The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESAN TMK TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN MASYARAKAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noralisanajwaahmadsakri, 2021-06-07 12:38:03

KESAN TMK TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN MASYARAKAT

KESAN TMK TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN MASYARAKAT

KESAN TMK TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN MASYARAKAT DULU
DAN SEKARANG

NOR ALISANAJWA BINTI AHMAD SAKRI

Kesan TMK terhadap etika dan peradaban masyarakat dulu dan sekarang ialah zaman beralih
dan musim berubah.Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri
dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat
(ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan
sepatutnya manusia memperoleh pelbagai input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan,
penemuan bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih
kompetitif. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih
lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya,
kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang
positif atau negatif.

Kehadiran teknologi maklumat telah membuat tugas atau kerja masyarakat menjadi mudah,cepat
dan berkesan dalam segi keupayaan menghantar,menerima dan memproses maklumat.Oleh
itu,kita mempunyai banyak perbezaan dari segi teknologi maklumat masyarakat dulu dengan
masyarakat sekarang.Contohnya,masyarakat sekarang mempunyai teknologi maklumat yang
lebih canggih dalam penggunaan computer,peranti komunikasi dan aplikasi perisian,manakala
bagi masyarakat dulu teknologi maklumat hanya diketahui dan digunakan oleh sesetengah
masyarakat sahaja,kerana dulu kita tidak mempunyai wang dan pengetahuan tentang teknologi
maklumat ini.Dalam teknologi maklumat ini juga mempunyai kesan positif dan negatif kepada
masyarakat,tidak kiralah masyarakat dulu ataupun sekarang.

Pertama sekali kesan positif teknologi maklumat bagi masyarakat sekarang ialah meluaskan
pandangan dan pegetahuan masyarakat.Hal ini kerana dengan adanya teknologi maklumat ini
kita dapat mengetahui sesuatu perkara itu dengan cepat dan mudah.Dalam pada itu masyarakat
juga boleh mendapat pelbagai sumber yang diperlukan sama ada dari dalam atau luar negara
kerana maklumat yang diperlukan hanya di hujung jari sahaja.Dengan pengetahuan teknologi
maklumat juga kita dapat mengetahui urusan perniagaan yang dijalan secara efektif dan efisien.
Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka

beserta alamat mel elektronik atau e-mel untuk memajukan lagi perniagaan mereka. Pelbagai
barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari tempatan malah
dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini
malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri
rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa
perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan dan
pengetahuan.

Selain itu,dari segi pendidikan teknologi maklumat adalah anugerah istimewa. Tugas
mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat ini.
Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah
dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata
dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui
iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan
tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut
memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan
pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah.Keupayaan media ini telah menggerakkan deria-deria

utama manusia dan menyebabkan proses pembelajaran itu berlaku dengan berkesan.Dalam pada
itu,satu teknologi yang digunakan secara meluas dalam pendidikan iaitu E-Learning.Kaedah ini
adalah pembelajaran jarak jauh yang digunakan untuk memanfaatkan teknologi komputer.E-
Learning juga dapat membolehkan pelajar untuk belajar melalui komputer dan juga sebagai
suatu bentuk pembelajaran berasaskan web.Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam
pembelajaran,mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan berlainan daripada
sebelum ini dan mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini dengan lebih cepat.Jadi
begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.

Di samping itu,kemajuan teknologi maklumat juga dapat membentuk masyarakat yang peka
dengan keadaan semasa.Hal ini kerana dengan adanya teknologi maklumat ini dapat
menyedarkan masyarakat terhadap isu-isu semasa yang berada di sekeliling mereka seperti
perpaduan,alam sekitar,golongan kurang bernasib baik,hak mereka sebagai pengguna dan
banyak lagi.Dengan cara ini masyarakat dapat mengenal dan mengambil berat antara satu sama
lain,tidak kiralah berlainan bangsa ataupun agama.Dalam membentuk masyarakat yang
peka,teknologi

maklumat juga dapat memudahkan komunikasi antara masyarakat dengan yang lainnya.Tidak
kiralah tinggal berdekatan atau berjauhan antara satu sama yang lain.Kemudahan ini dapat
diukur dari segi kebolehan untuk berkomunikasi pada bila-bila masa dan di mana jua seseorang
itu berada.Walaupun berjauhan kita masih lagi dapat berhubung melalui mel elektronik.Mel
elektronik ini bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh
lebih pantas daripada penghantaran surat.Bukankah teknologi ini adalah satu anugerah yang
tiada tolok bandingnya?

