LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023 SEK KEB KAMPUNG BETANAK
LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BETANAK, DARO PROGRAM LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023 TARIKH 28 SEPTEMBER 2023 TEMPAT SK KAMPUNG BETANAK ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN PANITIA BAHASA ARAB KERJASAMA PIBG SK KG BETANAK, AJK MASJID KG BETANAK 1.0 PENGENALAN Program ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihak sekolah pada setiap tahun sebagai satu pendedahan kepada murid-murid tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam. Ramai murid yang beranggapan bahawa Program Maulidul Rasul merupakan suatu aktiviti yang lebih kepada perarakan dan memakai pakaian yang cantik tanpa mengetahui dan memahami maksud yang tersirat di sebalik Maulidul Rasul itu sendiri. 2.0 RASIONAL 2.1 Memberi pendedahan tentang sejarah kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw . 2.2 Murid dapat menghayati konsep Maulidul Rasul sebenar. 2.3 Melahirkan kecintaan dan kasih sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw yang membawa rahmat kepada alam ini 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memperingati hari Keputeraan Rasulullah saw. 3.2 Menghayati Sirah Rasulullah dan dapat mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian. 3.3 Mempamerkan perasaan kasih sayang kepada Rasulullah saw dengan berselawat kepada nabi Muhammad saw. 3.4 Mencungkil bakat murid untuk mendendangkan Marhaban dan Zikir Maulud memuji Rasulullah saw 3.5 Mencari pelapis untuk generasi yang mampu untuk mendendangkan Zikir Maulud mengikut alunan
Berikut adalah beberapa hasil post mortem yang di dapati daripada setiap tentatif dan aktiviti yang dijalankan sebelum majlis, semasa majlis dan selepas majlis dijalankan. Kekuatan 1. Kerjasama erat antara pihak sekolah , pihak PIBG dan ibu bapa yang sangat membantu melicinkan aktiviti yang dirancang 2. Permuafakatan antara guru-guru dan AKP dalam pembahagian tugas serta membantu sesama rakan yang lain untuk menjayakan majlis dengan lebih terancang dan meriah. 3. Majlis dijalankan dengan sempurna seperti yang telah dirancangkan mengikut tentatif. Ketepatan masa juga menjadikan majlis tamat mengikut perancangan. Kelemahan 1. Keseragaman peserta marhaban dari segi pakaian ketika petandingan tidak sama 2. Nada suara duet peserta tidak selari dan tidak seragam. 3. Tempoh waktu latihan yang tidak cukup Langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan untuk tahun hadapan 1. Perancngan pemakaian mengikut tema yang seragam 2. Tempoh waktu peserta menjalani latihan lebih panjang Berikut merupakan gambar sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul:
Secara keseluruhannya, sambutan Maulidur Rasul pada kali ini berjalan dengan lancar. Adalah diharapkan majlis ini dapat dijalankan dengan lebih meriah dan juga memastikan perlunya dana kewangan yang lebih kukuh bagi memudahkan pelaksaan apa sahaja rancangan yang akan djalankan kelak. Disediakan oleh ; _______________________ (NURUL AINI MOHD.YUNOS ) AJK Dokumentasi SK Kg BetanaK Disemak oleh; _________________________ (MOHAMAD SHAFIQ EDRIS) Penyelaras Program SK Kg Betanak Disahkan oleh; _______________________ (JAMALI BIN KADIR) Guru Besar SK Kg Betanak