The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9610846, 2022-12-24 10:47:36

KERJA LAPANGAN - TANISHA 2 DIA PDF

KERJA LAPANGAN - TANISHA 2 DIA PDF

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

TAMAN NUSA IDAMAN

DISEDIAKAN OLEH:

TANISHA DURAY

TINGKATAN:

2 DIAMOND

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

25/12/2022


PERANCANGAN KERJA

JADUAL KERJA

BIL TARIKH AKTIVITI CATATAN
1. 4 Disember 2022 Di dalam kelas
Menghadiri taklimat yang dijalankan
2. 5 Disember 2022 oleh guru mata pelajaran Geografi Di dalam rumah
3. 5 Disember 2022 berkaitan dengan penulisan penulisan
4. 6 Disember 2022 Kerja Lapangan ini menerusi Pdpr Di dalam rumah
5. 6 Disember 2022 Membuat persediaan awal danD
merancang jadual kerja dengan Di dalam rumah
6. 7 Disember 2022 teratur Di dalam rumah
7. 8 Disember 2022 Mengenal pasti objektif kajian dan
8. 9 Disember 2022 menentukan kaedah kajian yang Di kawasan kajian
9. 10 Disember 2022 sesuai Di rumah
10. 11 Disember 2022 Menyediakan borang soal selidik responden
11. 12 Disember 2022 Di dalam rumah
Mula mengumpul maklumat daripada
12. 14 Disember 2022 pelbagai sumber seperti Di kawasan kajian
13. 25 Disember 2022 Internet,buku teks,buku
rujukan,majalah dan akhbar Di dalam rumah
Mendapat respoden di kawasan Di kawasan kajian
kajian berkaitan TEKNOLOGI Di dalam rumah
HIJAU yang boleh dilakukan Di kawasan kajian
Di dalam rumah
Menganalisis maklumat yang telah responden
diperolehi ke dalam bentuk peta dan
tafsiran Di dalam rumah
Mengenal pasti takrif dan konsep Di dalam rumah
TEKNOLOGI HIJAU yang melalui Telegram
dilakukan di kawasan kajian
Menjelaskan tiga kepentingan
TEKNOLOGI HIJAU di kalangan
penduduk di kawasan kajian
Menghuraikan halangan pelaksanaan
TEKNOLOGI HIJAU di kalangan
penduduk di kawasan kajian
Mencadangkan strategi dan langkah-
langkah bagi menjayakan
TEKNOLOGI HiJAU di kalangan
penduduk di kawasan kajian
Menyediakan peta I-Think yang
sesuai dan gambar yang berkaitan
Menyemak dan menghantar tugasan


SENARAI KANDUNGAN Muka surat
1
Bil Kandungan 2
1. Tajuk 3
2. Jadual Kerja 4
3. Senarai Kandungan 4
4. Penghargaan 5
5. Pendahuluan 5,6
6. Objektif Kajian 7
7. Kawasan kajian 8,9
8. Kaedah kajian 10
9. Hasil kajian 10
10. Rumusan 11
11. Rujukan
12. Lampiran


PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi
Tingakatan 2 yang bertajuk Penggunaan teknologi hijau di kawasan tempat tinggal
masing-masing dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan
penggunaan teknologi hijau di kawasan tempat tinggal mereka. Setinggi-tinggi
penghargaan kepada Pengetua SMK Sultan Ismail Johor Bahru, Encik Razali bin
Tamadi kerana memberi kebanaran untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga
ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya
iaitu Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana telah membantu saya dalam penediaan
laporan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang
dihargai kerana sering membantu Bersama dalam mencari maklumat. Saya juga
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberi sokongan dan
semangat kepada saya. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada responden dan
orang sumber dalam membantu proses menyiapkan kerja lapangan.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan teknologi hijau yang
digunakan di kawasan kajian saya iaitu Taman Nusa Idaman. Saya memilih Taman
Nusa Idaman sebagai kawasan kajian saya kerana ia menepati kriteria kajian seperti
terdapat penggunaan kereta hybrid. Antaranya, saya juga memilih kawasan ini kerana
ia mudah memandangkan negara sedang melalui krisis wabak penyakit COVID-19 di
mana semua orang perlu melakukan penjarakan sosial (SOP) dan memakai topeng
muka. Selepas mengumpul semua maklumat yang diperlukan, saya menulis laporan
kajian yang lengkap ini secara individu.


