The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN LASAR KENYALANG EDISI PERTAMA JNC BINTULU TAHUN 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JEMAAH NAZIR CAWANGAN BINTULU, 2024-05-23 03:46:16

LASAR KENYALANG_EDISI PERTAMA_JNC BINTULU

BULETIN LASAR KENYALANG EDISI PERTAMA JNC BINTULU TAHUN 2024

JEMAAH NAZIR CAWANGAN BINTULU EDISI 1 BULET 2024 IN LASAR KENYALANG


Lasar Kenyalang Sidang Editorial Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Setinggi-tinggi kesyukuran, dengan limpah dan kurnia-Nya, Lasar Kenyalang buletin edisi yang pertama berjaya diterbitkan buat julung-julung kalinya. Sekalung penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Sidang Editorial Jemaah Nazir Cawangan Bintulu atas komitmen padu dalam menzahirkan buletin yang berinformasi bagi semua warga Jemaah Nazir Cawangan Bintulu. Buletin ini merupakan satu bahan dokumentasi untuk menelusuri segala aktiviti warga Jemaah Nazir Cawangan Bintulu yang memaparkan pelbagai kegiatan warga Jemaah Nazir Cawangan Bintulu dari semasa ke semasa. Akhir kata semoga Lasar Kenyalang menjadi permulaan yang baik dan bermakna kepada semua pihak warga Jemaah Nazir Cawangan Bintulu dalam memacu Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dalam pendidikan. “Sederap Melangkah Lebih Jauh” Selamat Ari Gawai Dayak dan Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan! Sekian, salam hormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi, Buletin Lasar Kenyalang Edisi Pertama Tahun 2024 dapat menemui pembaca khususnya warga Jemaah Nazir Cawangan Bintulu. Dengan sokongan dan dorongan semua, Lasar Kenyalang dapat diterbitkan pada tahun ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buletin ini. Penerbitan buletin ini adalah untuk berkongsi aktiviti yang dilaksanakan di Jemaah Nazir Cawangan Bintulu sebagai platform untuk mengasah bakat dalam menghasilkan karya yang bermutu. Kami berharap semua pembaca akan berpuas hati dengan edisi yang pertama untuk tahun ini. Sekian. JEMAAH NAZIR CAWANGAN BINTULU SALAM REDAKSI Buletin Penyelaras/Penolong Penyelaras Ketua Nazir Cawangan Penulis Fotografi


JEMAAH NAZIR CAWANGAN BINTULU pUAN ANGELINA NINA ANAK SAWAT KETUA NAZIR CAWANGAN MOHAMAD ABDULLAH ABU BAKAR KETUA UNIT PENGURUSAN NAZIR SEKOLAH RUZAILAN BIN SALLEH KETUA UNIT pENILAIAN DAN pEMBANGUNAN KOMPETENSI NAZIR SEKOLAH IMRAN ZAINUDIN BIN ABDULLAH UNIT DATA DAN PERANCANGAN NAZIR SEKOLAH SITI AISYAH WILLIMINA BINTI ABDULLAH UNIT STANDARD DAN JAMINAN KUALITI NAZIR SEKOLAH JUNIT ANAK JIMBAU UNIT KESELAMATAN DAN INFRASTRUKTUR NAZIR SEKOLAH LEE SUOK FUNG UNIT PEMERIKSAAN INSTITUSI PENDIDIKAN NAZIR SEKOLAH nur ALIANA NORA BINTI HERMAN DHARWISHAM pEMBANTU oPERASI


AKTIVITI BULAN FEBRUARI 2024 JEMAAH NAZIR CAWANGAN BINTULU


SESI CLOCK IN JNC BINTULU Puan Angelina Nina anak Sawat, Ketua Nazir Cawangan bersama enam Nazir sekolah iaitu Encik Mohamad Abdullah bin Abu Bakar dan Encik Ruzailan bin Salleh (JNC Sibu) , Encik Imran Zainudin bin Abdullah dan Cik Lee Suok Fong (JNN Sarawak), Encik Junit anak Jimbau dan Puan Siti Aishah binti Abdullah ( Nazir Sekolah baharu ) memulakan tugas di Jemaah Nazir Cawangan Bintulu.


