LAPORAN RAZAK(1956)
Laporan Razak telah diperkenalkan pada April 1956.
la bertujuan mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi
semua kaum.
Laporan ini diketuai oleh Allahyarham Tunku Abdul Razak, dan
boleh dianggap sebagai batu asas dalam perkembangan sistem
pendidikan kebangsaan.
Antara yang disebut dalam laporan ini ialah tujuan dasar
pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak
menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam
negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang
meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar.
LAPORAN RAZAK(1956)
Walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta- merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
Pendidikan awal matematik mementingkan kemahiran mengira
mudah di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Walaubagaimanapun, didapati terdapat kepincangan dalam struktur
silibus yang digunakan untuk kaedah pengajaran.
Kaedah pengajaran pada ketika itu juga dijalankan secara
konservatif dan tidak tersusun.
Hanya selepas cadangan Penyata Razak dibuat! kurikulum
matematik digunakan secara rasmi.
BAPHEANMSGOAEDNMEAENLLAANYU
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA(DBP)
DBP mempunval kuasa autonomi DBP berperanan Seterusnva. DBP juga
untuk menggubal dasar-dasar memperkembanakan membakukan ejaan dan
khusus, menyusun dan membina, bakat-bakat sastera sebutan Bahasa Melavu dan
sera mengembangkan Bahasa dalam kalangan rakyat . membentuk istilah-istilah vang
dan sastera menurut Selain itu. mencetak dan bersesuaian da
n menaaalakkan
menerbitkan
dan penggunaan Bahasa
membantu cetakan kebangsaan vang betul
bahan ilmian dalam menaikur undang-undana.
kebijaksanaan sendiri. DBP bahasa kebangsaan
membina dan memperkaya can bahasa lain.
bahasa kebangsaan dalam
semua bidang.
KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN
FILIPINA
H.Otley Beyer mengusulkan bahawa bahasa Filipina sebenarnya berasal daripada orang
Melayu yang bermigrasi dari Malaysia dan Indonesia. Guillermo (1991) pula menyatakan
bahawa beberapa kumpulan masyarakat dari Selatan China telah berhijrah ke rantau Asia
Tenggara. Dari segi Bahasa, tidak dinafikan bahawa Bahasa Tagalog adalah sebahagian
daripada Bahasa Melayu-Polinesia -Bahasa Melayu.Para pemimpin Bangsamoro telah
berhasrat untuk mengembalikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan Filipina
Selatan bertujuan menyatupadukan persaudaraan suku rumpun Melayu
KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN
SINGAPURA
Sebelum tahun 1961, Bahasa Melayu digunakan sebagai peringkat sekolah
rendah sahaja. Bermula tahun 1987, Kementerian Pelajaran mengumumkan
semua sekolah di Singapura menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
utama .Bahasa pengantar yang lain diajar sebagai bahasa kedua. Kemudian,
Kementerian Pendidikan Singapura tetap proaktif terhadap perkembangan
Bahasa Melayu dengan adanya pelbagai penubuhan.
KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN
THAILAND
Menurut Paitoon(2005), sekitar 75 peratus penduduk di lima wilayah selatan
Thailand beragama Islam dan bertutur Bahasa Melayu.Bahasa Melayu yang
digunakan terbahagi kepada dua dialek iaitu dialek Melayu Patani dan dialek
Melayu Satun.Setelah Bahasa Melayu tidak diajarkan di sekolah rendah
kerajaan, masyarakat Patani membuka sekolah Melayu di surau dan di
masjid. Projek Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle dapat
dimanfaatkan dan Bahasa Melayu mula dapat perhatian dalam kalangan
bangsa Thai terdiri daripada usahawandan penanam modal.
CABARAN DAN
MASA DEPAN
BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN
TUMPUAN KEPADA BAHASA INGGERIS
PENDIDIKAN
Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai kekangan dan cabaran yang dihadapi
oleh guru-guru bahasa Melayu untuk mempraktikkan penggunaan bahasa
Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Hal ini dikatakan demikian
kerana masyarakat pada masa ini hanya memberi tumpuan kepada Bahasa
Inggeris. Hal ini menyebabkan pembelajaran bahasa Melayu semakin
ditinggalkan. Jadi, guru-guru perlulah melaksanakan sesi pembelajaran Bahasa
Melayu secara kreatif dan inovatif agar pelajar-pelajar tertarik dengan keunikan
Bahasa Melayu.Bukan itu sahaja, guru perlulah bijak dalam menyemai sikap cinta
terhadap bahasa Kebangsaan kepada para pelajar.
KEKURANGAN GURU BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN
Selain itu, masalah pengajaran bahasa Melayu sering berhubung dengan
kekurangan guru Bahasa Melayu. Impaknya, pengetua terpaksa memohon guru
yang bukan opsyen Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan tersebut. Dalam
isu ini,Nik Safiah Karim (1980) mengatakan bahawa ramai guru yang bukan sahaja
kurang mahir mengajar dalam Bahasa Melayu bahkan kemahiran penggunaan
mereka dalam Bahasa Melayu juga sangat lemah. Perkara ini akan menimbulkan
masalah untuk melahirkan pelajar yang menguasai Bahasa Melayu. Maka, perkara
ini menyebabkan lahirnya masyarakat yang krisis tentang penggunaan Bahasa
ibunda. Buktinya, wujudnya pelajar yang lemah di dalam bahasa Melayu
sehinggakan gagal di dalam peperiksaan.
