The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainahuda48, 2022-05-20 10:31:34

E-folio

E-folio

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

(E-FOLIO (E-MAJALAH) )
DIPLOMA PERKHIDMATAN MAKANAN AMALAN MAKANAN HALAL ( DHF 1B )

SESSION 2:2021/2022

PREPARED BY;

NAME MATRIC NUMBER
FATIN IZZATI BINTI MOHD NIZAR 18DHF21F2001
ANIS SYAHIRA BINTI BAHRIN 18DHF21F2011
AINA LIYANA HUDA BT IBRAHIM 18DHF21F2027
PUTRI NINI NABISHA BINTI MGT ROZEP 18DHF21F2029
NUR NAJIMAH RAHWANI BINTI REDZUAN 18DHF21F2033

PREPARED FOR:
PUAN ROSHADAH BINTI ABU BAKAR

SUBMISSION DATE:
20/05/2022

MAJALAH
P E N D I D I K A N ISSUE

2021
-
2022

"Runtuhnya sebuah
negara bermula dari
runtuhnya rakyat."

Penghargaan

ASSALAMUALAIKUM W.B.T,
Titipan syukur kami ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNya, tuhan sekalian alam atas
rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas
segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya Selawat dan salam kepada
junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat serta para tablin. Pertama-
tamanya kami tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat yang diberikan
kepada kami tanpa henti. Tanpa keredhaannya tidak mampu kami menyiapkan tugasan
ini.

Penghargaan ini kami tujukan kepada Puan Roshadah Binti Abu Bakar. Kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Roshadah Binti
Abu Bakar selaku pensyarah Penghayatan Etika Dan Peradaban atas bimbingan dan
tunjuk ajar beliau terhadap kami dan juga rakan rakan seperjuangan kami yang lain
dalam menyiapkan projek yang diberi. Terima kasih juga di atas dorongan, teguran
dan nasihat yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada pensyarah,
maka tidak lengkaplah E-folio kami untuk dihantar pada masa yang telah
ditetapkan.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada keluarga serta rakan rakan
yang begitu banyak membantu sepanjang proses untuk menyiapkan projek E-folio ini.
Akhir kata, penghargaan ini juga diberikan kepada semua responden yang sudi
memberi komen terhadap blog E-folio kami

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 01
02
KEPELBAGAIAN BUDAYA
MASYARAKAT MALAYSIA 02

Makanan 03

Alat musik 05
Pemakaian
Permainan 07
Tarian 10
Perayaan 11

Kepentingan Kebudayaan 14
15
Definisi Perpaduan 15
16
Kebaikan Perpaduan 17
Tujuan Perpaduan
Kepentingan Perpaduan

Kepentingan Perpaduan 18

Aina,Umie,Fatin,Anis,Nini dan wani

PENGENALAN Malaysia antara negara yang sangat kaya
dengan keunikan budaya, adat resam,
Penubuhan Malaysia adalah salah satu kepercayaan dan gaya hidup. Kesannya
faktor mengapa Malaysia menjadi antara pelancong daripada dalam dan luar negara
negara yang dikenali sebagai negara yang tertarik melihat gaya hidup masyarakat
aman yang mempunyai kepelbagaian yang mempunyai budaya unik.
kaum. Selepas daripada kejadian yang
tragis iaitu 13 Mei 1969 Tuanku Abdul Hal ini menyebabkan perpaduan kaum
Rahman melihat bahawa perpaduan penting kerana tanpa perpaduan akan
penduduk adalah amat penting pada masa menyebabkan kehancuran sesebuah
itu tanah melayu didiami oleh 3 kaum negara. Oleh itu, kebudayaan dan
besar iaitu Melayu,Cina dan India. perpaduan adalah amat penting untuk
Walaupun tanah melayu telah mencapai negara.
kemerdekaan namun perpaduan kaum
masih belum tercapai. Hal ini menyebabkan Tidak ada maknanya kekayaan,kemajuan
perpaduaan adalah amat penting untuk dan kemakmuran jika rakyat berpecah
kesejahteraan negara. belah dan bergaduh sesama sendiri” – Tun
hussien Onn
Manfaat daripada itu Malaysia mempunyai
kepelbagaian etnik budaya dan adat resam 1
menyebabkan Malaysia dapat dikenali
seluruh dunia kerana perpaduan antara
kaum.

