The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cabaran dalam mengintegrasikan teknologi kesediaan guru, kesediaan pelajar.pptx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hajiyahzain85, 2021-12-30 02:29:56

Cabaran dalam mengintegrasikan teknologi kesediaan guru, kesediaan pelajar.pptx

Cabaran dalam mengintegrasikan teknologi kesediaan guru, kesediaan pelajar.pptx

EDUP 2112 :
Teknologi dan Media Pengajaran

Disediakan Oleh : D21191714
D21191718
CHAI SOOK JIN D21191730
HAJIYAH BINTI KECHIK @ MOHAMED ZAIN D21191731
NADHIRAH BINTI MUHAMAD NOR D21191735
NASIBAH BINTI ABDUL GHANI
NOR ASMA BINTI MOHAMMAD

Cabaran dalam Mengintegrasikan
Teknologi :

Kesediaan Guru & Kesediaan Pelajar

Pengenalan

Faktor Kesediaan Guru

01 02

Penguasaan Sikap Guru
Kemahiran dan
Pengetahuan ICT

Faktor Kesediaan Guru - Faktor Penguasaan
Kemahiran dan Pengetahuan ICT

● Antara salah satu cabaran kepada guru dalam mengintegrasikan teknologi ialah

guru perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas dalam Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) supaya ia dapat membantu memudahkan
penggunaan ICT dalam kalangan pelajar di sekolah.

● Menurut Ghafar (1997) dalam Johan (2005), terdapat perkaitan yang jelas di

antara tahap kemahiran dan tahap pengetahuan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam kalangan guru.

● Menurut Levine (1998), pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah

dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer di mana semakin kerap
seseorang individu itu menggunakan komputer, maka tahap pengetahuannya
juga akan semakin meningkat.

● Namun, masih banyak yang perlu dilakukan oleh guru untuk meningkatkan

tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT).

● Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa kajian lepas yang telah dijalankan oleh

Mohammed Sani et al. (2004), Noor Awanis et. al (2006) dan Megat et al. (2008) yang
menunjukkan bahawa masih terdapat guru-guru yang masih belum dapat menguasai
dengan baik penggunaan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di mana
situasi tersebut kerap kali merujuk kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar
dan pedalaman.

● Cabarannya adalah di mana guru perlu mengoptimumkan semua kemudahan yang

terdapat dalam bidang ICT supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif
kepada murid.

● Perubahan peranan guru dalam sistem pendidikan pada masa kini juga memerlukan

guru-guru untuk melatih dan mendedahkan diri mereka sendiri dengan kemahiran
baru supaya mereka tahu mengendalikan dan menggunakan teknologi maklumat
dengan berkesan di sekolah.

● Oleh itu, guru sendiri hendaklah bersikap proaktif dengan belajar sendiri supaya

mempunyai kemahiran yang diperlukan.

● Guru juga perlu mahir dan menguasai kemahiran asas menggunakan komputer dan

perisian. Hal ini demikian kerana ia dapat membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tetapi ia juga membantu para pendidik dalam pengurusan dan
pentadbiran.

Faktor Kesediaan Guru - Faktor Sikap Guru

● Terdapat guru-guru yang telah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan

enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran serta tidak
bersedia melaksanakan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan
teknologi.

● Mereka telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar membuat

penyesuaian dengan teknologi.

● Mereka masih menggunakan buku teks serta papan tulis semata-mata dan

tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran yang terkini.

● Sesetengah guru juga merasakan bahawa penggunaan kaedah pengajaran

konvensional ini sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah, dan tidak bersedia untuk
berubah serta mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran.

● Selain itu, faktor usia juga menjadikan guru sukar untuk mengingat semula

tentang perkara yang dipelajari oleh mereka terutamanya sewaktu melalui
tunjuk cara semasa amali.

