The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mariyah Tajudin, 2024-02-21 03:50:55

SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Sejarah Persatuan PanduPuteri Malaysia Siti Mariyah Ahmad Tajudin


1916 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur yang telah dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett.


1917 Pasukan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956.


1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak.


1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan. • Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M.Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Malaya.


1928 Pandu Puteri mula mendapat perhatian daripada pihak kerajaan yang berkuasa pada masa itu dan seterusnya mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kerajaan Negeri-negeri Selat serta Kerajaan Persatuan dalam bentuk sokongan dan Kerjasama.


1934 Ketua Pengakap Lord Baden-Pawell dan ketua Olave, Laden BadenPowell telah mengadakan lawatan ke Malaya.


1937-1946 Kegiatan Pandu Puteri di Malaysia tergendala disebabkan oleh perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaysia mula diperintah oleh kerajaan Jepun.


1947 Kegiatan Pandu Puteri telah dihidupkan semula setelah tergendala beberapa tahun dengan melaksanakan usaha-usaha bagi menggalakkan penyertaan gadis-gadis remaja.


1948 Kegiatan Pandu Puteri sekali lagi terhenti akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.


1957 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah diterima lalu bergabung dengan WAGGGS. DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung dirasmikan sebagai Penaung Diraja dan Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai Yang Dipertua. Pusat Pentadbiran PPPM telah berpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur.


1958 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen. Lady Baden-Pawell telah melawat Malaysia dan Puan L. Navaratnam menjadi orang pertama dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya.


1960 Persatuan Pandu Puteri Malaysia dengan rasminya telah menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia serta juga diterima sebagai ahli Tenderfoot.


1962 Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pemimpin Kebangsaan Rantau Asia “National Leaders of The Asia Area of The World Association” .


1966 Persatuan Pandu Puteri Malaysia diterima sebagai Ahli penuh World Association of Girl and Girl Scouts (WAGGGS).


1997 Sambutan Kepanduan di Malaysia yang ke80 tahun. 2000 Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre.


2005 KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Mutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar AlHaj telah dilantik sebgai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS.


2006 Pek Tunas Puteri, Persatuan Pandu Puteri, Unit Renjer Puteri diubah kepada Persatuan Pandu Puteri Tunas, Persatuan Pandu Puteri Remaja dan Persatuan Pandu Puteri Renjer.


2007 Persatuan Pandu Puteri Malaysiatelah menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9.


2008 Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kem, Kuala Kangar, Perak.


2011 Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS ke33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan Persidangan ke-34.


Click to View FlipBook Version