OBJEKTIF KAJIAN

a) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau

b) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat
di Taman Nusa Idaman, Johor Bahru

c) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau

d) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan
dalam kehidupan seharian

e) Mencadangkan 4 langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai. ijaHi

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah Taman Iskandar Puteri, Johor Bahru. Lingkungan
kawasan kajian saya lebih kurang 13km persegi. Kawasan ini di bawah Majlis
Iskandar Puteri dan terletak di Daerah Johor Bahru. Terdapat beberapa pandang
darat fizikal di kawasan saya seperti hutan, rumput dan tasik manakala pandang
darat budaya yang terdapat di kawasan saya ialah bangunan, kelapa dan jalan
raya. Taman Nusa Idaman adalah pembangunan bercampur seluas 250 ekar di
pinggir bandar Nusajaya. Presint kediaman ini bersebelahan dengan Hutan
Bandar seluas 650 ekar ini juga mempunyai taman linear yang besar.


PETA LOKASI KAWASAN KAJIAN SAYA
PETA DAERAH JOHOR BAHRU


KAEDAH KAJIAN:

-Kaedah kajian telah dijalankan dan membantu saya memastikan tugasan kajian
peta di kawasan saya iaitu Taman Nusa Idaman dapat disiapkan dengan
sempurna berdasarkan fakta mahupun maklumat yang tepat.

• PEMERHATIAN
Saya telah melawat kawasan kajian iaitu Taman Nusa Idaman. Dari
pemerhatian saya, saya mendapati tahap penggunaan Teknologi Hijau di
kawasan kajian saya adalah tahap memuaskan. Ini kerana, penggunaan
teknologi hijau seperti kereta hybrid dan penggunaan panel solar berkurangan.

•SOAL SELIDIK
Saya telah soal selidik seorang responden di kawasan kajian saya untuk
mengenal pasti cara dia mengamalkan Teknologi Hijau dalam kehidupan
seharian

•SUMBER RUJUK
Saya merujuk kepada buku rujukan, bahan catatan dan melayari internet untuk
mengenal pasti dan mencari maklumat berkaitan dengan jenis-jenis penggunaan
Teknologi Hijau untuk kajian saya.


DAPATAN KAJIAN:

1) Konsep dan takrifan Teknologi Hijau

Menurut Buku Teks Geografi Tingkatan 2, Teknologi Hijau merupakan pembangunan
produk, peralatan dan system untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta
sumber semula jadi. Dalam kata lain, Teknologi Hijau bermaksud penggunaan sains
alam sekitar mengawal kesan negatif kepada aktiviti harian. Teknologi hijau turut
membantu pembangunan masyarakat berilmu yang mendorong ke arah
mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Kita boleh hidup lebih lestari
jika kita menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semula
jadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif dalam
membangunkan alam sekitar.

2) Latar belakang kawasan kajian

Nusa Idaman ialah sebuah perbandaran yang terletak di wilayah pembangunan
Iskandar Puteri. Perbandaran ini terdiri daripada sejumlah 8 presint. Terdapat sebuah
taman rekreasi seluas 640 ekar yang dipanggil Taman Sireh, yang terletak di dalam
bandar, khas untuk kediaman di dalamnya. Terdapat juga tasik besar di kawasan saya
di mana semua jiran saya pergi berjoging setiap pagi untuk bersenam dan
mendapatkan udara segar. Legoland Malaysia juga terletak berhampiran untuk aktiviti
menyeronokkan hujung minggu. Nusa Idaman mudah diakses melalui Lebuhraya
Hubungan Kedua Malaysia-Singapura, yang juga bermakna perjalanan ke Singapura
boleh dilakukan dengan mudah.

