The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eiman269, 2022-12-27 02:58:22

dasar dalaman 2

dasar dalaman 2

DASAR DALAMAN BAGI
PENTADBIRAN KEWANGAN
DAN AKAUN IPGK KENINGAU

TUJUAN

• MENYEBARLUAS LANGKAH BERJIMAT CERMAT YANG PERLU
DIPATUHI OLEH SEMUA PIHAK BAGI MEMASTIKAN DASAR,
KAWAL SELIA SERTA PERBELANJAAN BERHEMAH YANG
DIAMANHKAN OLEH KERAJAAN DILAKSANAKAN BAGI
MENJAMIN KEDUDUKAN KEWANGAN YANG STABIL

RASIONAL

• Ketua jabatan boleh membuat kawalan dalaman bagi menyokong
Langkah penjimatan dalam mengoptimumkan perbelanjaan
Kerajaan

• Ketua Jabatan bertanggungjawab menyediakan garis panduan
dalaman yang sesuai di jabatan sebagai satu bentuk kawalan bagi
mengelakkan pembaziran

MATLAMAT

• Pelaksanaan program / aktiviti / projek hendaklah selaras dengan
jumlah peruntukan yang telah diluluskan

• Peruntukan Pelaksanaan program / aktiviti / projek hendaklah
mengikut keutamaan bagi perancangan tahunan bagi tahun semasa
yang telah dikemukan oleh Jabatan/ unit/ jawatankuasa dalam ABM
tahun tersebut

• Peruntukan pelaksanaan program / aktiviti / projek diberikan
keutamaan bagi semua jabatan/ unit/ jawatankuasa yang memohon
bagi setiap ABM

• Peruntukan yang telah diluluskan hendaklah digunakan dalam
tahun semasa

MAKLUMAT AM

• Semua Kertas Kerja perlu dibentangkan dan disahkan dalam
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi ( M3P) sebelum melaksanakan
program / aktiviti / seminar

• Bahagian Anggaran Kos dalam Kertas Kerja perlu diteliti dan
ditandatangani oleh PEK / PAK sebelum dibentangkan dalam
mesyuarat M3P

• PEK / PAK perlu membuat catatan anggaran perbelanjaan dan
membentangkannya dalam mesyuarat berkaitan sekurang-
kurangnya 3 bulan sekali agar kawalan terlebih guna dapat
dielakkan daripada berlaku.

Tuntutan perjalanan

Maklumat am

• Semua tuntutan perjalanan perlu disertakan resit-resit berkaitan yang telah disahkan :

• Resit hotel/ homestay, resit pembelian tiket pergi balik, resit dobi, resit parkir, resit pengangkutan awam

• Semua tuntutan perjalanan mesti dikemukakan kepada Unit Akaun selewat-lewatnya
10 haribulan pada bulan yang berikutnya

• Pegawai perlu mendapatkan kelulusan AP100 daripada Pengarah / Timbalan Pengarah
jika gagal menghantar borang tuntutan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan
menyertakan kelulusan tersebut bersama boran tuntutan kepada Unit Akaun.

• Setiap tuntutan hendaklah disusun mengikut tarikh pelaksanaan aktiviti.
• Pegawai perlu menyatakan nama, tarikh dan tempat mesyuarat / program yang

dihadiri pada Kenyataan Tuntutan
• Alamat lojing perlu dinyatakan dalam helaian tuntutan lojing
• Pas masuk @ boarding pass perlu disertakan dalam tuntutan perjalanan bagi

penggunaan kapal terbang dan kereta api

MENGIKUTI MESYUARAT / KURSUS /
BENGKEL

• Tuntutan perjalanan menggunakan peruntukan yang telah dikhususkan
sahaja
• Contoh : TS25, STEM, DLP, CPD, MBMMBI dll

• Sekiranya tiada peruntukan khusus, peruntukan pengurusan boleh
digunapakai dengan langkah penjimatan berikut
• Kawalan ahli atau bilangan pensyarah yang mengikuti sesuatau
program / kursus / mesyuarat

• Semasa menjalankan aktiviti pelajar di luar IPGK Keningau, pensyarah
pengiring hendaklah mengiringi pelajar dan tuntutan elaun lojing /
sewaan hotel ( mesti bersama resit) mestilah berada dalam kawasan
ditempat tinggal pelajar.

