The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BETANAK, DARO, 2023-07-19 20:14:11

YOUNG INNOVATOR FAIR

VERSATILE MIXER

Keywords: STEM

LAPORAN PROJEK PERTANDINGAN YOUNG INOVATORS FAIR (DARO) TAJUK PROJEK : VERSATILE MIXER PENGENALAN “Versatile Mixer” yang kami reka khas ini adalah bertujuan untuk digunakan semasa ketiadaan bekalan elektrik. Produk ini beroperasi menggunakan sel kering (bateri AA). Oleh itu produk ini amat sesuai dibawa ketika pergi berkhemah, pergi ke huma atau sawah padi dan juga boleh dibawa ke laut semasa menangkap ikan. “Versatile Mixer” ini direka khas untuk kegunaan murid-murid dan masyarakat di Pulau Bruit khususnya di kampung Betanak kerana hasil daripada soal selidik, majoriti mereka mengatakan bahawa mereka mengalami kesukaran menggunakan peralatan elektrik ketika bekalan elektrik terputus dan berasa tidak selesa kerana kepanasan dan keadaan gelap gelita. Ini kerana Pulau Bruit sangat kerap mengalami gangguan bekalan elektrik. Keadaan ini menjejaskan kehidupan masyarakat di sana. Keadaan inilah yang telah menguatkan semangat kami untuk mencipta alatan seperti ini sebagai alternatif kepada mesin yang sedia ada yang lebih canggih lagi. Sekurang-kurangnya alat yang kami cipta ini dapat membantu meringankan ketidakselesaan masyarakat di Pulau Bruit khususnya ketika berlaku gangguan bekalan elektrik. LATAR BELAKANG “Versatile Mixer” di beri nama kepada produk kami kerana ia dicipta untuk tiga kegunaan iaitu sebagai pembancuh air minuman, kipas angin dan lampu iaitu berfungsi sebagai produk 3 dalam 1. PERNYATAAN MASALAH Bagaiman cara untuk menyelesaikan masalah membancuh air minuman ( kopi, teh @,milo ) dan sekali gus lampu dan kipas dapat digunakan bersama-sama ketika berada di kawasan yang tiada bekalan elektrik terutamanya ketika di sawah padi, di hutan atau di laut ketika menangkap ikan.? OBJEKTIF 1. Menghasilkan produk yang dapat digunakan ketika ketiadaan bekalan elektrik. 2. Memastikan produk serbaguna ( 3 dalam 1 ) dapat digunakan dimana-mana tidak kira di darat atau di laut. 3. Mengurangkan kos membeli barangan elektrik yang lebih mahal. 4. Memupuk rasa menghargai terhadap kelestarian alam sekitar dengan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. 5. Guna semula bahan terpakai agar dapat mengurangkan pembaziran. METADOLOGI Bahan yang digunakan dan kos bahan Nama bahan Kuantiti Kos Pemegang tisu dapur 1 RM 14.00 Penyedut minuman berdiameter besar 4 batang RM 2.00 Pemegang sel kering ( jenis berkembar )- abm Sains di sekolah 2 set Sel kering saiz AA 4 biji RM6.90 Wayar penyambung – lebihan abm sains 4 Sudu plastik ( sudu KFC ) -ambil dari rumah 1 Blade kipas mini jenis plastik ( bahan terpakai diambil daripada kipas model boat semasa pdp RBT) 1 Mentol saiz kecil 1 RM0.50 Motor ( bahan terpakai model speedboat RBT) 2 Kayu kecil ( bahan terpakai – lebihan kayu dari rumah) 1 Kertas pasir ( lebihan dari rumah ) 1


