The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ukmholdingssdnbhd, 2023-09-10 20:42:46

Buletin Ekstensif Bil. 2

Buletin Ekstensif Bil 2

www.ukmholdings.com.my ekstensif Edisi Kedua I Mei - Ogos 2023 I Bil.2 BULETIN HOLDINGS UKM ALUMNI TERBILANG Adat sirih pulang ke Gagang UKM & REGIONAL GROUP QATAR METERAI MOU EDISI KHAS ALUMNI UKM


Sidang Editorial Azmawati Mohd Lazim • Ketua Editor Muhamad Safwan Samsol Bahrin • Timbalan Ketua Editor Pengeluaran Bahagian Komunikasi Korporat UKMH • Pengedaran Buletin Ekstensif elektronik boleh dicapai di: http://www.ukmh.com.my/publication-category/Buletin Ekstensif Sidang Pengarang Buletin Ekstensif amat mengalu-alukan sumbangan daripada semua subsidiari dibawah UKM Holdings Sdn. Bhd. untuk diterbitkan pada ruangan tetap, berita semasa mahupun rencana yang berkaitan dengan perkembangan aktiviti perniagaan. Sila hantarkan bahan tersebut kepada: Ketua Editor Buletin Ekstensif Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UKM Holdings Sdn. Bhd. Aras Bawah, Bangunan Wawasan. Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-8921 3982 E-mel: [email protected] 02 I Buletin Ekstensif


Kandungan Isi Edisi Kedua I Mei -Ogos 2023 I Bil.2 04 14 08 16 12 Kata-kata Aluan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UKM Holdings Sdn. Bhd. Kerjasama Strategik Antara Optometri UKM Kesihatan dan Pusat Fisioterapi IDEAL Alumni Terbilang : Puan Hajah Haliza, UKM Specialist Centre Sdn. Bhd. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Antara UKM dan Regional Group Qatar Kunjungan Hormat UKM Pakarunding ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Edaran Juadah Berbuka oleh Poliklinik UKM Kesihatan Di Sekitar Perumahan Putrajaya 06 10 13 17 20 Majlis Iftar Kasih Ramadhan 2023 Perasmian Projek UKM Pakarunding dengan Kerjasama Seri-UKM Alumni Terbilang : Tuan Haji Ts. Yuriny Adnan, UKM Pakarunding Sdn. Bhd. Alumni Terbilang : Encik Mohd Faizal Sa’aidin , UKM Unipeq Sdn. Bhd. 18 Lawatan Penandaarasan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 21 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yayasan Budi Penyayang Malaysia Prinsip Operasi Proses Pengeringan Sembur 21 dalam Penyelidikan makanan Penyerahan Buah Tangan dan Sampul Raya 15 Aidilfitri Majlis Pecah Tanah Projek 22 Laman Ilmu@UKM Buletin Ekstensif I 03


Tahun 2022 merupakan tahun permulaan saya bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di UKM Holdings Sdn Bhd, (UKMH). UKMH juga merupakan Syarikat Induk kepada UKM Specialist Centre Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai UKM Kesihatan Sdn Bhd), UKM Pakarunding Sdn Bhd, Unipeq Sdn Bhd, UKM Real Estate Sdn Bhd dan UKM Dagangan Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai UKM Cetak Sdn Bhd). Ini adalah merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi aspirasi UKM secara khususnya. “Tiada hulu tiadalah parang, tiada dahulu tiadalah sekarang”. Inisiatif terawal yang telah saya lakukan adalah untuk mengenali dengan secara lebih dekat latar belakang setiap anak-anak syarikat, perjalanan operasi dan kakitangan terlibat yang telah bekerja keras selama ini di dalam menyumbang penjanaan kepada Kumpulan UKMH. “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah yang pertama” Untuk menjadikan organisasi kita terus kekal releven dan berdaya saing di dalam pasaran, kita perlu sentiasa dinamik dan berani di dalam melakukan perubahan kepada budaya kerja yang sedia ada. Jika kita tidak berani untuk melakukan perubahan, kita akan terus ketinggalan di dalam persaingan sengit dunia perniagaan. Ucapan Aluan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UKM Holdings Mohd Rizal Zubair 04 I Buletin Ekstensif


Ada peribahasa menyatakan “Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”. Dalam kata lain, kita akan meneruskan amalan yang baik, disamping itu kita akan sentiasa bersedia untuk membuat penambahbaikan kepada organisasi dan diri masing-masing untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT sentiasa memberikan keberkatan dan rahmatNya di atas segala usaha murni yang telah kita lakukan. Insya-Allah, dengan berkat usaha, doa dan tawakal serta silaturahim dan kerjasama erat yang sedia ada, kita mampu untuk mengangkat imej penjenamaan Kumpulan UKMH dan UKM di dalam negara dan juga di persada antarabangsa. Buletin Ekstensif I 05