3) Penggunaan Teknologi Hijau di kawasan kajian

Ramai penduduk di kawasan kajian menggunakan kereta hybrid. Salah satu kelebihan
utama kereta jenis hibrid berbanding kereta bertenaga petrol adalah ianya mesra alam.
Ia juga tidak mengeluarkan bahan toksik melalui ekzos. Seterusnya, penduduk di
kawasan kajian juga selalu membuang sampah ke dalam tong kitar semula mengikut
kategori yang sepatutnya. Objektif utama bagi kitar semula adalah untuk kita
mengguna bahan yang kita ada secara optimum atau mengurangkan penggunaan
bahan mentah supaya dapat mengelakkan pembaziran sumber alam semula jadi yang
semakin terhad. Selain itu, penduduk di kawasan kajian saya juga banyak
menggunakan beg mesra alam sekitar. Beg mesra alam sekitar merupakan sejenis beg
yang boleh dikitar semula, malahan beg ini juga boleh dicuci dan cepat kering.


4) Usaha peningkatan Teknologi Hijau

Terdapat beberapa usaha peningkatan Teknologi Hijau. Antaranya adalah, penduduk
boleh melaksanakan program kesedaran amalan hijau bersama masyarakat setempat
secara berkala serta penerapan elemen kejiranan hijau di dalam syarat kelulusan
kebenaran merancang. Selain itu, penduduk perlu kurangkan menggunakan bekas
polisterin. Hal ini disebabkan kerana, Mengandungi bahan kimia stirena dan benzena
yang boleh menjejaskan alam sekitar kerana sukar terurai dan mengambil masa 500
tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi.

5) Laporan kajian

Selepas membuat banyak kajian tentang Teknologi Hijau, saya telah mengetahui
bahawa walaupun terdapat ramai orang yang menggunakan Teknologi Hijau, masih
ramai yang tidak sedar tentang kepentingan Teknologi Hijau. Terdapat beberapa
kepentingan Teknologi Hijau. Antaranya adalah, Teknologi Hijau dapat menawarkan
tenaga mampan. Teknologi hijau berusaha untuk menawarkan sumber tenaga
pengganti yang tidak menghabiskan bahan api fosil yang diperlukan. Ini penting untuk
mengurangkan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan nitrogen, yang
akan membantu memperlahankan pemanasan global. Selain itu, kitar semula sangat
penting juga. Kitar semula dapat membantu mengurus dan mengitar semula bahan
buangan. Kitar semula juga membolehkan membolehkannya bahan yang dikitar
semula digunakan untuk tujuan bermanfaat. Seterusnya, Teknologi hijau dapat
membersihkan air. Kekurangan air minuman tulen menjadi perhatian utama. Melalui
penggunaan pelbagai teknologi, banyak kempen telah berjaya menyediakan air bersih
kepada orang ramai. Ia juga membantu mengurangkan kadar pencemaran air yang
manjadi masalah pada masa kini. Tambahan pula, teknologi hijau dapat menjimatkan
penggunaan sumber negara dengan menggunakan sumber tenaga boleh baharu.


RUMUSAN

Memandangkan dunia sekarang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah
berkesan perlu diambil. Semua pihak haruslah tanggungjawab untuk melindungi alam
sekitar. Jika semua pihak bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah
tentu dapat hidup dengan lebih sejahtera dan masyarakat yang harmoni bagi menerajui
pembangunan sains dan teknologi. Dalam kajian saya, saya mendapati yang majoriti
masyarakat masih lahi mengekalkan amalan Teknologi Hijau ini dan ini adalah suatu
perkara yang sangat bagus untuk diketahui dan diamalkan. Sebelum mengakhiri
rumusan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi saya, Puan
Hanifah binti Jamaluddin kerana mengajarkan saya tentang Teknologi Hijau yang
telah memberi manfaat, pengajaran dan menambah ilmu pengetahuan saya tentang
Teknologi Hijau. Dapatan kajian ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang
prihatin dan bertanggungjawab terhadap keadaan alam sekitar kita.

RUJUKAN

1) Buku Teks Geografi Tingkatan 2

2) https://sites.google.com/site/hariinovasi/berita/apa-itu-teknologi-hijau

3) https://www.edgeprop.my/project/nusa-idaman-8841

4) Orang sumber – Ibu bapa, jiran setempat


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version