The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-48263955, 2022-08-30 23:58:55

TEKS PENGACARA MAJLIS

PENGACARA MAJLIS

Unit Disiplin
SK St James, Kudat
Teks Perhimpunan Sekolah

Luruskan barisan
Angkat tangan…jatuh..
Angkat tangan…jatuh...
Rehatkan diri…jaga sedia…
Rehatkan diri…jaga sedia…
Angkat tangan…jatuh…
Angkat tangan…jatuh…

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Salam SK St James Mendahului
Kecemerlangan Berpadu Kita Jaya.

*[Pastikan nama pentadbir yang disebut ADA semasa perhimpunan]

Bil. NAMA Catatan
(Ada/Tiada)
1. Yang Berusaha
En Ronal @ Ronald bin Bilik
Guru Besar
SK St James

2. Yang Dihormati
En Matussin bin Junaidil
Penolong Kanan Pentadbiran

3. Yang Dihormati
Pn Hajah Mariani binti Hj Onon
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4. Yang Dihormati
En Suhaimi bin Awang Jaya
Penolong Kanan Kokurikulum

5. Pn Falin binti Dungut
Penyelaras Tahap 1

Barisan ketua panitia mata pelajaran, guru-guru, tuan-tuan, puan-puan, seterusnya
rakan-rakan murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah….bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,
dapat kita bersama-sama berkumpul di dewan terbuka sekolah bagi menjayakan
perhimpunan rasmi mingguan pada hari ini.

Unit Disiplin
SK St James, Kudat
Teks Perhimpunan Sekolah

Majlis Perhimpunan Rasmi kita pada hari ini akan dimulakan dengan nyanyian 3 buah
lagu

i. Negaraku
ii. Sabah Tanah Airku
iii. Lagu Sekolah
Semua guru diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu-lagu tersebut.

**************************NYANYIAN***************************
Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Guru-guru dipersilakan duduk.

Bagi memberkati majlis perhimpunan rasmi kita pada hari ini, majlis mempersilakan
Saudara ______________________________ untuk memimpin bacaan doa.
********************************BACAAN DOA******************************
Majlis merakamkan sekalung kasih kepada Saudara ______________________ atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

**************************BACAAN IKRAR**********************************
Kita teruskan majlis dengan mempersilakan pengawas bertugas saudara/saudari
……………………………….. untuk mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara.
Guru-guru dijemput untuk berdiri.

➢ Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara/saudari
…………………………………….. atas bacaan ikrar itu tadi.

Kita teruskan majlis dengan mempersilakan pengawas bertugas saudara/saudari
………………………….. untuk mengetuai bacaan ikrar sekolah.

➢ Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara/saudari
……………………………………… atas bacaan ikrar itu tadi.

Guru-guru dipersilakan untuk duduk.

***PENGACARA PERLU MEMASTIKAN KEADAAN DEWAN TENANG***

Unit Disiplin
SK St James, Kudat
Teks Perhimpunan Sekolah

Tertib majlis perhimpunan kita pada hari ini diteruskan lagi dengan mendengar
Laporan Guru Bertugas pada minggu lepas. Untuk itu, majlis mempersilakan
_________________________________________________ bagi menyampaikan
Laporan Guru Bertugas Mingguan. Mohon persila.

**************************LAPORAN GURU BERTUGAS**********************

Terima kasih diucapkan kepada cikgu ___________________________ atas laporan
Guru Bertugas Mingguan pada minggu lepas.

***UCAPAN MANA-MANA GURU***

Majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan _______________________ untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***************************UCAPAN GURU*********************************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu ___________________ atas
ucapan yang telah disampaikan.

****SENTIASA BERSEDIA SEKIRANYA ADA TAMBAHAN UCAPAN/IKUT TEKS DI
ATAS****

Kalau tuan, pikat kenari,
Jangan patahkan, batang rokan,

Kepada tuan, sembah diberi,
Madah ucapan, kami persilakan.

Baiklah hadirin sekalian, sekarang marilah bersama-sama kita dengarkan dan
menghayati ucapan yang akan disampaikan oleh ;

Bil. NAMA Catatan
(Ada/Tiada)
1. Yang Berusaha
En Ronal @ Ronald bin Bilik
Guru Besar
SK St James

2. Yang Dihormati
En Matussin bin Junaidil

Unit Disiplin
SK St James, Kudat
Teks Perhimpunan Sekolah

Penolong Kanan Pentadbiran
3. Yang Dihormati

Pn Hajah Mariani binti Hj Onon
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Yang Dihormati
En Suhaimi bin Awang Jaya
Penolong Kanan Kokurikulum
5. Yang Dihormati
Pn Falin binti Dungut
Penyelaras Tahap 1

Majlis dengan segala takzimnya mempersilakan.

****************************UCAPAN PENTADBIR***************************
Majlis merakamkan sekalung kasih kepada _____________________________ atas
ucap utama yang telah disampaikan sebentar tadi.

***************PENGUMUMAN*****************

Untuk makluman semua murid, guru-guru yang bertugas pada minggu ini ialah ;
i. ______________________________________________
ii. ______________________________________________
iii. ______________________________________________
iv. ______________________________________________
v. ______________________________________________

• Sebarang masalah yang berlaku, bolehlah berjumpa dengan guru-guru
tersebut.

Dengan berakhirnya pengumuman itu tadi, maka berakhirlah majlis
perhimpunan rasmi kita pada hari ini. Mahlis diakhiri dengan lafaz WABILLAHI
TAUFIK WAL HIDAYAH ASSALAMUALAIKUM WBT.

Sekian, terima kasih.

********************* PERHIMPUNAN TAMAT ************************


Click to View FlipBook Version