“Membina Yang Kukuh, Menyokong Infrastruktur Pertumbuhan” Haliza Yunus Ketua Pegawai Operasi UKM Specialist Centre Sdn. Bhd. Haliza Yunus merupakan Ketua Pegawai Operasi UKM Specialist Centre Sdn. Bhd. yang telah banyak menabur bakti dan keringat hampir 2 dekad bersama-sama kumpulan UKM Holdings. Dilahirkan di Kuala Terengganu dan telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang perakuanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Alumni UKM ini memulakan kerjayanya sebagai Juruaudit di firma audit dan pernah menjawat jawatan sebagai Eksekutif Kewangan & Pentadbiran di syarikat perniagaan dan perdagangan yang bertempat di Kemaman, Terengganu . Pada tahun 2001, beliau telah kembali menabur jasa kepada UKM apabila kembali berpindah ke Kuala Lumpur dan bekerja di UKM Specialist Centre Sdn. Bhd. (UKMSC) yang merupakan anak syarikat UKM Holdings. Bermula dengan kerjaya sebagai Eksekutif Kewangan dan sehingga kini beliau telah diberi kepercayaan untuk mengalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi. Kelestarian “Sustainability” untuk jangkamasa yang panjang. Industri kesihatan semakin lama menjadi semakin makin berkembang. Pelbagai penggunaan teknologi perubatan baharu telah mula memasuki industri menjadikan UKMSC sentiasa releven untuk bersaing dangan dunia pasaran. Hal ini menjadikan urus tadbir menjadi semakin kompleks apabila keperluan tenaga kerja semakin meningkat akibat daripada wujudnya pelbagai aktiviti, produk, perkhidmatan dan pertambahan pelanggan. Syarikat perlu merangka strategi bagi membina infrastruktur yang kukuh lantas menyokong pertumbuhan ini termasuk memperuntukkan sejumlah pelaburan bagi pembangunan teknologi, sistem dan proses serta memastikan setiap kualiti kakitangan yang diambil sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bersedia dalam pelbagai situasi. Menjadi pemimpin untuk menguruskan kakitangan agar sentiasa bermotivasi memerlukan kesediaan metal dan fizikal yang baik. Bekerja secara berpasukan adalah nilai yang diterapkan dalam setiap urusan dan tugasan di UKMSC. Hal ini, secara tidak langsung membentuk kemahiran insaniah pekerja secara menyeluruh. Nilai ini merupakan initiatif membina jati diri pekerja agar mereka lebih kreatif, berkemahiran dan arif dalam pelbagai sudut terutama dalam skop pekerjaan yang diamanahkan. 06 I Buletin Ekstensif


Sebagai pemimpin sesebuah organisasi, adalah telah menjadi tanggungjawab beliau untuk menetapkan satu standard dan budaya kerja yang baik. Hal ini Ianya sangat mencabar kerana dalam suasana kerja dan persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah pada hari ini, memerlukan beliau merangka strategi yang bersesuaian dengan keadaan semasa di samping memastikan semua kakitangan bergerak sejajar dengan visi dan matlamat yang digarapkan bersama. Umum mengetahui bahawa pekerjaan di hospital mempunyai pelbagai cabaran dan risiko yang perlu dihadapi. Pelbagai risiko telah berjaya di selesaikan oleh beliau dengan cara yang berhemah. Setiap keputusan yang diambil perlu dilihat secara menyeluruh agar keberhasilan perancangan untuk kesemua projek dan aktiviti syarikat dapat dijalankan dengan baik setiap keberhasilan keputusan adalah penentu kepada jatuh bangun sesebuah syarikat. Memikul amat yang diamanahkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan UKM Holdings Sdn. Bhd. selaku pemilik tunggal UKMSC, beliau sentiasa peka dengan setiap perancangan dan strategi dalam memastikan kelestarian hubungan antara pelanggan, kakitangan dan pihak berkepentingan. Hubungan yang baik dengan semua pihak dan mempunyai kemahiran komunikasi yang jelas sering menjadi garapan beliau agar maklumat yang ingin disampaikan mampu dilestarikan. Ekosistem perniagaan yang dijalankan oleh UKMSC merupakan perniagaan yang berisiko dan perlu mengutamakan keselamatan dan prosedur yang ketat. Beliau merupakan individu yang sentiasa menjadi rujukan terutama dalam situasi yang mendesak. Namun disebalik menjadi seorang ketua yang bertanggungjawab, beliau juga sentiasa merupakan seorang isteri dan ibu. Kebijaksanaan Puan Haliza mencari keseimbangan antara kerja dan keluarga dapat dilihat jelas dengan ketepatan masa dan menghargai setiap daripada kita. Pelbagai pembaharuan dan kejayaan telah dilakukan beliau kepada syarikat sehingga telah mendapat pelbagai anugerah dan di antaranya adalah anugerah perkhidmatan cemerlang dan anugerah pekerja paling lama berkhidmat di syarikat. Nasihat beliau kepada semua masyarakat terutama kepada pelajar yang bakal menghadapi dunia pekerjaan, “mereka harus bersedia bukan sahaja dari segi fizikal dan mental tetapi perlu bersedia dari segi ilmu pengatahuan dalam bidang yang ingin diceburi. Mereka perlu mempunyai minat yang mendalam serta rajin dan mempunyai sikap kompetetif serta berfikiran yang positif”. Selaku alumni Universiti watan ini, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada UKM dan berharap agar UKM akan terus menjadi antara Universiti yang terbaik di Malaysia dan di persada antarabangsa. Kesediaan modul pembelajaran yang ditawarkan telah menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti. UKM juga telah menjadi pilihan kepada anak-anak muda untuk menimba ilmu seterusnya menjadi antara graduan yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang mampu bersaing. Buletin Ekstensif I 07