KEPELBAGAIAN BUDAYA
MASYARAKAT MALAYSIA

MAKANAN Penulis:



Makanan adalah detik perpaduan yang
dimakan oleh setiap bangsa di Malaysia

tanpa mengira rupa dan warna kulit. Hal ini
amat baik untuk penyatuan semua bangsa
di malaysia kerana perbezaan yang
pelbagai ini dimanfaatkan untuk penyatuan
bangsa-bangsa di Malaysia tanpa melihat
ianya sebagai batasan atau halangan.
Kebanyakan kebudayaan dari Malaysia dan
kawasan sekitarnya telah banyak
mempengaruhi masakan Malaysia seperti
pengaruh yang kuat dari masakan Melayu,
Cina, India, Thailand, Jawa dan Iban.

Setiap kaum di Malaysia mempunyai makanan
identiti kaum mereka yang tersendiri . Sebagai
contoh , makanan tradisional kaum Melayu ialah
lemang , ketupat , rendang , dodol , nasi lemak dan
banyak lagi. Makanan tradisional kaum Cina pula
ialah jiaozi , tang yuan , chee cheong fun , chang
shou mian dan sebagainya . Contoh makanan kaum
India ialah biryani , tosai, putu mayam , tikka
masala , sippi , chittu urundai dan sebagainya.
Walaupun setiap kaum mempunyai makanan
identiti kaum masing-masing , tetapi masyarakat
dari kaum lain juga boleh mencuba makanan
kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia.

Sebagai contoh , hampir semua masyarakat
di Malaysia menjadikan makanan roti canai
dan nasi lemak sebagai sarapan pagi
walaupun makanan tersebut datang dari
kaum yang berlainan .Hal ini menunjukkan
perpaduan antara kaum di Malaysia yang
tidak bersikap perkauman dan tidak hanya
makan makanan yang berasal dari kaum
mereka sendiri

2

ALAT MUZIK Putrinini &
Umie

Definisi Alat Muzik Tradisional Melayu

Alat muzik dan budaya masyarakat mereka kerana mempunyai unsur-unsur kesenian yang sangat
nilainya.Berdasarkan kepada instrumen -instrumen muzik yang diperturunkan pada masyarakat
Melayu kita.

Sejarah Kompang



Sejarah Kompang adalah peralatan muzik yang popular sehingga

kini.Kerana alat ini terus menjadi salah satu instrumen wajib
semasa majlis perkahwinan masyarakat melayu.Kompang
merupakan sebuah instrumen yang dibawa oleh pendagang Arab

ke Tanah Melayu,
Kompang dibuat dari rangka kayu keras kebiasaanya pokok

nangka dengan kulit kambing.Disamping itu kompang
mempunyai pelbagai saiz di antara 6-15 inci,saiz kompang12 atau
13 inci menjadi pilihan ramai kerana saiznya yang padan dengan

masyarakat kita kini.

Alat-Alat Muzik Masyarakat Cina




SERULING


Alat-Alat Muzik Masyarakat Cina

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia

dbiandaamnankyaanmseebmapguani “yZa
hi luadpia”n, dluisbeabnagb.kLaunbiaandgippeerbrtuaamtaddarigipuandaaksaenbuantatunkgdbiutiluuphddaann

aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian.
Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara

Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.







3

Alat Muzik Tradisional India putrinini

DHOLAK



NAMA:
Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alat
Membranofon.