PROSES PENGUBAHSUAIAN PEJABAT JNC BINTULU 26 -29 fEBRUARI 2024


AKTIVITI BULAN MAC 2024 JEMAAH NAZIR CAWANGAN BINTULU


LAWATAN KERJA KNN SARAWAK KE JNC BINTULU Soft Opening 1 mac 2024 Lawatan kerja tersebut diketuai oleh Puan Haslinda binti Haji Jedi,KNN JNN Sarawak dan diiringi oleh Cik Connie Lee Jun Lin,TKNN JNN Sarawak serta AJK Task Force JNC Bintulu dan seterusnya merasmikan Soft Opening JNC Bintulu yang secara rasminya beroperasi pada 1 Mac 2024.


MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA KNN SARAWAK JN SARAWAK Eve garden , Bintulu 0700 MALAM 1 MAC 2024 Majlis santai makan malam bersama KNN Sarawak, TKNN Sarawak, KNC Bintulu, rombongan Task Force JNC Bintulu serta nazir sekolah JNC Bintulu.


KUNJUNG HORMAT KNN SARAWAK KE 1 MAC 2024 PPD Bintulu Lawatan Kunjung hormat KNN Sarawak,TKNN Sarawak serta nazir sekolah JNC Bintulu ke Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu untuk memaklumkan Pejabat JNC Bintulu secara rasminya beroperasi pada 1 Mac 2024.


1 Mac 2024 LAWATAN KNN SARAWAK KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) BINTULU_ Lawatan diketuai oleh KNN Sarawak, TKNN serta KNC bersama rombongan ke MRSM Bintulu yang akan beroperasi pengambilan pertama pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 pada sesi akademik 2024/2025.


MAJLIS MENANDATANGAN MEMORANDOM ( PPD & JNC BINTULU) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BINTULU 1 MAC 2024 Ketua PPD Encik Samri bin suhaili PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TATAU/SEBAUH 20 MAC 2024 KETUA PPD ENCIK FRED ANAK ENTAU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BELAGA 5 APRIL 2024 ENCIK Cikgu Periddie Achen Timbalan Sektor Perancangan PPD Belaga Kunjung hormat ke PPD Bintulu, PPD Tatau/Sebauh dan PPD Belaga bagi membincangkan program kolaborasi. Kedua-dua pihak JNCB dan PPD berharap dapat bekerjasama dalam membantu sekolah secara berterusan.


LET’S FIT TOGETHER LET’S FIT TOGETHER 2 MAC 2024 WWW.REALLYGREATSITE.COM Aktiviti senaman dan mendaki bukit di Taman Tumbina disertai oleh KNC serta nazir sekolah. Tujuan utamanya adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan nazir sekolah.


Bengkel kerja pemerkasaan setiausaha latihan dalam perkhidmatan (SULDP) tahun 2024 4 - 6 mac 2024 Bengkel ini dihadiri oleh Ustaz Ruzailan bin Salleh. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah bagi memberi pendedahan dan input terkini berkaitan aspek pengurusan latihan secara lebih berkesan.


P E L A N C A R A N P R O G R A M “ R A M A D A N D I H A Y A T I , S Y A W A L D I S Y U K U R I ” R A M A D A N 1 4 4 5 H J N C B I N T U L U 9 M A C 2 0 2 4 Pelancaran dirasmikan oleh Puan Angelina Nina anak Sawat, Ketua Nazir Cawangan. Antara pengisian program adalah seperti Tadarus Al-Quran, aktiviti sihat ramadan, tazkirah Ramadan, majlis berbuka puasa serta Video ucapan Aidilfitri. Pengagihan buah kurma untuk semua nazir sekolah serta jamuan ringan.


Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 JNC Bintulu 9 Mac 2024 Sambutan Tahun Baharu Cina dianjurkan oleh Kelab Kebajikan JNC Bintulu. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti pengagihan buah limau mandarin sebagai simbolik perayaan Tahun Baharu Cina serta jamuan ringan.