Memulakan bicara dengan memperkenalkan diri sebagai anak jati Ibu Kota Kuala Lumpur, Ts. Yuriny Adnan merupakan Pengurus Besar di UKM Pakarunding Sdn Bhd. Sesuai sebagai anak kota, beliau mempunyai kebiasaan memenuhi masa lapang hujung minggu di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur untuk menikmati secangkir kopi dan roti bakar. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah sepenuhnya di Kuala Lumpur. Malahan menurut beliau, tidak pernah terlintas pun untuk cuba memohon memasuki mana-mana sekolah berasrama penuh ketika itu. Apa lagi berada di luar Kuala Lumpur. Sebaik sahaja menamatkan pengajian di peringkat Diploma (juga di Kuala Lumpur), satu-satunya universiti yang beliau mohon untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana muda adalah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menurut beliau, antara perkara terbaik yang berlaku dalam hidup adalah apabila beliau diterima untuk memasuki UKM atau lebih tepat lagi di Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM), UKM. Sepanjang pengajian peringkat sarjana muda di UKM, beliau bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kelab dan persatuan pelajar dengan memegang pelbagai tanggungjawab besar di peringkat kolej kediaman, universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Ada antara projek pimpinan beliau bersama-sama rakan sekampus yang dilaksanakan di luar negara berjaya mencipta rekod di Malaysia Book of Records (MBoR) dan memperoleh anugerah Naib Canselor UKM. Kesibukan beliau dalam aktiviti pelajar tidak sesekali menghalang beliau untuk menamatkan pengajian di UKM tanpa sebarang tambahan masa. Sebaik sahaja menamatkan pengajian di UKM, beliau telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringat Sarjana di Scotland, United Kingdom. Kekangan kewangan dan ingin berada dekat dengan keluarga menyebabkan beliau memilih untuk melanjutkan pengajian beliau juga di FTSM, UKM dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat (Sistem Maklumat Pengurusan) pada tahun 2006. Beliau juga sempat menjadi Felo di Kolej Ibrahim Yaacob selama setahun. Selain itu, bagi memenuhi tuntutan karier, beliau juga mempunyai kelayakan profesional sebagai Jurulatih Bertauliah, Project Management Professional (PMP) dan Professional Technologist (Ts). Beliau memulakan kerjaya sebaik tamat pengajian di UKM pada tahun 2002 di Pusat Kembangan Pendidikan, UKM sebagai Eksekutif Latihan & Kembangan. Sejak itu, beliau menelusuri perjalanan karier lebih 20 tahun dengan pelbagai jawatan dalam Kumpulan UKM Holdings sehinggalah beliau berada di jawatan terkini. Berkhidmat di UKM Pakarunding Sdn Bhd. (UKMP), beliau sentiasa berpegang kepada asas penubuhan UKMP itu sendiri iaitu menyebarluas kepakaran UKM di luar bidang akademik. Justeru menurut beliau, memimpin UKMP adalah satu bentuk cabaran yang Dalam Menjuarai UKM Sentiasa Dapat Terkehadapan Isu-isuWatan Ts Yuriny Adnan Pengurus Besar UKM Pakarunding Sdn. Bhd. 08 I Buletin Ekstensif