DIPERBUAT:
Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulit kambing
yang ditala kepada pic yang lebih tinggi.Manakala di sebelah muka yang lebih besar iaiatu muka bes
dipasang dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian dalam kulit mukanya.Lapisan khas
ini iaitu yang diperbuat dari campuran tar,tanah liat dan pasir halus menghasilkan pic yang
rendah.Baluh alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali.

FUNGSI:
Dholak dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.

4

PEMAKAIAN Anis Syahira &
Umie
Tradisional Melayu

Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu,
terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju

kebaya,dr Cfyutjenrhr celana, kain sarung, samping dan selendang.
Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan
pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja
berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang
lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan
Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan
menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik Pakaian kaum
lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian
wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju
Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga

pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan
Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau



Tradisional Masyarakat Cina

CHEONGSAM
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka

sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak

pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana
tempatan.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman 5
benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai
mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam,
Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.



Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada
upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun

Baru Cina.



Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras
lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

TRADISIONAL Fatin Izzati
MASYARAKAT INDIA

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki.
Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna
putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini
tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang
panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan
diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan
pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan
manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga
dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu.
Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

SARI Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah
pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari
terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga
dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima
belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah

jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu
memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit
dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang
sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya

tidak terurai.
SariDari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai
berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna
ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan.
Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih
suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka
bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik,
kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis
manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si
pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan
dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.






6

Putrinin & Ummii

Permainan Tradisional Melayu

1.TINGTING

Tingting merupakan permainan tradisional
yang sememangnya popular sejak zaman

dahulu lagi.
Bermain tingting dapat meningkatkan
kemahiran motor kasar anak sekaligus
menguatkan lagi otot mereka kerana

mereka perlu mengawal dan
menyeimbangkan badan mereka untuk
melompat ke dalam kotak-kotak tingting

tanpa terjatuh.




2.LOMPAT GETAH




Lompatan melintasi rantaian gelang getah pada tahap yang


rendah sememangnya melegakan. Tetapi apabila

ketinggian ditingkatkan, kita pasti memikirkan teknik
terbaik untuk melakukan lompatan di atas rantaian gelang

getah tersebut. Kadang kala kita perlu berlari dari jauh
untuk mendapatkan impak lompatan yang tinggi bagi

melepasi gelang getah.
Pasti seronok jika kita dapat bermain permainan lompat
getah ini bersama anak. Pergerakan dalam permainan ini
dapat melatih kemahiran motor kasar anak dan membantu

anak untuk membina otot yang lebih mantap.
Jika dahulu kita menggunakan rantaian gelang getah untuk

bermain lompat getah, kini anak-anak boleh bermain
lompat getah dengan menggunakan ‘skipping rope’




7

Permainan Tradisional

CINA

Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang
dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada
dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi
bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar
sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula
dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China.
Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang
paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah
pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang
melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada
bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan
"istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah
buah catur.

Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai

dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh

gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa

berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu

kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu

dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.

Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti

Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas

Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh,

dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-

aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang

menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju.

Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi

kelajuan yo-yo. 8

NUR NAJIMAH

Permainan Tradisional india

Kabaddi merupakan sebuah sukan tradisional dari Asia Selatan.
Nama ini berasal daripada perkataan Tamil (கை-பிடி) "kai" (tangan)
dan "pidi" (tangkap) yang bermaksud "Memegang Tangan" Kabadi
ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional
India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar
dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah
permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu,
Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga
dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga
kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan
komuniti Asia British.

9

ANIS SYAHIRA

Tarian:

Tarian Tradisional Melayu

TARIAN MAK YONG

Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu
tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu
bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur
ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu,
cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta
untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan
Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis,
tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan
zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai
dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai
padi dibendang.

Tarian Tradisional India

TARIAN BHANGRA.

Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk
meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal
daripada wilayah Punjab di India.Tarian ini lebih memaparkan komuniti Sikh di

Malaysia.



