The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Manual Pelaksanaan Indikator PPKK 01.02.2016

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TamparickGame, 2023-05-04 00:57:39

Manual Pelaksanaan Indikator PPKK 01.02.2016

Manual Pelaksanaan Indikator PPKK 01.02.2016

CAWANGAN KESIHATAN PRIMER BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2015 MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN CAWANGAN KESIHATAN PRIMER BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2015 Kementerian Kesihatan Malaysia


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 5 Kata-Kata Aluan TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KESIHATAN AWAM)


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 6 Prakata PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 7 Kandungan Muka Surat 1. Pengenalan 3 2. Pengurangan Berat Badan Dalam Kalangan Murid Sekolah 4 3. Aktiviti Promosi Saringan Tuberkulosis (TB) Dalam Komuniti 12 4. Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas 16 5. Aktiviti Promosi Kesihatan Reproduktif Untuk Remaja 21


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 8 Pengenalan Manual ini disediakan sebagai panduan kepada ahli-ahli Panel Penasihat di klinik kesihatan di seluruh negara dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan masyarakat setempat. Terdapat 3 indikator utama dan 1 indikator pilihan yang perlu dilaksanakan iaitu: 1. Pengurangan Berat Badan Dalam Kalangan Murid Sekolah 2. Aktiviti Promosi Saringan Tuberkulosis (TB) Dalam Komuniti 3. Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas 4. Aktiviti Promosi Kesihatan Reproduktif Untuk Remaja


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 9 PENGURANGAN BERAT BADAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH 1. PENGENALAN Obesiti dalam kalangan remaja amat membimbangkan pada masa ini. Ramai remaja mendapat komplikasi awal penyakit akibat dari masalah kegemukan seperti darah tinggi, kencing manis, kolestrol yang tinggi dan lain-lain. Berdasarkan kenyataan media, punca utama obesiti adalah makanan yang berlebihan lemak seperti makanan segera dan faktor pengambilan makanan yang tidak seimbang di rumah oleh keluarga. Lebih kurang 1 daripada 10 pelajar didapati mengalami masalah berat badan. Terdapat 5 pilihan indikator penyakit tidak berjangkit iaitu obesiti, kencing manis (diabetes), darah tinggi, asma dan merokok. Statistik menunjukkan peningkatan kes-kes obesiti di kalangan remaja dari tahun 2007 sehingga 2013. TAHUN KES OBES DALAM KALANGAN REMAJA 2007 2,833 2008 3,270 2009 4,566 2010 5,773 2011 10,386 2012 14,091 2013 18,406 (Sumber : IDS PKR202A) Masalah obesiti dipilih kerana: - Obesiti dalam kalangan remaja adalah tinggi. - Pemakanan tidak seimbang seperti makanan segera yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja. - Gaya hidup yang tidak sihat iaitu kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dll.


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 10 2. DEFINISI REMAJA OBES Remaja yang dikenalpasti mempunyai Body Mass Index (BMI) lebih daripada 30 kg/m2 . • BMI = [berat badan dalam kilogram] ÷ [tinggi dalam meter]2 3. INDIKATOR Peratus murid-murid yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5%dalam masa 6 bulan. 4. RASIONAL PEMILIHAN INDIKATOR • Pencegahan awal dan intervensi awal penyakit kronik pada usia muda • Dapat mengurangkan obesiti • Mudah mengesan remaja obes dalam kalangan murid sekolah • Pengenalan kepada tingkah laku pengambilan pemakanan sihat dapat diterapkan kepada remaja. • Remaja merupakan peneraju generasi akan datang. 5. KELEBIHAN • Mengurangkan kejadian kes penyakit kronik • Mengurangkan perbelanjaan rawatan dan perubatan • Membentuk satu masyarakat yang sihat • Menyumbang pada pertumbuhan ekonomi negara 6. METODOLOGI • Remaja dipilih dari kalangan murid-murid sekolah dan mempunyai kriteria seperti dibawah. Mereka perlu mendapatkan keizinan bertulis daripada ibu/bapa/penjaga dan bersetuju untuk mengikuti program yang diatur serta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. • Murid yang dipilih akan didaftarkan, maklumat peribadi dilengkapkan seperti di Lampiran 1 dan biodata murid direkodkan. • Mereka akan menjalankan aktiviti sukan seperti futsal, badminton, berbasikal 2 kali setiap minggu. Pencapaian dan kemajuan mereka dicatatkan. • PPKK boleh bekerjasama dengan unit kesihatan sekolah atau pasukan kesihatan sekolah (PKS) untuk memilih murid-murid obes. 7. KRITERIA KUMPULAN SASARAN • Umur : 10 Hingga 12 Tahun • Sasaran : Pelajar Sekolah Rendah bermula dari darjah 4 hingga darjah 6


