SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI GADING, 83300
BATU PAHAT, JOHOR
____________________________________________________
KERTAS CADANGAN
PROGRAM
PENGENALAN BIMBINGAN KERJAYA: REVOLUSI 4.0
PENEROKAAN BIMBINGAN KERJAYA KE ARAH ERA DIGITAL
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GADING
TAHUN 2021
TARIKH:
13 OGOS 2021
MASA:
09.00 – 10.30 PAGI
PLATFORM:
GOOGLE MEET
ANJURAN:
GURU PELATIH PISMP SEMESTER 5 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SK)
IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN, PAHANG
DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK SERI GADING, JOHOR
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Myrick (1997), bimbingan kerjaya merupakan suatu proses mendidik yang
melibatkan maklumat-maklumat yang diberikan kepada pelajar dalam usaha membantu
pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan. Bimbingan
kerjaya biasanya diberikan oleh pendidik professional seperti guru dan kaunselor dan dibantu
oleh sistem sokongan yang lain yang meliputi perkhidmatan dan aktiviti berkaitan dengan
program kaunseling dan pendidikan kerjaya. Oleh itu, bimbingan kerjaya merupakan
sebahagian daripada program bimbingan yang direka untuk menolong pelajar di dalam
perkembangan kerjaya dan kaunseling kerjaya membabitkan sebahagian daripada program
bimbingan yang melibatkan usaha menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar
berkaitan perkembangan kerjaya. Sehubungan dengan itu, Program Pengenalan Bimbingan
Kerjaya ini merupakan program yang dianjurkan oleh Guru Pelatih PISMP Semester 5 Unit
Bimbingan dan Kaunseling (SK) IPGK Tengku Ampuan Afzan dengan kerjasama Unit
Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Gading untuk memberikan pendedahan kepada murid-
murid mengenai pengenalan bimbingan kerjaya di sekolah rendah. Melalui tema Revolusi 4.0
Penerokaan Kerjaya Ke Arah Era Digital diharapkan agar murid didedahkan tentang
pengenalan perkhidmatan bimbingan kerjaya yang diberikan di sekolah rendah merangkumi
konsep bimbingan kerjaya, matlamat bimbingan kerjaya, kepentingan bimbingan kerjaya,
jenis perkhidmatan yang ditawarkan dan pendedahan berkaitan peluang pekerjaan yang
terdapat di Malaysia menerusi program era digital secara atas talian. Dengan ini, para pelajar
boleh menyiapkan diri mereka sejak di bangku sekolah rendah lagi berkaitan pendedahan
bimbingan kerjaya sebagai persediaan untuk menceburi pekerjaan yang mereka minati.
2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan murid-murid Tahun 4 & 5 berkaitan
maklumat pengenalan perkhidmatan bimbingan kerjaya yang diberikan di sekolah rendah
bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka berkaitan perkhidmatan bimbingan kaunseling
kerjaya yang ditawarkan di sekolah rendah disamping mendedahkan bidang-bidang kerjaya
yang terdapat di negara kita untuk melahirkan generasi murid yang berwawasan dan bercita-
cita tinggi menerusi penerokaan bimbingan kerjaya ke arah era digital.
3.0 OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan berkaitan konsep bimbingan kerjaya
2. Memberikan pendedahan berkaitan matlamat bimbingan kerjaya
3. Memberikan pendedahan berkaitan kepentingan bimbingan kerjaya
4. Memberikan pendedahan berkaitan jenis perkhidmatan bimbingan kerjaya yang
ditawarkan disekolah
5. Memberi pendedahan berkaitan peluang pekerjaan yang terdapat di Malaysia
4.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 4 & 5 Sekolah Kebangsaan Seri Gading
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh : 13 Ogos 2021
5.2 Masa : 09.00 – 10.30 pagi
5.3 Tempat : Kediaman masing-masing
5.4 Platform : Google Meet
6.0 JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG PENGARAH TUAN HAJI ABDULLAH BIN YUSOFF
PENASIHAT HJ. HATIM AZIWIR BIN ZAADUN ZABIR
PENYELARAS PROGRAM NURULAINI BINTI MOSHIDI
PENGARAH PROGRAM HAZIEQ NAQIUDDIN BIN HAMZAH
TIMBALAN PENGARAH HAFIZUDDIN BIN NORSHAMKAMAL
SETIAUSAHA CHE HAZIQ HAKIMI BIN CHE HASSAN
BENDAHARI MUHAMMAD KHAIR HILMAN BIN MOHD
RASHID
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
AJK MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
Mohamad Azreen Bin Ismail
AJK PERALATAN & TEKNIKAL
Syafra Binti Md. Subri
AJK HADIAH DAN CENDERAHATI
Nur Syazana Binti Abdul Wahab
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN PERBELANJAAN JUMLAH SUMBER
BIL PERKARA RM50 KEWANGAN
Persendirian
1. Hadiah Murid Kelengkapan Alat Tulis
x30
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN
9.1 ICE BREAKING
Ice breaking ini merupakan aktiviti pertama yang dilakukan kepada para pelajar sebelum
meneruskan kepada sesi ceramah. Ice breaking ini dinamakan sebagai ‘Salam Mesra’ yang akan
dikendalikan oleh Guru Pelatih PISMP Semester 5 Unit Bimbingan Dan Kaunseling IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan. Ice breaking ini juga akan berlangsung selama 10 minit sekitar 9.20 pagi
hingga 9.30 pagi. Ice breaking ini adalah untuk merapatkan hubungan antara pelajar serta
mewujudkan suasana yang selesa antara pelajar. Secara ringkasnya, aktiviti ice breaking ini akan
dijalankan secara atas talian dengan menggunakan platform Mentimeter.com dimana pelajar
akan mengisi nama beserta cita-cita mereka dalam aplikasi tersebut untuk dikongsi bersama
murid-murid lain.
