The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fidelia Johny, 2023-07-26 00:13:50

Avocado leaflet

Avocado leaflet

JABATAN PERTANIAN Kementerian Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah utama avocado berbuah adalah pada bulan Mei - Jun dan diikuti dengan musim kecil pada bulan Oktober. Hanya buah yang matang akan dituai. penuaian buah yang belum matang akan menjejaskan kualiti buah manakala kelewatan menuai akan menyebabkan buah mudah rosak disebabkan serangan perosak dan penyakit. Kematangan buah boleh dikenalpasti secara visual iaitu melalui perubahan warna pada kulit buah. Anggaran Aliran Kewangan Bagi Sehektar Avokado Untuk 20 Tahun Pembajaan Kawalan Penyakit dan Perosak (a) Lalat buah Lalat buah adalah serangga perosak utama avokado yang menyerang buah yang hampir masak. Ia boleh dikawal dengan menggunakan perangkap feromon selepas pembentukan buah. (b) Penyakit Reput Akar Penyakit reput akar disebabkan oleh kulat Phytophthora spp. Serangan penyakit ini adalah berpunca dari kelembapan tanah yang tinggi dan kelemahan sistem perparitan. Simptom serangan penyakit adalah daun kekuningan, layu, daun gugur, ranting menjadi kering dan pokok akhirnya mati. Semburan racun Metalaxyl (Ridomil) pada pangkal pokok dan permukaan tanah di bawah kanopi setiap 4 minggu sekali mampu mengawal serangan penyakit ini. Penuaian QAV3 mulai berbuah selepas dua tahun ditanam. Musim Bingkisan No: Jenis, Kadar dan Kekerapan Pembajaan Umur (tahun) Jenis Kadar (g) Kekerapan (kali/tahun) 1 NPK Green (15:15:15) 250 4 2 NPK Green (15:15:15) 500 4 3 ke atas NPK Blue (12:12:17:2+TE) 1,000 4 10 ke atas NPK Blue (12:12:17:2+TE) 1,500 4 AVOKADO QAV3 (Persea americana Mill.) PERKARA JUMLAH Aliran Wang Masuk Hasil Pendapatan Kasar @ RM5.00/kg 340,000 Kg RM 1,7000,000 Aliran Wang Keluar (a) Kos Pembangunan Membersih/Penyediaan Tanah Mengukur/melubang/menanam Anak Benih @ RM15/pokok (b) Kos Penyelenggaraan Baja Bahan Kimia Peralatan Ladang (c) Kos Tenaga Kerja Upah Kerja Ladang RM2,500 RM1,200 RM3,840 RM105,600 RM10,000 RM5,000 RM360,000 Pulangan (20 tahun) RM1,211,860 Anggaran pendapatan setahun ialah RM60,593 dan RM5,049 sebulan untuk 20 tahun.


Pengenalan Avokado (Persea Americana Mill.) dipercayai berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan di Utara Amerika Selatan. Avokado dirujuk sebagai buah yang paling banyak mengandungi khasiat berbanding dengan buahbuahan lain. Isi buah avokado seakan-akan mentega dengan rasa berlemak. Minyak dari buah avokado adalah bernilai tinggi dan dikenali sebagai agen antikolestrol, dan ini bertentangan dengan kesan negatif dari lemak haiwan. Di sesetengah negara, avokado sering kali dipromosi sebagai buah untuk kesihatan. Selain dimakan segar, isi buah avokado juga boleh diproses menjadi pelbagai jenis makanan dan minuman. Beberapa penelitian telah menunjukkan bahawa pengambilan avokado mampu mengubah profil kolesterol dalam badan menjadi lebih baik dan menurunkan faktor risiko penyakit jantung. Penanaman avokado secara komersial di Sabah masih di peringkat awal. Walau bagaimanapun, permintaan ke atas klon avokado yang berkualiti semakin meningkat dari semasa ke semasa. Deskripsi Tanaman dan Bahan Tanaman Terpilih Program penyelidikan untuk memilih dan membiak tanaman avokado yang berkualiti telah dimulakan sejak awal Rancangan Malaysia ke-7. Hasil daripada penyelidikan yang telah dilaksanakan, sebanyak dua klon avokado telah dilancarkan pada tahun 2012 iaitu QAV1 dan QAV2. Bagi merancakkan industri penanaman avokado, Jabatan Pertanian Sabah telah melancarkan satu lagi klon baharu avokado yang dikenali sebagai QAV3. Huruf ‘Q’ membawa maksud Quoin Hill iaitu tempat di mana penyelidikan dijalankan. Manakala huruf ‘AV’ pula merupakan ringkasan kepada perkataan avokado dan nombor 3 merujuk kepada bilangan varieti yang telah dilancarkan. Ciri-ciri klon QAV3 Bentuk buah QAV3 yang obovate kelihatan lebih menarik berbanding klon QAV1. Avokado mempunyai sifat pembungaan yang unik, di mana pada kebiasaanya akan berlaku pendebungaan silang di antara pokok. Oleh itu, biji yang terhasil adalah tidak sesuai digunakan sebagai bahan tanaman komersial. Bagi memastikan ciri-ciri induk tanaman terus diwarisi, penghasilan anak pokok tanaman secara cantuman adalah disyorkan. Keperluan Iklim dan Tanah Avokado sesuai ditanam di kawasan iklim tropika dengan taburan hujan yang sekata sepanjang tahun. Ia mampu tumbuh dan hidup di tanah yang mempunyai saliran yang baik dan tidak sesuai di kawasan air bertakung dan tanah masin. Pengurusan dan Penyelenggaraan Tanaman Jarak penanaman yang disyorkan bagi avokado klon QAV3 ialah 6 m x 6 m secara segi empat sama dengan kepadatan 270 pokok sehektar. Bagi menggalakkan petumbuhan dahan sisi serta pembentukan kanopi yang lebih baik, pucuk anak pokok avokado dicantas setelah mencapai ketinggian 1 m dari paras tanah. Pemangkasan tunas air yang tumbuh di dahan-dahan sisi perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Ini termasuklah dahan dan ranting yang telah mati dan berpenyakit. Kebersihan kebun avokado perlu dijaga kerana keadaan semak akan menjadi tempat pembiakan perosak. Kawalan rumpai menggunakan mesin rumput adalah digalakkan manakala penggunaan racun rumpai hanya terhad di sekitar sempadan kebun bagi mengurangkan kesan sampingan penggunaan racun terhadap perkembangan tanaman avokado. Klon QAV3 Sifat pokok Tumbuh menegak Saiz daun Sederhana Bentuk buah Obovate, tiada leher Saiz buah Sederhana - besar Berat buah 340 - 500 g Kulit buah Hijau terang dan bertukar kepada warna merah keunguan apabila masak, kulit nipis dan mudah dikupas Saiz biji Sederhana, 20 - 25% dari berat buah, padat di dalam rongga. Isi Kuning bermentega, 68% dari berat buah, kualiti yang baik dengan rasa kekacang. Hasil 16 - 26 t/ha


Click to View FlipBook Version