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 11 • BMI ≥ 30 kg/m2 • Murid-murid yang dikecualikan (Exclusion Criteria) : Murid-murid yang mempunyai masalah penyakit kronik (ie: sakit jantung, asma, kelainan darah, sakit buah pinggang, dsb) tidak akan dimasukkan dalam sasaran ini. 8. PERALATAN YANG DIPERLUKAN (sumbangan PPKK) • Penimbang berat • Alat ukuran tinggi • Rekod berat badan setiap murid • Mini gim (basikal statik dan peralatan asas gim) • Peralatan untuk aktiviti sukan seperti bermain futsal, badminton, bola sepak dsb. 9. CARA PENGIRAAN PENURUNAN BERAT BADAN SEBANYAK 5% Berat Badan Asal - Berat Badan Pada Akhir Program x 100 Berat Asal 10. PENGIRAAN PENCAPAIAN • Bilangan aktiviti kecergasan yang dijalankan oleh PPKK : 2 kali seminggu • Penurunan berat badan 5% dalam masa 6 bulan. • Formula pengiraan pencapaian: Bil Murid Yang Mengurangkan Berat Badan Sebanyak 5 % Dalam Masa 6 Bulan X 100 Bil Murid Yang Didaftar Dalam Program


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 12 11. SASARAN AKTIVITI Bil Aktiviti Pelaksanaan Sasaran 1 Saringan BMI pada murid berisiko PPKK 100% 2 Pendidikan Kesihatan PPKK yang telah dilatih 1 ceramah/bulan 3 Aktiviti fizikal bagi pelajar yang terpilih PPKK yang telah dilatih/ kolaborasi dengan unit kesihatan sekolah dan PKS 2 hingga 3 kali seminggu 4 Demo menu sihat/ kaunseling makanan PPKK yang telah dilatih/PSP 1 kali sebulan 5 Pemantauan BMI dan cara pemilihan makanan (Knowledge Attitude Practice-KAP) PPKK Setiap 6 bulan (penurunan 5%) 12. Borang Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga (Consent) : Tarikh : __/__/__ Saya..………………………………….(nama ibu/bapa/penjaga) membenarkan anak/ jagaan saya yang bernama : Nama Murid : ……………………………………. Kelas/Sekolah :…………………………………….. Untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan………………………..(nama KK) dalam Program Pengurangan Berat Badan Dalam Kalangan Murid Sekolah. _____________________________(tandatangan) Nama Ibu/Bapa/Penjaga : No Tel :


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 13 13. Format Biodata Murid (Lampiran 1) : Bil Nama murid No Kad Pengenalan Umur Sekolah / Kelas Alamat rumah No telefon 14. Format Laporan Perkembangan Murid: Nama Murid : …………………………………………………….. Sekolah/Kelas : …………………………………………………….. No. rujukan : …………………………………………………….. Berat asal : …………………………………………………….. Tinggi : …………………………………………………….. BMI : …………………………………………………….. Tarikh Mendaftar Program : …………………………………………………….. Tarikh Jenis Aktiviti* Berat Badan (kg) (Sebulan Berbasikal Badminton sekali ) Futsal Kaunseling Lainlain 1/2/15 √ 4/2/15 X *Jenis Aktiviti bergantung kepada kesesuaian fasiliti yang ada di lokaliti masing-masing Hadir : √ Tidak Hadir: X 15. PEMANTAUAN DAN LAPORAN Rujuk Lampiran


