tahun namun penduduk dibandar kecil Heidden,Swithzerland mengenalinya di tempat tinggalnya itu ramai
orang yang menghormatinya pada suatu waktu beliau menaruh minat dalam pergerakan yang beliau juga
turut dihubungi oleh rakan lama beliau 1892,kerana gangguan kesihatan beliau telah dimasukkan ke hospital
dam hidup di sana selama 18 tahun.

• 1895 seorang wartawan muda dalam keadaan daif berbagai pihak mahu membantu beliau pengiktirafan
terhadap khidmatnya sampai melalui surat oleh pihak atasan dan bawahan dari jauh dan dekat.

• Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang
pertama.Tanggal 30 Oktober 1910,beliau telah meninggal dunia di Heidden,iaitu sebuah Kawasan
pergunungan.

Sejarah bsmm

• Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun
1948.Persatuan ini diikitiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada tahun 1963.Sejarah permulaan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada
tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak.

• Pada tahun 1950an,lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang
pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.Ketika Kemerdekaan pada tahun 1957,cawangan di
Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu.

• Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan
menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah
Melayu,Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16,1963,suatu
penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan)

• Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangan
Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah
Malaysia.Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.Pada 5
September1975,Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia kepada Akta Persekutuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.

AKTA PERTUBUHAN

• Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah berikut:

*Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang
Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibu pejabatnya jauh di London.Satu Akta
Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society
(Incorporation) Act of Parliament (Act No 4 of 1962)dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.Apabila
Malaya di tukar nama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah
diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau
Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada
1 Julai 1965.Pada tahun 1975,satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malaysian Red Crescent
Society (Change of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran nama) Akta ke-
162 tahun 1975 (Laws of Malaysia,Act 162).

Sumber:http://www.redcrescent.org.my/sejarah.html

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH PBSM di
peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG MERAH.

Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant.Beliau dilahirkan pada 8.Mei.1828 di
Geneva,Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALANG MERAH.Idea menubuhkan Palang Merah
dicetuskan oleh beliau Ketika berada di Kawasan pertempuran di Solferino,Itali pada Jun 1869.Pada
masa itu,masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para
tentera.Dengan bantuan penduduk setempatHenry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan
cemas kepada mangsa yang cedera.Hasil daripada pengalaman tersebut,beliau telah menerbitkan
buku bertajuk “Kenangan Di Solferino”.Dengan bantuan beberapa orang yang berminat,Henry telah
menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera dikenali sebagai
Jawatankuasa Palang Merah.Petugas-petugas bantuan dan alatan perubatan mereka akan dilindungi
di bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan warna putih.Lambang tersebut
dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara
tersebut.Pada tahun 1867,ketika berperang dengan Rusia,Turki telah menggunakan lambing Bulan
Sabit Merah dan Langkah tersebut telah diikuti ole kebanyakan Negara Islam.

IKRAR PBSM

Bahawa Kami,
Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia,
Belia Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Dengan Ini Berjanji,

Akan Taat Tuhan,
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong & Yang Dipertuan Negeri kami,

Berdasarkan Prinsip Rukun Negara,
Serta Akan Bersama-sama Mereka Di Seluruh Negara,

Membantu Mereka Yang Sakit Dan Menderita,
Berdasarkan Kepada Prinsip Palang Merah,
Bulan Sabit Merah Seperti Berikut:
Kemanusiaan
Kesaksamaan
Keberkecualian
Kebebasan
Perkhidmatan Sukarela
Ketanggalan

LAGU BULAN SABIT MERAH

Bulan Sabit Merah Di Malaysia,
Giat Berjasa Untuk Negara,

Tidak Kira Kaum Dan Agama,
Waktu Aman Atau Bahaya,

Di Mana Jua Adanya Sengsara,
Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia,
Walaupun Diancam Bahaya,

Bulan Sabit Merah Geraka Sedunia,
Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat,
Dengan Tabah Dan Bersemangat,

PRINSIP-PRINSIP ASAS PBSM

1.KEMANUSIAAN
- Berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan serta memupuk persefahaman,persahabatan,kerjasama dan

kedamaian antara manusia.
2.KESAKSAMAAN
- Memberi bantuan tanpa membezakan bangsa,kaum,agama,darjat atau perbezaan politik.
3.BERKECUALI
-Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
4.KEBEBASAN
-Diberi kuasa untuk bertindak secara bebas.
5.PERKHIDMATAN
-Satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan.
6.BERSATU
- Hanya terdapat satu PBSM atau PALANG MERAH di dalam sesebuah negara.
7.KESEJAGATAN
- PBSM adalah sebuah pergerakan antarabangsa.

PAKAIAN RASMI PBSM
LELAKI DAN PEREMPUAN

Peti pertolongan cemas

• Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan
perubatan yang asas.Boleh dibeli di farmasi.Peti ini patut diletakkan di tempat yang
kering dan selamat,jauh daripada kanak-kanak.Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan
jelas jenis dan kegunanaannya dan perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaanya dan
kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti
pertolongan cemas.Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah,kilang,hotel dan
Kawasan rekreasi.Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali
pengangkutan awam seperti bas,teksi,kapal terbang dan sebagainya.Antara senarai
peralatan asas yang perlu ada ialah: 1.Dresing Steril – Beberapa Saiz. 2.Plaster – Beberapa
zaiz. 3.Bendej Tiga Segi (Kain Anduh) 4.Pembalut Kain Kasa (Bendej Penggulung) 5.Larutan
Flavin (Iodin) 6.Larutan atau krim antiseptic 7.Gunting Kecil.

Contoh gambar First Aid
(Peti Pertolongan Cemas)

APA ITU PERTOLONGAN CEMAS ?

• Pertolongan Cemas (PC) ialah bantuan atau
rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa
kecederaan atau kemalangan atau orang yang
diserang oleh penyakit dengan tiba-tiba.Pemberi
dan penerima PC haruslah ingat bahawa PC lebih
merupakan rawatan sementara sahaja sebelum
rawatan sewajarnya daripada doktor atau ahli
perubatan diperolehi

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS

• 1. Menyelamatkan nyawa sebelum rawatan
perubatan tiba.
• 2. Mencegah mangsa daripada menjadi semakin
teruk.
• 3. Membantu mangsa supaya pulih,jika boleh.
• 4. Memastikan tiada lagi bahaya atau bahaya
selanjutnya kepada mangsa dan orang lain.

Sekian terima kasih


Click to View FlipBook Version