The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku garis panduan relasis (Ebook Cover) (Worksheet (A4 Portrait)) (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zull Zai, 2023-07-23 14:22:49

buku garis panduan relasis (Ebook Cover) (Worksheet (A4 Portrait)) (3)

buku garis panduan relasis (Ebook Cover) (Worksheet (A4 Portrait)) (3)

PRAKATA


ISI KANDUNGAN


ISI KANDUNGAN Prakata Isi Kandungan ii~iv i BAB 1: PENGENALAN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) 1.1 Pendahuluan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) 1.2 Undang-Undang Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) 1.3 Relasis Politeknik 1.4 Punca Kuasa 1.5 Matlamat 1.6 Objektif 1.7 Visi 1.8 Misi 1.9 Moto 1.10 Slogan 1.11 Logo Rela 1.12 Logo Relasis 1.13 Lagu Rela 1.14 Falsafah Rela 1.15 Lunas-Lunas Falsafah Rela 1.16 Ikrar Rela 1.17 Nilai Teras Pasukan Rela BAB 2: PENUBUHAN PASUKAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS) 2.1 Pendahuluan Penubuhan Pasukan Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS) 2.2 Relasis Politeknik 2.3 Prosedur Penubuhan Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS) BAB 3: KEANGGOTAAN DAN PANGKAT 3.1 3.2 3.3 3.4 Keanggotaan Briged RELASIS Pangkat-Pangkat Bersekutu RELASIS Perlantikan Pegawai Bersukutu RELASIS Tugas Dan Tanggungjawab ii 1


BAB 4: PENTADBIRAN 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Bayaran Elaun Perlindungan Insuran Kemalangan Diri Berkelompok Mesyuarat Penglibatan Majlis Rasmi Kerajaan/Nasional Tugasan Laporan BAB 5: LOGISTIK 5.1 5.2 5.3 Pakaian Pengangkutan Peralatan Latihan BAB 6: KOKURIKULUM LATIHAN 6.1 6.2 6.3 6.4 Hasil Pembelanjaan Bidang Latihan Kaedah Latihan Sukatan Pembelajaran Dan Pengajaran BAB 7: PENILAIAN 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 Syarat-Syarat Pertauliahan Relasis Syarat-Syarat Keniakan Pangkat Ujian Kenaikan Pangkat Prosedur Penilaian Kenaikan Pangkat Tujuan Pertauliahan RELASIS Lembaga Peniliaian Kenaikan Pangkat Dan Pertauliahan RELASIS BAB 8: PERATURAN PAKAIAN SERAGAM 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 Peraturan Dan Garis Perpaduan Pemakaian Seragam RELASIS Pakaian Bush Jacket Berpangkat Pakaian Tuck In Berpangkat Pakaian Bush Jacket Tidak Berpangkat (WANITA) Pakaian Tuck in Tidak Berpangkat iii


8.6 Pakaian Operasi 8.7 Pakaian Operasi Digital (POD) 8.8 Pakaian Separuh Seragam 8.9 Pakaian Korporat Jabatan 8.10 Pakaian Kawalan Pasukan Rela (KKPR) BAB 9: ARAHAN DAN PERATURAN AM 9.1 Kuasa Mengeluarkan Arahan vi


BAB 1


PENGENALAN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) Pengenalan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Undang-Undang Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Relasis Politeknik Punca Kuasa Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Matlamat Relasis Politeknik Objektif Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Visi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Misi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Moto Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Slogan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Logo Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Logo Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS) Lagu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Falsafah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Lunas-Lunas Falsafah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Ikrar Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Nilai Teras Pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) 1


1.0 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.1.1 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah satu pertubuhan yang bercorak kesukarelawanan untuk membantu pasukan keselamatan dalam gerakan menentang musuh - musuh negara dari dalam dan luar negeri. RELA telah ditubuhkan pada 3 Julai 1972 di bawah ‘Peraturan - Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966 yang dibuat di bawah ‘Akta Darurat (Kuasa - Kuasa Perlu) 1964’. Asas wujudnya RELA bermula sejak tahun 1948, apabila Pertubuhan Kawalan Kampung atau Home Guard dibentuk semasa darurat pertama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu. Pembentukan Home Guard adalah di bawah Ordinan Darurat 1948 dan diletakkan di bawah bidang kuasa Home Guard Regulations 1950 dan 1951. Dalam pada itu, serangan komunis yang semakin berleluasa sewaktu awal Darurat telah menyebabkan orang awam tampil secara sukarela untuk menyertai Home Guard. Pasukan ini telah dibubarkan pada 1 Julai 1959 berikutan berkurangnya ancaman komunis yang membawa kepada pembubaran pengisytiharaan darurat di Tanah Melayu pada 31 Julai 1960. Selepas berlakunya pencerobohan tentera Indonesia pada September 1964, Kerajaan telah menubuhkan Pasukan Kawalan (Vigilante Corps) bagi membolehkan rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ Kerajaan. Matlamat penubuhan Pasukan Kawalan ialah bagi mewujudkan satu rangkaian unit - unit kawalan yang meliputi seluruh Semenanjung Malaysia bagi mengawal aktviti - aktiviti menyusup masuk anasir subversif dan sabotaj dari Indonesia melalui jalan laut, darat dan udara. 1.1.2 Berikutan dengan keadaan Negara yang bertambah baik, Mesyuarat Jemaah Menteri telah membuat keputusan bagi pembubaran Pasukan Kawalan pada 25 Februari 1967. 1.1.3 Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah Negara Malaysia. 1.1.4 Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh Negara dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Pada 14 Mei 1969 Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah membuat keputusan bagi Pasukan Kawalan dihidupkan semula. Memandangkan keadaan keselamatan negeri telah bertambah baik sejak berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, sambutan orang ramai terhadap Pasukan Kawalan telah berkurangan. 1.1.5 2


Melihat kepada kejayaan pasukan Home Guard dan Pasukan Kawalan dalam menangani masalah keganasan komunis dan konfrontasi Kerajaan Indonesia timbul kesedaran Kerajaan perlunya Pasukan Sukarelawan yang tetap ditubuhkan bagi membantu Kerajaan menangani isu - isu keselamatan setempat selepas terjadinya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. 1.1.6 Pada 1 Januari 1972, Allahyarham Tun Dr. Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengarahkan supaya Pasukan Kawalan ini disusun semula dan diberi corak baru sejajar dengan dasar dan perkembangan Negara. 1.1.7 Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang mana pada ketika itu menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baharu. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas - lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan Negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas - tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari di mana meliputi beberapa perkembangan dan kemajuan yang ketara sebagaimana berikut: 1.1.8 i. Tahun 1999: RELA memiliki bangunan sendiri untuk dijadikan pusat latihan dengan perasmian Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka oleh YAB Datuk Seri Abdullah Badawi yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. ii. Tahun 2004: RELA diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) apabila Kementerian Dalam Negeri dijadikan dua (2) kementerian, iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan KHEDN. iii. Tahun 2005: RELA diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat tahun 1964 untuk melaksanakan operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). iv. Tahun 2007: RELA membuat penstrukturan semula secara besar - besaran, termasuklah dengan pengambilan pertama Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17 (Penolong Pegawai RELA Daerah) lantikan tetap. Penstrukturan semula ini melibatkan semua peringkat iaitu di IPRM, negeri, daerah dan juga Pusat Latihan. v. Tahun 2008: RELA diletakkan di bawah KDN apabila KKDN dan KHEDN bergabung dan diletakkan di bawah satu nama sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN). vi. Tahun 2012: RELA yang diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat tahun 1964 untuk melaksanakan operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah dimansuhkan dan nama Ikatan Sukarelawan Rakyat Malaysia ditukarkan kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia. 3