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 14 AKTIVITI PROMOSI SARINGAN TUBERCULOSIS (TB) DALAM KOMUNITI 1. PENGENALAN Penyakit Tuberculosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebarkan melalui udara. Kesedaran mengenai penyakit TB masih kurang di kalangan masyarakat. Kesedaran dan pengesanan awal sangat penting untuk dimaklumkan kepada masyarakat setempat bagi mengelakkan penularan, ini termasuk juga melapor sekiranya berlaku kontek dengan kes. Penyakit ini boleh dikesan lebih awal dengan melakukan pemeriksaan kahak dengan kadar segera. Tanda dan gajala penyakit TB adalah seperti berikut: Dewasa: • batuk berpanjangan (lebih dari 2 minggu) • demam • berpeluh pada waktu malam • hilang selera makan • turun berat badan bagi orang dewasa. Kanak-kanak: • gejala seperti demam berpanjangan, • kegagalan pertumbuhan (failure to thrive) • kurang berat badan • pembengkakan nodus-nodus limfa yang berterusan boleh dilihat. Statistik menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara bagi kes TB di Malaysia. Sejumlah 5,770 kes TB telah dilaporkan dari Januari hingga Mac 2014 berbanding 5,719 kes pada tahun 2013 dan 5,005 kes pada tahun 2012. 2. INDIKATOR Peratus aktiviti promosi kesihatan TB dan pengambilan sampel kahak (sputum) yang dijalankan oleh PPKK dalam komuniti. 3. DEFINISI INDIKATOR PPKK menjalankan aktiviti promosi kesihatan untuk pengesanan awal TB di dalam komuniti melalui aktiviti seperti ceramah, pendidikan kesihatan dan pengambilan sampel kahak (sputum).


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 15 4. RASIONAL • Terdapat peningkatan kejadian penyakit TB di dalam komuniti • Maklumat tentang penyakit TB tidak sampai kepada kumpulan sasaran/komuniti 5. KELEBIHAN • Memutuskan rantaian jangkitan TB kepada komuniti • Mengurangkan kadar kejadian dan penularan kes TB • Mengesan awal kes dan memberi rawatan sewajarnya 6. METODOLOGI Semua aktiviti dijalankan oleh ahli PPKK seperti berikut: Bilangan aktiviti promosi kesihatan TB seperti ceramah berkaitan penyakit TB, sesi dialog /seminar /kem kesihatan yang dijalankan di pusat-pusat komuniti, rumah ibadat, balairaya bersama JKK/NGO/JKM/KEMAS/PERPADUAN/KRT Bilangan aktiviti pengambilan sampel kahak (sputum) Pengambilan sampel kahak (sputum) perlu mematuhi tatacara piawai iaitu : i. Ruang yang terbuka ii. Pengudaraan yang mencukupi iii. Pelabelan sampel yang betul 7. KUMPULAN SASARAN: Komuniti di dalam kawasan operasi. 8. SASARAN AKTIVITI - sekurang-kurangnya dua (2) kali aktiviti promosi kesihatan TB seperti ceramah/ kempen/seminar setahun - sekurang-kurangnya dua (2) kali aktiviti kutipan sputum dijalankan setahun Pengiraan Pencapaian: - Peratus (%) aktiviti promosi kesihatan TB dicapai setahun (Bil. Promosi Kesihatan) + (Bil. Aktiviti Saringan/Pengambilan Sampel Kahak) ––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––– x 100 4* (*2 Bilangan aktiviti promosi kesihatan TB + 2 Bilangan aktiviti pengambilan sampel kahak (sputum)) 8. PEMANTAUAN DAN LAPORAN Seperti di Lampiran