SEMINAR / KOLOKIUM / SHOWCASE

• Tuntutan perjalanan boleh dituntut berdasarkan langkah penjimatan
berikut
• Hanya sekali sepanjang tahun untuk seorang pegawai yang
membentang dalam mana-mana seminar / kolokium / showcase
yang bukan wajib
• Hanya sebagai pembentang sahaja dibenarkan membuat
tuntutan perjalanan

ELAUN TAMBANG PENGANGKUTAN
AWAM

• Semua pegawai dari Tenom / Nabawan yang diarahkan bertugas rasmi ke Kota
Kinabalu / Semenanjung Malaysia, tambang pengangkutan awam yang dibenarkan
dituntut bermula dari IPGK Keningau

• Tuntutan tambang pengangkutan awam adalah berdasarkan kepada tuntutan satu
tempat duduk kecuali kes-kes tertentu dibenarkan dengan kelulusan Pengarah /
Timbalan Pengarah

• Perkhidmatan e-hailing seperti Grab dikategorikan sebagai pengangkutan awam
yang melayakkan pegawai membuat tuntutan tambang bagi perkhidmatan tersebut.

• Semua tuntutan tambang pengangkutan awam dan e-hailing mesti mempunyai resit
rasmi oleh syarikat terbabit dalam perjalanan seseorang pegawai

• Setiap resit asal perlu disahkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Unit pegawai penuntut

ELAUN PERJALANAN KENDERAAN

• Surat kelulusan menggunakan kenderaan sendiri bagi perjalanan melebihi 240
km sehala hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Pengarah / Timbalan
Pengarah sebelum perjalanan dilaksanakan.

• Jarak perjalanan kilometer yang dibenarkan dituntut adalah menggunakan
Applikasi Google Maps.

• Walaubagaimanapun prinsip jarak terdekat adalah selaras dengan syarat am di Perenggan
19(a), Perintah Am Bab B Tahun 1974 yang menyatakan tentang perjalanan mengikut mana
yang sehabis dekat dan murah dengan cara pengangkutan yang bersesuaian dengan
kecekapan masih digunapakai.

• Bagi pasangan suami isteri yang menghadiri kursus/mesyuarat / pada tarikh
dan tempat yang sama mesti menggunakan kenderaan yang sama dan bilik
hotel yang sama

• Tuntutan Elaun kilometer tidak dibenarkan bagi perjalanan rasmi di
Semenanjung Malaysia

BIMBINGAN, PENYELIAAN DAN PENILAIAN
SERTA PEMANTAUAN PRAKTIKUM

• Tuntutan perjalanan adalah mengikut keputusan rasmi mesyuarat Pengarah-
Pengarah

• Lokasi sekolah pelatih dibawah bimbingan / seliaan hendaklah dalam satu alir
perjalanan.

• Penyeliaan praktikum hanya dibenarkan sekali bagi setiap pelajar. Oleh itu, susunkan
jadual penyeliaan dengan baik agar setiap penyeliaan dapat dioptimakan.

• Elaun lojing tidak akan dibayar bagi tuntutan perjalanan di daerah Tenom dan
Tambunan jika seorang pelatih( mengambil masa 2 jam sahaja) dipantau /
direntas

• Elaun lojing tidak akan dibayar sekiranya seorang pegawai diarahkan bertugas rasmi
di daerah tempat tinggal kecuali hadir ke pejabat dan mengetik perakam waktu
pada tarikh diarahkan bertugas rasmi sebagai bukti pembayaran elaun lojing
dalam tuntutan perjalanan

Permohonan waran udara

• TPeerrbmaonhgosneatnelmahesmtielanhermimeangagrauhnaankaonleBhoPraenngguPreursmaonhToenrtainngKgai pal

• Borang yang telah dilengkapkan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan
/ Unit, hendaklah dikemukakan kepada Unit Kewangan bagi tujuan
semakan baki peruntukan.

• Sekiranya peruntukan mencukupi, borang tersebut akan dikemukakan
kepada Pengurusan Tinggi untuk kelulusan.

• Kelulusan penggunaan waran udara adalah tertakluk kepada peruntukan
semasa

• Kaedah pembelian tiket penerbangan berdasarkan harga yang
menguntungkan Kerajaan.

PEMBELIAN SENDIRI TIKET KAPAL TERBANG OLEH
PEGAWAI sama ada diarahkan atau atas dasar

sukarela

• Pegawai yang membeli tiket sendiri daripada syarikat penerbangan atau
syarikat/agensi pelancongan berkenaan secara dalam talian (online),
melalui kaunter, atau medium elektronik lain yang dibenarkan.

