The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

K3 SYAFRA, MAGHFIRAH, GLORY, WAHIDAH & ZAFIZA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kineeshaa18coolbabe, 2021-09-02 11:32:50

BENGKEL BIMBINGAN KERJAYA #ROADTOCAREER

K3 SYAFRA, MAGHFIRAH, GLORY, WAHIDAH & ZAFIZA

Kertas Kerja Bengkel Bimbingan Kerjaya #roadtocareer
Sekolah Kebangsaan Seri Bandar, Melaka

Tema:
Bimbingan Kerjaya

Anjuran:
Unit Bimbingan dan Kaunseling (SK) Semester 5 IPGKTAA

Tarikh:
29 Ogos 2021 (Sabtu)

Platform:
Google Meet

Sekolah:
Sekolah Kebangsaan Seri Bandar, Melaka

0

1.0 TAJUK
Bengkel Bimbingan Kerjaya #roadtocareer.

2.0 PENDAHULUAN
Perkembangan kerjaya adalah proses perkembangan sahsiah yang menjurus kepada
pembentukan sifat yang menyediakan seseorang melakukan kerja. Persediaan
tersebut didorong oleh bakat, minat dan kebolehan semulajadi serta pengaruh
persekitaran seperti pendidikan dan latihan formal dan tidak formal (Amla Mohd Salleh:
2010:13). Justeru itu, pendedahan awal mengenai kerjaya dilakukan melalui pelbagai
program yang meliputi semua peringkat. Bengkel Hari Kerjaya #roadtocareer
merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan bagi memberi pendedahan kepada murid
mengenai dunia kerjaya. Bengkel ini dilaksanakan oleh 5 orang guru pelatih Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan dari jurusan Bimbingan dan
Kaunseling. Tujuan bengkel ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan
mengenai kerjaya dan mengasah potensi murid terutamanya murid sekolah rendah.

3.0 MATLAMAT
Matlamat bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid
mengenai kerjaya dalam pelbagai bidang iaitu bidang akademik dan kemahiran.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi panduan memilih sekolah yang sesuai dengan minat dan potensi murid.
4.2 Mengembangkan potensi diri murid melalui aktiviti simulasi.
4.3 Memberi pendedahan terhadap peluang kerjaya selaras dengan personaliti dan

minat.
4.4 Membantu meningkatkan pengetahuan murid mengenai kepelbagaian kerjaya.

5.0 SASARAN
Semua murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri Bandar, Melaka

1

6.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 29 Ogos 2021

Hari : Sabtu
Masa : 9:45 am – 3:00 pm

Tempat : Google Meet

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Tidak melibatkan perbelanjaan

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung Ahli Jawatankuasa Induk
: Hj. Abdullah Bin Mohd Yusof

Penasihat : Hatim Aziwir Bin Zaadun Zabir

Penyelaras Program : Nurulaini Binti Moshidi

Pengarah : Syafra Binti Md Subri

Timbalan Pengarah : Nurmaghfirah Binti Muhammad

Setiausaha : Glory a/p Salim

Timbalan Setiausaha : Zafiza Zabina a/p Zamlan

Bendahari : Nurul Wahidah Binti Jamaludin Nasir

2

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

AJK Teknikal 1) Nuha Syifa Binti Nazri
2) Faizatun Nur Bt Mohd Tuah

AJK Media dan Publisiti 1) Mar Adha Farhazilz A/P Mohamad
2) Muhammad Khair Hilman bin Rashid

AJK Aktiviti 1) Fudhla Binti Harery
2) Hidayah Binti Ahmad

AJK Pendaftaran dan Sijil 1) Hazieq Naqiuddi bin Hamzah
2) Che Haziq Hakimi Bin Che Hassan

AJK Perhubungan 1) Nur Syafiqah binti Shaharudin
2) Nur Akmal Syamimi binti Zulkifli

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

9.1 Bengkel bimbingan kerjaya #roadtocareer akan berlangsung selama satu hari iaitu
pada tarikh 29 Ogos 2021 (Sabtu) bermula dari jam 10:00 pagi hingga 3:00 petang dan
menggunakan Google Meet sebagai platform. Bengkel ini dibahagikan kepada 3 slot
dan dimulakan dengan slot 1 dan setiap slot mempunyai anggaran masa dari 45 minit
hingga 60 minit.