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 16 PENINGKATAN PENJAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS 1. PENGENALAN Perkhidmatan kesihatan warga emas mula diwujudkan di klinik-klinik kesihatan sejak RMK 7. Kepentingan perkhidmatan ini diwujudkan dan kedatangan warga emas ke klinik adalah untuk melakukan saringan awal bagi mengesan masalah kesihatan demi mengekalkan kualiti hidup yang baik dari segi jasmani, rohani dan mental. Tidak semua warga emas dapat tampil hadir ke klinik untuk mendapatkan khidmat nasihat penjagaan kesihatan. Faktor-faktor yang mempengaruhi hal ini adalah seperti kurang kesedaran, tahap pendidikan, takut untuk datang ke klinik, masalah pengangkutan dan kecenderungan untuk mendapatkan rawatan tradisional. PPKK memainkan peranan untuk menggalakkan warga emas datang ke klinik mendapatkan khidmat nasihat penjagaan kesihatan di kala usia emas. 2. DEFINISI Warga emas ditakrifkan sebagai individu yang berumur 60 tahun ke atas 3. PERMASALAHAN Kedatangan Warga Emas Ke Klinik Kesihatan Tidak Mencapai Sasaran 75%. 4. INDIKATOR: Peratus (%) warga emas yang berdaftar dengan klinik kesihatan dan meneriman perkhidmatan kesihatan warga emas. 5. RASIONAL PEMILIHAN INDIKATOR Untuk meningkatkan pengetahuan serta memberi pendedahan tentang kesihatan kepada warga emas. Untuk menjadikan data asas bagi perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam kawasan operasi klinik 6. KELEBIHAN Memantau kedatangan warga emas di klinik Mengatur strategi untuk membentuk program dan aktiviti khusus kepada kumpulan sasar Keupayaan untuk mengenalpasti keperluan sumber manusia dan kewangan Meningkatkan mutu kesihatan dan penjagaan yang berterusan dalam kalangan warga emas


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 17 Mendaftar kedatangan warga emas Menggalakkan warga emas datang ke klinik mendapatkan pemeriksaan kesihatan 7. METODOLOGI Semua aktiviti dijalankan oleh ahli PPKK. Data asas yang diperlukan seperti berikut: Jumlah warga emas di kawasan operasi yang berdaftar (data dari JKKK & JKM & Pusat Jagaan Warga Emas) Jumlah warga emas yang datang ke klinik (data dari klinik kesihatan) Bilangan ceramah berkaitan warga emas yang dijalankan di pusat-pusat komuniti bersama (JKKK/NGO/JKM/KEMAS/PERPADUAN/KRT) Bilangan sesi dialog bersama warga emas yang dijalankan di komuniti 8. KUMPULAN SASARAN Warga emas (individu berumur 60 tahun dan ke atas) di kawasan operasi. 9. AKTIVITI YANG DIJALANKAN (Bekerjasama Dengan Kelab Warga Emas Di Komuniti) • Ceramah dan dialog di komuniti 4 kali setahun • Aktiviti fizikal (senaman warga emas) • Pengukuran BMI • Pendaftaran warga emas bagi yang belum berdaftar • Lawatan ke pusat jagaan warga emas 10. SASARAN YANG DITETAPKAN: 75% jumlah warga emas yang berdaftar datang ke klinik untuk perkhidmatan kesihatan warga emas. 11. PENGIRAAN: Jumlah Warga Emas Yang Berdaftar Dan Menerima Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas ––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––– X 100 Jumlah Populasi Warga Emas Di Kawasan Operasi Jumlah Promosi Kesihatan Yang Dijalankan Di Komuniti X 100 4


