The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-82341081, 2022-08-26 23:18:52

SYAIR PERPADUAN

SYAIR PERPADUAN

TAJUK SYAIR: PERPADUAN Bersatu padu tiada pilihan
Jika semua mahu bertahan
IRAMA BATU BELAH Bersikap degil cetus bantahan
Hubungan rapuh punca
Negara kita pelbagai bangsa kelemahan.
Berbeza pandangan perkara biasa
Jangan dibiar menjadi bisa Karya: Ghazali Lateh
Hidup terancam sepanjang masa.

Berbeza budaya bukan halangan
Jurang kecil dibesar jangan
Kurangkan iri anjur rundingan
Harmoni nusa kian berpanjangan.

Kepada orang hendaklah hormat
Hendak menegur hendaklah cermat
Bersatu padu itu matlamat
Jangan dinyala dendam kesumat.

Semua tak boleh mementingkan diri
Berjuang untuk kaum sendiri
Sejarah lama harus susuri
Insaf hakikat sedarlah diri.

Serulah semua agar bersatu
Membina Negara biar bermutu
Besar hasilnya sudahlah tentu
Wawasan Negara tercapai jitu.

Semangat mulia bertolak ansur
Tidak menyombong jadikan unsur
Taraf tak hilang jika menyusur
Bagai gabungan pana dan busur.

Hendaklah ikhlas bersatu hati
Bukan mengharap pulangan nanti
Bangsa yang kuat itu yang pasti.
Persada dunia orang hormati.

Marilah kita duduk berunding
Lebih dan kurang jangan disbanding
Menang dan kalah bukan bertanding
Mengatur langkah tangan berganding.


Click to View FlipBook Version