PROJEK BERASASKAN PEMBELAJARAN KAJIAN KES
SEJARAH
TAHUN 2022
TOKOH-TOKOH PEJUANG TEMPATAN
DOL SAID
Disediakan oleh :
NAMA : NUR FARHANA BINTI MOHD SAUFI HADI
NO. KAD PENGENALAN : 070610-10-1866
TINGKATAN : 3 PROAKTIF
NAMA GURU : PUAN ROZIATI BINTI KOMAR
2
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK HALAMAN
1. JADUAL KERJA I
2.
3. PENGHARGAAN II
4.
PERNYATAAN MASALAH 1
5.
6. OBJEKTIF 2
KAEDAH KAJIAN 3
LAPORAN KAJIAN
4.1 LATAR BELAKANG DOL SAID 4
4.2SEBAB DAN PENENGANAN DOL 5
SAID DI NANING
4.3 PERISTIWA PENENTANGAN 6
SEHINGGA TAMATNYA PERANG 7
NANING
4.4 FAKTOR KEMENANGAN DOL SAID
PADA PERANG NANING KEDUA
4.5 KESAN PENENTANGAN 8
RUMUSAN 9
RUJUKAN 10
JADUAL KERJA
BIL PERKARA TARIKH CATATAN
1 MENDENGAR TAKLIMAT 30/11/2022 Bersemuka di
PELAKSANAAN KERJA KURSUS
SEJARAH DARIPADA GURU 16/12/2022 kelas
SUBJEK IAITU PN. ROZIATI 16/12/2022
2 MENYIAPKAN JADUAL KERJA 16/12/2022 Di rumah
OBJEKTIF DAN KAEDAH KAJIAN 17/12/2022 Di rumah
3 MENCARI BAHAN/SUMBER DARI Di rumah
BUKU/INTERNET 17/12/2022 Di rumah
4 MENYEDIAKAN PROSES AWAL
KERJA KURSUS 17/12/2022 Di rumah
5 MENYIAPKAN LAPORAN AKHIR
17/12/2022 Di rumah
-PENGENALAN 19/12/2022
Di rumah
-BIODATA TOKOH Di rumah
6 MENYIAPKAN LAPORAN AKHIR
-SEBAB PENENTANGAN
-PERISTIWA PENENTANGAN
7 MENYIAPKAN LAPORAN AKHIR
-KEPENTINGAN MENYEMAI
-SEMANGAT POLITIK
8 MENYIAPKAN RUJUKAN
9 MENGHANTAR KERJA KURSUS
I
PENGHARGAAN
Assalamualaikum. Bersyukur saya kepada Allah SWT kerana
dengan izinnya saya dapat menyiapkan Kajian Kes Sejarah
KSSM Tingkatan 3, tahun 2022 ini. Pertama sekali, saya ingin
berterima kasih kepada Puan Pengetua SMK(P)K, Puan
Zamizah binti Rafi’i kerana banyak membantu para pelajar
termasuk saya sepanjang proses menyiapkan kajian kes ini.
Puan pengetua sentiasa memberikan kata kata semangat agar
kami terus menimba ilmu dan melaksanakan amanah yang
diberikan guru dengan ikhlas dan jujur.
Seterusnya,saya ingin berterima kasih kepada kedua dua
ibu bapa saya yang menyediakan kelengkapan sekolah, alat tulis
dan sebagainya bagi memudahkan saya menyiapkan kajian kes
sejarah ini.
Kemudian,tidak lupa juga juga berterima kasih kepada
guru matapelajaran sejarah saya iaitu Puan Roziati binti Komar
kerana sentiasa mengajar,membimbing dan membantu saya
melengkapi kajian kes sejarah ini. Banyak ilmu yang diperoleh
daripada cikgu.Terima kasih, cikgu .
Selain itu, kepada kawan-kawan saya iaitu Ainul Mardhiah
binti Mat Rosli dan Elieya shafieza binti zulkifli, terima kasih
saya ucapkan kerana sudi menolong saya dari awal hingga
siapnya kajian kes ini. Ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang membantu saya dari awal hingga akhir. Semoga Allah
SWT membalas jasa baik kamu semua.
II
1.PERNYATAAN MASALAH
Campur tangan kuasa barat di negara kita membawa
perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan.