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 18 AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN REPRODUKTIF UNTUK REMAJA 1. PENGENALAN Masalah remaja yang hamil dan lewat mendapatkan perkhidmatan antenatal di fasiliti kesihatan kerajaan sering berlaku di dalam kalangan masyarakat. Ada diantara mereka datang terlalu lewat dan hanya ketika mahu melahirkan. Ini menyebabkan permasalahan kesihatan semasa hamil dan kandungan yang berisiko tidak dapat dikesan awal dan menyebabkan penjagaan kesihatan antenatal tidak dapat diberikan secara optima. Kehamilan dan kelahiran oleh remaja hamil membawa risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kehamilan oleh wanita dewasa. Antara risiko kehamilan remaja adalah seperti Risiko kepada ibu • Kematian remaja hamil adalah 60% lebih tinggi berbanding dengan kehamilan wanita biasa. • Saiz tulang pinggul (pelvis) yang lebih kecil daripada saiz kepala bayi akan menyebabkan kesukaran proses bersalin. • Mengalami anemia semasa hamil disebabkan corak pengambilan pemakanan yang tidak seimbang. • Tempoh kelahiran yang panjang boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayinya. Risiko kepada bayi • Berat badan bayi kurang 1.8kg • Pertumbuhan terbantut pada janin (Intrauterine Growth Retardation) Ahli PPKK berusaha membantu golongan ini meningkatkan kesedaran untuk mendapatkan perkhidmatan antenatal di klinik kerajaan di peringkat awal kehamilan dan secara berterusan semasa dan selepas kehamilan. Ini dapat dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti promosi kesihatan seperti seminar, kempen kesihatan, ceramah dan sebagainya untuk memberi pengetahuan tentang penjagaan kandungan semasa kehamilan dan penjagaan bayi selepas kelahiran.


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 19 2. DEFINISI REMAJA Golongan remaja berumur 10 – 19 tahun. (Rujukan: Jabatan Statistik Malaysia) 3. INDIKATOR Peratus Aktiviti Promosi Kesihatan Reproduktif Oleh PPKK yang dijalankan ke atas remaja dalam komuniti. 4. RASIONAL • Masalah kesihatan semasa hamil dan kandungan berisiko di kalangan ibu tunggal menyumbang kepada morbiditi dan mortaliti di kalangan ibu mengandung. • Memberi pengetahuan tentang masalah dan risiko kesihatan semasa dan selepas kehamilan dapat membantu mengekang masalah. 5. METODOLOGI Ahli PPKK mengenalpasti kumpulan sasaran di kawasaan operasi melalui maklumat yang diperolehi secara langsung atau tidak langsung dan memaklumkan kepada klinik kesihatan yang bertanggungjawab. Ahli PPKK menjalankan aktiviti promosi kesihatan kepada komuniti di kawasan operasi mereka melalui kempen, seminar kesihatan, ceramah atau lawatan rumah. 6. Kumpulan Sasaran Populasi remaja di kawasan operasi. 7. FASILITATOR • Ahli panel penasihat klinik kesihatan di peringkat KK/PKD • Warga kerja kesihatan di peringkat KK/PKD 8. STRATEGI/AKTIVITI • Aktiviti promosi kesedaran kesihatan kepada masyarakat setempat, keluarga, remaja yang hamil dengan penglibatan agensi – agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Aktiviti seperti Forum/Seminar/Dialog/Ceramah Kesihatan/ Pendidikan Kesihatan Berkumpulan @ Individu/ Posters Dan Risalah Kesihatan) yang dilaksanakan oleh PPKK dalam setahun. • Membantu secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan remaja hamil mendapat penjagaan antenatal yang wajar di klinik kesihatan. • Membantu dalam mendapatkan sokongan moral, spiritual, sosial dan kebajikan bagi memastikan mereka mendapatkan penjagaan kesihatan antenatal secara berterusan.


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 20 9. PENGLIBATAN AGENSI • Jabatan Kebajikan Masyarakat • Jabatan Agama • Jabatan Pendidikan • Jabatan Pendaftaran • NGOS – Women Support Group • JKKK / Wakil Masyarakat Setempat 10. SASARAN • Peratusan Bilangan Aktiviti Promosi Kesedaran Kesihatan Reproduktif Remaja (Forum/Seminar/Dialog/Ceramah Kesihatan/ Pendidikan Kesihatan Berkumpulan @ Individu/ Agihan Posters Dan Risalah Kesihatan) yang dilaksanakan oleh PPKK dalam setahun. - 2 kali setahun : 100% pencapaian Formula: Jumlah Aktiviti Promosi Kesihatan Reproduktif Remaja Yang Dijalankan Yang Dilaksanakan Dalam Setahun x 100 2