vii. Tahun 2013: RELA telah diumumkan sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dataran Kompleks D, Putrajaya bersempena Program Pelancaran Semarak Jalur Gemilang. Pada 25 Jun 2012, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 Akta 752 telah diwartakan sebagai punca kuasa RELA berkuat kuasa pada 22 Jun 2012. Nama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia juga telah ditukar kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia selaras dengan akta tersebut. Pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaik taraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). 1.1.9 Semenjak ianya dinaik taraf sebagai sebuah Jabatan Persekutuan pada 28 Ogos 2013, RELA kini sedang melalui arus transformasi ke arah sebuah Jabatan yang unggul dan perkasa apabila peranannya tidak lagi hanya dilihat tertumpu kepada situasi darurat atau bidang keselamatan semata - mata, malah menjurus kepada situasi dan kehendak semasa yang meliputi keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan Negara. 1.1.10 Sesuai dengan penubuhan dan hala tuju baharu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke arah memartabat dan mempelbagaikan bidang tanggungjawab supaya lebih efektif dan relevan mengikut peredaran masa, RELA mengembangkan sayapnya untuk menubuhkan unit di IPT dan Politeknik Malaysia. Penubuhan unit beruniform RELASIS adalah bertujuan bagi memantapkan semangat kesukarelawanan, patriotisme, meningkatkan tahap disiplin, modal insan dan membina semangat bekerjasama sesuai dengan teras utama kursus kokurikulum IPT dan Politeknik Malaysia yang digariskan melalui pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Ini adalah salah satu daripada 8 teras Pembangunan Insaniah yang diperkenalkan oleh Kementerian pendidikan Malaysia iaitu teras kesukarelawanan. 1.1.11 Usaha menarik penyertaan orang ramai selaras dengan kehendak mewujudkan gelombang kesukarelawanan di seluruh negara telah menyaksikan keahlian RELA bertambah kepada 2,911,599 ahli pada akhir Februari 2012, menjadikan RELA sebagai sebuah organisasi sukarelawan yang terbesar di Negara. Jumlah keahlian yang besar ini menjadikan RELA sebagai sebuah organisasi yang unik menepati kehendak Gagasan 1 Malaysia dengan kepelbagaian latar belakang, pendidikan, kaum dan umur, keanggotaan RELA kini dipelbagaikan dengan wujudnya Briged Orang Asli, Briged Masyarakat Siam, Briged Siswa Siswi (RELASIS) di IPTA dan Skuad Muda RELA. RELA juga berbangga dengan penyertaan golongan - golongan profesional dan korporat melalui penganugerahan pangkat - pangkat kehormat. 1.1.12 4


1.2 UNDANG-UNDANG RELA Undang - Undang tubuh RELA dibuat melalui Akta Darurat (Kuasa - Kuasa Perlu) 1964 [Akta 30/1964]. Akta 30/1964 digubal melalui Pengisytiharaan Darurat 1964 akibat daripada konfrontasi dengan Kerajaan Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Soekarno. Mengikut kes Teh Cheng Poh lawan Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 50, Majlis Privy berpendapat bahawa Proklamasi Darurat tahun 1964 telah tidak bernyawa dan telah ditarik balik dengan cara implikasi oleh Proklamasi Darurat tahun 1969. 1.2.1 “a Proclamation of a new emergency declared to be threatening the security of the Federation as a whole must by necessary implication be intended to operate as a revocation of a previous Proclamation, if one is still in force“. 1.2.2 Walau bagaimanapun, ekoran daripada keputusan Majlis Privy di atas, Parlimen telah meluluskan Akta Darurat (Kuasa - Kuasa Perlu) 1979 [Akta 216] yang mula berkuat kuasa pada 20 Februari 1971. Akta ini diwujudkan demi meneruskan Peraturan - Peraturan Darurat yang dibuat di bawah Akta tahun 1964 dengan menggunakan kuasa di bawah Perkara 150 (5) Perlembagaan Persekutuan. 1.2.3 Akta 216 memperuntukkan bahawa selagi Pengisytiharaan Darurat tahun 1969 berkuat kuasa, peraturan - peraturan yang dibuat di bawah Akta tahun 1964 hendaklah berjalan kuat kuasa dan hendaklah berkuat kuasa seolah - olah peraturan - peraturan itu telah dibuat di bawah Akta 216. 1.2.4 Mengikut Fasal 150 (7) Perlembagaan Persekutuan, Ordinan Darurat yang dibuat di bawah sesuatu Proklamasi Darurat akan terhenti berkuat kuasa selepas enam bulan Proklamasi Darurat itu dibatalkan. Berikutan pemansuhan Proklamasi Darurat 1969 yang diluluskan oleh Parlimen pada 20 Disember 2011 maka tempoh 6 bulan jangka hayat undang - undang darurat adalah bermula pada 21 Disember 2011 sehingga 21 Jun 2012. Oleh itu, undang - undang tubuh RELA akan terhenti berkuat kuasa pada 22 Jun 2012. 1.2.5 Sejajar dengan keputusan Kerajaan untuk menarik balik Proklamasi Darurat 1969, undang - undang baharu bagi RELA perlu diluluskan bagi menggantikan undang - undang tubuh RELA akan terhenti kuat kuasanya pada 21 Jun 2012. Undang - Undang baharu ini akan mencerminkan kelahiran semula RELA yang bersesuaian dengan peredaran zaman dan kehendak semasa. 1.2.6 Beberapa siri Bengkel Rebirth RELA telah diadakan pada bulan November hingga Disember 2011 bagi mengkaji cadangan pewujudan undang - undang baharu RELA. Selain itu, beberapa siri mesyuarat penyelarasan berkaitan penggubalan undang - undang ini juga telah diadakan Bersama - 1.2.7 5


