PENDAHULUANTahniah dan syabas kepada saudara/i kerana telah terpilih untuk meneruskanpengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baru Peringkat Ijazah Sarjana Mudaini disediakan sebagai panduan dan maklumat kepada bakal pelajar mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa saudara/i melaporkan diri danperkara-perkara yang mesti dipatuhi sebaik sahaja saudara/i menjadi pelajar. Saudara/i disarankan untuk meneliti dan mengikuti semua arahan dan sarananyang telah digariskan di dalam panduan ini. Selamat menjadi warga UPSI dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi. Tahniah!!
~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~~Sultan Idris Education University~ SENARAI SEMAKANUntuk memudahkan urusan pendaftaran kemasukan saudara/i, sila pastikan bahawaperkara-perkara berikut telah dilakukan: 1. Semak status saudara/i di laman web ini iaitu : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran/ 2. Memilih setuju terima/menolak penawaran. 3. Memilih sah dan terima Aku Janji Pelajar (Online) 4. Cetak dari laman web Portal Kemasukan UPSI (laman web semakan), perlu diisi dan dibawa pada hari pendaftaran. i. Surat Tawaran Kemasukan (Online). - Surat tawaran kemasukan (online) ini adalah surat tawaran asal dan hanyadikeluarkan sekali (1) sahaja. Sila pastikan saudara/i membuat salinan yangsecukupnya. ii. Panduan Pengguna MyUPSI Portal iii. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian iv. Yuran Pengajian v. Sila lawati URL ini http://bhea.upsi.edu.my/admission/smA211/ untuk muat turun borang-borang berikut: a. Borang Pengesahan Pendapatan (B5) b. Keperluan-keperluan seperti dalam nota makluman Permohonan PinjamanTabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) c. Borang Perakuan Pelepasan Tuntutan Penempatan (untuk pelajar Sarjana Muda Pendidikan sahaja) 5. Cetak Slip Jadual Kuliah pada 15 Oktober 2021 (Jumaat) di MyUPSI Portal. 6. Sila buat pembayaran yuran pengajian secara online di portal pembayaranePayment@UPSI atau JomPay mulai 20 September 2021(Isnin). Manakalapembayaran di Cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia hanya boleh dibuat mulai pada 21 September 2021(Selasa). 7. Sila ‘upload’ (muatnaik) gambar berukuran paspot ke http://umpc.upsi.edu.myuntuk urusan kad matrik/kad pelajar mulai 17 September 2021 (Jumaat) danselewat-lewatnya pada 01 Oktober 2021 (Ahad). 8. Sila ‘upload’ (muatnaik) satu salinan dokumen yang diperlukan (rujuk m/s 9) ke URL ini https://oais.upsi.edu.my/evaultonline/ sebelum mendaftar padahari pendaftaran di UPSI.
~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~~Sultan Idris Education University~ SYARAT–SYARATTAWARANKEMASUKAN1. Syarat Penerimaan Masuk Tawaran masuk ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 1.1 Menjelaskan bayaran-bayaran seperti dinyatakan dalamtawarankemasukan. 1.2 Anda mesti mengesahkan penerimaan tawaran ini dengan segera melalui laman web http://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran/. SekiranyaUniversiti tidak menerima pengesahan daripada anda, andaakandianggap menolak tawaran dan seterusnya tawaran ini luput dengansendirinya dan tempat anda akan ditawarkan kepada calon lain. KAMI TIDAK AKAN MENGHANTAR PERINGATAN SECARA POS. 1.3 Tawaran ini terbatal sekiranya : 1.3.1 anda adalah seorang Pegawai Pendidikan, Kementerian PelajaranMalaysia. 1.3.2 anda adalah seorang penuntut yang sedang mengikuti pengajiandi maktab-maktab perguruan atau institusi-institusi pendidikantinggi dalam atau luar negara atau sedang mengikuti programpendidikan jarak jauh atau seumpamanya di institusi-institusi pendidikan tinggi tempatan. 1.3.3 anda gagal melaporkan diri, walaupun anda telah mengesahkanpenerimaan tawaran ini, kecuali kebenaran untuk mendaftar lewat setelah mendapat keizinan daripada pihak UPSI. 1.4 UPSI berhak menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa atau ditamatkan pengajian anda pada mana-mana peringkat tempoh pengajian apabila didapati kenyataan dan maklumat yang anda berikan adalah tidak benar. Tempoh pengesahan menerima tawaran/ menolak tawaran sehingga 25 September (Sabtu) sahaja!!!!