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 21 PENASIHAT 1. YBhg To’ Puan Dr Hjh Safurah Bt Hj Jaafar 2. Dr Kamaliah Bt Mohamad Noh PENYUNTING 1. Dr Noridah Bt Mohd Saleh 2. Dr Azreena Bt Che Abdullah PENYUMBANG Dr Nazatul Shima binti Mokhtar(Fasilitator) Pegawai Kesihatan Primer JKN Melaka Dr Noraini Mohd Yusoff Ketua Penolong Pengarah (K), BPKK Dato’ Sheik Shawalludin Yusof JP Pengerusi Negeri PPKK WPKL & P.Jaya Dr Kannan Raman Pengerusi Negeri PPKK Negeri Selangor Tuan Haji Amran bin Ahmad Pengerusi Negeri PPKK Negeri Terengganu Tuan Haji Shafie bin Derani Timbalan Pengerusi PPKK Negeri Sembilan Tuan Haji Rosman bin Jonet Penolong Pegawai Perubatan JKN Melaka Encik Mohd Ali bin Omar Puan Halimaton binti Haji Mohd Sani Penyelia Jururawat JKN Melaka Dr Tengku Putri Zaharah Bt Tengku Bahanuddin Puan Ketua Penolong Pengarah BPKK Dr Mohd Razi bin Mat Saud (Fasilitator) Pegawai Perubatan JKN Kelantan Datuk Haji Samsuddin bin Ahmad Pengerusi Negeri PPKK Negeri Kedah Datuk Wira Haji Jaafar bin Lajis Pengerusi Negeri PPKK Negeri Melaka Tuan Haji Che Aziz bin Ibrahim Pengerusi Negeri PPKK Negeri Kelantan Encik Norazrin bin Abdul Rahim Penolong Pegawai Perubatan JKN P.Pinang Tuan Haji Mohd Robi bin Mahmood Penyelia PP Perubatan JKN Kelantan Puan Hindon binti Abdul Rahman Ketua Jururawat JKN Pulau Pinang Puan Lidwina Edwin Amir (Fasilitator) JKN Sabah Encik Stanley Chin Pengerusi PPKK Sabah Tuan Haji Mohamad bin Yahya PPKK Johor Tuan Haji Mohd Johan J.Epiu JKN Sabah Encik Johadi bin Ahmad JKN Negeri Sembilan Cik Dayang Rusnah Wati binti Zakaria PKD Melaka Tengah Dr. Siti Rohana Binti Saad (Fasilitator) Pegawai Kesihatan Primer JKN Selangor Dato’ Haji Hashim bin Rais Pengerusi Negeri PPKK Negeri JKN Johor Dato’ Mary Ritchie Pengerusi Negeri PPKK Negeri P. Pinang Encik Muhammad Yunus Bin Rasidi Penolong Pegawai Perubatan JKN Selangor Encik Abu Kassim Bin Jidin JKN Sabah Puan Selvarani A/P S.Palany Ketua Penyelia Jururawat JKN Negeri Sembilan Puan Tuan Jah Binti Tengku Bongsu Penyelia Jururawat JKN Kelantan Puan Rosmah Binti Puasa Ketua Jururawat Kesihatan BPKK Tuan Haji Lazim Bin Kadir Penolong Pegawai Perubatan BPKK Encik Che Azman Bin Che Kasim Penolong Pegawai Perubatan JKWPKL&P


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 22 LAMPIRAN ( I ) PENGURANGAN BERAT BADAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH Laporan Klinik Kesihatan Klinik Kesihatan : Tahun: Pelapor: Daerah: Tarikh Laporan: Negeri: _____/____/____ a) Pencapaian Aktiviti PPKK/Obese/2014-a BIL JENIS AKTIVITI TARIKH BILANGAN PESERTA BILANGAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN 1 SARINGAN BMI PADA MURID BERISIKO (yang mengikuti program) 2 PENDIDIKAN KESIHATAN 3 AKTIVITI FIZIKAL (Senaraikan) a)………………………………….. b)…………………………………. c)…………………………………. 4 Demo Menu Sihat/ Kaunseling Makanan