Setiap pergerakan di dalam tarian ini mambawa maksud yang tersendiri dalam
usaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang artistik.Penari bagi tarian ini

yang biasanya terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita akan mengenakan
pakaian yang pelbagai serta berwarna cerah.





Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta ketahanan
seseorang penari itu.Suatu ciri utama adalah pergabungan di antara ciri-ciri

stunt melangkaui daripada keupayaan artistik dan keupayaan fizikal.Lagu yang
di gunakan untuk tarian ini adalah gabungan lagu asli dengan di iringi instumen

tradisional seperti tholl ( drum ), harmonika, tamborin dan klapper muzik.

Fatin Izzati 10

Tarian Cina

舞 獅Tarian Singa (bahasa Cina: ; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian

tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru

pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh

dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala

kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa

tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang

disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang

dikatakan akan membawa tuah.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu

dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara

meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum

mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta

sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

11

Anis syahira

Perayaan. NUR NAJIMAH

Perayaan Tradisional Melayu

1. HARI RAYA AIDILFITRI

Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan
menyambut Hari RayaAidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut
juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya inisetelah menghabiskan kewajipan
puasa pada bulan Ramadan.
Semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk menunaikan
sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita,
sambutan Hari Raya Aidilfitriini disambut secara meriah pada setiap
tahun.Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat
persiapan tertentu untukmenyambut kedatangan hari raya ini.

Pada hari raya aidilfitri juga , umat islam akan menyediakan berbagai
bagai jenis juadah tradisional seperti lemang , ketupat , nasi impit , dodol
dan lain lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjungan beraya di rumah
mereka. Bagi kanak kanak pula , mereka amat gembira kerana dapat
bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya apabila
mereka beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini adalah
satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat islam di negara kita pada hari
raya , iaitu untuk bersedekah dan mengembirakan anak anak yang masih
muda.

11

Hari Deepavali diterjemahkan dengan Deretan 12
Pelita atau Pesta Cahaya. Perayaan ini akan

disambut oleh penganut agama Hindu, Sikh dan
Jain. Kenapakah penganut agama tersebut

menyambut perayaan Deepavali? Hal ini kerana
mereka meraikan kemenangan terhadap

kejahatan dan penanggalan kegelapan rohani.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan
perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan

perkataan "Gavali" yan bererti barisan. Menurut
maklumat tambahan di laman Indian Culture

Online mendedahkan bahawa hanya penduduk
keturunan Malayalam di Keraja, India tidak
merayakan Diwali, termasuk mereka yang

beragama Hindu. Sebaliknya, penduduk keturunan
Malayalam in meraikan Onam iaitu perayaan
sempena musim menuai.

FATIN IZZATI

Chap go meh

Ketibaan Hari Chap Goh Meh bermakna
sambutan tahun baru cina sudah berakhir.
Mereka akan berkumpul semula seperti
sambutan tahun baru cina. Akan ada makan
besar. Istimewa untuk anak gadis yang belum
berkahwin, mereka akan menulis nama dan
nombor telefon di atas limau mandarin dan
dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang
masih bujang pula boleh mengutip limau yang
dibuang agar boleh mencari jodoh mereka
menerusi limau mandarin. Kalau bernasib baik,
mereka akan bertemu jodoh sempena Chap Goh
Meh

NUR NAJIMAH

13

Aina Liyana Huda

Kepentingan
Kebudayaan

Mengikut arus globalisasi ini budaya semakin hari semakin
diancam akibat masyarakat mengikuti arus budaya luar yabg
negetif sehingga terhakis sifat mencibtai budaya sendiri.

Budaya melambangkan identiti Salah satu tarikan pelancongan

sesebuah negara. Amalan budaya ialah kepelbagaian budaya di

tradisional kita melambangkan sifat Malaysia. Walaupun, Malaysia

majmuk masyarakat kita. Hal ini mempunyai keindahan tempat

menyebabkan budaya dapat pelancongan namun Malaysia

diterapkan dalam kehidupan mempunya keunikan budaya yang

seharian untuk dikagumi dan dapat dipertontonkan oleh

menjadi lambang identiti Malaysia. masyarakat luar untuk dipelajari.