Penggubalan undang - undang ini juga telah mengambil kira pandangan Jabatan Peguam Negara dan pandangan masyarakat antarabangsa. Jabatan Peguam telah mengeluarkan pandangan bahawa anggota RELA tidak boleh diberikan kuasa menangkap dan membawa senjata. Selain itu mereka juga berpendirian bahawa RELA tidak boleh terlibat dalam penguatkuasaan Akta Imigresen 1956/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. 1.2.8 1.3 RELASIS POLITEKNIK Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang telah ditubuhkan di Politeknik Malaysia dikenali sebagai Briged RELA Siswa Siswi atau RELASIS dan hendaklah dirujuk sebagaimana yang sepatutnya di dalam urusan berkaitannya. 1.4 PUNCA KUASA 1.4.1 Akta Darurat 1964. Akta (Kuasa - Kuasa Perlu) Darurat 1964 (Peraturan - Peraturan Perlu) (Ikatan Relawan Rakyat) Pindaan 2005. 1.4.2 Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Perintah Pasukan Sukarelawan Malaysia) Pindaan Jadual 2013. 1.4.3 1.4.4 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) Pindaan 2013. 1.5 MATLAMAT Penubuhan RELASIS sebagai pasukan beruniform di Politeknik Malaysia adalah bertujuan untuk: Umum i.Memperkasakan Kemahiran Insaniah (soft skill) dalam kalangan pelajar. ii.Memupuk nilai jati diri dan menyemaikan semangat patriotik cintakan tanah air. iii.Membina semangat bekerjasama dan kesukarelaan antara mahasiswa dengan masyarakat. 1.5.1 Khusus i.Membentuk pelajar supaya hidup dalam konteks yang memberi pendekatan ke arah individu yang bermoral, berdedikasi dan bertanggungjawab. 1.5.2 sama dengan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Jabatan Pengangkutan Jalan. 6


i.Membina insan yang berketrampilan, bersahsiah tinggi, berdaya tahan mental dan fizikal, berkeyakinan, berfikir secara kreatif, inovatif dan kritis dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah. ii.Boleh membimbing dan memimpin masyarakat serta cekap dan berkeupayaan menjalankan tugas. 1.6 OBJEKTIF 1.6.1 Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan RELASIS sebagai anggota RELA yang berkemahiran, berkaliber, berpendidikan, berintegriti, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. 1.6.2 Meningkat dan menyemai semangat setiakawan demi memupuk perpaduan nasional. 1.6.3 1.6.4 Memupuk sikap toleransi dan bertolak ansur dalam perhubungan kaum. 1.7 VISI Peneraju Kesukarelawanan Keselamatan dan Kesejahteraan Negara. 1.8 MISI Mentadbir urus kesukarelawanan dalam negeri untuk membantu bagi menjamin keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan, dan perpaduan rakyat. 1.9 MOTO “Setia Berbakti” 1.10 SLOGAN “Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat” Melatih dan mendidik mahasiswa mengenai konsep kesukarelaan melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan, keharmonian dan keamanan setempat. 7


1.12 LOGO RELA 1.13 LOGO RELASIS 8


1.13 LAGU RELA Gema RELA Bergema, laungan setia berbakti, Berikrar demi pertiwi, Itulah semangat kami, Sukarelawan sejati, Setiap langkah kami sedia, Berbakti untuk negara, Berkhidmat seikhlas hati, Menjadi ikrar abadi, Pastikan keselamatan, Berkorban demi keamanan, Sejahterakan Negara, Keharmonian Malaysia, Bangkitlah semua warga RELA, Pertahan warisan Negara, Bersama kita berbakti, Relawan dan Relawati. 1.14 FALSAFAH RELA i. Keamanan dan keselamatan serta pembangunan Malaysia sama ada pada waktu atau darurat adalah tanggungjawab semua warganegara yang perlu dipikul bersama bagi menjamin keutuhan PERLEMBAGAAN dan kemantapan jalinan masyarakat berlandaskan RUKUN NEGARA. ii. Sebagai satu pasukan sokongan dan benteng KETIGA pertahanan Negara, warga RELA hendaklah berjiwa tinggi, bersemangat wira dan mesra rakyat.Berkemampuan sebagai penggerak wawasan Negara ke arah masyarakat BERDIKARI. 1.15 LUNAS-LUNAS FALSAFAH RELA i. Benteng Ketiga Pertahanan Negara Mewujudkan Platun - Platun RELA yang berpengetahuan dalam hal - hal di bawah: a. Pertahanan setempat b. Ancaman dalaman dan luaran c. Perang saraf/gerak saraf 9


ii. Pasukan Sokongan Berwibawa Untuk menentukan keberkesanan bantuan yang diberikan kepada Agensi/Jabatan, RELA perlu mewujudkan Platun - Platun RELA yang berpengetahuan dalam hal - hal berikut: a. Pencegahan jenayah b. Konsep operasi bersepadu c. Perisikan d. Ancaman e. Duta kecil Kerajaan f. Memberi bantuan semasa bencana g. Pemangkin transformasi kerajaan (GTP) h. Program integrasi kaum i. Aktiviti kesukarelawan iii. Tugas-tugas Kebajikan Membantu menguruskan bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran dan lain-lain. Penugasan dalam aktiviti khidmat masyarakat secara menyeluruh di kawasan setempat seperti kenduri, pengurusan jenazah dan lain-lain. iv. Ekonomi dan berdikari Mempelopori dan mencebur diri dalam rancangan pembangunan dan kemajuan setempat melalui projek ekonomi dan sosial sama ada secara perseorangan, perkongsian, koperasi atau persatuan untuk mencapai matlamat berdikari 10


Prinsip - Prinsip Rukun Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang - Undang Kesopanan dan Kesusilaan Bahawa Kami Berikrar Dengan Sesungguhnya Akan Sentiasa Menjaga Dan Mempertahankan Perlembagaan Kedaulatan Dan Kemerdekaan Negara Malaysia. Patuh Dan Taat Setia Kepada Pucuk Pimpinan Negara. Memberi Perkhidmatan Dengan Penuh Dedikasi Untuk Menjaga Keselamatan Dan Keamanan Negara. Bersatu Ke arah Menjayakan Cita – Cita Wawasan 2020 Demikian Ikrar Dan Janji Kami Yang Akan Kami Patuhi Dengan Penuh Kejujuran dan ikhlas Demi Nama Baik Jabatan Sukarelawan Malaysia. 1.16 IKRAR RELA NILAI TERAS PASUKAN RELA Perkhidmatan Teras RELA adalah berlandaskan kepada konsep 5K1P iaitu i.Keselamatan - Memastikan keselamatan setempat. ii.Keamanan - Memastikan keamanan setempat. iii.Kesejahteraan - Memastikan kesejahteraan setempat. iv.Keharmonian - Memastikan keharmonian setempat. v.Kesatuan - Memastikan kesatuan antara rakyat setempat. vi.Perpaduan - Memastikan perpaduan antara semua kaum di Malaysia. 1.17 11