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 23 b) Pencapaian Murid PPKK/Obese/2014-b BIL Nama Murid Berat Sebelum Program (kg) Berat Selepas 6 Bulan menjalani Program (kg) SASARAN (Pencapaian 5% penurunan berat badan) 1 Ya/Tidak 2 Ya/Tidak 3 Ya/Tidak 4 Ya/Tidak 5 Ya/Tidak c) Pencapaian Indikator Bil. Murid Yang Mengurangkan Berat Badan Sebanyak 5% Dalam Tempoh 6 Bulan X 100 Bil Murid Yang Didaftar Dalam Program =……….%


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 24 ( I ) PENGURANGAN BERAT BADAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH Laporan Peringkat Daerah PPKK/Obese/2014-c Indikator Daerah KK terlibat Bil Murid Bil Murid Yang Turun Berat Badan 5% Pencapaian Indikator (%) Pengurangan Berat Badan Dalam Kalangan Murid Sekolah 1. a) b) c) 2. a) b) c) 3. a) b) c) 4. a) b) c) 5. a) b) c)


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 25 ( I ) PENGURANGAN BERAT BADAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH Laporan Peringkat Negeri Negeri : ………………………. Indikator Daerah KK terlibat Bil Murid Bil Murid Yang Turun Berat Badan 5% Pencapaian Indikator (%) Pengurangan Berat Badan Dalam Kalangan Murid Sekolah 1. a) b) c) 2. a) b) c) 3. a) b) c) 4. a) b) c) 5. a) b) c) PPKK/Obese/2014-d


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 26 ( II ) AKTIVITI PROMOSI SARINGAN TUBERKULOSIS (TB) DALAM KOMUNITI Laporan Klinik Kesihatan Klinik Kesihatan : Tahun: Pelapor: Daerah: Tarikh Laporan: Negeri: _____/____/____ a) Pencapaian Aktiviti AKTIVITI Bil TARIKH BILANGAN PESERTA JENIS AKTIVITI (Nyatakan) Promosi Kesihatan 1 2 Pengambilan Sampel Kahak (Sputum) Bil TARIKH BILANGAN PESERTA BILANGAN SAMPEL KAHAK DIAMBIL 1 2 b) Pencapaian Indikator : = Bil. Promosi Kesihatan + Bil Aktiviti Pengambilan Sampel Kahak x 100 4 = ---------% PPKK/TB/2014-a


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 27 ( II ) AKTIVITI PROMOSI SARINGAN TUBERKULOSIS (TB) DALAM KOMUNITI Laporan Peringkat Daerah Indikator Daerah KK terlibat Bil Yang Disaring Bil Sampel Kahak Diambil Pencapaian Indikator (%) Aktiviti Promosi/ Saringan Tuberculosis (TB) Dalam Komuniti 1………….. a) b) c) d) e) 2………….. a) b) c) d) e) 3…………… a) b) c) d) e) 4…………… a) b) c) d) e) 5…………… a) b) c) d) PPKK/TB/2014-b


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 28 ( II ) AKTIVITI PROMOSI SARINGAN TUBERKULOSIS (TB) DALAM KOMUNITI Laporan Peringkat Negeri Negeri :…………………………….. Indikator Daerah KK terlibat Bil Yang Disaring Bil Sampel Kahak Diambil Pencapaian Indikator (%) Aktiviti Promosi/ Saringan Tuberculosis (TB) Dalam Komuniti 1………….. a) b) c) d) e) 2………….. a) b) c) d) e) 3…………… a) b) c) d) e) 4…………… a) b) c) d) e) 5…………… a) b) c) d) PPKK/TB/2014-c