i. https://www.mentimeter.com/
9.2 CERAMAH PENGENALAN BIMBINGAN KERJAYA
Ceramah ini bertajuk “Ceramah Pengenalan Bimbingan Kerjaya” yang akan disampaikan
oleh wakil daripada Guru Pelatih PISMP Semester 5 Unit Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan. Ceramah ini akan diadakan pada jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi secara
atas talian melalui pautan google meet yang kami sediakan selama 30 minit kepada semua murid-
murid Tahun 4 & 5 SK Seri Gading. Ceramah ini bertujuan untuk memberikan pendedahan
berkaitan perkhidmatan bimbingan kerjaya yang diberikan di sekolah rendah. Antara kandungan
ceramah ini adalah merangkumi konsep bimbingan kerjaya, matlamat bimbingan kerjaya di
sekolah, kepentingan bimbingan kerjaya di sekolah, jenis-jenis perkhidmatan bimbingan kerjaya
yang ditawarkan di sekolah dan pendedahan berkaitan bidang-bidang pekerjaan yang terdapat
di Malaysia. Antara bahan bantu bimbingan yang kami sediakan adalah seperti penyediaan slaid
power point berkaitan maklumat pengenalan bimbingan kerjaya dan video berkaitan bidang-
bidang pekerjaan yang terdapat di Malaysia.
9.3 KUIZ
Kuiz yang akan dijalankan akan merangkumi soalan-soalan yang berkaitan pengisian
ceramah. Hal ini seperti pengenalan kepada bimbingan kerjaya, kepentingan kerjaya dan juga
jenis-jenis bimbingan kerjaya. Di samping itu, terdapat dua jenis set soalan kuiz yang
menggunakan aplikasi WordWall dan Booklet. Seterusnya, jumlah soalan bagi kedua-dua kuiz
mempunyai sebanyak 14 soalan dan dicadangkan untuk dilaksanakan dalam masa 5 minit bagi
setiap set soalan. Seramai lima orang murid yang berjaya mendapat markah tertinggi akan dipilih
sebagai pemenang.
ii. https://wordwall.net/resource/19666185
iii. https://www.blooket.com/set/6106a7d146d1a3002cb918c7
10.0 TENTATIF PERKARA TINDAKAN
MASA
08.45 pagi • Edaran link Google Meet kepada peserta Semua Guru
09.00 pagi program pelatih IPGKTAA
09.15 pagi
09.20 pagi • Murid-murid tahun 4 berkumpul di Google
9.30 pagi Meet
10.00 pagi
10.15 pagi • Ucapan Guru Besar dan Guru Penyelaras Guru Besar &
10.30 pagi Guru Penyelaras
• Bacaan doa Haziq Hakimi
• Sesi perkenalan antara guru pelatih bersama Muhammad
pelajar Khar Hilman
• Ice Breaking
• Ceramah Pengenalan Bimbingan kerjaya Hafizuddin
• Kuiz Hazieq Hamzah
• Majlis penutupan
& Azreen
• Majlis bersurai
Semua Guru
pelatih dan
peserta program
Semua Guru
pelatih dan
peserta program
11.0 PENGURUSAN RISIKO
RISIKO PUNCA PENYELESAIAN TANGGUNGJAWAB
Masalah teknikal Capaian • Membuat persediaan awal Guru Pelatih PISMP
internet yang untuk mencari capaian SEM 5 Unit
kurang stabil. internet yang stabil. Bimbingan dan
• Memberikan nota slide Kaunseling IPGK
ceramah dalam group Tengku Ampuan
whatsapp sebelum ceramah Afzan
berlangsung kepada murid-
murid
• Menayangkan soalan ketika
kuiz dijalanakan kepada
murid yang tidak dapat
mengakses soalan
Penglibatan pelajar Program • Mempelbagaikan aktiviti dan Guru Pelatih PISMP
yang kurang kurang penggunaan bbb SEM 5 Unit
memberangsangkan menarik • Menggunakan sistem token Bimbingan dan
untuk menggalakkan Kaunseling IPGK
interaksi dua hala Tengku Ampuan
Afzan
Kehadiran pelajar Kurang • Mengambil kehadiran Guru Pelatih PISMP
kurang komitmen pelajar melalui platform SEM 5 Unit
memberangsangkan dalam diri Google Form. Bimbingan dan
pelajar • Memberikan hadiah kepada Kaunseling IPGK
15 orang terawal yang Tengku Ampuan
masuk ke dalam gm Afzan
• Menyediakan poster dan
video sebelum program
dijalankan
12.0 PENUTUP
Kerjaya adalah keseluruhan bidang pekerjaan yang dialami oleh seseorang sepanjang
hayatnya (Mansur, 1987 dalam Nor Saidatul, 1998). ia juga dikenali sebagai vokasional.