T I N J A U A N M I N G G U T R A N S I S I P E R S E K O L A H A N( T M T P ) S E S I A K A D E M I K 2 0 2 4 / 2 0 2 5 11 MAC 2024 TMTP Sesi Akademik Tahun 2024/2025 dilaksanakan bagi mengesan status kesediaan sekolah melaksanakan sesi persekolahan dengan mengambil kira kesiapsiagaan sekolah dalam memastikan bilik darjah dan persekitaran sekolah dalam keadaan kondusif dan selamat. SJK(C) Kai Ming, Bintulu= Cik Lee Suok Fung dan Encik Mohamad Abdullah bin Abu Bakar SK Kuala Anau, Tatau = Encik Imran Zainudin bin Abdullah dan Encik Ruzailan bin Salleh


Program Coaching & Mentoring JNC Bintulu 06,12 & 13 Mac 2024 Puan Angelina Nina Sawat, KNC Bintulu menerangkan kepada enam orang nazir sekolahmengenai agihan tugas dan peranan mereka mengetuai Unit yang telah dilantik olehKNC.Cikgu Mohamad Abdullah bin Abu Bakar (Ketua Unit Pengurusan), Cikgu ImranZainudinbin Abdullah (Ketua Unit Data dan Perancangan), Cikgu Siti Aishah WilliminabinAbdullah( Ketua Unit Standard dan Jaminan Kualiti), Cikgu Lee Suok Fung (KetuaUnitPemeriksaan dan Institusi Pendidikan), Cikgu Ruzailan bin Salleh (Ketua Unit PenilaiandanPembangunan Kompetensi) dan Cikgu Junit anak Jimbau (Ketua Unit KeselamatandanInfrastruktur).


Bengkel pemerkasaan Mentor Jemaah Nazir Tahun 2024 18 - 20 mac 2024 Bengkel Pemerkasaan Mentor JN Tahun 2024 18-20 Mac 2024 Institusi Latihan Pembangunan Kerajaan Tempatan KPKT, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur Bengkel ini dihadiri oleh Cik Lee Suok Fung. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kompetensi bakal mentor dalam membimbing Nazir Sekolah Baharu melaksanakan pemeriksaan Institusi pendidikan dan menghasilkan laporan pemeriksaan yang berkualiti.


Perkongsian SK@S Standard 4 PPD Bintulu 19 Mac 2024 Perkongsian SK@S Standard 4 ini bertujuan untuk membimbing para pegawai ikhtisasdiPPD Bintulu yang terdiri daripada Timbalan Sektor Perancangan, TimbalanSektorPembelajaran, Timbalan Sektor Bakat dan Pembangunan Murid, SISC+ danPenolongPegawai PPD menggunakan borang pencerapan Standard 4 untuk mencerap. Aspekyangdikongsi adalah berkaitan dengan penyeliaan klinikal, perubahan skor/taraf PdP,pengurusan JKS dan Panitia bagi memastikan guru dan PdP berkualiti dapat dihasilkanuntuk pembelajaran bermakna dan berkesan. Penerangan eksplisit setiap aspekdalamStandard 4 dan kriteria penskoran turut ditekankan.


Program Pemantapan Pengurusan Panitia SK Tatau 20 Mac 2024 Perkongsian Pengurusan Mata Pelajaran bersama GB, PK dan KPSKTatau.Aspek 3.1 Kurikulum dan 3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran ditekankanagarJKS dan Panitia dapat diurus dengan baik menggunakan instrumenSK@Ssebagai penilaian kendiri sekolah.Fungsi dan peranan JKS dan Panitiapentinguntuk menghasilkan guru yang kompeten bagi menghasilkan PdPyangberkualiti untuk kemenjadian murid.


Perkongsian Pengisian SK@S Standard 4 PGB, PK dan Guru Penyelaras SK@S Daerah Bintulu 21 Mac 2024 Perkongsian ini dilaksanakan secara google meet pada jam 2.15 ptg sehingga 4.30 ptg. Input perkongsian ialah pemakluman berkaitan pelanjutan tarikh pengisian Pengurusan Kami dan Pencapaian Kami, perubahan borang Standard 4 dan tapak Standard, perubahan Taraf PdP, isu/ralat teknikal yang timbul dan cadangan.


