LAPORAN MAJLIS GRADUASI DAN PENYAMPAIAN HADIAH SERTA SIJIL SEK KEB KAMPUNG BETANAK 2022/2023
LAPORAN MAJLIS GRADUASI DAN PENYAMPAIAN HADIAH SK KG BETANAK, DARO TAHUN 2022/2023 PROGRAM Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah TARIKH 15 Februari 2023 TEMPAT Gelanggang Serbaguna Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak PENASIHAT Jamali bin Abdul Kadir ( GURU BESAR) PENGERUSI Encik Abdul Khalid bin Bujang ( PK PENTADBIRAN) Encik Abdul Rahman bin Wahab (YDP PIBG) Pada 15 Februari 2023, Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak telah pun mengadakan Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah serta Sijil kepada murid-murid yang cemerlang di dalam akademik atau pun kokurikulum serta mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik sepanjang sesi persekolahan. Pemilihan murid berdasarkan kepada keputusan peperiksaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2022/2023 serta Pentaksiran Bilik Darjah yang dinilai oleh para guru Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak sepanjang sesi persekolahan 2022/2023. Murid yang terlibat adalah dari Pra Sekolah sehingga lah murid tahun 6. Berikut adalah objektif utama diadakan majlis tersebut i. Menghargai serta memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan murid ii. Menyuburkan potensi diri murid dalam pelbagai aspek perkembangan iii. Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kebolehan diri. Iv. Meraikan kejayaan murid dengan menerima hadiah dan sijil di atas pentas bersama-sama dengan ibu bapa v. Mewujudkan kerjasama dan hubungan erat antara ibu bapa/penjaga serta guru-guru dan pentadbir sekolah
Berikut adalah beberapa hasil post mortem yang di dapati daripada setiap tentatif dan aktiviti yang dijalankan sebelum majlis, semasa majlis dan selepas majlis dijalankan. Kekuatan 1. Kerjasama erat antara pihak sekolah , pihak PIBG dan ibu bapa yang sangat membantu melicinkan aktiviti yang dirancang 2. Permuafakatan antara guru-guru dan AKP dalam pembahagian tugas serta membantu sesama rakan yang lain untuk menjayakan majlis dengan lebih terancang dan meriah. 3. Majlis dijalankan dengan sempurna seperti yang telah dirancangkan mengikut tentatif. Ketepatan masa juga menjadikan majlis tamat mengikut perancangan kerana pelan yang strategik ketika penyampaian hadiah kepada penerima hadiah mata pelajaran terbaik diberikan sekali bersama-sama dengan hadiah yang lain. Ini bagi menjimatkan masa dan murid tidak perlu naik ke pentas beberapa kali. Kelemahan 1. Kekurangan dana kewangan yang mencukupi untuk memyediakan hadiah yang lebih meriah atau pun berharga kepada murid 2. Bagi menjimatkan peruntukan, ibu bapa dan pihak PIBG bergotong royong memasak bersama bagi menyediakan juadah dan menu untuk majlis tersebut. Namun, situasi ini juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan juga guru. 3. Cuaca hujan ketika sambutan majlis merencatkan sedikit suasana majlis kerana keadaan pentas yang licin dan bumbung yang berlubang menyebabkan terdapat insiden pelajar tergelincir di atas pentas. AJK Siar Raya perlu mencari alternatif untuk menutup wayar-wayar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan untuk tahun hadapan 1. Kutipan dana yang lebih terancang bagi melaksanakan majlis dengan lebih meriah seterusnya mampu merancang majlis dengan lebih tersusun dan rapi 2. Binaan booth-booth jualan seperti membeli sambil menderma diwujudkan bagi menambah dana sekolah
3. Penyediaan Kawasan yang besar untuk tempat letak hadiah bagi mengelakkan hadiah serta sijil terkena hujan jika berlakunya cuaca yang tidak mengizinkan. Berikut merupakan gambar sekitar Majlis Graduasi serta Penyampaian Sijil dan Hadiah :
Secara keseluruhannya, Majlis Graduasi dan Penyampaian Sijil/Hadiah ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kekangan dan juga cabaran pada permulaan perancangan namun setelah mesyuarat serta permuafakatan dijalankan dapat juga majlis ini dijalankan dengan jayanya. Setiap kepahitan dan liku untuk mengadakan sesuatu majlis itu menjadikan lebih manis untuk dikenang apabila bekerjasama dan kesepakatan dalam kalangan semua pihak. Adalah diharapkan majlis ini dapat dijalankan dengan lebih meriah dan juga memastikan perlunya dana kewangan yang lebih kukuh bagi memudahkan pelaksaan apa sahaja rancangan yang akan djalankan kelak. Disediakan oleh ; _______________________ (NURUL AINI MOHD. YUNOS) AJK Dokumentasi SK Kg Betanak Disemak oleh; _________________________ (ABDUL KHALID BIN BUJANG) PK Pentadbiran SK Kg Betanak Disahkan oleh; _______________________ (JAMALI BIN KADIR) Guru Besar SK Kg Betanak