The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM ZON TANJUNG SIRIK 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BETANAK, DARO, 2023-12-11 18:50:25

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM ZON TANJUNG SIRIK 2023

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM ZON TANJUNG SIRIK 2023

LAPORAN PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH ZON TG SIRIK SK KG BETANAK, DARO 6 & 7 DISEMBER 2023


LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM ZON TANJUNG SIRIK SK KG BETANAK, DARO TAHUN 2023 PROGRAM Perkhemahan Unit Beruniform Zon Tanjung Sirik TARIKH 6-7 Disember 2023 TEMPAT Sekolah Kebangsaan Kampung Salah Kechil GURU PENGIRING Lousiana K Francis Nur Qardirah binti Isa Ahmad Zamzami bin Mohd Yazid Mohamad Firdaus Bin Mohamad Saupi Mohamad Zailee bin Mohamad Ali KUMPULAN SASARAN Murid Tahun 6 Pada 6 & 7 Disember 2023, Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Zon Tanjung Sirik yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Salah Kechil. Perkhemahan ini turut digabungkan bersama-sama sekolah lain di dalam Pulau Bruit iaitu, Sekolah Kebangsaan Penibong, Sekolah Kebangsaan Penipah, Sekolah Kebangsaan Salah Kechil, Sekolah Kebangsaan Tekajong serta Sekolah Kebangsaan Kampung Bruit. Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk membina peribadi berdikari, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan murid. Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan murid yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan murid ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang murid. Penggabungan murid di dalam setiap aktiviti kumpulan bersama-sama dengan murid sekolah lain dapat mendidik mereka semangat setiakawan, skill komunikasi serta semangat berpasukan. Secara dasarnya, objektif program ini tercapai di mana pelajar didedahkan secara awal kepada pengetahuan tentang membina gajet dan khemah, ilmu survival di hutan, night walk, gotong royong, ikatan bantu mula dan sukaneka. Selain itu, Malam Kebudayaan turut diadakan bagi mendedahkan murid tentang kepelbagaian tarian budaya dari masyarakat dan kaum yang berbeza seperti Dikir Barat, Pentomin,bermukun, tarian bollywood dan sebagainya.


Berikut merupakan hasil post mortem yang di dapati daripada setiap tentatif dan aktiviti yang dijalankan. Kekuatan 1. Kerjasama erat antara sekolah-sekolah Zon Tanjung Sirik , pihak PIBG dan ibu bapa yang sangat membantu melicinkan aktiviti yang dirancang 2. Pelajar mendapat pelbagai ilmu dan pengetahuan baru 3. Membentuk kerjasama antara pelajar. Semasa aktiviti berkumpulan diadakan, peserta-peserta terpaksa berinteraksi antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang telah diberi. Pembahagian kumpulan dibentuk bergabung dengan ahli sekolah yang lain. 4. Pendedahan program berbentuk kerohanian terhadap murid yang menitik beratkan keagamaan 5. Pendedahan malam kebudayaan yang pelbagai di Malaysia dapat memberi pengetahuan kepada murid tentang keunikan kaum lain. 6. Kerjasama dan khidmat profesional dari agensi kerajaan seperti pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. Kelemahan 1. Tempat untuk aktiviti perkhemahan dan juga ice breaking agak sempit untuk menampung sejumlah kapasiti murid. 2. Ketepatan masa tidak mengikut tentatif yang dijadualkan kerana perlu menunggu sekolah lain untuk cukup kuorum ahli Kesimpulan 1. Buat julung kalinya perkhemahan diadakan di Zon Tanjung Sirik menerusi gabungan antara sekolahsekolah di dalam Pulau Bruit. Pelbagai kenangan dan kerjasama yang jitu antara semua sekolah dalam menjayakan program perkhemahan ini. Berikut adalah senarai kehadiran bagi Majlis Penangguhan Perkhemahan Unit Beruniform Zon Tanjung Sirik: 1. YB Ir. Yusuf bin Abdul Wahab P.206 2. Semua PGB Zon Tg Sirik 3. Semua PKKK Zon Tg Sirik 4. Guru 6 Sekolah Zon Tg Sirik 5. TPPD Junaidi bin Mohamed 6. Pen.PPD Hakiman bin Sahari 7. Pen. PPD Mohd Musa Morshidi 8. Sukarelawan Bomba Kg Betanak 9. 112 orang murid peserta perkhemahan.


Sesi Pendaftaran Ice Breaking Sesi suaikenal Membina Gajet dan Khemah Pemasangan Unggun Api Tali Temali


Hasil Pemasangan Khemah Hasil Pemasangan Khemah Water Confident Jungle Trekking Malam Kebudayaan Gotong Royong


Ikatan Bantu Mula Night Walk Bergambar kenangan murid-murid bersama Guru Pengiring Majlis Penangguhan Secara keseluruhannya, perkhemahan ini berjalan dengan lancar dengan berakhirnya program ini, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya bagi merancang dan mengelola program seumpama ini dengan lebih baik pada tahun hadapan. Disediakan oleh ; _______________________ (LOUSIANA K FRANCIS) AJK Dokumentasi SK Kg Betanak Disemak oleh; _________________________ (SALLEH BIN JAPAR) PK Kokurikulum SK Kg Betanak Disahkan oleh; _______________________ (JAMALI BIN KADIR) Guru Besar SK Kg Betanak


Click to View FlipBook Version