• Pegawai hendaklah mengemukakan tuntutan bayaran balik beserta dokumen
sokongan dan resit yang lengkap kepada Kementerian/Jabatan untuk tujuan
bayaran balik

PEMBELIAN SENDIRI TIKET KAPAL TERBANG OLEH
PEGAWAI sama ada diarahkan atau atas dasar

sukarela

• Kos yang boleh dituntut oleh pegawai apabila membuat pembelian tiket penerbangan
tanpa menggunakan WPUA adalah seperti berikut:
• harga Tiket Penerbangan;
• Surcaj Bahan Api;
• Cukai Lapangan Terbang;
• KLIA2 Fees (jika berkaitan);
• Sales and Services Tax (SST);
• Bagasi (tuntutan berdasarkan kilogram bagasi paling minimum yang ditawarkan oleh syarikat
penerbangan);
• Insurans;
• Fi pemprosesan – Fi tersebut adalah wajib bagi membolehkan tiket dikeluarkan oleh syarikat
penerbangan atau syarikat pengembara pelancongan;
• Tuntutan-tuntutan lain yang diluluskan oleh Pegawai Pengawal berdasarkan kepada kewajaran dan
keperluan Kementerian/Jabatan masing-masing.

(Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi (Kuat kuasa pada 1 April 2020))

PAKEJ BAGI MESYUARAT/ BENGKEL / KURSUS /
BIG/ PROGRAM RASMI

• Penganjuran dilaksanakan di premis kerajaan
• Bilangan urusetia hendaklah dihadkan mengikut keperluan sahaja
• Kelulusan baki peruntukan di Unit Kewangan hendaklah diperolehi terlebih dahulu

sebelum membentangkan kertas kerja di peringkat M3P IPGK Keningau untuk
dipanjangkan ke IPGM
• Semua pihak terlibat dengan penganjuran mestilah membentangkan kertas kerja selewat-
lewatnya satu bulan daripada tarikh pelaksanaan program
• Penyediaan proses e perolehan selewat-lewatnya satu minggu daripada tarikh pelakanaan
program

PAKEJ BAGI MESYUARAT/ BENGKEL /
KURSUS / BIG/ PROGRAM RASMI

• Permohonan pakej disediakan oleh :
• Bengkel / Kursus – Jabatan LDP
• Mesyuarat – Unit Perolehan
• BIG – Unit Kokurikulum
• Aktiviti pelajar – Jabatan HEP

• Semua memo / surat panggilan bagi penganjuran program secara pakej perlu
menyatakan “ penginapan, makan minum adalah disediakan”

ELAUN LEBIH MASA

• Kerja lebih masa hanya dibenarkan bagi perkara-perkara berikut
• kerja- kerja kecemasan
• Kerja mustahak dan tidak dapat ditangguhkan kepada hari berikutnya oleh sebab penangguhan boleh
memudaratkan perkhidmatan
• Kerja-kerja yang dikehendaki dilaksanakan oleh kakitangan melebihi daripada tugas hakiki seperti kerja-kerja
task force
• Kerja-kerja yang perlu diluluskan dalam jangka masa yang terhad

• Setiap Ketua Jabatan / Unit / Jawatankuasa mestilah menghantar surat permohonan beserta justifikasi menjalankan
kerja lebih masa ke Unit Kewangan sebagai semakan peruntukan kewangan sebelum mengeluarkan memo arahan
bertugas lebih masa bagi menentukan pembayaran elaun lebih masa boleh di bayar atau Gantian Cuti Rehat

• Hanya Pengarah / Timbalan Pengarah / KUKP yang boleh menandatangani Memo Arahan Bekerja Lebih Masa

• Kadar tuntutan Elaun Lebih Masa yang dibenarkan adalah RM 500 setahun/ orang

• Bagi pemandu kenderaan rasmi pejabat yang menjalankan tugas diluar pejabat perlulah merekod waktu mula dan
selesai bertugas pada buku log perjalanan dan ditandatangani oleh pegawai yang memohon penggunaan tersebut.

• Elaun lebih masa bagi pemandu yang menghantar Pegawai/ pelajar ke lapangan terbang di Kota Kinabalu layak
menuntut Kerja lebih Masa maksimum 8 jam sahaja

MAKAN MINUM SEMASA MESYUARAT /
BENGKEL / KURSUS

• Permohonan makan minum semasa mesyuarat hanya boleh dilakukan
• mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah / Timbalan Pengarah
• Bilangan minima ahli mesyuarat sekurang-kurangnya 10 orang pegawai /
kakitangan
• Mengikut kadar yang ditetapkan dan melebihi 3 jam
• Minum pagi : RM 3.00 ( 8.00 pagi – 12.00 tgh) atau
• Minum Pagi : RM 5.00 ( 8.00 pagi – 1.00 ptg ) atau
• Minum Petang : RM 3.00 (2.00ptg – 5.30 ptg)
• Sekiranya Mesyuarat / kursus / bengkel dilaksanakan sepanjang hari
• Minum pagi & petang : RM 3.00 atau
• Makan tengahari : RM 5.00


Click to View FlipBook Version