COMMUNITY MIDWIFERY MWNS 4074 PAP SMEAR ADMW EANNY PAUKIM
• Ujian Papanicolaou atau ujian pap smear adalah pemeriksaan sel secara mikroskopik dimana sel tersebut diambil dari servik. • Pap smear adalah prosedur yang mudah dan ringkas dilakukan kepada semua wanita yang sudah berkahwin atau sexually aktif untuk mengesan kanser servik. • Prosedur ini tidak memerlukan bius dan pemgambilan sampel pap smear hanya mengambil masa 2-3 minit sahaja.
• Pap smear bermula di Malaysia pada tahun 1969 dengan mengintegrasikan perkhidmatan ini kedalam perkhidmatan kesihatan ibu dan anak. • Liputan wanita yang menjalani pap smear di Malaysia dalam tempoh 5 tahun (2014-2018) adalah masih di bawah 40%. • Pap smear atau ujian Papanicolaou telah diperkenalkan oleh Dr George Papanicolaou pada tahun 1940an.
• Kanser serviks adalah ketiga tertinggi di Malaysia.
• Untuk mengesan awal kanser serviks, supaya rawatan awal dapat diberikan. • Untuk mengesan sebarang jangkitan. Seperti Candida, Herpes Simplex, Trichomoniasis, Human Papillomavirus (HPV). • Untuk menentukan sejauh mana perkembangan atau peringkat kanser servik telah berlaku. • Merancang pengurusan dan rawatan awal yang boleh menghentikan kanser servik ini daripada merebak. • Membuat saringan awal untuk mengenalpasti penghidap kanser servik yang tidak mempunyai gejala.
1. Mengurangkan kadar kejadian kanser servik. 2. Meningkatkan liputan dan menyediakan akses penyaringan pap smear 3. Mewujudkan dan meningkatkan jaringan kerjasama inter- agensi antara kerajaan dan swasta. 4. Mencadangkan strategi-strategi untuk memperkukuhkan perlaksanaan program ini.
1. Wanita yang melakukan hubungan seksual dalam lingkungan umur 20 hingga 65 tahun. 2. Jangkitan HIV - Sistem imun yang lemah akibat pemindahan organ, kemoterapi atau penggunaan kortikosteroid kronik 3.Wanita yang mendapat jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) yang tertentu
4. Wanita yang mempunyai antara faktor berikut berisiko untuk mendapat kanser pangkal rahim: - Mempunyai pasangan seks lebih dari 3 orang -Mengandung 7 kali atau lebih -Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti ‘HPV’ (Human Papilloma Virus/wart virus) -Kelahiran anak pertama sebelum berumur 17 tahun -Merokok -Latar belakang sosio-ekonomi yang rendah -Penggunaan pil perancang keluarga lebih dari 10 tahun
1.Klinik Kerajaan dan Klinik Swasta. 2. Hospital Kerajaan dan Swasta. 3. Hospital Universiti. 4. LPPKN( Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) 5. PPKRM( Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia)
. 1. Jururawat yang dilatih. 2. Pegawai Perubatan.
- Pap smear adalah prosedur yang mudah dan tidak menyakitkan. - Prosedur boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali semasa haid. -Prosedur itu boleh diulang selepas 3 tahun jika tidak menunjukkan sebarang simptom. . Apakah yang anda perlu tahu?
- Masa terbaik untuk melakukan Pap smear ialah 10 hari selepas hari pertama anda datang haid. - Sebelum 24 jam elakkan perkara berikut: • Sexual intercourse (SI) • Douches ( vaginal irrigation) • Ubatan - suppositori • Kontraseptif faraj seperti perancang keluarga, kaedah halangan (spermicide), krim atau gel Apakah yang anda perlu tahu?
- Maklumkan sebarang perdarahan yang berlebihan selepas prosedur( sedikit perdarahan adalah perkara biasa) - Sampel keputusan akan mengambil masa 3 minggu sehingga ke 3 bulan selepas daripada tarikh dan masa diambil. - Segala penemuan yang abnormal akan di beritahu doktor dengan segera untuk temujanji. Apakah yang anda perlu tahu?
1. Wanita digalakkan melakukan ujian Pap smear secara berkala pada peringkat umur 18 tahun / lebih awal bagi yang aktif mengadakan hubungan seksual. 2. Tiada had umur ditetapkan untuk menjalani saringan pap smear kerana insiden kanser servik meningkat seiring dengan usia.Kebanyakkan wanita di diagnosiskan dengan kanser pada usia melebihi 50 tahun.Bahkan selepas menopause,wanita digalakkan untuk melakukan ujian pap smear. 3. Wanita yang melakukan hubungan seksual dengan pelbagai pasangan( multiple partner)
4. Wanita yang menghidapi viral infection seperti HPV,HIV atau HSV. 5. Wanita yang mengamalkan contraceptive selama 5 tahun atau lebih. 6. Wanita dengan masalah dysperunia iaitu hubungan seksual yang sukar atau menyukarkan. 7. Wanita yang mengalami pendarahan semasa atau selepas sexual intercouse atau unknown origin prevaginal bleed. 8. Wanita dengan sejarah keluarga menghidapi kanser contoh kanser servix. 9. Wanita yang merokok.