Budaya perlu dikekalkan demi "Negeri kita ini unik. Tidak ada 'isme'
kesinambungan tamadun kita. yang boleh diimport dari luar negeri.
Melalui budaya kita mengetahui asal Kita kenalah tadbirkan negeri ini
usul kita supaya kita tidak akan lupa secara sendiri.” -Tunku Abdul
daratan. Sebaliknya, kita akan sedar Rahman Putera Al-Haj
tentang kesulitan hidup nenek
moyang kita. Dari sini kita akan
mendapat iktibar atas kisah lampau

Budaya juga dapat memupuk

perpaduan negara. Rakyat majmuk

kaya dengan nilai tradisional yang

murni. Justeru itu dapat

menyatupadukan rakyat dan

mengenali pelbagai budaya di

sekeliling kita

14

PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA Aina Liyana Huda

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat
ataupun kumpulan dan jiran mereka.Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang
mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas
atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan
menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor
yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

KEBAIKAN PERPADUAN Imej negara di mata dunia akan meningkat

Masyarakat kini hidup harmoni 04. Di negara lain, perpaduan berkemungkinan
berada pada tahap yang amat rendah jika
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai penganut dibandingkan dengan negara kita yang
mempunyai masyarakat yang bersatu padu.
01. agama dan mengamalkan budaya berbeza, sifat Contohnya pada 31 Oktober 2006,
dilaporkan bahawa mantan Timbalan
kebersamaan serta cintakan keharmonian dan

keamanan. Rakyat sebenarnya lahir daripada

semangat penerimaan dan rasa hormat antara kaum

dan agama. Keharmonian dan kesejahteraan dalam

hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan Perdana Menteri Britain mempelajari

jika setiap individu mempunyai pemahaman baik pengalaman Malaysia mengekalkan formula

terhadap peranan masing-masing untuk menerapkan perpaduan.

nilai murni dalam interaksi seharian. 05. Dapat mengekalkan kestabilan politik

02. Dapat mengelakkan semangat assabiah


Semangat assabiah ad
alah sifat kesukuaan yang Keharmonian sesebuah negara pastinya

tebal sehingga membawa kepada keburukan sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang

kepada masyarakat. Semangat assabiah hanya jelasnya akan membuka ruang untuk

membawa kepada keburukan kepada masyarakat masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan

malah negara. Sekirannya, semangat assabiah idea bagi memajukan negara. Hal ini pastinya

berkurang, masyarakat dapat bersatu dengan mampu mewujudkan sebuah entiti masyarakat

masyarakat berbilang kaum. Sebagai contoh, yang mementingkan kerjasama bak kata

sekolah kebangsaan meyatupadukan pelajar pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama

berbilang kaum mengunnakan bahasa rasmi iaitu dituruni serta secara tidak langsung dapat

bahasa melayu mengikis sikap individualistik.

03. Dapat membangunkan ekonomi negara

Perpaduan dapat mem
bangunkan ekonomi negara
kerana kepelbagaian
budaya dan adat resam
menarik perhatian pelancong luar untuk datang ke
Malaysia kerana keunikkan mengamalkan
kebebasan beragama dan mempelajari
budaya,makanan,agama dan sebagainya. Hal ini
memberi impak positif kepada ekonomi kerana
berlaku pertukaran wang yang memberi kesan
positif kepada ekonomi negara. Sebagai contoh
pelancong dapat berhibur dengan hiburan
tradisional perlbagai kaum