menggembirakan. Menyebarluaskan kepakaran UKM kepada watan dan sejagat memerlukan beliau memahami setiap bidang ilmu yang ingin dikongsi. Dalam banyak keadaan, pemegang taruh UKMP terutama pelanggan melihat beliau sebagai ketua syarikat yang pastinya menguasai bidang atau topik yang ditawarkan. Ini menyebabkan beliau harus ‘menuntut ilmu’ dengan lebih mendalam dengan pakar-pakar bidang sebelum berani untuk berjumpa dan bersoal-jawab dengan pelanggan. Sasaran UKMP untuk mencapai sekurang-kurangnya 30% pensyarah UKM untuk terlibat dalam aktiviti perundingan juga merupakan satu cabaran tidak mudah. Tidak semua pensyarah berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti penawaran perkhidmatan perundingan terutamanya pensyarah muda yang lebih menumpukan sasaran dalam bidang akademik. Professor atau perunding-perunding kanan yang terlibat di UKMP pula ada sesetengahnya tidak menyediakan pelan pewarisan ilmu dan kemahiran perundingan. Ini menyebabkan terdapat pensyarah yang tidak dilengkapkan dengan pengalaman dan pendedahan di industri. Situasi ini memerlukan UKMP untuk lebih proaktif bukan sahaja merapatkan jurang pendedahan bagi perunding kanan dan pensyarah baru malahan untuk juga merapatkan keterlibatan pensyarah universiti dengan industri. Beliau pernah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2007. Puluhan projek-projek perundingan di UKMP yang mana beliau terlibat sebagai Pengarah Projek termasuklah projek-projek mega negara seperti Laporan “Environmental impact assessment” (EIA), Pembangunan High Speed Railway (HSR) Malaysia-Singapura, Pembangunan Empangan Hidroelektrik Nenggiri, serta banyak dokumen-dokumen dasar di peringkat nasional seperti Dasar Air Negara. Dalam kesibukan menguruskan syarikat, minat beliau terhadap ilmu tidak pernah beliau abaikan. Beliau telah berjaya menulis dan menerbitkan dua (2) buah buku bersama perunding-perunding UKMP melalui dapatan dalam khidmat perundingan iaitu Revolusi Perindustrian 4.0: Satu Pemanfaatan Transformasi. Digital dalam Sektor Awam dan MASJID : Strategi Pengurusan Tenaga Sistem Penyamanan Udara & Keselesaan Terma. Ilmu yang dipelajari semasa di sekolah, universiti atau di mana juga yang diperolehi sentiasa akan memandu kita sepanjang perjalanan karier dan kehidupan. Pencarian ilmu itu tidak akan pernah ada tamatnya dan segala apa yang dipelajari itu pasti ada manafaatnya. Pelajar tidak patut berasa lelah atau sia-sia sepanjang perjalanan menuntut ilmu. Sebagai sebuah universiti watan yang didirikan dari darah, keringat dan air mata watan beliau sentiasa mengharapkan agar UKM sentiasa dapat terkehadapan dalam menjuarai isu-isu watan. Hasil perit-jerih watan untuk melihat adanya sebuah universiti kebangsaan ini perlu dibalas dengan sumbangan melata warganya kepada watan dan sejagat. Buletin Ekstensif I 09


Berasal dari Slim River, sebuah pekan kecil di Perak. En Mohd Faizal bin Sa’aidin merupakan Alumni Fakulti Sains Kesihatan, UKM Kampus Kuala Lumpur dalam bidang Sains Pemakanan yang kini berkhidmat sebagai Pengurus Besar di Unipeq Sdn Bhd (UKM UNIPEQ). Sesuai dengan latar belakang Ibu bapa beliau yang berkhidmat sebagai guru, amalan membaca dan membina jaringan (networking) adalah perkara yang dilatih sejak kecil. Kemahiran ini terus diasah ketika melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) hinggalah ke UKM. Kejayaan menyambung pengajian di UKM memberi kesan yang mendalam terhadap beliau kerana berjaya memenuhi impian keluarga terutama ayahanda beliau yang menerima tawaran kemasukan ke Fakulti Pendidikan UKM pada tahun 1980 namun terpaksa dilupakan atas faktor kekangan kewangan keluarga ketika itu Beliau menekankan bahawa kerjaya beliau dibina daripada pendekatan mentor-mentee & sistem buddy. Hasil nasihat mentor, beliau memulakan kerjaya sebagai Ahli Pemakanan di General Nutrition Centre. Sasaran beliau pada masa itu adalah untuk meningkatkan keyakinan diri selain menambah baik kemahiran berkomunikasi. Tambahan pula demografi majoriti pelanggan beliau terdiri daripada golongan expatriat. Kemudian, beliau menyantuni jemputan mantan dekan FSK UKM, Prof Emeritus Dr Mohd Azman Abu bakar untuk menyertai sebuah kolej swasta di pantai timur. Bersama-sama ramai alumni UKM yang lain, beliau mengembangkan kolej tersebut. Perkara yang boleh dibanggakan ialah majoriti tenaga pengajar dan pembangun kurikulum ialah alumni UKM. Beliau turut terlibat dalam pembangunan kursus berkaitan halal dan diberi kepercayaan untuk mengetuai jabatan tersebut. Beliau tidak berfikir panjang apabila ditawarkan untuk menyertai UKM UNIPEQ. Selain peluang untuk kembali menyumbang kepada alma mater, perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unipeq telah menarik minat beliau untuk menceburi aktiviti pengkomersialan kepakaran. Amanah untuk memimpin Unipeq sejak 2014 diteruskan beliau hingga kini. Sepanjang hampir satu dekad beliau memikul amanah memimpin UKM UNIPEQ, banyak pasang surut yang dihadapi. Cabaran utama yang dihadapai ialah menguruskan jangkaan UKM dan UKM Holdings selaku pemegang saham. UKM UNIPEQ perlu memastikan bahawa setiap aktiviti yang dilakukan selari dengan aspirasi universiti melalui keberhasilan dalam menjana keuntungan, Dan Membuat Mula Membina Jaringan Tepat Pilihan Yang Mohd Faizal Sa’aidin Pengurus Besar UKM Unipeq Sdn. Bhd. 10 I Buletin Ekstensif


