LAPORAN SAMBUTAN MALAM KEBUDAYAAN SEMARAK PERPADUAN BETANAK MADANI SEK KEB KAMPUNG BETANAK 7 – 25 OOGOS 2023
PROGRAM Malam Kebudayaan Semarak Perpaduan Betanak Madani TARIKH 19 Ogos 2023 TEMPAT Gelanggang Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak PENASIHAT Jamali bin Kadir ( GURU BESAR) PENGERUSI Encik Abdul Rahman bin Wahab (YDP PIBG) Hari Kemerdekaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan bagi membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air dalam kalangan warga sekolah. Bulan kebangsaan peringkat SK KG Betanak akan disambut sepanjang bulan Ogos. Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan memberi peluang kepada murid untuk mencintai dan menyayangi negara Malaysia. Di samping itu juga murid dapat menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara Malaysia supaya kekal aman, maju dan makmur. Berikut adalah objektif utama diadakan majlis tersebut: TENTATIF MAJLIS : MASA AKTIVITI 7.30 PETANG Ketibaan para tetamu jemputan , ibu bapa dan Murid-murid 8.00 MALAM Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis Perasmian oleh Guru Besar SK Kg Betanak Persembahan Pembukaan (Nyanyian daripada Cikgu Norazlina binti Gapor ) 8.15 MALAM Pertandingan Peragaan Pakaian Tradisional ❖ Menyemai semangat cintakan negara Malaysia ❖ Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini ❖ Meningkatkan semangat patriotism di kalangan warga sekolah ❖ Mensyukuri nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini ❖ Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia ❖ Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan h
Persembahan Sajak Kemerdekaan daripada Adik Nur Izzatul Ameda Puspa binti Ahmadi Pertandingan Peragaan Pakaian Patriotik Pertandingan Nyanyian Patriotik Persembahan Syair Kemerdekaan (Adik Qaisha Umaira Binti Aminuddin) 9.10 MALAM Penyampaian hadiah 10.00 MALAM Cabutan Tiket Bertuah Bersurai Berikut merupakan gambar sekitar Malam Kebudayaan Semarak Perpaduan Betanak Madani: Majlis Perasmian dari Guru Besar, Encik Jamali bin Kadir Peragaan Pakaian tradisional Penyampaian hadiah cabutan bertuah Pemenang nyanyian berduet Patriotik
Barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana Pameran basikal berhias bertemakan kemerdekaan Berikut merupakan hasil post mortem yang di dapati daripada setiap tentatif dan aktiviti yang dijalankan. Kekuatan 1. Gandingan kerjasama antara warga sekolah dan PIBG menguatkan lagi kelancaran majlis tersebut 2. Jualan PIBG yang mendapat sambutan menambahkan lagi tabungan untuk kegunaan di masa hadapan 3. Sambutan yang meriah daripada pengunjung dan ibu bapa menyerikan lagi majlis tersebut Kelemahan 1. Kekangan masa bagi guru-guru untuk melatih peserta-peserta yang bertanding akibat kepadatan jadual yang terbatas. 2. Peserta hanya bermodalkan bakat semata-mata ketika pertandingan dijalankan. Ini bermaksud peserta tidak dilatih dengan lebih mendalam untuk persembahan dan kreativiti peserta masing-masing 3. Kekurangan pilihan produk jualan Penambahbaikan di masa hadapan 1. Pelbagaikan lagi jenis jualan produk bagi memberi variasi kepada pembeli dan pengunjung 2. Jualan makanan berat mungkin membantu menarik minat para pengunjung membeli sambil berhibur. Secara konklusinya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini kesemuanya berpaksikan kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan murid serta warga
sekolah. Ibarat kata bidalan, jika tidak lalu dandang di air, di gurun dirangkakan. Maka, inilah saatnya bagi kita semua menumpahkan taat setia dan meluahkan kecintaan buat negara Malaysia yang tercinta. Disediakan oleh ; _______________________ (NURUL AINI MOHD. YUNOS) AJK Dokumentasi SK Kg Betanak Disemak oleh; _________________________ (NUR QARDIRAH BINTI ISA) Penyelaras Program SK Kg Betanak Disahkan oleh; _______________________ (JAMALI BIN KADIR) Guru Besar SK Kg Betanak