The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENULIS Aktiviti untuk Menyemai Sikap Mencintai Alam Sekitar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zack6dmbb, 2022-04-12 21:25:30

MENULIS Aktiviti untuk Menyemai Sikap Mencintai Alam Sekitar

MENULIS Aktiviti untuk Menyemai Sikap Mencintai Alam Sekitar

Cikgu Roslan Daud

AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MENYEMAI SIKAP MENCINTAI ALAM SEKITAR

Standard Pembelajaran
3.5.2 Mengolah pelbagai maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik.

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.

Jika dilihat, kualiti persekitaran dan kesejahteraan hidup masyarakat semakin merosot. Sumber alam semakin terjejas dan
sumber air semakin terancam. Pertumbuhan penduduk yang tinggi menyumbang kepada peningkatan penjanaan sampah sarap
di bandar besar. Pencemaran udara dan hingar turut meningkat, susulan pertambahan jumlah kenderaan bermotor, kegiatan
perkilangan dan perindustrian. Oleh itu, pendidikan pada peringkat sekolah harus ditingkatkan dan diperluas ke segenap
lapisan masyarakat.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Memperkasa alam sekitar perlu jadi agenda utama’

oleh Prof Madya Dr Haryati Shafii,
Berita Harian Online, 13 Mac 2020

Maklumat di atas menerangkan punca-punca dan kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang berlaku. Sehubungan dengan itu,
pendidikan alam sekitar perlu dipergiat di sekolah bagi memupuk sikap mencintai alam sekitar.
Jelaskan aktiviti-aktiviti yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar.

Analisis Soalan [IsTuDiF]

1. Isu : ______________________________________________________________________________

2. Tugasan : ______________________________________________________________________________

3. Dimensi : ______________________________________________________________________________

4. Format : ______________________________________________________________________________

Bahan Tambahan

1

Cikgu Roslan Daud

Contoh Pendahuluan Karangan yang Mantap

“Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab
yang dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian
daripada balasan atas perbuatan buruk yang dilakukan mereka supaya mereka kembali insaf.”
Surah Ar-Rum, Ayat 41

Demikianlah Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran bahawa manusialah yang
melakukan kerosakan di muka bumi ini. Hakikatnya, pencemaran alam, pemanasan global dan
bencana alam yang timbul disebabkan kerakusan manusia mengaut sumber alam demi memenuhi
kantung dan nafsu bertuhankan wang. Contohnya, pencemaran Sungai Kim Kim di Johor
berpunca daripada pembuangan sisa toksik yang ditanam di dalam tanah oleh mereka yang
tidak bertanggungjawab. Dalam mencari titik noktah permasalahan ini, pendidikan alam
sekitar di sekolah perlulah diperkukuh. Persoalannya, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh
dianjurkan oleh pihak sekolah untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar?

Contoh Perenggan Isi Yang Mantap

Satu daripada aktiviti yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah untuk menyemai sikap
mencintai alam sekitar ialah Kelab Kitar Semula bolehlah mengadakan pertandingan bertemakan
barang-barang terpakai. Hal ini dikatakan demikian kerana pertandingan yang menggalakkan
persaingan secara tidak langsung menggalakkan minda dan usaha murid untuk menjelajah sudut
dan ceruk pengetahuan yang masih gelap. Sebagai contoh, pertandingan mencipta produk
daripada barangan terbuang seperti plastik, polesterina, surat khabar dan tin aluminium boleh
dianjurkan. Tambahan pula, pertandingan yang mementingkan aspek gabungan ilmu
pengetahuan, kreativiti dan inovasi ini menyebabkan murid mencari sumber ilmu yang lebih
mendalam. Impaknya, sambil menyelam minum air, murid-murid dapat mengurangkan jumlah
sampah sekali gus menyelamatkan bumi daripada pencemaran.

Contoh Perenggan Kesimpulan Yang Mantap

Cuba kita renung-renungkan, adakah dalam tempoh sepuluh tahun akan datang agenda negara
untuk menjadikan “Malaysia Negara Bersih” akan menjadi kenyataan jika kita masih memeluk
tubuh dan menuding jari kepada pihak kerajaan untuk bertindak? Sehubungan dengan itu, bagi
melestarikan alam sekitar, kerjasama yang padu amat diperlukan kerana berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing. Bak kata orang tua-tua, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana
yang tidak bergelora, maka persepsi dan minda kelas ketiga haruslah dikikis agar perbuatan
mencemarkan alam sekitar tidak menjadi kesalahan. Realitinya, kita sebagai khalifah di muka
bumi ini perlulah menjaga alam sekitar daripada kerosakan demi generasi yang akan datang.
Semoga, kita dapat menjamin kelangsungan hidupan bukan sahaja manusia tetapi juga flora dan
fauna.