kebolehpasaran graduan dan memberi nilai tambah dalam memenuhi keperluan MyRA mahupun SETARA. Dalam mencapai hasrat ini, warga kerja Unipeq perlu mengamalkan budaya kerja cemerlang. Cabaran seterusnya adalah membudayakan inovasi agar syarikat kekal relevan dan berupaya memenuhi jangkaan warga kerja serta pelanggan. Beliau mempunyai visi dan misi yang jelas dalam setiap keputusan yang dibuat. Berkongsi petikan beliau “Find a way to kill our business before somebody else kill us” jelas menunjukan beliau seorang yang serius dalam memastikan syarikat akan terus maju kehadapan di samping kebajikan pekerjanya sentiasa berada pada tahap optimum. Mempunyai pasukan kerja yang hebat dan amanah membuatkan beliau berasa bertuah berada di UKM UNIPEQ. Sokongan ketua-ketua jabatan dan warga kerja di bawahnya membuatkan beliau sentiasa menjadi tempat rujukan. Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul namun tiada yang lebih manis jika dibandingkan anugerah yang telah dirangkul bersama UKM UNIPEQ. Segala penat lelah yang diusahakan tetap diabadikan kepada UKM UNIPEQ dan beliau menasihatkan generasi muda untuk mula membina jaringan dan membuat pilihan yang tepat dalam memilih circle kerana ianya akan menentukan corak pemikiran dan tingkah laku. Mewakili UKM UNIPEQ, beliau berharap agar UKM terus melihat UKM UNIPEQ sebagai satu entiti yang memberi nilai terhadap aspirasi UKM. Beliau juga berharap agar Unipeq selalu berada dalam radar inisiatif UKM dan amat berterima kasih kepada UKM atas segala sokongan yang diberikan. Buletin Ekstensif I 11


Kejayaan dalam mematerai MoA bersama Regional Group Qatar pada bulan Mac 2022 yang lepas telah mengangkat kreadibiliti dan keupayaan UKM untuk membuka cawangan kampus pesisirnya di bumi Qatar. Sesi penyerahan penyerahan dokumen rasmi dan lawatan tapak di kampus UKM-Qatar telah di hadiri oleh YBhg. Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang ketika itu merupakan Menteri Pengajian Tinggi. Disusuli kejayaan demi kejayaan apabila YBhg. Dato Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Sumber: Facebook rasmi UKM berkesudian hadir bagi merasmikan bangunan sementara UKM-Qatar sambil disaksikan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Turut hadir bersama memberikan sokongan dalam memperkasakan agenda pengantarabangsaan UKM adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Holdings Sdn. Bhd., YBhg. Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Pengarah UKM Shape, YBhg. Prof. Datuk Dr Muhammad Hussin. UKM akan mula menawarkan lima program secara pesisir di Qatar bermula pada Oktober 2023. Program yang terlibat adalah Sarjana Muda Perakaunan (FEP), Sarjana Muda Sains Aktuari (FST), Sarjana Muda Sains Komputer (FTSM), Sarjana Muda Teknologi Maklumat (FTSM) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Pembangunan Sistem Maklumat). Dengan terjalinnya hubungan dua (2) hala ini, ia mampu membuka ruang yang lebih progresif bagi memastikan UKM terus relevan dan menjadi sebuah universiti rujukan yang berintelektual tinggi. Jaringan UKM Holdings Sdn. Bhd. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) UKM dan Regional Group Qatar 12 I Buletin Ekstensif


Kunjungan Hormat UKM Pakarunding ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kunjungan hormat UKM Pakarunding ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) adalah bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh UKM Pakarunding dan juga bertujuan untuk melihat sebarang peluang kerjasama melalui perkhidmatan yang disediakan oleh LPPKN dengan lebih terperinci. Pertemuan ini telah di pengerusikan oleh Encik Hairil Fadzly Md Akir selaku Timbalan Ketua Pengarah Dasar LPPKN dan di mulakan dengan sesi pengenalan seterusnya tawaran perkhidmatan yang disediakan oleh LPPKN. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah klinik Nur Sejahtera dan SPA Mamacare. Klinik Nur Sejahtera ini memfokuskan rawatan perancangan keluarga dan menawarkan fasiliti yang konduksif bagi setiap sesi termasuklah pilihan kaedah perancang keluarga, saringan kesihatan dan juga saringan kanser serviks. SPA Mamacare. Antara perkhidmatan SPA Mamacare adalah penjagaan yang holistik untuk Ibu selepas bersalin seperti urutan tradisional warisan melayu dan lain-lain yang berkaitan. Ts. Haji Yuriny Adnan selaku Pengurus Besar UKM Pakarunding Sdn. Bhd. turut mencadangkan projek-projek yang berpotensi untuk dijalankan bersama seperti kajian sains sosial, perancangan ekonomi, taraf hidup, dan seumpamanya. Hasil diskusi kedua-dua pihak menunjukkan potensi kerjasama melalui penghasilan module yang dirangka bersama oleh pekerja LPPKN dan bekerjasama dengan UKMP untuk menerbitkan buku melalui penerbit UKM. Sesi ini diteruskan dengan kejayaan UKMP mementerai Memorandum of Agreement (MOA) bersama pihak LPPKN bagi projek-projek yang berkaitan dengan perancangan ekonomi dan mengkaji semula taraf hidup rakyat Malaysia mengikut kategori seperti T20, M40 dan B40 berdasarkan Kawasan, negeri dan tempat tinggal selaras dengan kesan kenaikan harga barangan, tempat tingal dan lain-lain. Jaringan UKM Pakarunding Sdn. Bhd. Sesi penyerahan cenderamata oleh Ts. Haji Yuriny Adnan (kanan) kepada Encik Hairil Fadzly Md. Akir (kiri) Sumber: UKM Pakarunding Sdn. Bhd. Buletin Ekstensif I 13