PLC SKPM Kualiti@sekolah jnc bintulu 22 mac 2024 PLC ini telah disampaikan oleh KNC dan empat nazir sekolah berkaitan dengan SKPM Kualiti@Sekolah. Nazir sekolah yang terlibat sebagai penceramah adalah Encik Mohamad Abdullah bin Abu Bakar (Pengurusan Ko-kurikulum), Encik Imran Zainudin bin Abdullah (Pengurusan Kurikulum ), Cik Lee Suok Fung (Pengurusan Panitia) dan Encik Ruzailan bin Salleh (Pengurusan Hal-Ehwal Murid).


Resensi Buku Siri 1 disampaikan oleh Puan Angelina Nina anak Sawat Sinopsis Sebuah buku terlaris Wall Street Journal, “How Successful People Think” adalah bacaan untuk dunia yang bergerak cepat pada masa kini. Pakar kepemimpinan Amerika, John C. Maxwell mengajar kita bagaimana untuk menjadi lebih kreatif. Kita juga belajar bagaimana untuk melihat gambaran besar sambil memberi tumpuan kepada pemikiran kita. Kita mengetahui bagaimana untuk menggali potensi kreatif individu, mengembangkan idea bersama, dan mengambil pelajaran dari masa lalu untuk lebih memahami masa depan. Dengan sebelas kunci untuk pemikiran yang lebih berkesan, kita jelas melihat jalan kejayaan peribadi. RESENSI BUKU 1 RESENSI BUKU


PENGAMBARAN VIDEO UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024 22 MAC 2024 Merupakan salah satu aktiviti dalam Program Ihya Ramadan JNC Bintulu untuk tahun ini. Ucapan selamat hari raya dimulakan daripada Puan Angelina Nina anak Sawat, KNC serta semua nazir sekolah JNC Bintulu.


AKTIVITI BULAN APRIL 2024 JEMAAH NAZIR CAWANGAN BINTULU


CERAMAH EKSA SECARA DALAM TALIAN 2 APRIL 2024 Perkongsian berkaitan pelaksanaan EKSA oleh penceramah dari Bahagian Pemidenan Tadbiran Awam secara Hibrid. Komponen A hingga E telah dijelaskan secara terperinci dan akan disesuaikan dengan pejabat JNC Bintulu. D I S A M P A I K A N O L E H E N C I K S I W W O O K I I O N G ( P E G A W A I B A H A G I A N P E M O D E N A N T A D B I R A N A W A M


PENUTUPAN IHYA RAMADAN 1445H 3 APRIL 2024 MAJLIS BERBUKA PUASA 23 RAMADAN 1445H Penyampaian sijil dan hadiah kepada AJK pengelola dan pemenang pertandingan “Sihat Ramadan 1445H” sepanjang program Ihya Ramadan berlangsung. Majlis penutupan disempurnakan oleh Puan Angelina Nina anak Sawat, Ketua Nazir Cawangan Bintulu. Majlis Berbuka Puasa diadakan di WIWO Hotel bersama semua nazir sekolah bersama KNC. Tujuan utama majlis ini diadakan untuk mengeratkan ikatan silaturahim sesama rakan sekerja serta menyambut hari lahir nazir sekolah iaitu Encik Junit anak Jimbau


Bengkel Kepimpinan dan Pemantapan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di PPD Belaga 5 April 2024 Bengkel Kepimpinan dan Pemantapan Program Transformasi Sekolah TS25 di PPD Belaga yang dikendalikan oleh Puan Lim Ai Giok dan Puan Angelina Nina anak Sawat. Bengkel ini bertujuan utk membimbing PGB dan pegawai PPD menyediakan Rancangan Strategik Sekolah (RPS) dengan baik berdasarkan data dan situasi/isu di sekolah dan menggunakan PInTaS dan OPPM sebagai alat pemantauan utk menjejak status kemajuan intervensi bagi memacu penambahbaikan yg dilaksanakan.


GOTONG ROYONG EKSA BIL.3 Gotong-royong mengemas serta membersihkan pejabat JNC Bintulu.