Perubahan tersebut menyebabkan masyarakat
tempatan tidak berpuas hati kerana kehilangan hak
dan kedudukan mereka. Oleh itu, mereka bangkit
menentang kuasa british di negara kita melalui
penentangan bersenjata, mencabar perjanjian dan
sistem perundangan. Di naning dol said merupakan
antara pembesar tempatan yang menentang
pentadbiran british di sana. Buktikan
1
2. OBJEKTIF
1) Menyatakan latar belakang Dol Said.
2) Mengenal pasti sebab dan penenganan Dol Said di
Naning.
3) Menjelaskan peristiwa penentangan sehingga
tamatnya Perang Naning.
4) Memberikan faktor kemenangan pada Perang
Naning Pertama dan kekalahan Dol Said pada perang
Naning kedua.
5) Menghuraikan kesan penentangan.
Peta Perang Naning Ilustrasi Perang Naning
2
3.KAEDAH KAJIAN
1) Kaedah Rujukan Guru
-Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan dari
Cikgu Roziati telah meningkatkatkan kualiti hasil
kerja saya.
2) Kaedah Penyelidikan Perpustakaan
-Saya telah menggunakan buku teks Sejarah KSSM
Tingkatan 3 untuk membuat rujukan
3) Melayari Internet
-Saya telah melayari beberapa link di internet untuk
mencari maklumat tambahan berkenaan sejarah Dol
Said
3
4.1 LATAR BELAKANG DOL SAID
Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL SAID dilahirkan pada
tahun 1773 dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia
76 tahun. Beliau berketurunan suku Semelenggang. Dol Said
adalah penghulu Naning yang ke sembilan selepas
menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 ketika beliau
berusia 26 tahun.
Sejak kecil lagi Dol Said mempunyai sifat keberanian
apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri pada
umur beliau enam tahun. Dol Said seorang yang tekun
mengaji,cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa
dihormati oleh ramai orang. Dol Said juga seorang yang taat
kepada kedua orang tuanya. Dengan sikap terpuji dan jasa beliau
inilah Dol Said telah menjadi contoh pahlawan dan pejuang
kemerdekaan yang jasanya dikenang dan diingati sepanjang
hayat.
4
4.2 SEBAB DAN PENENGANAN DOL DAID DI
NANING
Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-
sembilan yang membantah pengenaan cukai hasil
tahunan sebanyak 1/10 ke atas daerahnya oleh pihak
British. Beliau secara keras membangkang kemasukan
tentera British di Naning. Beliau mendakwa Naning ialah
sebuah negeri yang merdeka. Oleh kerana tidak puas hati,
Beliau merancang strategi dan bertekad untuk menentang
British dengan mengadakan peperangan bersenjata.
Dol Said menunjukkan kebijaksanaan peperangan
yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen
peperangan. Peperangan Naning yang berlaku pada tahun
1831 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang
berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.
5
4.3 PERISTIWA PENENTANGAN SEHINGGA
TAMATNYA PERANG NANING
Sebelum Perang Naning dimulakan pada tahun 1831, Dol Said
merancang strategi dengan teliti dan cekap tanpa pengetahuan British.
Beliau bermuafakat dengan pemimpin rembau dan mengadakan pakatan
degan orang Melayu dan wilayah lain untuk menentang British.
Antaranya termasuklah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau, Pembesar
Seri Menanti, Penghulu Gemenceh, Dato’ Kelana Sungai Ujong,Penghulu
Remai dan Rechat, Penghulu Linggi, Johol dan Ulu Muar. Pakatan ini
berjaya mengumpulkan kira kira 4000 orang hulubalang Melayu untuk
menentang British.
Pada tahun 1831, dalam perang Naning Pertama, Dol Said dan
pengikutnya berjaya mengalahkan British. Dol Said memperoleh bantuan
angkatan tentera dari Rembau dan wilayah yang menjadi jiran Naning.
Angkatan tentera tersebut menggunakan senapang jenis flintlock dan
snider riffles ketika membuat serangan hendap terhadap tentera British.
Dol Said juga menggunakan meriam kecil (lela rentaka) yang mudah
dibawa ke medan pentempuran.