Masyarakat Perasmian Projek UKM Pakarunding dengan Kerjasama Seri-UKM Pembangunan Unit Penjana Tenaga Suria Mudah Alih Amfibia untuk Bantuan Bencana UKM Pakarunding Sdn. Bhd. Projek yang dibangunakan bersama UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (UKMP) dan Prof Ar. Dr. Lim chin Haw, Ketua Felo Penyelidik SERI-UKM telah berjaya menghasilkan prototaip sebuah unit penjanaan tenaga suria mudah alih amfibia untuk bantuan pelbagai bencana terutama ketika musim banjir. Matlamat projek ini adalah untuk membantu masyarakat yang terkesan akibat daripada pelbagai bencana yang terjadi melalui penyediaan sumber tenaga bersih dan bekalan air ke kawasan terpencil. Penggunaan penjana kuasa suria amfibia dan treler yang dilengkapi penapisan ultra-air ini mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam pelbagai keadaan khususnya ketika banjir. Prof. Dato' Ts Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM telah meluangkan masa merasmikan Projek Penjanaan Tenaga Suria Mudah Alih Amfibia untuk Bantuan Bencana pada Mei 2023 yang bertempat di perkarangan Bangunan Wawasan UKM. Prototaip ini telah di komersialkan kepada umum terutama kepada agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam menangani isu bencana dan turut ditawarkan ke pasaran antarabangsa. Pelbagai faedah penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dapat diperolehi dan antaranya adalah membantu meningkatkan keadaan sosio-ekonomi serta manambahbaik keadaan persekitaran di kawasan luar bandar dan kampung. Prof Ar. Dr. Lim chin Haw Ketua Felo Penyelidik SERI-UKM 14 I Buletin Ekstensif


Penyerahan Buah Tangan dan Sampul Raya Aidilfitri Dalam menjalankan urus niaga, menjalin hubungan yang baik dengan pelanggan dan rakan niaga adalah amat penting. Usaha untuk memastikan hubungan baik terus berkekalan, pihak pemasaran UKM Specialist Centre telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan buah tangan dan sampul raya Aidilfitri kepada panel dan konsultan UKMSC menjelang Hari Raya Aidilfitri. Tindakan ini adalah satu langkah kecil yang bertujuan untuk mengekalkan hubungan yang rapat dan akrab dengan semua panel, serta memastikan bahawa hubungan Jaringan UKM Specialist Centre Sdn. Bhd. perniagaan terus berjalan dengan lancar dan berkesan. Kejayaan dalam perniagaan tidak hanya bergantung pada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan semata-mata, tetapi ianya juga kepada keupayaan untuk membina dan menjaga hubungan yang baik dengan pelanggan dan rakan niaga. Oleh itu, pengagihan buah tangan dan sampul raya Aidilfitri ini adalah satu langkah penting bagi pihak UKM Specialist Centre untuk terus membangunkan dan memperkukuhkan hubungan perniagaan dengan semua panel dan konsultan UKMSC. Buletin Ekstensif I 15


Bersempena kehadiran bulan Ramadhan yang lalu, pihak Poliklinik UKM Kesihatan telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan juadah berbuka puasa kepada penduduk disekitar Putrajaya. Selain daripada memperkenalkan Poliklinik UKM Kesihatan kepada orang awam dan penduduk Putrajaya, aktiviti ini juga mampu mendekati Masyarakat Edaran Juadah Berbuka oleh Poliklinik UKM Kesihatan Di Sekitar Perumahan Putrajaya UKM Specialist Centre Sdn. Bhd. fifffflffiflffl ffiffffff   ff ff ffiffl fflffiffffiflffiflff penduduk secara langsung dan dapat memberikan maklumat mengenai kesihatan dan perkhidmatan serta rawatan yang disediakan oleh Poliklinik UKM Kesihatan. UKM Kesihatan turut aktif dalam mengembangkan sayap perniagaannya melalui rangkaian polikliniknya. Berbekalkan dengan doktor-doktor yang berpengalaman dan terlatih, Poliklinik UKM Kesihatan sering menjadi pilihan penduduk sekitar Putrajaya untuk mendapatkan nasihat dan perkhidmatan rawatan yang ditawarkan disamping harganya yang berpatutan. Melalui program seumpama ini ianya turut menyumbang kepada tahap kesedaran terhadap penjagaan kesihatan di samping berkongsi maklumat lokasi terdapatnya cawangan poliklinik UKM Kesihatan yang berhampiran. Poliklinik UKM Kesihatan akan terus mengambil inisiatif seperti ini dan melaksanakan program-program yang memberikan manfaat kepada masyarakat secara langsung. 16 I Buletin Ekstensif