● Keadaaan ini berlaku disebabkan oleh guru tidak selalu menggunakan

komputer semasa di sekolah sama ada menggunakan komputer untuk
keperluan peribadi atau untuk tujuan persediaan pengajaran mahupun
penyediaan alat bantu mengajar.

● Menurut Hughes (2004), guru perlu mengubah kaedah mengajar.

● Guru perlu menghubungkan penggunaan teknologi dengan konsep yang diajar.

● Justeru, dalam situasi pembelajaran pada masa kini guru perlu membuat

perkaitan yang eksplisit atau jelas antara penggunaan teknologi dan
pengetahuan profesional mereka sebagai kaedah atau kandungan dalam
subjek yang diajar kepada murid di dalam bilik darjah.

Faktor Kesediaan Pelajar

01 02

Faktor Ekonomi Faktor Geografi

Faktor Kesediaan Pelajar - Faktor Ekonomi

● Merujuk kepada kajian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ahli
Parlimen Kulai iaitu Teo Nie Ching dalam perbahasannya di Dewan Rakyat
berkata bahawa sebanyak 37 peratus pelajar di bawah KPM tidak mempunyai
sebarang peranti dan kemudahan bagi sesi pembelajaran secara dalam talian.

● Angka ini bersamaan dengan 1.7 juta pelajar yang tidak mempunyai sama
kelengkapan atau kemudahan peranti sama ada telefon pintar, tablet atau
komputer iaitu peranti yang menjadi pra-syarat untuk membolehkan mereka
belajar secara dalam talian.

● Isu jurang digital atau miskin digital adalah lebih parah di Sabah dan Sarawak
apabila lebih 50 peratus pelajarnya dilaporkan tiada akses internet dan tiada
peranti diperlukan bagi pembelajaran secara dalam talian.

● Kebanyakan pelajar tidak mampu untuk membeli komputer riba sendiri
disebabkan oleh kos untuk membeli peranti tersebut yang mahal dan kurang
berkemampuan untuk membelinya. Begitu juga dengan kurangnya kemudahan
untuk mendapatkan atau memperoleh khidmat ICT.

Faktor Kesediaan Pelajar - Faktor Geografi

● Kesediaan pelajar dalam mengintegrasikan teknologi dalam pelajaran adalah berada pada
tahap yang rendah terutamanya di kawasan luar bandar berbanding di kawasan bandar.

● Hal ini demikian kerana wujudnya jurang digital iaitu ketaksamaan peluang untuk
mengakses kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di antara kawasan
bandar dan kawasan di luar bandar.

● Lai (2008) telah mengkategori halangan capaian kepada perkhidmatan digital/TMK dalam
aspek :

i. Akses Material : Menerangkan mengenai kekurangan akses akibat daripada kekurangan
kelengkapan peralatan dan perkhidmatan seperti perkakasan komputer dan rangkaian.

ii. Akses Kemahiran : Menerangkan tentang kurangnya kemahiran digital lantaran teknologi
yang tidak mesra pengguna dan kekurangan pendidikan/latihan dan sokongan sosial.

iii. Akses Penggunaan : Menerangkan mengenai kekurangan peluang penggunaan
internet/TMK yang menjadi penghalang kepada capaian perkhidmatan digital.

● Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr Fadhlullah
Suhaimi Abdul Malek berkata, menjelang tahun 2025, rakyat di kawasan terpencil
sekurang-kurangnya akan mendapat akses kepada internet, manakala mereka yang berada
di kawasan luar bandar dijangka akan menikmati rangkaian mudah alih 4G dan akses
internet.

Kesimpulan

● Keberkesanan penggunaan teknologi dan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran memang tidak dapat dinafikan.

● Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
menambahkan minat dan keseronokkan kepada pelajar.

● Namun, terdapat cabaran dalam mengintegrasikan teknologi yakni kepada
guru dan murid.

● Cabaran yang pelbagai wujud menyebabkan sedikit sebanyak penggunaan
teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran bukan pilihan utama kepada
guru dan pelajar.


Click to View FlipBook Version