BAB 2


PENUBUHAN PASUKAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS) Pendahuluan Penubuhan Pasukan Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS) Relasis Politeknik Prosedur Penubuhan Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS) 12


2.0 PENUBUHAN PASUKAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS) 2.1 PENDAHULUAN Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang telah ditubuhkan di Politeknik Malaysia dikenali sebagai Briged RELA Siswa Siswi atau RELASIS dan hendaklah dirujuk sebagaimana yang sepatutnya di dalam urusan berkaitannya. Menyingkap penubuhannya, RELASIS menjadi projek rintis dalam usaha mentransformasikan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) kepada golongan penuntut IPT. Proses penjenamaan semula dan peremajaan RELA pada masa ini dianggap sangat penting dalam usaha merealisasikan hasrat Kerajaan dalam melahirkan modal insan masa hadapan yang cemerlang dalam pelbagai aspek. 2.2 RELASIS POLITEKNIK Penubuhan RELASIS sebagai pasukan beruniform di Politeknik Malaysia adalah bertujuan untuk: 2.2.1 Umum i.Memperkasakan Kemahiran Insaniah (soft skill) dalam kalangan pelajar. ii.Memupuk nilai jati diri dan menyemaikan semangat patriotik cintakan tanah air. iii.Membina semangat bekerjasama dan kesukarelaan antara mahasiswa dengan masyarakat. 2.2.2 Khusus i.Membentuk pelajar supaya hidup dalam konteks yang memberi pendekatan ke arah individu yang bermoral, berdedikasi dan bertanggungjawab. ii.Membina insan yang berketrampilan, bersahsiah tinggi, berdaya tahan mental dan fizikal, berkeyakinan, berfikir secara kreatif, inovatif dan kritis dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah. iii.Boleh membimbing dan memimpin masyarakat serta cekap dan berkeupayaan menjalankan tugas. 2.3 PROSEDUR PENUBUHAN BRIGED RELASIS Bagi menubuhkan sesebuah RELASIS, prosedur berikut hendaklah dipatuhi: i.Permohonan rasmi secara bertulis daripada Pengurusan Politeknik berkenaan kepada Ketua Pengarah, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). ii.Permohonan akan diproses oleh Ibu Pejabat RELA Malaysia dan Lembaga Penilaian Khas ditubuhkan bagi membuat perakuan dan keputusan permohonan.


iii.Keahlian Lembaga Penilaian Khas adalah seperti berikut: Pengerusi Ketua Pengarah RELA Ahli Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RELA Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan dan Penyelidikan RELA Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum JPP Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar JPP Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan RELA Pengarah Dasar dan Perancangan Strategik RELA Pengarah Bahagian Latihan RELA Pengarah RELA Negeri (berkenaan) Urusetia: Bahagian Pembangunan Pasukan dan Penyelidikan RELA iv.Perakuan dan keputusan Lembaga akan dimaklumkan secara bertulis kepada Politeknik berkenaan. Sesalinan keputusan permohonan akan juga dihantar kepada Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Pejabat RELA negeri di mana Politeknik itu berada. v.Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu nombor pendaftaran bagi Politeknik berkenaan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah RELA Malaysia.


BAB 3


KEANGGOTAAN DAN PANGKAT Keanggotaan Briged RELASIS Pangkat-Pangkat Bersekutu RELASIS Perlantikan Pegawai Bersukutu RELASIS Tugas Dan Tanggungjawab Pelantikan Mystep


3.0 KEANGGOTAAN BRIGED RELASIS 3.1 KEANGGOTAAN BRIGED RELASIS 3.1.1 Syarat - syarat menganggotai Briged RELASIS Pendaftaran untuk menganggotai Briged RELASIS adalah tertakluk kepada syarat - syarat berikut: i.Warganegara Malaysia. ii.Pelajar - pelajar Politeknik yang berusia 18 tahun ke atas. iii.Sihat tubuh badan dan tidak cacat. iv.Tidak menyertai mana - mana pasukan pakaian seragam yang lain. v.Mendaftar Kursus Matapelajaran Umum (MPU) Briged RELASIS di Politeknik. vi.Bebas daripada sabitan dan perlakuan jenayah. Pelajar Briged RELASIS boleh ditamatkan atau diberhentikan atas sebab - sebab berikut: 3.1.2 i.Tidak mematuhi Akta 752 Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 ii.Tidak mematuhi Akta Institusi - Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan melanggar mana - mana Peraturan Institusi Malaysia iii.Lain - lain kesalahan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Briged RELASIS. Pelajar Briged RELASIS yang telah ditauliahkan di peringkat Politeknik dengan pangkat Penolong Penguasa Kanan RELA (PPgKR) boleh melapor kepada Pegawai RELA Daerah (PRD) untuk aktiviti RELA Daerah dan memangku ketua platun. 3.1.3 Pelajar Briged RELASIS adalah juga anggota RELA melainkan mereka berhenti secara sukarela atau dikenakan tindakan seperti di para 3.1.2. 3.1.4 Ahli Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada Komander sebagai Pengerusi atau mana - mana pegawai yang mewakilinya dengan pangkat Penguasa RELA (Bersekutu), (PgR (Bersekutu)) ke atas, Adjutan, Penyelaras Briged RELASIS dan seorang jurulatih (Rujuk Seksyen 14 Akta 752 Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012). 3.1.5 13


3.2 PANGKAT-PANGKAT BERSEKUTU RELASIS Pengurusan Tertinggi Politeknik sebagai Komander Briged RELASIS atau mana - mana Timbalan Pengarah/Pegawai Kanan Tertinggi Politeknik yang diturunkan kuasa oleh Pengarah Politeknik dengan memakai pangkat Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA (Bersekutu) (PPjKR (Bersekutu)). 3.2.1 Timbalan Komander dilantik atas cadangan Komander Briged RELASIS dan mendapat perakuan Pengurusan Tertinggi Politeknik dengan memakai pangkat Penolong Pesuruhjaya RELA (Bersekutu) (PPjR (Bersekutu)). 3.2.2 Seorang Pegawai Tadbir (Adjutan) berpangkat Penguasa RELA (Bersekutu) (PgR (Bersekutu)) yang dilantik oleh Komander daripada kalangan Pegawai Bersekutu kakitangan Politeknik berkenaan. 3.2.3 Kakitangan tetap terdiri daripada seorang Pegawai Penyelaras RELASIS, seorang Jurulatih dan seorang Anggota MyStep. 3.2.4 Pihak Politeknik perlu menyediakan ruang pejabat bagi menempatkan kakitangan tetap yang dilantik bagi tujuan pengoperasian Briged RELASIS. 3.2.5 PELANTIKAN PEGAWAI KEHORMAT DAN PEGAWAI BERSEKUTU RELASIS 3.3 Pelantikan pangkat Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu RELASIS Politeknik hendaklah dicadangkan oleh pihak pengurusan Politeknik berkenaan. Pelantikan Pegawai Bersekutu RELASIS Politeknik hendaklah memegang jawatan dalam organisasi Briged RELASIS Politeknik sekurang - kurangnya untuk tempoh 1 tahun. Jawatan tersebut adalah seperti berikut: 3.3.1 Komander Timbalan Komander Latihan Timbalan Komander Akademik Adjutan Pegawai Latihan Pegawai Akademik (Penilaian/Data) Pegawai Logistik 1 Jawatan 1 Jawatan 1 Jawatan 1 Jawatan 1 Jawatan 1 Jawatan 1 Jawatan 14