Kerjasama Strategik Antara Optometri UKM Kesihatan dan Pusat Fisioterapi IDEAL Optometri UKM Kesihatan dan Pusat Fisioterapi IDEAL telah menjalinkan kerjasama strategik yang memfokuskan kepada bidang pemerkasaan pemasaran dan penjanaan pendapatan yang optimum. Program kerjasama ini telah diadakan pada April 2023 di Lotus Semenyih. Melalui kerjasama yang dirancang bersama, pelbagai aktiviti program telah dijalankan dan diantaranya adalah promosi pembelian pakej fisioterapi, rawatan analisis fisioterapi, pemeriksaan mata percuma, rawatan TENS tangan dan peluang mendapatkan rawatan eksklusif. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan penjenamaan yang lebih luas kepada masyarakat, terutamanya penduduk di kawasan Semenyih. Inisiatif ini telah berjaya memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Fisioterapi IDEAL dan Optometri UKMK. Selain itu, program ini turut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan secara menyeluruh, dan menggalakkan lebih ramai orang untuk memeriksa kesihatan mereka secara berkala. Jaringan Optometri UKM Kesihatan Sdn. Bhd. Dengan adanya kerjasama ini, kedua-dua pihak yakin bahawa kerjasama strategik ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat serta dapat membantu meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan rawatan fisioterapi dan pemeriksaan mata yang teratur bagi meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Buletin Ekstensif I 17


Jaringan Lawatan Penandaarasan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Unipeq Sdn. Bhd. Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk mencapai beberapa objektif penting yang dapat memberikan manfaat kepada kedua belah pihak. Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi idea tentang amalan-amalan terbaik yang dilakukan dalam menguruskan organisasi dan penelitian terperinci dalam setiap aspek berkaitan dengan kewangan bersama UKM Holdings dan Unipeq. Sesi ini membuka peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk saling berkongsi informasi, idea dan pengalaman bagi mencapai tahap keberkesanan pengurusan yang mampan. Unipeq Sdn. Bhd. (Unipeq) telah menerima Lawatan Penandaarasan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) pada 10 Mei 2023 yang lepas. Seramai 17 orang wakil dari PSA yang terdiri daripada pengurusan tertinggi, pegawai-pegawai kanan serta pihak pentadbiran. 18 I Buletin Ekstensif


Mohd Faizal Sa’aidin Pengurus Besar Unipeq Selain itu, tujuan lain dari lawatan ini adalah untuk mencari peluang-peluang kolaborasi yang dapat memberikan manfaat dalam bidang-bidang yang berkaitan antara UKM Holdings dan Unipeq. Semasa sesi lawatan ini, pelbagai peluang kolaborasi telah dikenal pasti dan antaranya adalah melalui perkhidmatan penganalisisan dan program-program pembangunan kursus dan pentauliahan seperti Diploma Eksekutif Halal yang ditawarkan oleh Unipeq. Peluang kolaborasi ini dapat meningkatkan produktiviti dan keuntungan antara kedua belah pihak. Lawatan penandaarasan ini juga berjaya membina hubungan jaringan yang berterusan serta mampu meningkatkan hubungan baik antara PSA, UKM Holdings dan Unipeq di masa akan datang. Kumpulan UKM Holdings sangat mengalu-alukan kehadiaran dan lawatan dari pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta dan dan amat terbuka untuk sebarang perbincangan startegik yang membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Buletin Ekstensif I 19


Sosial Majlis Iftar Kasih Ramadhan 2023 6 April 2023, bersamaan dengan 15 Ramadhan 1444 Hijrah, Berlangsungnya Majlis Iftar Kasih Ramadhan yang telah diadakan di Dewan Sutera Kolej Ibu Zain (KIZ), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini merupakan inisiatif yang direncanakan bagi tujuan untuk meraikan kehadiran bulan ramadhan yang penuh berkat bersama para pelajar yang menginap di Kolej Ibu Zain. Sambutan program ini turut diwarnai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa yang terdiri daripada pelajar-pelajar antarbangsa yang melanjutkan pengajiannya di UKM yang turut serta diserikan oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3 dan ianya disiarkan secara langsung melalui rancangan Sembang Sahur. Dalam majlis ini, Unipeq Sdn. Bhd. (Unipeq) dengan berbesar hati telah menyumbangkan zakat sebanyak RM10,000 kepada Kolej Ibu Zain, UKM. Prof. Dato’ Dr. Norman Mohd Saleh, Pengerusi Lembaga Pengarah Unipeq Sdn. Bhd., turut bersama-sama diiringi oleh En. Mohamad Nazri Zainurain, Ketua Akademik Unipeq menyampaikan replika cek sumbangan kepada Dr. Nur Shakila Mazalan, pengetua Kolej Ibu Zain. Replika cek tersebut menjadi simbol penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Unipeq. Selain itu, dalam majlis tersebut juga diadakan sesi sumbangan hari raya untuk para pelajar UKM. Sumbangan ini disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Pengarah Hal Ehwal Pelajar UKM, dan diiringi oleh pengetua KIZ, Dr. Nur Shakila Mazalan. Sesi sumbangan ini bertujuan untuk meraikan kegembiraan Hari Raya Aidilfitri bersama para pelajar serta menerbitkan rasa kesyukuran dan kebahagiaan dalam bulan yang suci ini. Majlis Iftar Program Kasih Ramadhan ini merupakan acara yang bermakna dan memberi impak yang besar kepada seluruh pelajar terutama yang beragama islam. Program ini turut dapat memperkukuhkan ikatan di kalangan pelajar dan pihak pengurusan UKM. Semoga seumpama ini dapat memberikan kesan yang baik dan positif sakali gus mampu mempereratkan lagi hubungan antara semua pihak. Unipeq Sdn. Bhd. Mohamad Nazri Zainurain Ketua Akademik Unipeq 20 I Buletin Ekstensif