Suis ( bahan terpakai model speedboat RBT ) 1 Kertas dinding ( lebihan dari rumah ) 1 golong JUMLAH KOS RM 23.40 LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PRODUK Langkah 1 Mengalihkan tiang tengah pada bekas tisu dapur ke bahagian tepi. Bahagian hujungnya dipotong menggunakan gergaji kemudian di gam dengan penyedut minuman yang boleh laras supaya tiang tersebut boleh dibengkokkan ketika hendak meletakkan gelas. Langkah 2 Menebuk lubang pada hujung tiang untuk dimasukkan kayu kecil dan lubang kecil ditebuk pada hujung kayu kecil tersebut untuk memasukkan dawai pengaduk dan seterusnya motor disambung pada dawai pengaduk dan wayar juga dipasang dan disambung kepada sel kering. Apabila siap dipasang alat pengaduk akan berputar (untuk membancuh air di dalam gelas). Ianya dikawal dengan menggunakan suis yang terletak pada hujung pemegang sel kering. Langkah 3 Memasang mentol dengan menyambungkannya ke sel kering pada tiang bersebelahan dengan tiang pengaduk. Seterusnya kipas juga turut dipasang dengan menyambung pada suis dan sel kering yang sama dengan mentol. GAMBARAJAH MODEL CARTA ALIR KERJA PROJEK Mula Tamat Kipas mini Pemegang sel kering suis motor Sudu plastik Penyedut minuman mentol 1. Tiang pada tempat letak tisu dibuka dan digam semula di tepi. 2. Sudu pengaduk dipasang pada tiang. 3. Mentol disambung pada sel kering dan dikawal oleh 1 suis. 4. Kipas mini juga turut dipasang dan digam pada tiang kedua bersama-sama dengan mentol tadi. Kipas mini ini disambung pada motor sepaya boleh berpusing. 5. Tapak dan dasar mixer dilekatkan dengan kertas dinding. 6. Gelas yang diisi air dimasukkan dan alat ini sedia untuk membancuh air 7. Versatile mixer yang telah siap dihasilkan.


CARA MENGGUNAKAN / MENGOPERASIKAN MODEL • Letakkan gelas berisi air kopi atau milo atau teh dengan gula diatas tapak. • Pasangkan suis pengaduk supaya pengaduk dapat mengaduk bancuhan air kopi tersebut sehingga benar-benar sebati dan siap untuk diminum. • Suis kipas dan mentol turut dipasang supaya keadaan terang dan kipas juga berfungsi untuk mengipas kita supaya kita tidak kepanasan. Kipas ini berpusing disebabkan oleh gerakan motor begitu juga dengan pengaduk. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN PRO DAN KONTRA Pro 1. ‘Portable’ mudah dibawa kesana sini dan boleh dioperasikan menggunakan sel kering. 2. Kos murah – bahan yang digunakan amat murah dan mudah diperolehi. 3. Jimat penggunaan elektrik kerana tidak perlu guna tenaga elektrik. 4. Ringan dan ringkas. Kontra 1. Tidak boleh terkena basah- perlu ada penutup yang boleh menutupi keseluruhan model supaya tidak basah jika terkena hujan. 2. Penggantian sel kering yang kerap. Perlu diganti dengan yang baru. Memakan kos. 3. Sudu plastik perlu ditukar kepada sudu kayu atau besi kerana plastik tidak selamat digunakan apabila terkena air yang panas. KESIMPULAN Banyak pihak telah memberi sokongan dalam bentuk membantu memberi idea, mengumpul maklumat, menyediakan bahan yang diperlukan. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada para pentadbir yang banyak membantu memberi galakan. Guru pembimbing kami Pn. Margaret yang telah banyak membimbing kami dalam menghasilkan projek inovasi ini. Rakan-rakan sekelas dan guru-guru kami yang banyak membantu memberi idea juga. Tidak lupa juga kepada ibubapa kami yang membenarkan kami terlibat dalam aktiviti ini. Orang kampung yang memberi kerjasama semasa kami membuat soal selidik. Kami menghargai usaha daripada pihak penganjur yang telah memberi kami peluang mengasah bakat kami serta merangsang pemikiran kreatif dan berinovasi untuk menjayakan projek ini. Dengan adanya usaha daripada semua pihak kami telah berjaya menghasilkan ciptaan kami selaras dengan tema “affordable and clean energy” dan bidang yang kami pilih ialah bidang kejuruteraan. RANCANGAN MASA DEPAN Kami berharap semoga produk yang kami hasilkan ini dapat dikomersialkan dan dipatenkan secara meluas suatu hari nanti sama ada di dalam atau di luar negara kerana ianya sangat memudahkan kehidupan manusia terutamanya kepada kami yang tinggal di kawasan pedalaman yang sering terputus bekalan elektrik dan dapat digunakan semasa kami mencari rezeki sama ada di hutan atau di laut. Kami berharap produk yang kami cipta ini mampu milik yang mana mampu untuk dimiliki oleh semua golongan masyarakat. RUJUKAN Buku teks Sains Tahun 5 dan 6 Youtube dan Internet NAMA PESERTA 1. FARASAFUAN BIN JOHAR 2. IZATUL NIGINA BINTI ABDUL KHALID 3. INTAN SYAFIKA BINTI RUNNI@RONNIE 2.


Click to View FlipBook Version