Sehubungan dengan itu, pendedahan bimbingan kerjaya yang adalah penting kerana ia
mungkin menjadi pencetus kepada penerokaan minat kerjaya dalam diri murid-murid. Oleh
yang demikian, diharapkan agar program yang dirancang dapat dilaksana dan seterusnya
dimanfaatkan dengan sebaik mungkin ke arah peningkatan aspek pengetahuan bimbingan
kerjaya, pemahaman berkaitan perkhidmatan bimbingan kerjaya yang ditawarkan di sekolah
rendah dan peningkatan pemahaman murid secara menyeluruh berkaitan pekerjaan yang
boleh mereka ceburi melalui pendedahan bidang kerjaya yang terdapat di Malaysia.
Disamping itu, diharapkan juga program ini dapat mengukuhkan semangat
permuafakatan dan ukhwah dalam menjayakan pelbagai agenda pendidikan antara guru-
guru terlibat, pihak sekolah dengan institusi-institusi pendidikan dan masyarakat luar.
Sesungguhnya dengan ikatan kerjasama dan semangat untuk menjulang kecemerlangan
pendidikan dalam kalangan warga sekolah dan sokongan padu ibu bapa dan masyarakat
sekitar menjadi indikator utama kepada kejayaan dan keberkesanan segala program yang
dirancang.
PENYEDIAAN KERTAS KERJA
Tarikh: ……………………………………….
(CHE HAZIQ HAKIMI BIN CHE HASSAN
Setiausaha Program,
Program Pengenalan Bimbingan Kerjaya
DISEMAK OLEH
……………………………….. …………………………………
(HAZIEQ NAQIUDDIN BIN HAMZAH) (NURULAINI BINTI MOSHIDI)
Pengarah Program, Penyelaras Program,
Program Pengenalan Bimbingan Kerjaya Pensyarah Kursus Pengurusan
Bimbingan Kerjaya PBKK3213
Tarikh:
DISOKONG & DILULUSKAN OLEH
*Kertas kerja ini DISOKONG/ TIDAK *Kertas kerja ini DILULUSKAN/ TIDAK
DISOKONG DILULUSKAN
………………………………… …………………………………
(TUAN HAJI HATIM AZIWIR BIN ZAADUN (TN. HJ ABDULLAH BIN MOHD. YUSOF)
ZABIR) Pengarah IPGKTAA
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTAA Tarikh:
*Kertas kerja ini DILULUSKAN/ TIDAK
Tarikh: DILULUSKAN
*Kertas kerja ini DISAHKAN/ TIDAK
DISAHKAN
RUJUKAN
Ahmad Rosli Mohd Nor, Mohamad Sattar Rasul & Salleh Amat (2010). PERANAN MODEL
BIMBINGAN KERJAYA DALAM PERKEMBANGAN KERJAYA INDIVIDU. Retrieved from
Academia:
https://www.academia.edu/31400661/PERANAN_MODEL_BIMBINGAN_KERJAYA_DA
LAM_PERKEMBANGAN_KERJAYA_INDIVIDU
Choong Lean Keow. (2007). Kaunseling: Teori Dan Praktis Pengetahuan & Pengalaman
Pengamal. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Hairunnaja Najmuddin. (2006). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan & Kerjaya. Batu Caves:
PTS Professional.
Malik Muhamat Said. (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah. Batu Caves:
PTS Professional Sdn. Bhd.
Melati Sumari, Norfaezah Md Khalid & Norsafatul Aznin A. Razak. (2015). Teori dan Amalan
Kaunseling Kerjaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Sani Ismail. (2011). Kematangan kerjaya, efikasi kendiri kerjaya dan penglibatan pelajar
dalam aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Muhd. Mansur Abdullah. (1993). Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Puteri Hayati Megat Ahmad. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya. Ampang: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Rokiah Mat Jusoh, Aziah Abdul Ghani, Hasyati Hassan & Norlia Othman. (2007). Kerjaya Sebagai
Kaunselor. Batu Caves: PTS Professional Sdn. Bhd.
Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2018). Teori Kaunseling dan Psikoterapi Edisi Keempat. Nilai :
Universiti Sains Islam Malaysia .
Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2019). Teori Kaunseling dan Psikoterapi Edisi Kelima. Nilai:
Universiti Sains Islam Malaysia.
Sidek Mohd Noah. (2006). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Serdang: UPM.
Sidek Mohd Noah & Mohd Ali Jaamat. (1998). Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya
Bersepadu Terhadap Peningkatan Motivasi Pencapaian Pelajar Sekolah Menengah di
Negeri Sembilan. Tesis.
LAMPIRAN