LAPORAN KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK ANTARA RUMAH SUKAN 2023 SEK KEB KAMPUNG BETANAK
LAPORAN KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK ANTARA RUMAH SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BETANAK, DARO PROGRAM LAPORAN KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK ANTARA RUMAH SUKAN TARIKH 1 NOVEMBER 2023 TEMPAT SK KAMPUNG BETANAK ANJURAN UNIT KO-KURIKULUM KERJASAMA PIBG SK KG BETANAK 1.0 PENGENALAN Kejohanan ini dilaksanakan bagi tujuan utama untuk mencungkil bakat – bakat baru dikalangan pelajar SK KG Betanak khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan dan memberI ilmu pengetahuan aspek teknikal dan taktikal sukan bola sepak. 2.0 RASIONAL 2.1 ) Memartabatkan permainan bola sepak sebagai permainan yang digemari di kalangan murid sekolah rendah. 2.2) Mengesan bakat murid dan menarik minat murid dalam permainan bola jaring di peringkat awal. 2.3) Menghasilkan pemain seterusnya individu yang seimbang dari segi kekuatan daya emosi, fizikal, intelektual serta kerohanian. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu teknikal dan tektikal bola sepak. 3.2 Membentuk pelajar yang mahir dalam pengkhususan tertentu samada dalam posisi penyerang, pemain sayap, pemain tengah, pertahanan mahupun penjaga gol. 3.3 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini. 3.4 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.5 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
Berikut adalah beberapa hasil post mortem yang di dapati daripada aktiviti yang dijalankan: Kekuatan 1. Kerjasama erat antara pihak sekolah , pihak PIBG dan ibu bapa yang menjadi penonton serta pasukan sorak ketika perlawanan berlangsung. 2. Pemain-pemain majoriti terdiri dari murid Tahun 4 dan Tahun 5. Pelapis untuk tahun hadapan masih boleh digilap lagi. 3. Beberapa orang murid boleh dijadikan tonggak untuk mewakili ke peringkat yang lebih tinggi. Kelemahan 1. Taktikal yang masih lemah dan perlu diperbaiki 2. Pemain kekurangan latihan dan pemanasan badan yang tidak cukup. 3. Tiada keyakinan diri dalam persaingan merebut bola serta stamina yang cepat menurun 4. Cuaca yang terlalu panas dan terik ketika perlawanan bermula Langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan untuk tahun hadapan 1. Mengadakan seberapa banyak latihan dan perlawanan persahabatan dengan sekolah di daerah Daro 2. Mengadakan latihan dan kecergasan bagi meningkatkan stamina murid Berikut merupakan gambar sekitar perlawanan berlangsung:
4.0 KEPUTUSAN TEMPAT PERTAMA RUMAH MAXIS (5 MATA) TEMPAT KEDUA RUMAH CELCOM (4 MATA) TEMPAT KETIGA RUMAH DIGI (3 MATA) TEMPAT KEEMPAT RUMAH TUNETALK (2 MATA) ANUGERAH PEMAIN HARAPAN MUHAMMAD RAZIF BIN RAZIS ANUGERAH PENYERANG TERBAIK KHAIRUL ASHRAF BIN KAMARUL ARIFIN ANUGERAH PEMAIN TENGAH TERBAIK MUHAMAD ASHRAF BIN BOLDAN ANUGERAH PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK MUHAMAD FITRI BIN LEBAT ANUGERAH PEMAIN TERBAIK SYAHIR NUR ASHRAF BIN OSAMANDI ANUGERAH PENJARING TERBANYAK MUHAMAD AIMAN MUKHRIZ BIN NORSHAMAN JASMANI
ANUGERAH PENJARING GOL TERBAIK RAZELAN BIN AZMAN 5.0 PENUTUP Liga ini memberi ruang dan peluang semua murid untuk melibatkan diri dalam kejohanan bola sepak. Ianya memberi pengalaman dan pendedahan yang baru lebih-lebih lagi kepada pelapis murid di tahap 1. Semoga SK Kg Betanak dapat melahirkan atlet bertaraf antarabangsa di masa hadapan. Permulaan yang kecil mampu membentuk peluang yang besar. Disediakan oleh ; _________________________ (AHMAD ZAMZAMI BIN MOHD YAZID ) AJK Dokumentasi Kejohanan Bola Sepak SK Kg Betanak Disemak oleh; _________________________ (SALLEH BIN JAPAR) Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Kg Betanak Disahkan oleh; _______________________ (JAMALI BIN KADIR) Guru Besar SK Kg Betanak