15

Ummie

Mewujudkan masyarakat yang
bermoral dan beretika
Membina masyarakat yang maju dan
Etika merupakan nilai penting dalam sainstifik
kehidupan masyarakat karena berkaitan
dengan perlakuan terhadap perilaku Masyarakat yang mempunyai daya perubahan
masyarakat manusia apakah itu baik atau tinggi dan berpandangan ke depan, yang
buruk. Malaysia adalah negara maju bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
berdasarkan acuannya sendiri tanpa meniru tetapi juga penyumbang kepada tamadun
cara dan gaya negara maju yang ada saat ini. saintifik dan teknologi masa depan.Hal ini
Masyarakat yang sempurna harus berpegang membawa maksud walaupun secara sains dan
teguh pada filosofi moral dan etika yang tinggi teknologi maju namun maju dari sewgi nilai-
untuk kesejahteraan dan keharmonisan suatu nilai murni jugak diambil kira
negara.
Menjamin masyarakat yang adil dan
saksama ekonomi

Masyarakat yang berbudaya penyayang Dasar Ekonomi Baru mempunyai matlamat

masyarakat yang hidup bermuafakat dengan penting untuk membasmi kemiskinan tanpa
anggota-anggotanya yang mesra dan
bertimbang rasa. Setiap orang saling faham- mengira kaum dan merapatkan jurang
memahami dan hormat menghormati iaitu yang
muda menghormati yang tua dan yang tua perbedaan antara rakyat serta menghapuskan
mengasihi yang muda. Malaysia akan menjadi
sebuah negara perindustrian yang maju tetapi identiti pekerjaan dengan keturunan.
mengekalkan nilai-nilai murni, menikmati taraf
hidup yang tinggi, keamanan dan keadilan sosial Rancangan Malaysia Kedua, Ketiga, dan
serta bangga terhadap negara.
seterusnya Keempat mengamalkan Dasar

Ekonomi Baru. Dasar ini tidak bertujuan untuk

mengambil hak sesuatu kaum tetapi untuk

merapatkan jurang perbedaan antara yang

berada dengan yang tidak berada,tanpa

mengira keturunan masing-masing 16

Aina Liyana Huda

KEPENTINGAN
PERPADUAN

Kepentingan perpaduan pelu dititikberatkan oleh semua pihak untuk mengekalkan
perpaduan antara masyarakat kerana tanpa perpaduan negara akan musnah. Oleh
itu terdapat beberapa kepentingan perpaduan yang dapat dilihat
antaranya,masyarakat harmoni dan sejahtera,dapat meningkatkan kadar pelancong
asing ke Malaysia Antaranya kepentingan perpaduan adalah mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera.Hal ini kerana nilai-nilai murni yang
diterapkan dalam diri masyarakat menyebakan masyarakat mengamalkan sikap
harmoni sesama masyarakat tanpa mengira kaum.Justeru itu keharmonian
masyarakat menyebabkan kesejahteraan negara semakin
terpelihara.kesimpulannya,Keamanan negara dapat dipertingkatkan apabila amalan
perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat malaysia
Selain itu kepentingan perpaduan adalah dapat meningkatkan kadar pelancong
asing ke Malaysia. Perkara ini dapat dilihat kerana industri pelancongan antara
pendapatan yang utama untuk meningkatkan ekonomi negara malah pertukaran
budaya berlaku menyebabkan Malaysia mengambil berat tentang isu pelancongan
di Malaysia

17

Anis,Fatin,Nini,Umie dan
Aina

KESIMPULAN

Perpaduan kaum memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi
negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan
ekonomi.Misalnya, Dasar Ekonomi Baru tahun 1970 bertujuan untuk
menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di
negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf
hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai
kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus
dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di
kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi
negara. Selain itu, kebudayaan dapat menarik perhatian masyarakat luar
tentang budaya-budaya terdapat di Malaysia untuk dipersembahkan
keunikanyang terdapat di Malaysia yang merangkumi dari segi
pemakaian,makanan,alat musik dan lain-lain. Semoga Malaysia dapat
mengekalkan perpaduan dan budaya masing walaupun perlbagai cabaran
untuk dihadapi pada masa akan datang

18


Click to View FlipBook Version