9.2 Slot 1 adalah berkaitan dengan pengenalan kerjaya. Sebelum memulakan
taklimat, guru pelatih akan membuat aktiviti ‘Ice Breaking’ untuk membina hubungan
antara guru pelatih dengan para pelajar. Setelah itu, guru pelatih akan membuat sedikit
senaman ringkas supaya para pelajar lebih bersemangat untuk teruskan aktiviti pada
slot ini. Guru pelatih juga akan memperkenalkan diri supaya para pelajar mengenali
guru yang akan membimbing mereka berkaitan dengan kerjaya ini. Tahap
pengetahuan para pelajar mengenai kerjaya akan diuji terlebih dahulu dengan
menjawab soalan kuiz yang telah guru pelatih sediakan menggunakan aplikasi
Quizzes. Guru pelatih akan meminta murid menjawab kuiz tersebut sehari sebelum
mereka menyertai bengkel ini. Hal ini supaya guru pelatih mengetahui tahap
pengetahuan pelajar akan dunia pekerjaan. Kuiz ini terdiri daripada 15 soalan

3

bergambar yang berkaitan kerjaya. Guru pelatih juga akan berbincang jawapan terlebih
dahulu dengan para pelajar sebelum memulakan sesi taklimat pengenalan kerjaya.
Setelah selesai memberi taklimat, guru pelatih akan memberi ruang kepada para
pelajar untuk sesi soal jawab.

9.2 Slot 2 pula, guru pelatih akan meminta para pelajar untuk menyediakan pakaian
kerjaya yang mereka minati 7 hari sebelum bengkel kerjaya ini berlangsung. Hal ini
adalah untuk memberi ruang kepada para pelajar supaya mereka dapat mencipta dan
menghasilkan pakaian kerjaya idaman mereka menggunakan bahan sedia ada di
rumah sahaja mengikut kreativiti masing-masing. Pada hari kejadian, guru pelatih akan
meminta untuk para pelajar membuka video supaya guru pelatih dapat melihat hasil
pakaian murid dan akan meminta murid untuk menceritakan secara ringkas akan
kerjaya yang mereka minati. Pada masa yang sama guru pelatih akan mendedahkan
tentang ciri-ciri personaliti dan kerjaya yang mereka minati dengan menggunakan teori
Holland iaitu menggunakan 6 elemen utama iaitu RIASEK. Para pelajar akan
didedahkan satu persatu elemen tersebut supaya mereka lebih faham dan tahu
perkaitan antara personaliti dan kerjaya yang mereka minati. Setelah selesai, guru
pelatih membuat sesi bergambar dengan pelajar bagi menghargai jasa-jasa mereka
kerana telah bersungguh-sungguh dalam menyiapkan pakaian tersebut.

9.3 Slot 3 merupakan slot yang terakhir bagi bengkel kerjaya ini. Pada slot ini guru
pelatih akan memberi taklimat tentang hala tuju kerjaya mengikut kerjaya dan minat
mereka. Guru pelatih akan menggunakan Bahan Bantu Bimbingan (BBB) bagi
memudahkan lagi untuk para pelajar faham akan hala tuju mereka untuk melanjutkan
pelajaran selepas tamat persekolahan bagi sekolah rendah. Dalam slot ini, guru pelatih
akan lebih menekankan aspek minat serta sekolah yang menawarkan bidang bagi
kerjaya yang diminati. Kesannya, para pelajar akan lebih terbuka minda dan sedar
bahawa masih ada pelbagai jenis sekolah yang ditawarkan di Malaysia yang bukan
sahaja menawarkan bidang akademik malah terdapat juga sekolah yang menawarkan
bidang kemahiran. Sebelum sesi tamat, para pelajar perlu menjawab kuiz yang telah
guru pelatih sediakan supaya kami dapat mengukur tahap pengetahuan para pelajar
sebelum dan selepas menjalani program #roadtocareer ini. Guru pelatih juga
menggunakan aplikasi Quizzes serta soalan yang ditanyakan juga mengenai kerjaya
dan tahap kepuasan para pelajar terhadap bengkel kejaya ini.

4

Tentatif Program

SLOT TAJUK MASA AKTIVITI
9.45 am Menunggu ketibaan para pelajar.
1 Apa itu 10.00 am Ucapan aluan daripada pengerusi majlis.
KERJAYA? 10.15 am Bacaan doa (wakil murid).
10.20 am Ice breaking
10.30 am Senaman pagi
10.35 am Slot “Pengenalan Kerjaya”.

11.00 am Slot 1 tamat

11.45 am Menunggu ketibaan para pelajar.

2 Siapakah 12.00 pm Slot “Teori Holland & RIASEK”

Saya? 1.00 pm Slot 2 tamat.