Untuk menghasilkan karangan yang cemerlang, anda perlulah mempunyai kesemua ciri
yang berikut :
(1) Menjawab TUGASAN dengan tepat.
(2) IDEA yang relevan.
(3) HURAIAN yang jelas dan matang.
(4) CONTOH yang sesuai, sebaik-baiknya gunakan isu semasa.
(5) BAHASA yang gramatis, yakni tiada ayat tergantung, lengkap subjek dan predikat.
(6) KOSA KATA yang luas, tetapi bukan bombastik.
(7) PENGOLAHAN yang menarik dan berkesan hingga diingati pemeriksa atau pembaca.
(8) PEMERENGGANAN seimbang, tiada yang terlalu panjang ataupun terlalu pendek.

2

Cikgu Roslan Daud

CONTOH KARANGAN LENGKAP

“Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab yang dilakukan oleh tangan manusia,
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang dilakukan mereka supaya
mereka kembali insaf.” Surah Ar-Rum, Ayat 41

Demikianlah Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran bahawa manusialah yang melakukan kerosakan di muka bumi ini.
Hakikatnya, pencemaran alam, pemanasan global dan bencana alam yang timbul disebabkan kerakusan manusia mengaut sumber
alam demi memenuhi nafsu bertuhankan wang. Contohnya, pencemaran Sungai Kim Kim di Johor berpunca daripada pembuangan
sisa toksik yang ditanam di dalam tanah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dalam mencari titik noktah permasalahan
ini, pendidikan alam sekitar di sekolah perlulah diperkukuh. Persoalannya, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dianjurkan oleh
pihak sekolah untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar?

Satu daripada aktiviti yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar ialah
Kelab Kitar Semula bolehlah mengadakan pertandingan bertemakan barang-barang terpakai. Hal ini dikatakan demikian kerana
pertandingan yang menggalakkan persaingan secara tidak langsung menggalakkan minda dan usaha murid untuk menjelajah sudut
dan ceruk pengetahuan yang masih gelap. Sebagai contoh, pertandingan mencipta produk daripada barangan terbuang seperti
plastik, polesterina, surat khabar dan tin aluminium boleh dianjurkan. Tambahan pula, pertandingan yang mementingkan aspek
gabungan ilmu pengetahuan, kreativiti dan inovasi ini menyebabkan murid mencari sumber ilmu yang lebih mendalam. Impaknya,
sambil menyelam minum air, murid-murid dapat mengurangkan jumlah sampah sekali gus menyelamatkan bumi daripada
pencemaran.

Selain itu, aktiviti kempen mencintai alam sekitar juga boleh diadakan di sekolah untuk menyemai sikap mencintai
alam sekitar. Umum mengetahui bahawa kempen bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam diri seseorang agar tidak
merosakkan anugerah pinjaman daripada Tuhan. Misalnya, pihak sekolah boleh menganjurkan Kempen Cintailah Sungai Kita
yang dilancarkan sejak awal Februari 1993 sebagai menyambut seruan kerajaan menjaga kebersihan sungai. Oleh hal yang
demikian, kempen ini boleh dijayakan dengan mengadakan gotong-royong membersihkan sungai daripada sampah sarap.
Implikasinya, murid-murid dapat mengubah tabiat buruk mencemarkan alam sekitar kepada menyayangi alam sekitar.

Di samping itu, bagi memupuk sikap mencintai alam sekitar, pihak sekolah seharusnya menganjurkan aktiviti
penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Kita sedia maklum bahawa banyak kawasan hutan di negara ini yang ditebang
secara haram oleh pembalak yang bersikap enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing hingga menyebabkan
peningkatan suhu dan pemanasan global. Umpamanya, pihak sekolah dengan kerjasama Kelab Pencinta Alam boleh menanam
pokok di sekitar kawasan sekolah sebagai usaha penghijauan bumi. Bukan itu sahaja, pokok tersebut boleh menjadi pokok
angkat bagi kelas tertentu supaya mereka bertanggungjawab untuk memastikan kelangsungan hidup pokok itu. Natijahnya,
murid-murid dapat menghirup udara yang segar sambil menenangkan perasaan.

Cuba kita renung-renungkan, adakah dalam tempoh sepuluh tahun akan datang agenda negara untuk menjadikan
“Malaysia Negara Bersih” akan menjadi kenyataan jika kita masih memeluk tubuh dan menuding jari kepada pihak kerajaan
untuk bertindak? Sehubungan dengan itu, bagi melestarikan alam sekitar, kerjasama yang padu amat diperlukan kerana berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bak kata orang tua-tua, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak
bergelora, maka persepsi dan minda kelas ketiga haruslah dikikis. Realitinya, kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlulah
menjaga alam sekitar daripada kerosakan demi generasi yang akan datang. Semoga, kita dapat menjamin kelangsungan hidupan
bukan sahaja manusia tetapi juga flora dan fauna.

3


Click to View FlipBook Version