PEMERIKSAAN VERIFIKASI SKOR SK-SKPK 2.0 DI SK KUALA NYALAU TAHUN 2024 Verifikasi Data SKPK 2.0 telah dilaksanakan di SK Kuala Nyalau pada 18 April 2024. Nazir sekolah yang terlibat ialah Puan Lim Ai Giok dan Cik Lee Suok Fong


JOM BACA BERSAMA 10 MINIT JNC BINTULU Program ini merupakan usaha ke arah membentuk masyarakat yang berbudaya ilmu yang memartabatkan budaya membaca dan sebagai tanda sokongan kepada inisiatif yang dijalankan oleh Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia. Tarikh : 23 April 2024 Masa : 11.00 - 11.10 pagi Tempat: JNC Bintulu


LAPOR DIRI PEMBANTU OPERASI JNC BINTULU Selamat datang dan selamat bertugas buat Puan Nur Aliana Nora binti Herman Dharwisham di JNC Bintulu sebagai Pembantu Operasi berkuat kuasa 22 April 2024.


RESENSI BUKU 2 RESENSI BUKU Resensi Buku Siri 2 disampaikan oleh Encik ruzailan bin salleh . Sinopsis Buku ini mengandungi 12 Bahagian (60 muka surat). Buku ini menceritakan bagaimana kita dapat memahami diri kita sendiri dan orang yang berada di sekeliling kita. Pemahaman terhadap jiwa mempunyai kepentingan yang sangat besar bagi membentuk kematangan seseorang. Ia mendorong kepada proses pembelajaran ke arah pembaikan menuju kepada kecemerlangan. Pemahaman terhadap jiwa mendorong individu memahami keunikan dirinya sendiri. Setiap manusia mempunyai keistimewaan dan kelemahan diri menjadikan mereka sebagai makhluk yang unik.


AKTIVITI BULAN MEI 2024 JEMAAH NAZIR CAWANGAN BINTULU


Pemeriksaan tekanan darah Sesi temubual hasil pemeriksaan gula, tekanan darah dan kolesterol Sesi pemeriksaan kandungan gula dan kolesterol Program The Biggest Loser PPD Bintulu 2.0 dengan kerjasama dari Columbia Asia Hospital, Bintulu 2 Mei 2024 Program anjuran PPD Bintulu dengan kerjasama dari Columbia Asia Hospital menjemput semua staf JNC Bintulu untuk turut serta menyertai program tersebut yang memakan masa selama 6 bulan. Setiap bulan, peserta akan menjalani pemeriksaan BMI, tahap Glukose, tahap kolesterol dan tekanan darah secara percuma oleh pihak Columbia Asia Hospital. Sepanjang 6 bulan program diselitkan aktivitiaktiviti kesihatan dan ceramah kesihatan dari pihak Columbia Asia Hospital. Tarikh : 29 & 30 April 2024 di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu


Pemeriksaan Mata Pelajaran MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH SMK BINTULU 2 - 3 Mei 2024 Pemeriksaan Mata Pelajaran ini bertujuan untuk menaksir i. Keberkesanan kepimpinan dalam meningkatkan pencapaian murid menengah atas ii. Pelaksanaan pengurusan kurikulum dan panitia iii. Kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) berfikrah matematik iv. Status pencapaian murid dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nazir sekolah yang terlibat ialah Puan Angelina Nina anak Sawat dan Encik Mohamad Abdullah bin Abu Bakar


SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI 2024 Sambutan Hari Guru Peringkat JNC Bintulu dan Jamuan Tengahari di NU HOTEL, BIntulu diadakan pada 16 Mei 2024. Antara objektif yang ingin dicapai Sambutan Hari Guru peringkat JNC Bintulu adalah untuk: 1.Memartabatkan profesion keguruan dalam kalangan warga nazir sekolah. 2.Menghargai dan menghormati jasa bakti nazir sekolah dalam dunia pendidikan. 3.Membina hubungan baik warga nazir sekolah bersama AKP di JNC Bintulu. Acara dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Guru Malaysia, Lagu Pendidik Bumi Kenyalang, Ikrar Hari Guru, Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia, Ucapan Hari Guru oleh KNC, Gimik Hari Guru, Pemotongan Kek Hari Guru dan Pertukaran Hadiah. Jamuan Makan Tengahari diadakan di Hotel NU, Bintulu. Selamat Hari Guru.


