LAPORAN MAJLIS PELANCARAN SOLIDARITI PALESTIN PERINGKAT SEKOLAH SEK KEB KAMPUNG BETANAK
MAJLIS PELANCARAN SOLIDARITI PALESTIN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BETANAK, DARO PROGRAM MAJLIS PELANCARAN SOLIDARITI PALESTIN 2023 TARIKH 3 NOVEMBER 2023 TEMPAT SK KAMPUNG BETANAK ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyahut pendirian kerajaan Malaysia untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin. Sokongan ini adalah satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat. Program ini bertujuan mendidik murid-murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan. Ini termasuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial. Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat-menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti yang terkandung dalam Pendidikan Sivik di sekolah. Selain itu, menerusi penganjuran program ini murid-murid turut diberi pendedahan kepada Elemen Merentas Kurikulum (EMK) khususnya yang berkaitan dengan kelestarian global. Pelbagai aktiviti telah pun dilaksanakan sepanjang program ini. Objektif : Menerapkan kesedaran kepada seluruh warga KPM tentang nilai kemanusiaan sejagat Menyokong inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia yang mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM100 juta kepada kepada rakyat Palestin. Sasaran : Semua murid dan warga kerja SK Kampung Betanak, PIBG dan PIBKS Pengisian Program: 7.30 pagi : : Murid berkumpul di Balai Raya : Ucapan Aluan Pengacara Majlis : Bacaan Doa : Bacaan Surah Yassin : Bacaan Doa Selamat buat Palestin
: Ucapan Guru Besar : Pelancaran Tabung Solidariti Palestin : Deklamasi Sajak oleh Nur Izzatul Ameda Puspa binti Ahmadi : Tayangan Video : Nyanyian Lagu Kerohanian : Aktiviti Mewarna : Bersurai Gambar
Penutup : Penganjuran program seperti ini akan memberi ruang yang lebih luas kepada murid di sekolah mengenai kejadian yang berlaku di Palestin dan pada masa sama mengenali hak asasi kemanusiaan sejagat. Selain itu, turut mempromosikan pentingnya kedamaian, keadilan dan keharmonian dalam semua aktiviti selain mengumpul sumbangan untuk Palestin. Disediakan oleh ; _______________________ (NURUL AINI MOHD. YUNOS) AJK Dokumentasi SK Kg Betanak Disemak oleh; _________________________ (ZULIANA BINTI ABOL KASSIM) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kg Betanak Disahkan oleh; _______________________ (JAMALI BIN KADIR) Guru Besar SK Kg Betanak