Sosial Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yayasan Budi Penyayang Malaysia Unipeq Sdn. Bhd. 3 Mei 2023, Pihak Unipeq Sdn. Bhd. (Unipeq) telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yayasan Budi Penyayang Malaysia yang dihadiri oleh hampir 100 orang tetamu dari pelbagai organisasi swasta mahupun kerajaan yang diadakan di Wisma Penyayang, Seri Kembangan, Selangor. Kehadiran Dato’ Leela Mohd Ali, ketua eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia dan Dato’ Khairy Jamaluddin yang merupakan individu berpengalaman luas dalam dunia politik malaysia turut menyerikan program ini disamping memberikan sokongan dan memeriahkan lagi rumah terbuka Aidilfitri Yayasan Budi Penyayang Malaysia. Semoga majlis seperti ini dapat terus diadakan di masa akan datang dan menjadi platform bagi membina jaringan sosial yang pelbagai bidang serta kepakaran. Latihan Prinsip Operasi Proses Pengeringan Sembur dalam Penyelidikan Makanan Unipeq Sdn. Bhd. Unipeq Sdn. Bhd. (Unipeq) dengan kerjasama Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Irwan Zubairi, Pakar Bioproses Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan bengkel "Prinsip Operasi Proses Pengeringan Sembur dalam Penyelidikan Makanan". Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membincangkan prinsip operasi proses pengeringan sembur dan kepentingannya dalam penyelidikan makanan serta mengkaji secara mendalam mengenai prinsip-prinsip operasi proses pengeringan sembur. Kaedah penyampaian yang digunakan amat membantu peserta dalam mempelajari serta mengaplikasikan ilmu yang diberikan melalui sesi amali yang disediakan. Antara isu yang dibincangkan termasuk kecekapan pengeringan sembur, masa reaksi pengeringan, pengoptimuman suhu dan kelembapan udara, dan analisis kualiti produk hasil pengeringan sembur. Peserta juga diberi pandangan mengenai aplikasi praktikal proses ini dalam penyelidikan makanan dan industri makanan. Secara keseluruhannya, Bengkel "Prinsip Operasi Proses Pengeringan Sembur dalam Penyelidikan Makanan" merupakan satu platform yang positif untuk memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip operasi proses pengeringan sembur dalam penyelidikan makanan. Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Irwan Zubairi Pakar Bioproses Makanan Buletin Ekstensif I 21


Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin diiringi oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Laman Ilmu@UKM yang bakal menempatkan hub inovasi, ruang komersil dan laman rekreasi. Dalam ucapannya, YB mengucapkan tahniah kepada UKM diatas inisiatifnya sebagai Institut Pengajian Tinggi dalam menjayakan kerangka Ekonomi MADANI melalui pembangunan Laman Ilmu ini. Selain itu, Projek Lapang Sasar Golf milik UKM turut akan dinaik taraf kepada bangunan dua tingkat dengan fasiliti baharu dan moden sukan golf. Ia bakal dilengkapi dengan 52 ruang tempat latihan serta kemudahan lain seperti surau, kafeteria, kedai serbaneka dan aksesori golf dan ruang parkir. Majlis ini turut menyaksikan sesi penyerahan surat setuju terima Projek Lapang Sasar Golf kepada Pengurus Besar UKM Real Estate Sdn. Bhd., Encik Azizuddin Abdul Manaf. Masyarakat Majlis Pecah Tanah Projek Laman Ilmu@UKM UKM Real Estate Sdn. Bhd. Projek ini mempunyai teknologi yang efisien seperti penggunaan sistem berteknologi tinggi dalam penjanaan dan pemprosesan air hujan sebagai sumber air alternatif dan sistem solar sebagai sumber tenaga. Kedua-dua projek ini diharapkan bakal membuka peluang pekerjaan dan ruang perniagaan kepada masyarakat setempat di Bangi dan dalam masa yang sama turut memanfaatkan tanah yang dimiliki oleh UKM selain menjadi sebuah destinasi baharu untuk masyarakat setempat. Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Abdul Razak Jaafar; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohamad Abd. Razak; ahli-ahli LPU; Timbalan- timbalan Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi UKM, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UKM Holdings Sdn. Bhd. Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima Bagi Projek Lapang Sasar Golf Azizuddin Abdul Manaf Pengurus Besar UKM Real Estate 22 I Buletin Ekstensif


HOLDINGS UKM ukmholdings Bahagian Komunikasi Korporat, UKM Holdings Sdn. Bhd. Aras Bawah, Bangunan Wawasan. Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan


Click to View FlipBook Version