Namun permuafakatan Dol Said dengan pembesar melayu tidak
kekal lama. Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832,
British berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan
mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan
Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti. British
berjaya memecahbelahkan pakatan tersebut. British berunding dengan
Yamtuan Raja Muda Ali dan beliau bersetuju membantu Britush dengan
menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning.
Oleh sebab tidak memperoleh bantuan yang mencukupi pada
Perang Naning kedua 1832, akhirnya British berjaya menguasai Taboh.
Dol Said menerima kekalahan dan menyerah diri kepada British. Dengan
pengunduran Dol Said, maka berakhirlah Perang Naning pada tahun 1632.
6
4.3 FAKTOR KEMENANGAN PADA PERANG NANING
PERTAMA DAN KEKALAHAN DOL SAID PADA PERANG
NANING KEDUA
Pada Perang Naning Pertama pada tahun 1831, Dol Said dan
pengikutnya berjaya mengalahkan British dan kemenangan
berpihak kepada Naning.
Antara faktor kemenangan Dol Said ketika Perang Naning
Pertama ialah penggunaan taktik gerila, bantuan daripada Seri
Menanti,Sungai Ujung, Johol dan Muar seperti bantuan senjata
serta pertolongan daripada pasukan bantuan yang diketahui oleh
menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari Rembau iaitu Syed
Sha’aban.
Pada Perang Naning Kedua pada tahun 1832 pula, Naning
kalah ditangan British. Antara faktor kekalahan Dol Said ketika
Perang Naning kedua ialah sokongan yang tidak menyeluruh.
Kurangnya sokongan dari pihak istana. Yamtuan Raja Ali
enggan memberikan bantuan kepada Dol Said.
Seterusnya, kelemahan strategi British menggunakan
pelbagai strategi sebelum Perang Naning Kedua seperti
kekuatan tentera, senjata moden, membuat perjanjian dan
memecahbelahkan pakatan Dol Said.
7
4.4 KESAN PENENTANGAN
Perang Naning memberikan kesan kepada kuasa
pemerintahan,kehidupan masyarakat tempatan di Naning, pihak
British dan Dol Said. Dari segi kuasa pemerintahan, Taboh telah
ditawan British menyatukan daerah Naning dengan Melaka.
British berusaha melaksanakan undang-undang Barat di Naning.
Tindakan British mencabar bidang kuasa penghakiman
yang dimiliki oleh Dol Said dan mengganggu sistem
perundangan Naning yang berlandaskan adat perpatih.
British juga memperkenalkan pelbagai jenis cukai
terhadap tanah, hasil hutan dan tumbuh-tumbuhan yang
memberikan kesengsaraan kepada rakyat. Selepas tamatnya
Perang Naning, British mengalami kerugian sebanyak 100 000
paun sterling walaupun berjaya mengalahkan Naning. Dol Said
pula diberi pencen dan rumah di Melaka.
8
5.RUMUSAN
Pada akhir kajian ini, saya dapat menyimpulkan
bahawa Dol Said sememangnya tokoh tempatan yang
berani dan sejarahnya tidak patut dilupakan. Nilai
murni yang saya peroleh daripada kajian ini ialah
keberanian, kekuatan, kebijaksanaan, kesetiaan dan
semangat cinta akan negara.
Harapan saya kepada generasi muda pada masa
kini dan akan datang agar sentiasa menjadikan
sejarah sebagai teladan dan pengajaran. Sebagai
contoh, contohi sifat ketokohan Dol Said dan
menjadikan faktor kekalahan perang maning sebagai
iktibar dalam hidup.
Selain itu, kita hendaklah menanamkan sifat
patriotisme dalam diri supaya dapat berganding bahu
mempertahankan kedaulatan negara. Oleh itu, tiada
kesempatan untuk pihak penjajah atau musuh. Peranan
ibu bapa juga sangat penting untuk mendidik anak-
anak agar cinta akan negara sejak kecil agar nilai
murni tersebut dapat dipupuk sehingga mereka
dewasa.
9
6.RUJUKAN
1) INTERNET
https://www.scribd.com/document/553717714/KERJA-
KURSUS-SEJARAH
https://dolsaid.weebly.com/
2) BUKU
Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 3 (Dr.Azharuddin
bin Mohamed Ali, 2018, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur)
OH MY GURU Modul versi 6.0, myteach 360
LEARNING
10