3.4 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 3.4.1 Jabatan Sukarelawan Malaysia i.Ibu Pejabat RELA Malaysia (IPRM) - Pendaftaran Briged RELASIS di Politeknik - Lantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu RELA - Watikah pelantikan Komander, Timbalan Komander dan Adjutan - Merancang keperluan peruntukan belanjawan - Menyedia dan merancang perolehan peralatan dan logistik - Menyediakan pegawai/kakitangan/jurulatih tetap - Merancang dan melaksanakan program-program Briged RELASIS di peringkat Kebangsaan - Mengemas kini, mengesahkan, menyebarkan dasar - dasar dan arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Briged RELASIS ii.Ibu Pejabat RELA Negeri (IPRN) - Memantau dan membantu pelaksanaan aktiviti Briged RELASIS - Menentukan kegiatan dan latihan Briged RELASIS berjalan dengan teratur - Mengadakan hubungan rapat dengan Politeknik berkaitan kegiatan Briged RELASIS - Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat Pelajar Briged RELASIS - Melaksanakan arahan Ketua Pengarah RELA berhubung perjalanan Briged RELASIS dari semasa ke semasa. iii.Pejabat Pentadbiran Briged RELASIS Politeknik - Pendaftaran pelajar Politeknik sebagai anggota Briged RELASIS - Merancang dan melaksanakan semua aktiviti Briged RELASIS mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Politeknik dan RELA - Membantu proses Pengajaran, Pembelajaran, Latihan dan Penilaian - Membantu merancang, mengurus dan memajukan permohonan bajet kewangan kepada pihak RELA Malaysia - Mengurus keperluan logistik latihan dan aktiviti - Menjalinkan hubungan kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dengan aktiviti Briged RELASIS - Melaksanakan arahan semasa yang diberikan oleh RELA Malaysia dan Politeknik 15


3.4.2 Kementerian Pendidikan Tinggi/lain-lain Kementerian i.Politeknik - Mencalonkan Komander, Timbalan Komander, Adjutan dan Pegawai Bersekutu RELASIS - Menyelaras aktiviti - aktiviti Briged RELASIS di Politeknik berkenaan - Bekerjasama dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk merancang dan melaksanakan program Briged RELASIS di Politeknik - Menyediakan kemudahan asas, logistik dan sistem sokongan yang mencukupi dan bersesuaian - Menyediakan peruntukan tahunan untuk aktiviti Briged RELASIS ii.Komander Briged RELASIS - Bertanggungjawab merangka dasar, strategi dan keseluruhan tadbir urus dalam Briged RELASIS di Politeknik - Bekerjasama dengan Pengarah RELA Negeri berkaitan tadbir urus, latihan, logistik dan aktiviti Briged RELASIS - Menentukan bahawa keanggotaan pelajar Briged RELASIS dipenuhi mengikut ketetapan semasa - Memastikan kemudahan asas, logistik dan sistem sokongan yang disediakan berada dalam keadaan kondusif bagi menjalankan aktiviti - Menggalak dan memberi peluang kepada pelajar RELASIS mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum di semua peringkat iii.Timbalan Komander Briged RELASIS - Bertanggungjawab terhadap Komander dan menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa - Membantu Komander dalam merangka dasar, strategi dan keseluruhan tadbir urus dalam RELASIS di Politeknik - Menjalankan tugas Komander semasa ketiadaan Komander - Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran Briged RELASIS - Merancang dan menjalankan aktiviti Briged RELASIS berdasarkan silibus yang ditetapkan - Memastikan proses penilaian hasil pembelajaran dilaksanakan pada setiap semester - Memantau pelaksanaan program - program kemasyarakatan dan kesukarelawanan 16


iv.Adjutan Briged RELASIS - Bertanggungjawab terhadap Komander dan menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa - Membantu Komander dalam merangka dasar, strategi dan keseluruhan tadbir urus dalam Briged RELASIS di Politeknik - Menguruskan pendaftaran keanggotaan dan keahlian pelajar Briged RELASIS di Politeknik - Melaksanakan penilaian kenaikan pangkat pelajar Briged RELASIS - Menyediakan laporan tahunan Briged RELASIS - Menguruskan penyertaan pelajar Briged RELASIS dalam kegiatan di setiap peringkat - Menghadiri perjumpaan/mesyuarat/kursus yang berkaitan dengan Briged RELASIS - Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih - Urus setia panel tatatertib pelajar Briged RELASIS v.Pegawai Latihan Briged RELASIS - Bertanggungjawab terhadap Komander dan menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa - Melaksanakan pembelajaran, pengajaran dan penilaian Kursus Matapelajaran Umum (MPU) Briged RELASIS - Menghadiri mesyuarat Briged RELASIS Politeknik masing - masing - Menjadi pegawai perantaraan, penasihat dan pemudah cara antara Briged RELASIS dan Pusat Tanggungjawab di Politeknik - Menggalakkan kemasukan pelajar Politeknik menyertai Briged RELASIS - Melibatkan diri dalam apa jua aktiviti Briged RELASIS di Politeknik - Melaksanakan dan memberi maklum balas terhadap pelaksanaan latihan dan aktiviti Briged RELASIS Politeknik berjalan mengikut jadual - Merancang, menyedia dan melaksanakan latihan dan aktiviti Briged RELASIS Politeknik berjalan mengikut jadual - Bertanggungjawab kepada Timbalan Komander (Operasi) Briged RELASIS Politeknik dalam hal - hal latihan 17