Kesan TMK yang positif pada masyarakat sekarang yang seterusnya ialah meningkatkan
kualiti kerja dan meringankan beban kerja.Hal ini kerana penggunaan TMK boleh
meningkatkan kualiti kerja dalam semua bidang termasuklah bidang
perindustrian,perbankan,pendidikan,pertanian dan sebagainya.Kerana jika kualiti kerja
meningkat ini akan memberi keuntungan dan mengurangkan kemerosotan bagi bidang
tersebut.Dalam pada itu juga dengan adanya teknologi maklumat ini akan mengurangkan beban
kerja masyarakat dalam semua hal,seperti tidak perlu bekerja berat di pejabat atau kilang-kilang
dan tidak perlu ke bank untuk membuat sesuatu bayaran atau pemindahan wang,dengan cara ini
kita dapat menjimatkan lagi masa dan boleh melakukan banyak lagi kerja pada satu-satu masa.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemudahan teknologi ini cukup mendewasakan
masyarakat,kerana ia menjadikan urusan lebih cepat dan cekap.Dengan itu dalam semua bidang
yang dilakukan akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama dipersada dunia.

Terdapat juga kesan TMK yang positif bagi masyarakat dulu antaranya ialah masyarakat
menggunakan kemudahan teknologi maklumat sebaik mungkin.Ini kerana kebanyakan
masyarakat dulu tidak mempunyai telefon bimbit ataupun komputer untuk melayari
internet.Dalam pada itu juga teknologi maklumat tidak begitu terdedah dan secanggih zaman
sekarang dan ini akan menyebabkan perkara-perkara yang negatif dalam alam maya susah
merebak.Kemudahan teknologi maklumat pada masa dulu terhad dan ianya akan digunakan
pada perkara-perkara yang penting sahaja.Oleh kerana itu,ICT pada masa dulu lebih selamat
daripada bahan asing dari luar negara yang dimuatkan dalam media tempatan,maka tidak
terdapatlah unsur-unsur negatif yang menular masuk ke dalam budaya tempatan.

Di samping itu juga,ia melancarkan lagi pembelajaran pada masa dulu.Ini kerana,dengan
kekurangan teknologi maklumat dalam masyarakat dulu akan menfokuskan lagi pelajar untuk
belajar tanpa memikirkan benda yang tidak berfaedah.Pembelajaran akan menjadi lebih
menyeronokkan dengan kelas bersemuka dan dapat belajar atau bertanya kepada kawan-kawan

yang lain jika tidak memahami sesuatu pelajaran tersebut.Semasa sesi pembelajaran pelajar
dulu tidak terlalu menggunakan kemudahan ICT ini,kerana sumber terhad dan banyak
menggunakan wang untuk itu.Kebanyakan guru atau golongan yang kaya sahaja yang
menggunakan kemudahan teknologi maklumat ini.Teknologi maklumat masa dulu
menyedarkan masyarakat bahawa perlu belajar atau berkerja dengan tekun supaya dapat
memiliki atau menggunakan telefon bimbit atau komputer sebagai keperluan hidup mereka.

Lebih penting lagi,kesan positif TMK pada masyarakat dulu ialah membentuk masyarakat yang
prihatin dengan keadaan sekeliling.Antaranya,masyarakat dulu sentiasa bertanya khabar dan
menolong antara satu sama lain.Jika berjauhan mereka akan mengirimkan surat kepada
seseorang itu,dengan cara ini mereka akan dapat memupuk kasih sayang dan perpaduan
dalam diri mereka walaupun tidak mempunyai teknologi maklumat secanggih zaman
sekarang.Mahupun,teknologi maklumat dulu sederhana tetapi pemikiran masyarakat dulu lebih
bijak dan matang,kerana dulu mereka tidak bergantung kepada teknologi tetapi mereka
menggunakan kelebihan dan pemikiran mereka sendiri.Bahkan juga,teknologi masyarakat dulu
tidak secanggih zaman sekarang tetapi banyak bangunan-bangunan atau penghasilan daripada
masyarakat dulu telah terkenal di seluruh dunia.

Kehadiran teknologi maklumat pada masa dulu memberi sedikit sebanyak perubahan kepada
masyarakatnya,dari segi kehidupan,pembelajaran,dan sebagainya.Dengan adanya teknologi,
masyarakat dulu lebih cenderung dan memudahkan urusan mereka dalam penghantaran
surat,panggilan,dan pembangunan.Teknologi ini juga mengeratkan lagi hubungan antara
masyarakat,kerana dulu masyarakat akan berkumpul beramai-ramai untuk menonton
filem.Tidak kiralah orang tua ataupun orang muda.Ini menunjukkan bahawa teknologi
maklumat pada zaman dulu mempunyai kesan yang positif dan banyak memberi manfaat
kepada seluruh masyarakat,kerana teknologi zaman dulu mempunyai nisbah masalah
keruntuhan akhlak dikalangan remaja dan jenayah siber berkurangan daripada zaman sekarang.

Walaubagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat sekarang tidak bebas

daripada implikasi negatifnya.Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek negatif yang boleh

menggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang

menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas dan berbaur

fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan

kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya, terdapat khabar

angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit,

Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar angin ini pasti

mempengaruhi masyarakat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh
membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi
pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh
negara dan masyarakat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam
kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang
maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama
peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan
memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga
RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam
kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala
para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman
negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe
ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja
dan belia.Pendedahan ini mungkin kesan yang besar kepada psikologi dan tindak-tanduk
masyarakat terutamanya remaja.Seseorang remaja akan terpengaruh dengan hubungan seks

luar nikah yang sememangnya berdosa,mempunyai risiko yang besar dan akan menghadapi
kesan yang buruk bagi masa depannya.Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya
menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan keruntuhan akhlak remaja kita.

Seterusnya,perkembangan teknologi maklumat juga banyak membuang masa
masyarakat.Antaranya,keseronokan melayari laman-laman sosial seperti
Facebook,Twitter,Instagram,Tiktok dan bermain permainan maya secara atas talian
menyebabkan seseorang itu menghabiskan banyak waktu dengan perkara yang tiada
faedahnya.Kesan yang paling ketara dalam penggunaan teknologi maklumat ini adalah
terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari internet sehingga mereka
mengabaikan kerja sekolah dan waktu untuk belajar atau mengulang kaji pelajaran.Produktiviti
pekerja juga akan merosot jika terlalu leka melayari internet,kerana dengan melayari internet
pekerja akan mengabaikan pekerjaan mereka dan akan datang lewat bekerja kerana terlalu
mengantuk akibat melayari internet sehingga larut malam.Ini akan menyebabkan seseorang itu
akan mendapat risiko kehilangan pekerjaan ataupun kegagalan dalam peperiksaan bagi
pelajar.Apabila ini berlaku,pengangguran di negara kita akan bertambah dan jumlah
gelandangan di negara kita semakin hari semakin banyak kita temui di bandar-bandar besar.

Kesan TMK terhadap masyarakat sekarang juga mendatangkan kesan negatif dalam
berlakunya jenayah siber.Kerana isu ini meningkat sejak kebelakangan ini.Semakin maju
teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang berlaku.Jenayah siber yang
dimaksudkan dalam isu ini ialah penipuan secara atas talian,berlaku transaksi palsu,buli
siber,dan sebagainya.Kelicikan penjenayah siber ini menjadi semakin teruk dan susah untuk
dikawal kerana adakalanya ia mampu menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia
kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar,ini akan
merbahayakan lagi keselamatan di negara kita ini.Dalam pada itu juga penipuan jual beli dalam
talian juga membawa kerugian besar kepada pembeli atau penjual.Contohnya,seperti pembeli
menerima barang yang lain daripada pembeliannya dan kebanyakan penjual menerima resit
atau transaksi yang dihantar kepadanya adalah palsu.Melalui jenayah siber ini akan
membuatkan masyarakat menjadi takut untuk membeli atau menjual di atas talian dan tidak
dilupakan juga negara akan sentiasa berada dalam ancaman dan ketakutan,kerana keselamatan
negara semakin hari,semakin tergugat oleh penjenayah siber ini.

Walaubagaimana sekalipun,kesan TMK pada masyarakat dulu juga mempunyai banyak kesan
negatifnya.Antaranya,masyarakat dulu akan mudah untuk ditipu oleh berita-berita yang tidak
sahih daripada mulut manusia.Penyebaran berita ini amat berbahaya dan menyebabkan
masyarakat berpecah belah akibat mempercayai berita yang disampaikan oleh orang yang tidak
bertanggungjawab.Dengan kekurangan teknologi ini masyarakat dulu tidak dapat mencari
sumber tentang berita yang disampaikan adakah betul ataupun salah.Kekurangan ini juga telah
menyebabkan masyarakat dulu susah untuk mendapat sumber yang betul dan hanya orang
yang tertentu sahaja yang dapat mencarinya,kerana sumber teknologi adalah terhad untuk
semua masyarakat dulu.