Kekerapan melakukan pap smear adalah: 1. Bagi kes baru - setiap tahun untuk 2 tahun pertama 2. Sekiranya keputusan Pap smear normal- ulang saringan Pap smear setiap 3 tahun untuk tahun-tahun berikutnya. 3. Pap smear juga dilakukan mengikut keadaan pesakit dan atas nasihat doktor. 4. Pap smear sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 10-14 selepas hari pertama kedatangan haid.
-1 set disposable -1 disposable speculum -1 cervical broom -1 bekas liquid base cytology -glove disposable -1 bottle n/saline -Borang Permohonan PS 1/98 (Pindaan 2007) -Angle poise lamp - 1 drawsheet
Thin prep (liquid based)
PKW 102
• Pra kanser serviks selalunya tidak mempunyai tanda atau gejala. • Simptom berikut mesti dirujuk kepada doktor: - Keputihan yang luar biasa - Tompok darah atau pendarahan ringan selain daripada haid biasa - Pendarahan atau sakit semasa hubungan seks - Gejala ini tidak membuat kesimpulan bahawa seseorang mempunyai kanser. Keadaan lain mungkin menyebabkan gejala ini, tetapi pemeriksaan diperlukan untuk menentukan puncanya.
• Jika keputusan Pap smear wanita adalah normal, dia akan meneruskan pemeriksaan rutin setiap 3 tahun • Jika keputusan Pap smearnya tidak tipikal (tidak boleh dikategorikan sebagai normal atau tidak normal), Pap smear diulang dalam 3 bulan. • Jika ujian ulangan tidak normal, doktor akan melakukan kolposkopi. • Dalam ujian ini, doktor melihat serviks melalui alat yang dipanggil kolposkop (mikroskop bercahaya) untuk mencari penjelasan tentang kelainan dalam penemuan Pap smear. • Prosedur tidak menyakitkan dan tidak mempunyai kesan buruk. Ia juga boleh dilakukan semasa kehamilan.
• Jika terdapat sel abnormal pada serviks, doktor akan melakukan biopsi (mengambil sampel tisu untuk dilihat di bawah mikroskop). • Doktor akan mengambil sampel tisu serviks wanita untuk melihat sama ada terdapat sel kanser . Biopsi adalah satu-satunya cara untuk menentukan sama ada dia mempunyai pra-kanser, kanser sebenar, atau tidak. • Untuk merawat tisu pra-kanser atau kanser yang sangat awal, doktor mungkin membuang tisu abnormal sepenuhnya semasa biopsi. • Jika penemuan biopsi tidak normal dan menunjukkan neoplasia intra-epithelial serviks (CIN) atau kanser, rawatan akan dimulakan untuk kanser serviks.
https://www.youtube.com/watch?v=i2YZYUYqjEY https://youtu.be/i2YZYUYqjEY
Have you ever done a Pap Smear test ?
HPV SELF TEST
● Semua wanita yang pernah atau aktif hubungan seksual ● Berumur di antara umur 30 hingga 49 tahun
●Pengambilan sampel oleh wanita itu sendiri di bawah pemantauan staff kesihatan. ●Pengambilan sampel oleh anggota kesihatan ●Sampel ini akan dihantar ke makmal untuk ujian selanjutnya
NASIHAT YANG DIBERIKAN KEPADA WANITA YANG BERKAITAN PAP SMEAR 1. ujian pap smear merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ia boleh mengesan kanser serviks pada peringkat awal . Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya. 2. Ujian pap smear boleh didapati di semua klinik dan hospital kerajaan, swasta, Federation Of Family Planning Association Of Malaysia(ffpam) dan juga di Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
3.Pap smear perlu di lakukan secara berkala kerana ia boleh berlaku lagi dalam tempoh tersebut asalkan ada melakukan hubungan seks kerana di anggarkan 4 dari 5 wanita yang aktif seks di jangkiti dengan HPV sepanjang hidup mereka walaupun mereka mempunyai 1 atau 2 orang saja pasangan. 4. Lebih menakutkan apabila selalunya tiada symptom atau tanda berlakunya kanser serviks pada tahap awal yang juga tempoh yang mampu merawatnya. NASIHAT YANG DIBERIKAN KEPADA WANITA YANG BERKAITAN PAP SMEAR
5. Sebagai wanita, perlulah mengambil inisiatif melakukan pap smear sebagai langkah berjaga – jaga. 6. Jangan bimbang kerana ujian ini mudah dan dilakukan oleh jururawat dan doktor yang terlatih. 7. Pengesanan yang lambat boleh meragut nyawa. 8. Demi kesihatan, buatlah pemeriksaan ujian Pap Smear ini. NASIHAT YANG DIBERIKAN KEPADA WANITA YANG BERKAITAN PAP SMEAR
● Malaysian National Cancer Registry Report 2007-2011 ● Clinical Practice Guidelines – Management of Cervical Cancer 2nd Edition 2015, Malaysia ● Guidelines for Primary HPV Testing in Cervical Cancer Screening in Malaysia 2019 LAMAN WEB: - http://www.myhealth.gov.my/en/pap-smear/ - https://fh.moh.gov.my/v3/index.php/pages/kakitangan/kesihatan-dewasa - https://fh.moh.gov.my/v3/index.php/component/jdownloads/send/44-sektor-kesihatan- dewasa/273-teknik-pengambilan-pap-smear?Itemid=0 - https://fh.moh.gov.my/v3/index.php/component/jdownloads/send/44-sektor-kesihatan- dewasa/274-management-of-abnormal-pap-smear?Itemid=0