vi.Pegawai Logistik Briged RELASIS - Bertanggungjawab terhadap Komander dan menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa - Melaksanakan pembelajaran, pengajaran dan penilaian Kursus Matapelajaran Umum (MPU) Briged RELASIS - Menghadiri mesyuarat Briged RELASIS Politeknik masing - masing - Menjadi pegawai perantaraan, penasihat dan pemudah cara antara Briged RELASIS dan Pusat Tanggungjawab di Politeknik - Menggalakkan kemasukan pelajar Politeknik menyertai Briged RELASIS - Melibatkan diri dalam apa jua aktiviti Briged RELASIS di Politeknik - Melaksanakan dan memberi maklum balas terhadap pengurusan logistik Briged RELASIS di Politeknik - Berhubung dengan pihak IPRM atau IPRN dalam semua aspek pengurusan logistik - Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan latihan termasuk pakaian seragam kepada Briged RELASIS Politeknik - Bertanggungjawab kepada Timbalan Komander (Operasi) Briged RELASIS Politeknik dalam hal - hal logistik vii.Pegawai Akademik Briged RELASIS (Data dan Penilaian) - Bertanggungjawab terhadap Komander dan menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa - Melaksanakan pembelajaran, pengajaran dan penilaian Kursus Matapelajaran Umum (MPU) Briged RELASIS - Menghadiri mesyuarat Briged RELASIS Politeknik masing - masing - Menjadi pegawai perantaraan, penasihat dan pemudah cara antara Briged RELASIS dan Pusat Tanggungjawab di Politeknik - Menggalakkan kemasukan pelajar Politeknik menyertai Briged RELASIS - Melibatkan diri dalam apa jua aktiviti Briged RELASIS di Politeknik - Melaksanakan dan memberi maklum balas terhadap pelaksanaan Kursus Matapelajaran Umum (MPU) Briged RELASIS - Membuat kajian berkaitan subjek - subjek yang berkaitan dengan Briged RELASIS - Menyediakan kertas - kertas ujian semester serta mengurus pemeriksaan dan pemarkahan - Bertanggungjawab kepada Timbalan Komander (Akademik) RELASIS Institusi dalam hal - hal akademik Nota: Rujuk Lampiran 2B bagi struktur organisasi Briged RELASIS Politeknik di peringkat Politeknik Malaysia 18


3.4.3 Pelantikan Anggota MyStep Briged RELASIS Pelantikan MyStep Briged RELASIS Politeknik hendaklah dicadangkan oleh pihak Pegawai RELA Daerah (PRD) dan Negeri berkenaan. 3.4.3.1 Pelantikan MyStep Briged RELASIS Politeknik adalah seperti berikut: Jurulatih Tetap 1 Jawatan MyStep 1 Jawatan Nota: Rujuk Lampiran 2C bagi struktur organisasi Briged RELASIS Politeknik di peringkat Politeknik Malaysia 19


BAB 4


PENTADBIRAN Bayaran Elaun Perlindungan Insuran Kemalangan Diri Berkelompok Mesyuarat Penglibatan Majlis Rasmi Kerajaan / Nasional Tugasan Laporan 20


4.1 BAYARAN ELAUN Pelajar RELASIS yang telah sah keanggotaannya layak menerima elaun jika mengikuti latihan atau aktiviti yang dianjurkan oleh RELA sama ada di peringkat daerah, negeri atau Kebangsaan tetapi tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah RELA. Pelajar RELASIS yang mengikuti latihan kokurikulum RELA di Politeknik tidak layak menerima elaun. 4.1.1 Jurulatih dan pembantu jurulatih tetap layak menuntut elaun penugasan mengikut kadar yang berkuat kuasa kepada pejabat RELA Negeri mengikut kadar yang ditetapkan. 4.1.2 Bayaran penceramah sambilan yang dilantik oleh Politeknik akan dibayar oleh pihak Politeknik mengikut pekeliling Perbendaharan yang sedang berkuat kuasa. 4.1.3 Pegawai Kehormat/Bersekutu RELASIS tidak layak menerima elaun selain daripada yang ditetapkan mengikut Pekeliling Kerajaan. 4.1.4 Lain - lain bayaran tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah RELA mengikut Pekeliling Kerajaan semasa. 4.1.5 4.2 PERLINDUNGAN INSURAN KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK Setiap Pelajar RELASIS dilindungi oleh Insuran Berkelompok RELA tetapi tertakluk kepada perubahan semasa. 4.3 MESYUARAT 4.1.1 Mesyuarat Penyelarasan RELASIS yang berikut hendaklah diadakan: Mesyuarat penyelarasan pentadbiran dan pengurusan RELASIS antara Ibu Pejabat RELA Malaysia (IPRM) dengan Politeknik berkenaan hendaklah diadakan sekurang - kurangnya dua kali setahun. a) Mesyuarat penyelarasan pentadbiran dan pengurusan RELASIS antara Ibu Pejabat RELA Negeri (IPRN) dengan Politeknik berkenaan sekurang - kurangnya dua (2) kali setahun. b) Mesyuarat Pegawai Bersekutu RELASIS Politeknik diadakan sekurang - kurangnya empat (4) kali setahun. c) Mesyuarat - mesyuarat lain untuk membincangkan perkara atau isu semasa boleh diadakan pada bila - bila masa mengikut kesesuaian. d) 21


4.4 PENGLIBATAN MAJLIS RASMI KERAJAAN/NASIONAL Pelajar RELASIS digalakkan menyertai majlis, istiadat atau perayaan di peringkat Kebangsaan, negeri atau daerah yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau Kementerian yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atau pun oleh agensi - agensi yang lain dengan kebenaran Komander RELASIS Politeknik. 4.5 TUGASAN Pelajar RELASIS digalakkan terlibat dalam perkhidmatan sokongan untuk menjamin keselamatan, keharmonian, kesejahteraan, keamanan dan perpaduan setempat apabila diperlukan dengan sokongan Komander RELASIS tetapi di bawah penyeliaan Pegawai RELA Daerah dan Adjutan atau Pengarah RELA Negeri berkaitan. 4.6 LAPORAN Pegawai Penyelaras RELASIS Politeknik, melalui Adjutan dikehendaki menghantar laporan kepada IPRM (Bahagian Pembangunan Pasukan dan Penyelidikan). Perkara yang perlu dilaporkan adalah seperti berikut: i) Laporan Semester Statistik keanggotaan RELASIS - mengikut platun/semester/jantina/status aktif dan tamat. a) b) Perjawatan/carta organisasi – pengurusan dan platun RELASIS. c) Logistik – pembekalan pakaian, peralatan dan aksesori. ii) Bulanan Aktiviti Kokurikulum – latihan, kursus, program kemasyarakatan, ceramah, latihan medan dan sebagainya. a) b) Penceramah/Pengendali/VIP yang dijemput hadir. c) Pencapaian semasa/tahap keberkesanan aktiviti (kehadiran). d) Cadangan dan hal - hal berbangkit (jika ada). Nota: Laporan boleh dibuat mengikut huraian atau format yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Pasukan (IPRM) 22


