The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS HELICONIA, 2021-03-20 10:21:24

ISRAK MIKRAJ

ISRAK MIKRAJ

Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, umat
Islam di seluruh dunia akan mengadakan
majlis sambutan Israk dan Mikraj.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27
Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬dari Mekkah ke Madinah.
Apabila bercerita tentang peristiwa Israk
dan Mikraj ini, kita secara spontan akan
terbayang kisah perjalanan Rasulullah ‫ﷺ‬
bersama malaikat Jibril dan Mikail yang
boleh dibahagikan kepada dua fasa:

1. Israk yakni perjalanan Nabi Muhammad
‫ﷺ‬menaiki binatang Buraq dari Masjidil
Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di
Baitulmaqdis, Palestin.

2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa
ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

A. Sebelum Israk dan Mikraj B. Semasa Israk
(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-
Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Aqsa):
Nabi Muhammad ‫ﷺ‬mengalami
pembedahan dada yang dilakukan oleh Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi
malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda ‫ﷺ‬ Muhammad ‫ﷺ‬diiringi (ditemani) oleh malaikat
dicuci dengan air zam-zam serta dibuang Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu
ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat (tempat² yang mulia dan bersejarah),
syaitan membisikkan was²nya. Kemudian Rasulullah ‫ﷺ‬telah diarah oleh Jibrail supaya
dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.
dalam dada Rasulullah .‫ﷺ‬Setelah itu, dada
Baginda ‫ﷺ‬dijahit dan dimeterikan dengan Di antara tempat² berkenaan adalah:
“khatimin nubuwwah”.
1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana
Selesai pembedahan, didatangkan Rasulullah ‫ﷺ‬akan melakukan hijrah.
binatang bernama “Buraq” untuk 2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S.
ditunggangi oleh Rasulullah ‫ﷺ‬dalam menerima wahyu daripada Allah ;‫سبحانه وتعالى‬
perjalanan luar biasa yang dinamakan 3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S.
“Israk” itu. dilahirkan);

Peristiwa Ajaib
.

Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad ‫ﷺ‬menghadapi
gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan
peristiwa² simbolik yang amat ajaib.

Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman
mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula
seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah ‫ﷺ‬dibertahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad
“Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700
kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah ‫ﷺ‬diberitahu oleh Jibrail :
“Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun)
bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat
bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh
Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah ( ‫سبحانه وتعالى‬tak
mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”

3.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.
Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu
dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail
memberitahu Rasulullah “ :‫ﷺ‬Itulah orang² yang berat kepala mereka
untuk sujud (solat).”

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka
(qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti
binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka
Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan
zakat harta mereka.”

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging
mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina
sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri /
suami.”

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata
Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya
memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang
tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang
lain.”

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga
mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia
(mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar
(Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah ‫ﷺ‬tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah ‫ﷺ‬
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia
daripada akhirat.”

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ‫ﷺ‬berhenti.
Rasulullah ‫ﷺ‬tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan
umurnya sampai ke tua.”

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ‫ﷺ‬untuk bertanyakan sesuatu.
Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari
kiamat.”

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ‫ﷺ‬turun dari Buraq. Kemudian masuk ke
dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin
menjadi makmum.

Nabi Muhammad ‫ﷺ‬terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan
susu. Rasulullah ‫ﷺ‬memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda ‫ﷺ‬membuat pilhan
yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”

. Semasa Mikraj
(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah :)‫سبحانه وتعالى‬

.

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad h ‫ﷺ‬dan Jibrail
naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Tangga Pertama:
Nabi Muhammad ‫ﷺ‬dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam
A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat
orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki
bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Tangga Kedua:
Nabi Muhammad .‫ﷺ‬dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu
dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Tangga Ketiga:
Naik langit ketiga. Rasulullah ‫ﷺ‬bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Tangga Keempat:
Naik tangga langit keempat. Rasulullah ‫ﷺ‬bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Tangga Kelima:
Naik tangga langit kelima. Rasulullah ‫ﷺ‬bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya
Bani Israil.

Di Tingga Keenam:
Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad ‫ﷺ‬bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi
Musa A.S. Rasulullah ‫ﷺ‬mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda
sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Tangga Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang
sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah .‫ﷺ‬

Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah ‫سبحانه وتعالى‬pada malam ini. Umatmu
adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam
tanaman syurga iaitu:

“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”

Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ‫ﷺ‬dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah
‫ﷺ‬menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu,
sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah
warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua
keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda ‫ﷺ‬dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar
yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta
dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ‫ﷺ‬masuk di dalam nur dan
naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam
nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh
kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Di Tangga Kesepuluh:

Rasulullah ‫ﷺ‬sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat
menyaksikan Allah ‫سبحانه وتعالى‬dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah
dialog antara Allah ‫سبحانه وتعالى‬dan Muhammad, Rasul-Nya:

D. Selesai Munajat

Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad ‫ﷺ‬di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S.
kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ‫ﷺ‬merayu kepada Allah
‫سبحانه وتعالى‬agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan
kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah ‫سبحانه وتعالى‬perkenan
memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak
50 waktu juga.

E. Selepas Mikraj
.

Nabi Muhammad ‫ﷺ‬turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu
menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam
perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi
saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa
itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Penutup

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan
kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati
pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi
perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian
aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa
mengingati Allah ‫سبحانه وتعالى‬dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Faridah Haron
GPM SMK Jerlun


Click to View FlipBook Version