The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

jika anda menjadi pemilik perniagaan enterprise

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jjsm0984, 2022-05-18 11:29:42

jika anda menjadi pemilik perniagaan enterprise

jika anda menjadi pemilik perniagaan enterprise

jika anda menjadi pemilik perniagaan enterprise, pastikan anda
mempunyai slip gaji juga tau. Bukan main tarik-tarik duit
daripada perniagaan anda sahaja.

Anda akan menjadi penyebab kepada kemusnahan perniagaan
anda sekiranya anda mengamalkan cara diatas iaitu mengambil
duit secara sukahati.

Tahu tak, ada 4 sebab mengapa owner bisnes enterprise perlu
mempunyai slip gaji sama seperti orang lain.

Kandungan show

4 SEBAB MENGAPA PEMILIK BISNES
ENTERPRISE PERLU ADA SLIP GAJI

Kalau anda nak tahu, terdapat 4 sebab mengapa pemilik bisnes
enterprise perlu mempunyai slip gaji.

4 sebab mengapa pemilik bisnes enterprise perlu ada slip gaji iaitu:

1. Disiplin

 Jangan sesekali rompak duit bisnes anda sendiri. Maksudnya,
jangan beli apa saja barang dari duit akaun bank bisnes anda.

 Ambil staff urus akaun dan uruskan akaun untuk owner
termasuk slip gaji. Apa yang ada dalam slip gaji itu, itu
sahaja bahagian owner.

 Sebagai contoh bisnes kek di rumah. Anda letak gaji sebanyak
RM2,000. Cukup masa tutup akaun, bayar saja gaji anda
RM2,000. Ini kerana, dalam akaun itu bukan duit anda ya!

2. Pengurusan Akaun

 Bila akaun bank staff yang pegang dan anda cuma berikan
nombor TAC sahaja, semua kerja pembayaran anda bagi staff
uruskan.

 Bila nak buat bayaran harus ada dokumen seperti payment
voucher, invoice yang nak dibayar dan borang permohonan
belian. Jadi tugas anda untuk tengok dan approve sahaja.

 Jika anda sahaja yang tahu dan staff akaun tak dibenar
pegang akaun bank, anda tidak punyai masa nak buat
dokumen seperti yang dinyatakan di atas. Jadinya, akaun
perniagaan anda akan hancur.

 Sebagai contoh, anda mempunyai kedai runcit. Bila nak
bayar pembekal anda sebagai pemilik bisnes mungkin main
tengok sahaja bil, tidak ada voucher dan sebagainya.
Akhirnya, anda pun tak tahu bil mana yang sudah dibayar
yang mana yang belum dibayar.

3. Mengelak Konflik

 Konflik memang selalu berlaku dalam bisnes perkongsian.
Masa mula bisnes, kita sudah tetapkan skop kerja masing-
masing.

 Jadi, anda perlu siapkan slip gaji untuk mengelakkan
sebarang konflik yang tidak diingini dikemudian.

 Slip gaji ini bukti bahawa anda bersetuju menerima gaji yang
dinyatakan tersebut. Tidak ada konflik “bahagian”.

 Sebagai contoh, anda buka gerai jual burger. Masa mula-
mula anda telah tetapkan si A ini kerjanya buka gerai, susun
meja dan kerusi dan kemas meja pelanggan. Kerja si B ialah
masak burger, sedia bahan dan buat air. Kerja si C ialah

ambil order, beli bahan, sedia bahan, simpan duit, bank in
duit dan buat gaji. Bila semua ini sudah disusun skop
kerjanya dan ditetapkan si A gaji RM1,000, si B pula gaji
RM1,200 dan si C gaji RM1,100.Soal bahagian akan rujuk
kepada si A bagi berapa modal, B bagi berapa dan C bagi
berapa.

4. Mudah Buat Loan

 Memang betul boleh buat loan tanpa slip gaji kerana anda
mempunyai penyata kewangan bank akaun perniagaan.

 Tapi apa salahnya jika anda mempunyai slip gaji? Bila ada
slip gaji dan pembayaran KWSP itu adalah rekod rasmi
pendapatan anda. Soal bank tak percaya itu bergantung
bukti. Tapi bila ada bukti, itu lebih baik, bukan?

 Jika dalam slip gaji menyatakan gaji anda sebanyak RM2000
tapi masalahnya duit tak pernah masuk bank kerana diambil
secara cash, ia akan membuatkan pihak bank tak percaya
dengan anda.

 Malah, tiada caruman KWSP pula tu. Masa ini, kalau anda
nak buat loan, pihak bank akan membuat semakan silang di
KWSP kerana terjamin buat mereka untuk meluluskan loan
anda.

 Malah, anda juga mendapat beberapa kelebihan yang lain
iaitu, mempunyai simpanan hari tua jika membuat caruman
KWSP walaupun anda pemilik perniagaan.

Anda dah tahu ke mengapa pemilik perniagaan perlu ada slip gaji?
Banyak kelebihannya sekiranya anda mempunyai slip gaji.

PEMILIK ENTERPRISE NAK BELI KERETA?

Pemilik enterprise yang nak beli kereta boleh lakukan 5 perkara ini
sebelum membeli kereta baru.

5 benda yang anda perlu buat ialah:

1. Buat slip gaji (ini antara sebab anda perlu buat slip gaji
walaupun anda owner bisnes enterprise!)

2. Buat caruman KWSP (ada caruman KWSP, bank pun
percaya dengan anda!)

3. Ambil gaji (kalau anda owner sekalipun, jangan lupa ambil
gaji anda)

4. Buka akaun ASB dan buat ASB loan (maklumla, kalau nama
bersih sangat pun bank susah nak percaya dengan anda)

5. Declare cukai (jangan lupa isytiharkan cukai pendapatan
anda ya!)


Click to View FlipBook Version