BAB 5


LOGISTIK Pakaian Pengangkutan Peralatan Latihan 23


5.1 PAKAIAN Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan membekalkan pakaian seragam, T Shirt RELA, peralatan dan lain-lain aksesori berkaitan sebagai inventori kepada Politeknik yang telah menubuhkan RELASIS berdasarkan bilangan Briged RELASIS yang ada dan diurus selia pengagihan pinjaman oleh Pegawai Logistik RELASIS dan Penyelaras RELASIS. Briged RELASIS yang terlibat dalam latihan atau akitiviti kokurikulum RELASIS Politeknik dikehendaki memakai pakaian mengikut peraturan pemakaian uniform yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Pakaian Seragam (Rujuk Bab 8). 5.1.2 Pakaian seragam penuh akan dibekalkan secara pinjaman sekiranya terlibat di dalam aktiviti atau latihan luar atau rasmi atau sekiranya mendapat arahan pemakaian lain daripada pihak pengurusan RELASIS Politeknik. 5.1.3 Pakaian seragam penuh berserta aksesori akan diberikan secara kekal sekiranya Briged RELASIS melepasi dan berjaya menamatkan kursus tahap RELASIS I. 5.1.4 Tanda pangkat tidak dipakai sewaktu menjalani latihan dalam pakaian separuh uniform. Tanda pangkat hanya dipakai apabila memakai pakaian seragam penuh atau apabila diarahkan. 5.1.5 Briged RELASIS bertanggungjawab terhadap pakaian seragam dan aksesori yang telah dibekalkan. Sebarang kehilangan dan kerosakan perlu dilaporkan di PPRP dan sebarang kehilangan akibat kecuaian akan dikenakan tindakan tatatertib. 5.1.6 5.1.8 Penyalahgunaan uniform akan dikenakan tindakan tatatertib. Pakaian seragam penuh bagi Briged RELASIS mempunyai tanda nama pelajar/singkatan nama Politeknik/patches (logo RELASIS) di lengan sebelah kiri. 5.1.7 5.1.1 24


5.2 PENGANGKUTAN Pengangkutan Briged RELASIS untuk menghadiri aktiviti dan program luar akan disediakan oleh pihak Politeknik terbabit, walau bagaimanapun pihak Pengurusan RELASIS Politeknik boleh memohon bantuan pengangkutan daripada IPRN sekiranya pihak Politeknik tidak dapat menyediakan kemudahan tersebut. 5.2 PERALATAN LATIHAN Peralatan latihan Briged RELASIS akan disediakan oleh pihak Politeknik terbabit, walau bagaimanapun pihak Pengurusan RELASIS Politeknik boleh memohon bantuan peralatan daripada IPRN sekiranya pihak Politeknik tidak dapat menyediakan kemudahan tersebut. 25


BAB 6


KURIKULUM LATIHAN Hasil Pembelajaran Bidang Latihan Kaedah Latihan Sukatan Latihan Sijil-Sijil dan Pentauliahan 26


6.1 HASIL PEMBELAJARAN 6.1.1 Mengaplikasi undang - undang dan peraturan yang berkaitan dengan bidang tugas RELA. 6.1.2 Mengamalkan sikap kerja berpasukan dalam aktiviti kesukarelawanan. 6.1.3 Mengaplikasi kemahiran kepimpinan berdasarkan peraturan RELA. Mengaplikasi teori dan kemahiran menyelamat dan operasi berdasarkan arahan tetap (SOP) RELA. 6.1.4 6.1.5 Mengaplikasi teori dan kemahiran berkomunikasi dengan baik. 6.1.6 Menyemaikan sifat patriotisme terhadap negara. Mengaplikasi teori dan kemahiran pengurusan senjata berdasarkan undang - undang. 6.1.7 6.2 BIDANG LATIHAN 6.2.1 Asas Kawad Kaki. 6.2.2 Pengenalan Asas Organisasi. 6.2.3 Pendedahan Konsep Kesukarelawanan. 6.2.4 Pengenalan Kepada Asas Khidmat Komuniti. 6.2.5 Menerapkan Nilai Kerohanian, Jati diri Dan Patrotisme. 6.2.6 Mengenali Nilai Dan Etika Pasukan. 6.2.7 Pengenalan Asas Kepada Ilmu Kemahiran Perang. 6.2.8 Persenjataan. 6.3 KAEDAH LATIHAN Latihan akan dijalankan oleh jurulatih yang bertauliah dan pembantu jurulatih dalam bentuk teori dan praktikal. 6.3.1 6.3.2 Kuliah dan Praktikal lapangan. 6.3.3 Lawatan. 6.3.4 Persembahan dan demontrasi. 6.3.5 Kajian kes dan simulasi. 6.3.6 Latihan dalam kumpulan. 6.3.7 Pembelajaran Kendiri. 27


6.1.1Pihak Pengurusan Politeknik Malaysia akan mewujudkan kursus kokurikulum RELASIS selama dua (2) semester. (Rujuk Lampiran 3A hingga 3B bagi Silibus Latihan). Pelajar wajib mengikuti Silibus Kokurikulum RELASIS 1 pada semester 1 dan RELASIS 2 pada semester 2 dengan pemberian 2 kredit. 6.1.2 6.1.3 Pelajar yang akan diberikan nilai tambah dengan pentauliahan pangkat Penolong Penguasa Kanan RELA (PPgKR) pada semester 3 dalam sistem pengajian Politeknik Malaysia. 6.1.4 Silibus RELASIS Politeknik adalah seperti di dalam Jadual 6.1 hingga Jadual 6.2. 6.1.5 Adjutan dan Pegawai Penyelaras RELASIS bertanggungjawab menguruskan penceramah yang berkompetensi dan sesuai mengikut topik pembelajaran seperti di dalam sukatan pembelajaran. 6.1.6 Penilaian akan diadakan pada sepanjang semester yang ditetapkan bagi melayakkan pelajar mendapat jam kredit yang diiktiraf oleh Politeknik Malaysia. 6.4 SUKATAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Semester Nama Kursus Matlamat Kursus : (Satu) : Kursus Asas RELA : 1. Memberi Pendedahan Asas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). 2. Mengetahui tugas dan tanggungjawab kepimpinan dalam Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta memberi pendedahan mengenai tugas, peranan dan bidang kuasa RELA Nama Sijil Tamat : 1. Sijil Kursus Pengenalan RELA. 2. Sijil Kursus Asas RELA 3. Sijil Kursus Pengurusan dan Kepimpinan RELA (KPPR) 28


BIL Akta Perundangan dan lntegriti RELA Pengenalan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Briged RELA Siswa Sisiwi (RELASIS): SLT (F2F) SLT (NF2 F) 2.0 1.0 Menerangkan amalan berintegriti dalam pasukan 1 JAM 1 JAM 0.5 JAM 1 JAM 2.1 2.1.1 2.1.2 2.2 2.3 2.3.1 2.3.2 2.3.3 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.7.1 1.7.2 1.7.3 1.8 1.9 PERKARA CLO Sejarah penubuhan RELA dan RELASIS Pengenalan RELA dan RELASIS (Visi, Misi dan Objektif) Struktur organisasi RELA dan RELASIS Tugas dan peranan RELA dan RELASIS CLO1 Tatacara nyanyian lagu Gema RELA, lkrar RELA dan pengertian logo RELA serta RELASIS Syarat-syarat menyertai RELA dan RELASIS Jenis-jenis pakaian RELA berserta aksesori: Bush Jacket (Pegawai lelaki dan wanita) Pakaian kerja (pegawai lelaki dan wanita) Pakaian Operasi Digital (POD) Tatacara pemakaian ketika menjalankan aktiviti dan operasi RELA Pangkat - pangkat dalam RELA dan RELASIS Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752): Had dan kuasa RELA Tugas dan peranan RELA CLO2 Arahan Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN20) lntegriti: Pengenalan, konsep dan pengertian lntegriti Menjelaskan fungsi - fungsi lntegriti 29