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 29 ( III ) PENINGKATAN PENJAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS Laporan Klinik Kesihatan Klinik Kesihatan : Tahun: Pelapor: Daerah: Tarikh Laporan: Negeri: _____/____/____ a) Pencapaian Aktiviti JENIS AKTIVITI Bil DAERAH KK TERLIBAT TARIKH BIL PESERTA SASARAN Ceramah/ Dialog Bersama Komuniti 1. 4 KALI SETAHUN 2. 3. 4. Senaman Warga Emas 1. 2. 3. 4. Pengukuran BMI 1. 2. 3. 4. Lawatan Ke Pusat Jagaan Warga Emas 1. *Pencapaian aktiviti: = Jumlah Promosi Kesihatan Yang Dijalankan di Komuniti x 100 4 = ………….% PPKK/WE/2014-a


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 30 ( III ) PENINGKATAN PENJAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS b) Pencapaian Indikator Daerah KK Terlibat Bilangan Warga Emas (Jumlah populasi) Bilangan Warga Emas Yang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas di KK SASARAN PENCAPAIAN (%)* 1. …………… a) 75% b) c) 2. ..…………… a) b) c) 3. ..…………… a) b) c) 4. ..…………… a) b) c) 5. ..…………… a) b) c) *Pencapaian Indikator : = Jum. Warga Emas Yg Berdaftar & Menerima Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas x 100 Jum. Populasi Warga Emas = ………% PPKK/WE/2014-b


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 31 ( III ) PENINGKATAN PENJAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS Laporan Peringkat Daerah Indikator Daerah KK terlibat Bil Yang Disaring Bil Sampel Kahak Diambil Pencapaian Aktiviti (%) Pencapaian Indikator (%) Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas 1. …………….. a) b) c) 2. …………….. a) b) c) 3. …………….. a) b) c) 4. …………….. a) b) c) PPKK/WE/2014-c


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 32 ( III ) PENINGKATAN PENJAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS Laporan Peringkat Negeri Negeri :…………………………… Indikator Daerah KK terlibat Bil Yang Disaring Bil Sampel Kahak Diambil Pencapaian Aktiviti (%) Pencapaian Indikator (%) Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas 1. …………….. a) b) c) 2. …………….. a) b) c) 3. …………….. a) b) c) 4. …………….. a) b) c) PPKK/WE/2014-d


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 33 ( IV ) AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN REPRODUKTIF REMAJA Laporan Klinik Kesihatan Klinik Kesihatan : Tahun: Pelapor: Daerah: Tarikh Laporan: Negeri: _____/____/____ JENIS AKTIVITI DAERAH KLINIK KESIHATAN TERLIBAT TARIKH BILANGAN PESERTA SASARAN PENCAPAIAN INDIKATOR (%)* PROMOSI KESIHATAN 1. a) 2 KALI SETAHUN b) c) 2. a) b) c) 3. a) b) c) 4. a) b) c) *Pencapaian Indikator : = Jum. Aktiviti Promosi Kesihatan Reproduktif Remaja x 100 2 = ……..% PPKK/R/2014-a


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 34 ( IV ) AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN REPRODUKTIF REMAJA Laporan Peringkat Daerah JENIS AKTIVITI DAERAH KLINIK KESIHATAN TERLIBAT TARIKH BILANGAN PESERTA SASARAN PENCAPAIAN INDIKATOR (%)* PROMOSI KESIHATAN 1. a) 2 KALI SETAHUN b) c) 2. a) b) c) 3. a) b) c) 4. a) b) c) PPKK/R/2014-b


MANUAL PELAKSANAAN INDIKATOR UNTUK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN 35 ( IV ) AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN REPRODUKTIF REMAJA Laporan Peringkat Negeri JENIS AKTIVITI DAERAH KLINIK KESIHATAN TERLIBAT TARIKH BILANGAN PESERTA SASARAN PENCAPAIAN INDIKATOR (%)* PROMOSI KESIHATAN 1. a) 2 KALI SETAHUN b) c) 2. a) b) c) 3. a) b) c) 4. a) b) c) PPKK/R/2014-b


Click to View FlipBook Version