EKONOMI
EKONOMI
Sejak akhir-akhir ini, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi tidak digunakan
secara meluas. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Melayu sering dikatakan tidak
mempunyai nilai ekonomi dan sukar untuk digunakan dalam urusan perdagangan.
Misalnya,rancangan televisyen yang melibatkan perbincangan ekonomi seperti hal
kewangan sering menggunakan tajuk dalam bahasa Inggeris iaitu 'Ringgit Sense Plus'
manakala rancangan yang tidak melibatkan urusan ekonomi menggunakan bahasa Melayu
seperti Majalah Tiga.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat kini lebih mementingkan bahasa
Inggeris berbanding bahasa ibundanya sendiri kerana mereka berpendapat hanya bahasa
Inggeris sahaja yang sesuai digunakan dalam urusan ekonomi. Hal ini perlu dielakkan kerana
bidang ekonomi itu bukan ditentukan oleh bahasa yang digunakan tetapi urusan
perdagangan yang dijalankan itu. Oleh itu, bahasa Melayu hendaklah digunakan secara
meluas dalam bidang ekonomi agar kedudukan bahasa Melayu seiring dengan
perkembangan dalam bidang ekonomi.
PENTADBIRAN
KERAJAAN
PENTADBIRAN KERAJAAN
Beberapa tahun yang lalu, peruntukan Perlembagaan telah menyamakan taraf
bahasa Melayu dan Inggeris. Keadaan ini tentunya akan menyukarkan
pembangunan dan meluaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Tambahan pula, terdapat golongan yang
tidak berkeyakinan terhadap kemampuan bahasa Melayu untuk menggantikan
peranan bahasa Inggeris sehingga menimbulkan kesulitan dalam melaksanakan
bahasa kebangsaan. Syed Hussein Alatas (1991) memberi contoh sekiranya hakim
yang tidak mahir berbahasa Melayu mestilah beliau tidak yakin dengan kebolehan
menggunakan bahasa Melayu dalam prosiding mahkamah. Kurangnya keyakinan
terhadap bahasa kebangsaan berkait rapat dengan pengaruh penjajahan British
sebelum merdeka.
PENTADBIRAN KERAJAAN
Pada masa itu, hanya dengan mengetahui bahasa Inggeris dan mempunyai
kebolehan berbahasa Inggeris sahaja yang boleh mendapat pekerjaan, berpeluang
melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan mendapat penghormatan
masyarakat. Justeru itu, sudah tentu masyarakat berlumba-lumba mempelaiari
bahasa Inggeris, dan secara tidak langsung ia mempengaruhi mentaliti masyarakat
yang mementingkan kebolehan berbahasa Inggeris sehingga pada hari ini.Bukan itu
sahaja, sikap dan tindakan kerajaan serta pemimpin yang tidak begitu tegas dalam
memperkasakan Bahasa Melavu menyebabkan penggunaan bahasa Melayu tidak
meluas. Hal ini dikatakan demikian kerana pegawai pentadbiran kerajaan enggan
menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan surat-menyurat dengan alasan
ketiadaan kerani Melayu.
KERANCUAN BAHASA
DI MEDIA SOSIAL
KERANCUAN Istilah kerancuan bahasa ini bermaksud penggunaan
BAHASA DI bahasa yang melanggar peraturan dan sistem Bahasa
MEDIA Melayu sama ada dari segi morfologi, sintaksis, kosa kata
SOSIAL dan lain-lain.Pada era globalisasi ini, media sosial
digunakan dalam kehidupan seharian untuk
berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat
seperti Whatsapp,Instagram, Facebook, Telegram dan
sebagainya. Penggunaan bahasa rancu di media sosial
amat mempengaruhi cara berbahasa dalam Bahasa
Melayu. Penggunaan bahasa rancu ini sudah banyak
membanjiri media sosial. Misalnya, "kacang je", "cun" dan
sebagainya. Hal ini kerana, dalam media sosial, pengguna
mempunyai hak untuk menentukan kualiti bahasa yang
akan digunakan semasa berkomunikasi di atas talian.
Namun begitu, kualiti penggunaan bahasa dalam media
sukar untuk dikawal kerana tiada peraturan bahasa yang
mengikatnya. Perkara ini menyebabkan berlakunya
kerosakan bahasa Melayu kerana penggunaan
tatabahasa yang salah.
PERCAMPURAN
KOD
PERCAMPURAN KOD
Menurut Muyken (2016) percampuran kod ialah penggunaan lebih daripada satu
bahasa dalam sesuatu komunikasi. Percampuran kod berlaku apabila apabila
penutur mencampuradukkan bahasa dengan bahasa yang lain atau sesuatu dialek
dengan dialek yang lain. Percampuran kod Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
merupakan percampuran kod yang menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh penutur.
