SMK SERI PANTAI, KUALA LUMPUR
BIODATA
NABI MUHAMMAD SAW
Nama Muhammad bin Abdullah bin Abd Mutalib bin Hashim
Nama Lain Ahmad, Al-Mahi, AL-Hasyir, Al-‘Aaqib
Gelaran Al-Amin, Abu al-Qasim
Tarikh Lahir 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah
Tempat Lahir Makkah al-Mukarramah
Nama Ibu Aminah bt Wahb
Ibu Susuan Suwaibatul Aslamiyyah dan Halimatus Saadiah
Pengasuh Asy-Syaima’ dan Ummu Aiman
Isteri-isteri - Khadijah bt Khuwailid - Hindun bt Umayyah
- Saudah bt Zam’ah (Ummu Salamah)
- Aisyah bt Abu Bakar
- Hafsah bt Umar - Safiyyah bt Huyay
- Zainab bt Khuzaimah - Ummu Habibah bt Abu Sufyan
- Juwairiyyah bt al-Harith - Maimunah bt al-Harith
- Zainab bt Jahsy - Mariah al-Qibtiyyah (Hamba)
Anak-anak Al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqayyah,
Ummu Kalthum, Fatimah
Tarikh Wafat 12 Rabiul Awwal Tahun 11 hijrah
Tempat Wafat Madinah al-Munawwarah
SALASILAH
NABI MUHAMMAD SAW
PERISTIWA MENAKJUBKAN SEBELUM KELAHIRAN
NABI MUHAMMAD SAW
Sewaktu dalam kandungan, Aminah ibu Nabi
pernah bermimpi didatangi oleh seseorang dengan mengata-
kan “Sesungguhnya engkau mengandungkan penghulu umat ini.
Jika dia telah lahir, maka ucapkanlah,”Aku berlindung dengan
Allah Tuhan yang Esa daripada keburukan semua pendengki”
dan namakanlah dia Muhammad”.
Ibu Nabi tidak merasa susah, penat dan letih
seperti yang biasa dialami oleh ibu mengandung.
Tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah
menyerang kota Mekah untuk memusnahkan Kaabah. Tetapi
dengan pertolongan Allah SWT, burung Ababil datang
menyerang dan menghancurkan mereka.
PERISTIWA MENAKJUBKAN SEMASA KELAHIRAN
NABI MUHAMMAD SAW
Api-api keramat kaum majusi di Farsi yang tidak pernah padam
sejak beribu tahun dihidupkan tiba-tiba terpadam dengan
sendirinya.
Pendeta Majusi mendapat mimpi yang menakutkan.
Berlaku gegaran Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi sehingga 14
anjung istananya runtuh.
Tasik Sawwah di istana Raja Farsi tertimbus dan berhala sekeliling
Kaabah retak.
Cahaya dari tubuh Rasulullah SAW memancar dan naik ke langit
menerangi tempat yang dilaluinya.
Baginda telah disunatkan ketika lahir dan tali pusatnya juga
telah terpotong.
SIFAT FIZIKAL
NABI MUHAMMAD SAW
Saidina Ali bin Abu Thalib menyifatkan Rasulullah SAW;
“ Adalah Rasulullah SAW itu tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu rendah,
tidak gemuk dan juga tidak terlalu kurus, rambutnya tidak terlalu kerinting
dan tidak juga terlalu lurus, sesungguhnya rambut Rasulullah SAW
bergelombang (ikal), bentuk mukanya tidaklah bulat dan gemuk Cuma ada
ketulan tembam di pipi yang kemerah-merahan, anak matanya terlalu
hitam dan bulu matanya melentik, dadanya berbulu hingga ke pusat, tapak
tangan dan kakinya berisi, apabila dia berjalan lajunya seolah-olah sedang
menuruni anak bukit, apabila dipanggil dia akan menoleh begitu juga
badannya akan turut berpaling, ada tanda Khatam An-Nubuwwah di
belakang diantara dua bahunya, dialah yang paling peramah, dia jugalah
yang paling benar dalam kata-kata dan perbuatannya, lemah lembut,
pergaulannya ramah, barang siapa yang pertama kali melihatnya akan
timbul ketakutan dan barangsiapa yang sudah mengenalinya dia akan
jatuh cinta dengannya. Aku tidak pernah melihat seseorang yang sama
dengan dia sebelum ini dan selepas ini”.