Selain daripada itu,pengiklanan yang mendatangkan keburukan.Media massa juga boleh
mendatangkan keburukan kepada pengguna melalui pengiklanan.Ini kerana masyarakat dulu
lebih mudah terpengaruh terhadap perkara-perkara yang mereka lihat tanpa unsur
periksa,kerana mereka berpendapat iklan tersebut amat menarik dan produk tersebut dapat
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Sebenarnya,dalam kebanyakan kes,khasiat
barangan yang diiklankan itu tidak menepati faedah yang dipaparkan.Antara jenis barangan
yang selalu memperdaya pengguna ialah barangan kesihatan seperti ubat-ubatan,peralatan
senaman dan barangan elektrik.Oleh itu,masyarakat mesti berhati-hati dalam membeli sesuatu

barangan yang diiklankan di media massa.

Pada waktu yang sama,hubungan sosial didalam masyarakat akan menjadi semakin rapuh
kerana tidak mempunyai alat komunikasi untuk berhubung dengan seseorang yang berada
diluar negara.Penggunaan teknologi maklumat pada masyarakat dulu adalah terhad dan
menyumbang kepada masalah sosial yang semakin serius.Sebagai contoh,seperti seseorang itu
ingin menghantar surat kepada seseorang yang berada di luar negara,tetapi penghantaran
mengambil masa berhari-hari,bahkan boleh mencapai berbulan-bulan untuk sampai kepada
tempat yang dituju.Ini menyebabkan masyarakat dulu kurang mengetahui tentang keadaan dan
situasi diluar sana dan menyebabkan mereka tidak dapat berkembang maju seperti masyarakat
sekarang ini.Oleh itu,pihak yang berwajib haruslah mengambil ikhtiar untuk membendung
masalah ini daripada terus berterusan dan akan menjadi lebih serius lagi.

Justeru itu juga kesan penggunaan teknologi maklumat ini pada masyarakat dulu ialah akan
menyebabkan isu keselamatan negara timbul.Hal ini kerana,dengan kekurangan teknologi
ini,masyarakat tidak dapat mengetahui dan melindungi negara mereka daripada ancaman
negara asing.Dengan ini,penceroboh boleh memasuki negara mereka dengan mudah dan tidak
dapat diketahui atau dijejak oleh mereka.Hal ini menyebabkan sistem keselamatan negara

mereka akan tergugat dan sentiasa diancam oleh musuh.Lebih-lebih lagi masyarakat dulu tidak
mempunyai peralatan dan alat yang canggih untuk menghalang dan mengetahui jejak
penceroboh daripada masuk ke negara mereka.Menyedar hakikat diatas,kesan negatif TMK
masyarakat dulu mamberi impak yang teruk pada negara tersebut dan hendaklah dicegah
daripada berterusan.

Sebagai penutup bicara, kesan TMK terhadap etika dan peradaban masyarakat dulu dan
sekarang membawa pelbagai kesan positif, namun pada masa yang sama memberi laluan
kepada kesan negatif yang mampu melanda negara kita. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita
tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Semua pihak harus
bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada
unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi
tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.Dalam dunia tanpa
sempadan ini,serangan berkemungkinan boleh dilakukan oleh orang beribu-ribu batu jauhnya
mahupun dari kalangan orang yang berhampiran dengan kita.Oleh itu,kita hendaklah bijak
dalam memilih atau menggunakan teknologi yang ada ini dengan sebaik yang mungkin dan
jangan tersalah langkah,kerana buruk padahnya yang akan diri kita sendiri.

Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi
memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2021. Sesungguhnya Saidina Ali Abi
Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan ilmu maka ilmunya akan
bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta maka hartanya semakin
berkurang.Jadi dengan kata lain,walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak
seperti kerajaan atau swasta (ngo),tanpa kerjasama daripada ibu bapa,nescaya gejala ini akan
sukar dibendung dan diatasi.Jadi kita perlulah sama-sama mengatasinya Bersama-sama.

SENARAI RUJUKAN

Wan Norina W.H.,Zaharah,H.,Ahmad, F.,Mohamed ,Y., & Ahmad Arifin,S.(2013). Pengaruh
Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia. The Online
Journal of Islamic Education. Januari 2013, Vol.1 , Issue 1.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1106&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.h
tm#ixzz4qDigl27E
© Utusan Melayu (M) Bhd

Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
(2015). Perkembangan Telekomunikasi Negara.

https://stpm-study.blogspot.com/2017/07/kesan-positif-dan-negatif-teknologi.html

<a href='https://stpm-study.blogspot.com/2017/07/kesan-positif-dan-negatif-teknologi.html'
target='_blank'>Kesan Positif dan Negatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi Masa Kini</a>


Click to View FlipBook Version