SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOSIATION GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) Siti Mariyah Ahmad Tajudin
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuanpersatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu. Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman.
SEJARAH PERKEMBANGAN
1909 Muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan pengakap di Crystal Palace bagi menjadi pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari tersebut. Pengasas pergerakan Pengakap telah tertarik dengan “ pengakap perempuan ” tersebut dan seterusnya memilih nama “Girl guides ” dengan rujukan kepada Guides Corps di India.
1910 Agens iaitu adik Baden-Powell telah mengadaptasikan buku “Scouting for Boys ” untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya melahirkan pergerakan Pandu Puteri.
1918 Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom setelah berkahwin dengan Sir Robert lalu meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.
1919 Olave Baden-Powell telah membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada Wagggs bagi menyatukan semua ahli. Pada Ketika itu, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave dilantik sebagia Ketua Pandu Puteri Sedunia.
1920 Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan setelah majlis itu mendapat sambutan yang sangat baik. Persidangan ini diadakan bagi bertujuan untuk Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran serta pengalaman. Hal ini telah menyebabkan mereka telah mula merancang lawatan ke luar negara buat kali pertama kali.
1924 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan yang kini dikenali sebagai “Our World News ”.
1926 Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat, wakil dari beberapa negara telah berjumpa dengan BadenPowell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan.
1928 Baden-Powell telah mendapatkan pendapat daripada semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri sebelum mengadakan Persidangan Antarabangsa kelima di Hungary. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara telah membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia di London yang berfungsi sebagai urus setia.
1930 Bendera dunia telah dikibarkan untuk kali pertama di persidangan Dunia di United Kingdom.
1931 Keahlian persatuan ini telah melebihi satu juta setelah pergerkana ini terus berkembang dengan pesat.
1932 Pusat Dunia pertama dibuka 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri diadakan di Hungary.
1945 Pergerakan ini telah dihidupkan semula dan terus berkembang setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan. Lord Bawell-Powell telah meninggal dunia pada waktu itu.
1957 Pembukaan Our Cabana. 1966 Pembukaan Sangam pada tahun 1966
1977 Olave Baden-Pawell telah meninggal dunia pada waktu itu. WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urus setia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge) sempena mengingati beliau.
1985 70 tahuan Kepanduan disambut seluruh dunia 1988 Sambutan 60 tahun WAGGGS