2.00 pm Menunggu ketibaan murid.
3 Ke mana saya 2.15 pm Slot “Halatuju Murid”

selepas ini? 3.00 pm Sesi bergambar dan majlis bersurai.

5

9.0 PENGURUSAN RISIKO

RISIKO CARA UNTUK MENGATASI

Masalah capaian internet oleh guru Guru pelatih perlu berada di tempat yang mempunyai

pelatih. capaian internet yang baik.

Kehadiran murid kurang Meminta pandangan daripada GBK sekolah tersebut

memberangsangkan. tentang tahap penglibatan para pelajar sama ada sangat

memuaskan atau tidak. Selain itu, membuka penyertaan

untuk murid tahun 6 kelas yang lain.

Penglibatan murid kurang aktif. Guru pelatih perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang

menarik supaya bengkel berlangsung secara dua hala.

Ketidakpastian bilangan sebenar Guru pelatih perlu bersedia dengan aktiviti yang sesuai

pelajar yang akan menghadiri mengikut jumlah pelajar. Selain itu, guru pelatih juga perlu

bengkel kerjaya. membuat rancangan sandaran yang pelbagai mengikut

kesesuaian jumlah pelajar yang menyertai.

Ketepatan masa para pelajar Guru pelatih perlu mengingatkan para pelajar 15 minit

dalam menyertai bengkel secara sebelum bengkel bermula. selain itu, membuat hebahan

atas talian. dalam poster berkaitan dengan ketepatan masa agar

pelajar sentiasa bersedia dan tepati masa.

11.0 PENUTUP
Bengkel ini merupakan salah satu platform bagi murid-murid tahun 6 untuk lebih
mengenali potensi diri mereka. Sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbiran
IPGKTAA dalam menjayakan pelaksanaan bengkel ini amat kami harapkan supaya
objektif dapat dicapai. Kami juga berharap agar permohonan bengkel kerjaya ini
diluluskan serta memberi manfaat kepada semua pihak.

6

Tarikh: PENYEDIAAN KERTAS KERJA

………glory…………….
(GLORY A/P SALIM)
Setiausaha Program,

Bengkel Bimbingan Kerjaya #roadtocareer

DISEMAK OLEH

………syafra………….. …………………………………
(SYAFRA BINTI MD SUBRI)
(PUAN NURULAINI BINTI MOSHIDI)
Pengarah Program,
Bengkel Bimbingan Kerjaya #roadtocareer Penyelaras Program,

Pensyarah Kursus Pengurusan Bimbingan Kerjaya
PBKK3213

Tarikh:

DISOKONG & DILULUSKAN OLEH

*Kertas kerja ini DISOKONG/ TIDAK *Kertas kerja ini DILULUSKAN/ TIDAK
DISOKONG DILULUSKAN

………………………………… …………………………………
(TUAN HAJI HATIM AZIWIR BIN ZAADUN (TN. HJ ABDULLAH BIN MOHD. YUSOF)

ZABIR) Pengarah IPGKTAA
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTAA Tarikh:
Tarikh: *Kertas kerja ini DILULUSKAN/ TIDAK
DILULUSKAN
*Kertas kerja ini DISAHKAN/ TIDAK
DISAHKAN

7

RUJUKAN
Keptennews. (13 April, 2021). Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis.

Retrieved from keptennews.com: https://keptennews.com/info/contoh-kertas-
kerja/
Nizam. (16 Disember , 2011). Definisi Kerjaya . Retrieved from Slideshare :
https://www.slideshare.net/akunizam/definisi-kerjaya-10613209
Vasu, V. (30 Julai, 2017). Kertas Kerja Bengkel Kerjaya 2017. Retrieved from
slideshare.net: https://www.slideshare.net/veeravasu/kertas-
kerjabengkelkerjaya2017

8

Lampiran

9

POSTER
10

TENTATIF
11

SIJIL PENGHARGAAN
12

Video Bengkel Kerjaya #roadtocareer

Hari: Sabtu
Tarikh: 28/8/2021
Masa 9:45 am - 3:00 pm

*Slot 1*
https://drive.google.com/file/d/1eLRetFY_s0M8vqbFIxwD_c4M7PKFAatF/view?u

sp=drivesdk

*Slot 2*
https://drive.google.com/file/d/15EEBO6Tc0aJ7Dr7FdxY9wt8A8MnWdmBN/view

?usp=drivesdk

*Slot 3*
https://drive.google.com/file/d/1wWXx3v1D_D2lwCtEr-

tbeiIoalNdwti3/view?usp=drivesdk

13


Click to View FlipBook Version