LAPORAN LAWATAN PEMERIKSAAN OLEH INSPEKTOR KESIHATAN DARIPADA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SEK KEB KAMPUNG BETANAK
LAWATAN PEMERIKSAAN OLEH INSPEKTOR KESIHATAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BETANAK, DARO PROGRAM LAWATAN PEMERIKSAAN OLEH INSPEKTOR KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TARIKH 18 OGOS 2023 TEMPAT SK KAMPUNG BETANAK ANJURAN UNIT HAL EHWAL MURID KERJASAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Pada 18 Ogos 2023 , Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak berbesar hati menerima kunjungan dari pihak Inspektor Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memeriksa tahap kebersihan bilik RMT , bilik Prasekolah dan juga tandas Objektif lawatan ini adalah untuk : Membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap aspek kesihatan dan juga melahirkan warga sekolah yang selamat Mengalakkan persekitaran sihat di kalangan guru dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Menyebarluaskan tentang kepentingan persekitaran yang bersih dan kondusif kepada warga sekolah Menerapkan kempen kebersihan dan amalan yang baik dalam penyediaan makanan. Berikut adalah gambar hasil lawatan :
Ucapan setinggi penghargaan terima kasih kepada Inspektor Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daro atas lawatan dan kunjungan mesra bagi mendedahkan kepada warga sekolah perancangan , pelaksanaan, memantau dan menilai aktiviti keselamatan dan kualiti makanan bagi melindungi murid serta warga SK Kg Betanak daripada bahaya-bahaya kesihatan yang berpunca daripada pencemaran makanan dan penyakit bawaan. Disediakan oleh ; _______________________ (NURUL AINI MOHD. YUNOS) AJK Dokumentasi SK Kg Betanak Disemak oleh; _________________________ (ZULIANA BINTI ABOL KASSIM) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kg Betanak Disahkan oleh; _______________________ (JAMALI BIN KADIR) Guru Besar SK Kg Betanak