sk st gile 15- 16 april 2024 SMK TATAU 2-3 MEI 2024 SK SG Setiam 26 -27 Mac 2024) PROGRAM MENTOR-MENTEE encik junit anak jimbau nazir sekolah bahasa melayu


MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI Majlis Ramah Tamah Aidilfitri diadakan pada 8 Mei 2024 pada pukul 9.00 pagi di ruang tamu JNC Bintulu. Majlis diserikan lagi dengan kedatangan dua pegawai dari PPD Bintulu dalam sesi kunjungan mesra ke JNC Bintulu. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara pertandingan menganyam ketupat untuk kategori wanita dan pertandingan memakai sampin untuk kategori lelaki.


PEMERIKSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU BUKAN OPSYEN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2024 S J K ( C ) S E B I E W C H I N E S E ( Y B C 9 1 0 1 ) 1 4 - 1 5 M E I 2 0 2 4 S J K ( C ) Y A K T E E , D A L A T ( Y C C 3 5 0 1 ) Pemeriksaan ini bertujuan untuk menaksir ; 2 0 - 2 1 M E I 2 0 2 4 Peranan pengurusan sekolah dalam meningkatkan pencapaian mata pelajaran BM 1. Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru bukan opsyen BM yang telah menduduki UPBMG 2. Status penguasaan pencapaian murid dalam mata pelajaran BM. 3. Nazir sekolah yang terlibat ialah Puan Syarifah Siti Hauzimah binti Wan Omar dan Encik Ruzailan bin Salleh Nazir sekolah yang terlibat ialah Puan Syarifah Siti Hauzimah binti Wan Omar dan Cik Lee Suok Fung


PERKONGSIAN SK@S ( KURIKULUM, KOKURIKULUM & HAL EHWAL MURID) SK ULU SENGAN , BINTULU 15 MEI 2024 JNCB menerima jemputan ke SK Ulu Segan untuk perkongsian pengisian SK@S kepada GB, barisan PK dan Guru Penyelaras SK@S. Ustaz Ruzailan bin Salleh telah memberi bimbingan berkenaan Kurikulum, Encik Imran Zainudin bin Abdullah berkongsi aspek pengisian KK dan HEM dibentangkan oleh Pn Angelina Nina Sawat. Sesi soal jawab dan pemberian dan verifikasi skor SK@S turut dibincangkan bagi memudahkan pihak sekolah melaksanakan pengisian bagi tahun semasa. Respon yang positif daripada pihak sekolah terhadap sesi perkongsian.


GOTONG ROYONG EKSA BIL.4 Antara pengisian aktiviti gotong -royong EKSA adalah: 1. Menyusun atur semula Work Station agar lebih selesa 2. Membersihkan dan menambah keceriaan di tandas, stor, ruang kerja serta bilik mesyuarat. 3. Mewujudkan sudut kitar semula dan sudut EKSA


BINTULU KARJA JNC


Tango atau Marik Empang ini adalah yang diperbuat daripada manik dan dihiasi bebola kain bagi tujuan menutup dada atau baju kecil. Gubahan Marik Empang telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Iban di Sarawak. Corak tango ini dihiasi corak tradisional mengikut kreativiti masing masing. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Iban dari etnik lain dengan mudah. Ianya juga nampak seperti rantai dipakai pada leher. Kebiasaannya, masyarakat perempuan Iban akan memakai Tango atau Marik Empang semasa perayaan Gawai Dayak, majlis perkahwinan atau pertandingan Kumang Gawai ( Ratu Cantik ). Hasil nukilan; Nur Aliana Nora binti Herman Dharwisham Pembantu Operasi N11 TANGO ATAU MARIK EMPANG


