KKEEMMPPEENN DERMA DARAH Setitik Darah Sejuta Makna TARIKH: 16 JUN 2022 MASA: 7.00 PAGI - 5.00 PETANG TEMPAT: DEWAN HARUM MANIS PTSS ANJURAN: POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
KATA ALUAN PENGARAH POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN BISMILAHIRRAHMANIRAHIM Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan sepatah dua kata untuk program kempen menderma darah ini. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan atas daya usaha yang telah dilakukan untuk merealisasikan program ini. Program ini merupakan satu wadah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk beramal kepada masyarakat. Selain daripada dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini secara sukarela pada masa akan datang. Konsep sukarelawan dapat dipelbagaikan oleh pelajar bukan semata-mata bantuan kudrat pancaindera malahan boleh dari pelbagai cara seperti derma darah. Diharapkan pelajar dapat mengetahui betapa pentingnya amalan menderma darah untuk menyelamatkan sesuatu nyawa dengan setitis darah. Dengan adanya program seumpama ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk beramal dengan lebih giat lagi. Oleh hal yang demikian, diharapkan program ini akan memberi impak positif semua warga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan menjadikannya sebagai saluran untuk kita menyumbang bakti kepada masyarakat. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak, keberkesanan program ini dapat direalisasikan. Sekian, terima kasih. EN.ABDUL MALEK BIN HASSAN
Melahirkan insan yang sayang kepada nyawa dan sanggup tolong-menolong antara satu sama lain. Dapat memberi pengalaman untuk merancang, mengurus dan mengelolakan Program Kempen Derma Darah. Memberikan kesedaran kepada orang awam dan pelajar tentang kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa. Menangani masalah kekurangan darah dalam tabung darah di hospital kerajaan. Untuk merapatkan hubungan antara warga jabatan dengan pelajar bagi meningkatkan kesedaran taraf kesihatan negara serta memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada masyarakat tentang kebaikan menderma darah. Memupuk amalan sukarela dalam kalangan masyarakat dan warga PTSS. OBJEKTIF PROGRAM TUJUAN Untuk menggalakkan orang ramai mengikuti program menderma darah secara sukarela bagi mencapai jumlah pek darah yang diperlukan.
Nama Program: Kempen Derma Darah Tema: Setitik Darah Sejuta Makna Anjuran: Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Dengan Kerjasama: Jabatan Kesihatan Negeri Perlis & kakitangan Hospital Tuanku Fauziah Tarikh: 16 Jun 2022 Masa: 7.00 pagi - 5.00 petang Tempat: Dewan Harum Manis PTSS Bilangan peserta: Terdiri daripada 50 orang Mahasiswa dan Mahasiswi PTSS dari Semester 3 hingga 5 serta 20 orang Pensyarah PTSS. BUTIRAN PROGRAM
TENTATIF PROGRAM
Nama Aktiviti: Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma dan Pameran Kempen Derma Darah Penganjur: Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Dengan Kerjasama: Kakitangan Hospital Tuanku Fauziah Tarikh: 16 Jun 2022 Masa: 9.20 pagi Tempat: Dewan Harum Manis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Butir-butir berkaitan aktiviti: - Pendaftaran - Sesi derma darah - Pameran Kempen Derma Darah - Pertandingan Mewarna - Penyampaian Hadiah Butiran Aktiviti: - Memberi pendedahan yang baru kepada masyarakat tentang derma darah iaitu 1 beg mampu menyelamatkan 3 nyawa - Untuk memupuk sifat menolong dalam kalangan pelajar - Untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai pengetahuan yang jelas tentang kepentingan menderma darah BUTIRAN AKTIVITI
GAMBAR AKTIVITI
GAMBAR AKTIVITI
GAMBAR AKTIVITI
PENAUNG EN.ABDUL MALEK BIN HASSAN (PENGARAH) PENASIHAT EN.NADZRI BIN CHE KAMIS (TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK) EN.ROSNIZAM BIN KAMIS (TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK) PENYELARAS PROGRAM PN.ASMIZA BINTI OTHMAN URUS SETIA EN.SOLIHIN BIN KASSIM SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN AKTIVITI
AJK URUS SETIA/PENDAFTARAN ENCIK MOHD HASRUL BIN HAKIMI MOHD FARIZAL BIN JAMAL AIDIL AZIMI BIN ZAINI NURUL NASUHA BINTI RAHIM NUR SYAZLIANA BINTI ROSLI AJK JEMPUTAN PUAN JUWITA BINTI MOHD JOHAN ENCIK ABDUL RAHMAN BIN YAACOB PUAN ZATI HAFIZA BINTI ABDUL HALIM ALIA NABILA BINTI ALI NABIL AHMAD BIN BAKAR AJK JURUGAMBAR NURUL UMAIRAH BINTI MOHD THOHIR ADAM HAIKAL BIN HAFIZ RAHIM BIN MAT ISA SYAZEERA BINTI NOORDIN AJK JAMUAN PUAN JAMILAH BINTI HUSSIEN AISHAH KHADIJAH BINTI MUSTAFA ALYA UMAIRAH BINTI AWANG NUR BALQIS BINTI SOLEH AJK PUBLISITI & PROGRAM PUAN SALASIAH BINTI NOORDIN NUR AMIRAH BINTI RAHIM SITI ROBIAH BINTI ALI NURUL HANAN BINTI FAUZAL AJK P.A SISTEM NUR ALEIZA BINTI KHADIR NUR SYAFIYYAH BINTI ABDUL MAJID MOHD RIDHWAN BIN ROSLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN AKTIVITI
SEKALUNG PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada: Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Kakitangan Hospital Tuanku Fauziah Serta semua yang terlibat dalam Program Kempen Menderma Darah ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jutaan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.