7.0 6.0 3.0 5.0 4.0 Ketua Platun RELA (KPR) dan Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) 3.1 Fungsi dan peranan KPR dan KPRK 3.2 Kepimpinan dalam organisasi 3.3 Pengurusan kewangan dalam penugasan RELA Konsep Kesukarelawanan dan Penyatuan Bangsa 4.1 Konsep kesukarelawanan terhadap diri, organisasi dan konteks tuntutan agama 4.2 Konsep penyatuan dan perpaduan bangsa 4.3 Semangat kenegaraan, kesetiaan, patriotisme dan kedaulatan Negara Penyaluran Maklumat RELA (PMR) 5.1 Pengenalan Penyaluran Maklumat RELA 5.2 Jenis dan kaedah pengumpulan sumber maklumat RELA 5.3 Kaedah penyediaan pelaporan dan penyaluran makluman RELA 5.4 Latihan laporan Penyaluran Maklumat RELA Kepimpinan, Komunikasi dan Pengucapan Awam 6.1 Pengenalan kepada konsep kepimpinan berkesan 6.2 Pengenalan kepada Pengucapan Awam 6.3 Teknik dan kaedah komunikasi di khalayak ramai 6.4 Melaksanakan Pengucapan Awam Pengurusan Media Sosial 7.1 Pengenalan kepada media sosial 7.2 Perundangan, implikasi perkongsian dan penyampaian maklumat 7.3 Pengendalian media sosial 7.4 Kaedah dan teknik dalam membangunkan kandungan media sosial 1 JAM 1 JAM 1 JAM 2 JAM 2 JAM 1 JAM 1 JAM 0.5 JAM 0.5 JAM 0.5 JAM CLO 2 CLO2 CLO2 CLO1 CLO1 30


8.0 9.0 10.0 8.1 Pengenalan jenis - jenis mesyuarat 8.2 Tatacara pengurusan mesyuarat 8.3 Penyediaan minit mesyuarat 8.4 Pelaksanaan simulasi mesyuarat Pengurusan Program 9.1 Pengenalan kepada pengurusan program 9.2 Perancangan program: 9.2.1 Pelantikan Jawatankuasa 9.2.2 Prosedur penyediaan kertas kerja 9.2.3 Perancangan kewangan dan tentatif program 9.2.4 Jangkaan dan pengurusan risiko 8 JAM 2 JAM 1 JAM 0.5 JAM 2 JAM 0.5 JAM Pengurusan dan Pengendalian Mesyuarat CLO2 CLO2 CLO1 9.3 Pelaksanaan program: 9.3.1 Pelarasan tugas semasa penganjuran program 9.3.2 Penerapan nilai murni 9.4 Maklum balas program: 9.4.1 Laporan maklum balas program 9.4.2 Laporan isu - isu berbangkit 9.4.3 Laporan kewangan Asas Kawad Tangan Kosong 10.1 Statik: 10.1.1 Sedia 10.1.2 Senang Diri 10.2.3 Rehatkan Diri 10.2.4 Membentuk Skuad 10.2.5 Langkah ke hadapan 10.2.6 Langkah ke belakang 10.2.7 Langkah ke kanan 31


10.2.8 Langkah ke kiri 10.2.9 Membetulkan skuad 10.2.10 Nombor 10.2.11 Buka dan tutup barisan 10.2.12 Berpusing 10.2.13 Bersurai dan keluar baris 10.2.14 Aturan kotak 10.2 Semasa Berjalan: 10.2.1 Berjalan cepat masa 10.2.2 Berjalan perlahan masa 10.2.3 Panjangkan langkah 10.2.4 Pendekkan langkah 10.2.5 Belak 10.2.6 Berpusing dalam perlahan masa 10.2.7 Berpusing dalam cepat masa 10.2.8 Hentak kaki, maju dan berhenti dalam perlahan masa 10.2.9 Hentak kaki, maju dan berhenti dalam masa berlari 10.2.10 Tukar langkah 10.2.11 Berlari, hentak kaki, berhenti dalam masa berlari 10.2.12 Tukar langkah perlahan, cepat dan berlari 10.2.13 Buka dan tutup barisan ketika berjalan 10.2.14 Tukar haluan dalam berhenti dan berjalan - dalam cepat dan perlahan masa 32


10.2.15 Jadikan skuad dalam berhenti dan berjalan - dalam cepat dan perlahan masa 10.2.16 Berjalan dalam satu barisan (kedudukan bertiga - tiga memanjang) 10.2.17 Berjalan dalam satu barisan (kedudukan bertiga - tiga melintang) 10.2.18 Jadikan dua barisan dan tiga barisan 10.2.19 Hormat 10.2.20 Hormat ke hadapan 10.2.21 Hormat selaku terima sijil JUMLAH CLO1 JUMLAH CLO2 JUMLAH JAM KESELURUHAN 13 JAM 7 JAM 28 JAM 5 JAM 3 JAM Jadual 6.1: Senarai Silibus untuk semester 1 33


PENERANGAN PELAKSANAAN : Silibus semester 1 Briged RELASIS Politeknik Malaysia pelajar didedahkan dengan asas kawad tangan kosong yang akan disampaikan oleh Jurulatih bertauliah yang diiktiraf oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atau mana - mana Jurulatih dari agensi berkaitan yang setaraf dengannya. 2.1 Subjek Teori melibatkan subjek umum seperti Konsep Kesukarelawanan dan Penyatuan Bangsa,Kepimpinan, Komunikasi dan Pengucapan Awam, Pengurusan Media Sosial, Pengurusan dan Pengendalian Mesyuaratserta Pengurusan Programyang boleh disampaikan oleh Adjutan, Pegawai Bersekutu dan Pegawai Penyelaras RELASIS mengikut Nota Kuliah atau Nota Silibus yang sedia ada. 2.2 Subjek Teori dan Praktikal melibatkan subjek teras RELA disampaikan oleh Jurulatih, Pegawai Penyelaras RELASIS atau mana - mana pegawai dari agensi berkaitanyang setaraf dengannya. 2.3 CLO 1: Mempamerkan kemahiran khusus bagi kursus berkaitan CLO 2: Menunjukkan kepimpinan dan kerja berpasukan berdasarkan penguasaan kemahiran dan amalan positif 34


Click to View FlipBook Version