SESAR UNJUR (Udang Kering/ Udang Salai) Matu dan Daro amat terkenal dengan pelbagai makanan laut dan produk-produk yang dihasilkan dari makanan laut. Salah satu makanan yang terkenal di sini ialah Sesar Unjur (udang kering/ udang salai). Sesar unjur adalah udang merah atau lebih dikenali sebagai “payak” oleh masyarakat tempatan yang diproses dan disalai sehingga kering. Proses pembuatannya amat rumit dan teliti bagi memastikan ianya berkualiti, tahan lama tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan hanya menggunakan udang yang segar. Udangudang tersebut perlu dibuang kepala dan kulit kemudian disusun secara lurus satu persatu diatas dulang khas kemudian baharulah ianya disalai. Sesar Unjur merupakan salah satu snek kegemaran masyarakat Melanau khasnya dan mempunyai rasa yang amat unik. Selain boleh dimakan begitu sahaja (kebiasaan dimakan bersama sagu oleh masyarakat tempatan), sesar unjur ini juga boleh dijadikan masakan ataupun boleh dicampur dalam masakan sebagai contoh masak singgang atau masak lemak. Pada masa kini pelbagai produk yang berasaskan Sesar Unjur dihasilkan. bagi orang yang berkunjung kesini, mereka tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sesar unjur walaupun harganya agak tinggi untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Namun demikian, sesar unjur ini adalah makanan bermusim memandangkan ianya paling banyak dan senang diperolehi sekitar bulan Mac hingga Julai (musim nelayan kelaut/ musim ikan). pada bulan-bulan lain agak sukar untuk mendapatkannya. Sesar Unjur banyak terdapat di Kampung Kuala Matu, Kampung Tian, Kampung Rajang, Kampung Belawai, Pulau Beruit dan kampung-kampung di sekitarnya. Hasil nukilan; Mohamad Abdullah bin Abu Bakar sesar unjur


Each of these three objects faced the same adversity: boiling water. But each reacted differently. The carrot started out hard and strong but came out weak and mushy. The egg started with a soft inside and a tough shell, but it came out hard on the inside. The coffee beans were special: They changed the water. It used the hardship to elevate itself and accomplish greatness. Concluding Thoughts 1. Am I a carrot, egg, or coffee bean? Which mindset do I want? 2. How can I live in the stretch zone and improve my resilience? With love from us, Puan Angelina Nina Sawat Cik Lee Suok Fung Puan Siti Aisyah Willimina binti Abdullah are you a carrot, egg or coffee bean


jom, kelakar bahasa sarawak kita... 1. Beloya=berborak 2. Awak pergi mana?= Kitak gi sine? 3. Awak buat apa? = Kitak apa polah? 4. Awak dah makan? = Kitak dah makan? 5. Awak buat apa sekarang? = Apa polah kitak kinek tok? 6. Awak apa khabar? = Kitak apa khabar tek? 7. Boleh bantu saya tak? = Boleh nolong kamek sik? 8. Semangat awak tinggi betol = Tinggi nar juak semengat kitak 9. Ye la tu = Aok ajak la 10. Sombongnya awak = Lawa kitak owh… 11. Lepas ini pergi mana pulak? = Lepas tok pegi sine? 12. Panas betul hari ni kan? = Panas na aritok owh? 13. Pandainya awak = terer na kitak? 14. Kesian = owhh tedah 15. Apa cerita dekat sana = Apa cerita kat sinun. 16. Orang sini sihat je = Orang sitok sihat jak. 17. Saya mengantuk lah = Kamek ngantok eh 18. Pening betol kepala saya = Pening na palak tok eh 19. Hari macam nak hujan je = Hari macam nak hujan jak 20. Awak lepak kat mana malam tadi? = Kitak relex sine malam tadik? 21. Macamana awak boleh kurus macam tu? = Camne kitak boleh kurus kedak ya? Nukilan: Encik Imran Zainudin bin Abdullah Encik Junit anak Jimbau Ustaz Ruzailan bin Salleh


JEMAAH NAZIR CAWANGAN BINTULU NO.163, LOT 7785, TINGKAT 1 ASSYAKIRIN COMMERCIAL SQUARE JALAN SULTAN ISKANDAR 97000 BINTULU SARAWAK 086 - 340095 [email protected]


Click to View FlipBook Version