Contoh ayatnya ialah "futsal jom", "Guys, jom lepak" dan banyak lagi. Jelaslah di sini
bahawa masyarakat majmuk di Malaysia mengabaikan unsur seni bahasa Melayu
dan melakukan percampuran kod yang meluas dan dalam keadaan yang tidak
terkawal. Tingkah laku ini secara tidak langsung mencemarkan seni bahasa kerana
bahasa yang digunakan tidak mengikut tatabahasa yang betul. Jika fenomena
percampuran kod ini tidak diselesaikan dengan baik, mungkin suatu hari nanti
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan identiti sosial Malaysia akan pupus.
SLANGA
SLANGA
Bahasa Slanga ialah penggunaan bahasa dan ungkapan tidak formal yang
tidak dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa. Perkataan
slanga sering muncul dalam bidang kosa kata dan merujuk kepada
perkara yang dianggap tabu.Bahasa slanga ini digunakan oleh semua
peringkat umur terutamanya golongan muda.
KATA SLANGA DIGUNAKAN UNTUK MEMUDAHKAN KATA SLANGA TERHASIL DARIPADA BAHASA ASING
EKSPRESI
Melibatkan ringkasan terhadap sesuatu Perkataan yang terbentuk diambil daripada
perkataan. Contohnya, "tidak apa" menjadi bahasa asing dan ditukarkan menjadi bahasa
"takpe" Melayu seperti cute menjadi kiut
PENERAPAN
ELEMEN HAK ASASI
PENERAPAN ELEMEN HAK ASASI
Penerapan elemen hak asasi penting dalam beberapa bidang seperti
pentadbiran kerajaan, aspek kemanusiaan, ekonomi dan banyak lagi.
Penerapan elemen hak asasi ini boleh disemai dalam diri bermula dari
peringkat kanak-kanak. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka menjadi
seorang yang berdisiplin, bak kata pepatah melentur buluh biar dari
rebungnya.
Masyarakat sekeliling juga memainkan peranan yang penting dalam
melahirkan anak bangsa Melayu yang berjaya.
S elain itu, penerapan elemen hak asasi dapat meningkatkan kemahiran
bahasa Melayu dalam diri setiap individu.
MASA DEPAN
BAHASA MELAYU
MASA DEPAN BAHASA MELAYU
Antara langkah-langkah untuk mengekalkan kedaulatan bahasa
Melayu ialah:
Guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan dengan
mendalam.
Murid dididik untuk mengenali bahasa Melayu dengan lebin
meluas.
Ibu bapa menerapkan kemahiran komunikasi bahasa Melayu sejak
kecil.
Kerajan perlu bekerja keras untuk membawa bahasa Melayu ke
peringkat antarabangsa.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sejarah perkembangan bahasa melayu amat penting
di dalam kehidupan seharian. Perkembangan bahasa Melayu itu
sendiri menunjukkan betapa pentingnya bahasa Melayu terhadap
tanah air kita sehinggakan tokoh-tokoh terdahulu sanggup melakukan
apa sahaja demi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan yang rasmi. Oleh itu, generasi muda sekarang perlu
meneruskan dan mengembangkan bahasa Melayu sehingga peringkat
antarabnagsa. Sudah terang lagi bersuluh, bahasa Melayu ialah bahasa
yang menunjukkan lambang sesebuah negara. Justeru, peliharalah
bahasa ibunda kita supaya tidak ketinggalan zaman.
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
RUJUKAN
RUJUKAN
Raminah Haji Sabran, Nawi Bin Ismai
l & Zulkarnain Farihin. (2022). Peperiksaan
STPM Bahasa Melayu Semester 1 Edisi Kedua: MUTIARA SURIA ILMU RESOURCES.
Nik Safiah Karim. (2010). Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ahmad Fadhlullah Adnan (2021, 20 Mei). Bahasa slanga mencemar ime] bahasa
Melayu. Utusan Melayu. https://www.utusan.com.my/nasional/2021/05/bahasa-
slanqa-cemar-imei-bahasa-melayu/
anyflip.com. (2021b, November 12). SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM
BAHASA MELAYU (1) - Membalik Buku Halaman 1-30
Peranan-Peranan Pejabat Karang Mengarang, Pakatan Mengajar dan ASAS 50.
https://online.anyflip.com/wkwke/bymm/mobile/
Naidu, LAPORAN RAZAK 1956. Scribd.
https://www.scribd.com/presentation/354441755/LAPORAN-RAZAK-1956
peranan dbp dan kerjasama. (n.d.). Anyflip.
https://online.anyflip.com/ibqxi/kacd/mobile/
RUJUKAN
anyflip.com. (2021c, November 16). Sejarah Perkembangan Tulisan dalam bahasa
Melayu, Sejarah Perkembangan bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka
serta Cabaran dan Masa Depan bahasa Melayu (1) - Membalik Buku Halaman 1-41
| AnyFlip https://anyflip.com/bcstn/fkls/basic
BM B-NURUL SYAMIMI_TUGASAN 2 (SEJARAH).
https://online.anyflip.com/ypcmy/dzog/mobile/
SEKIAN
TERIMA KASIH