Hadith riwayat At-Tarmizi
AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI QUDWAH HASANAH
Pemurah dan Beradab ketika Fasih dalam Sentiasa
suka menderma makan berkata-kata berkasih sayang
Suka memilih Sifat berlapang dada
pakaian yang dan pemaaf
berwarna putih
KRONOLOGI PERISTIWA PENTING
SEBELUM MENJADI RASUL
Selepas Dipelihara oleh Halimatus Saadiah di perkampungan Bani Saad
kelahiran yang jauh daripada unsur negatif.
2–4 Dada baginda di bedah oleh Malaikat Jibril
tahun
4–6 Baginda tinggal bersama-sama dengan ibunya. Ketika
tahun berumur 6 tahun, ibu baginda meninggal dunia di Abwa’
dalam perjalanan pulang ke Mekah selepas menzirahi kubur
ayahnya.
6–8 Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib
tahun sehingga datuknya meninggal dunia. Seterusnya baginda
dipelihara pula oleh bapa sauranya Abu Thalib.
12 tahun Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Thalib ke Syam. Sampai
di sempadan Syam di bandar Busra, Bukhaira Ar-Rahib
menyuruh mereka pulang kerana bimbang Rasulullah SAW
dibunuh oleh orang Yahudi.
Baginda dan Abu Thalib menyaksikan Hilfu al-Fudhul iaitu
perjanjian untuk membela orang yang teraniyaya dalam
perniagaan.
20 tahun
Baginda mengembala kambing bersama-sama saudara
sesusuan di perkampungan Bani Saad kemudian di Mekah.
DETIK KERASULAN
NABI MUHAMMAD S.A.W
Era kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula ketika baginda berumur
40 tahun.
Ketika itu baginda suka menyendiri di Gua Hira’ memikirkan mengapa
penduduk Mekah menyembah patung-patung berhala yang tidak
boleh berbuat apa-apa kecuali tegak diam membisu.
Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan, baginda di datangi oleh
malaikat Jibril lalu memeluk baginda dengan erat dan menyuruhnya
membaca. Tetapi baginda menjawab “Aku tidak tahu membaca”
Akhirnya malaikat Jibril mengajar baginda membaca surah al-‘Alaq
ayat 1-5 yang merupakan wahyu pertama diturunkan.
Setelah itu baginda diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan
dakwah kepada umat manusia melalui surah Al-Muddaththir ayat 1-7.
TANDA-TANDA KENABIAN
Dada di bedah ketika berumur 4 tahun, 10 tahun, 40 tahun
dan 52 tahun.
(cap kenabian) – Pendapat yang
masyhur mengatakan ada benjolan seakan-akan gumpalan
daging sebesar telur merpati di bawah bahu sebelah kiri
yang bercahaya dan berbau harum.
Mimpi yang baik – Setiap kali setelah bermimpi, selalunya
ada cahaya yang bersinar seperti fajar subuh dan baginda
mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain.
Baginda juga melihat batu-batu dan pokok memberi salam
kepadanya.
IKTIBAR DARI KEHIDUPAN JUNJUNGAN AGUNG NABI
MUHAMMAD SAW
Kehidupan Nabi Muhammad SAW adalah lapangan yang cukup luas untuk
dijadikan tauladan bagi sesiapa sahaja;
1. Anak muda boleh mendapat pedoman kerana Muhammad SAW pernah
menjalani kehidupan sebagai anak muda yang rajin bekerja dan memerah
keringat tanpa bergantung kepada keturunannya yang mulia dan
kedudukannya yang istimewa.
2. Si Suami yang mempunyai seorang isteri boleh menjadikan Rasulullah SAW
sebagai ikutan kerana baginda hanya bersama dengan seorang isteri,
Khadijah sehingga umur baginda 50 tahun. Mereka yang berpoligami juga
boleh menjadikan Rasulullah saw sebagai panduan dalam 10 tahun terakhir
baginda mempunyai ramai isteri
3. Seorang bapa boleh melihat kehidupan Nabi saw ketika memiliki anak dan
ketika kematian anak-anaknya.
4. Seorang datuk dapat menghayati pedoman hidup Rasulullah SAW ketika
baginda melayan dua cucunya, al Hasan dan al Husain.
5. Seorang pejuang dapat melihat Rasulullah SAW sebagai pejuang;
Bagaimana berlangsungnya peperangan? Apakah adab dan disiplinnya?
Bagaimana halnya ketika menerima kemenangan atau kekalahan seperti
dalam perang Uhud?
6. Seorang penguasa, pemerintah, raja, presiden atau ketua kerajaan boleh
menerima pedoman dari hidup baginda SAW ketika mana memiliki
kekuasaan lalu baginda SAW berlaku adil dan menegakkan hak dan
kebenaran.
(Petikan perutusan Dr Yusuf al Qharadawi sempena Maulidur Rasul 2007)