~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~~Sultan Idris Education University~ 2. Etika Pelajar Sepanjang tempoh pengajian, anda dikehendaki: 2.1 mematuhi undang-undang negara dan undang-undang Universiti iaitu AktaUniversiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2012), PerlembagaanUniversiti, Statut, Kaedah dan Peraturan dan keputusan yang dibuat olehpihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa; 2.2 sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga hartasertakemudahan-kemudahan perkhidmatannya dari dirosakkan oleh sesiapajuga; 2.3 tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalangperjalanan dan urusan Universiti seperti memulaukan kuliah dansebagainya atau melibatkan diri dengan kegiatan–kegiatan yangbolehmenjejaskan nama baik Universiti; 2.4 menghormati para pegawai dan pensyarah Universiti; 2.5 bekerjasama dengan Pengetua–Pengetua Kolej Kediaman dan patuhkepada peraturan-peraturan Kolej Kediaman sama ada anda penghuni atau tidak; 2.6 mengambil bahagian dalam semua kegiatan akademik, kebudayaan, sukan serta khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Universiti untukanda; dan 2.7 menjelaskan semua yuran yang dikenakan pada tarikh yang ditetapkanoleh Universiti. 3. Peraturan Pakaian Sepanjang tempoh pengajian, anda dikehendaki mematuhi Peraturan Pakaianyang ditetapkan seperti berikut: 3.1 Peraturan Pakaian Pelajar Lelaki 3.1.1 setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dan kemas iaituberseluar panjang dengan berbaju kemeja lengan panjangdanbertali leher. Bahagian bawah baju hendaklah dimasukkan kedalam bahagian seluar pada paras pinggang; 3.1.2 berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyenrambut tidak keterlaluan dan perlu bersesuaian dan kemas; 3.1.3 memakai seluar panjang yang bersih, kemas dan sopan. Pakaianjeans tidak dibenarkan sama sekali;
~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~~Sultan Idris Education University~ 3.1.4 memakai pakaian sukan yang sesuai semasa bersukan atauberekreasi; 3.1.5 memakai kasut kulit dan berstokin. 3.2 Peraturan Pakaian Pelajar Perempuan 3.2.1 Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai, seperti berbajukurung, kebaya labuh atau pakaian etnik masing-masingyangsesuai, kemas dan tidak menjolok mata. Baju mestilah berlenganpanjang atau paras siku dan tidak sendat serta tidak menunjukkanbentuk tubuh badan; 3.2.2 Pelajar Islam digalakkan bertudung tetapi tidak menutupsebahagian atau seluruh daripada muka (berpurdah); 3.2.3 Memakai seluar yang bersesuaian, bersih dan sopan. Jeans dankemeja T tidak dibenarkan sama sekali; 3.2.4 Memakai “make-up”, aksesori dan pewangi secara sederhana; 3.2.5 Memakai kasut yang menutup jari kaki, lereng kaki dan tumit. 5. Program Yang Ditawarkan Program yang ditawarkan kepada anda adalah muktamad berdasarkan kepadakelayakan yang anda miliki dan anda tidak dibenarkan menukar programpengajian. Anda juga tidak dibenarkan menangguh kemasukan ke UPSI. Menangguh kemasukan akan dianggap menolak tawaran. 6. Kuliah Kuliah akan bermula pada 18 Oktober 2021 (Isnin) iaitu satu (1) minggu selepas minggu suai kenal berlangsung tetapi anda dikehendaki mendaftarkan diri lebihawal seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran. Sila pastikan anda mencetakslip Pendaftaran Kursus & Jadual Kuliah yang akan dipaparkan di MyUPSI Portal masing-masing bermula pada 15 Oktober 2021(Jumaat).
~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~~Sultan Idris Education University~ 7. Panduan Capaian Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU) &Emel Pelajar i. SMBU boleh dicapai menerusi gerbang di http://login.upsi.edu.my/. ii. Senarai aplikasi pelajar adalah seperti berikut: iii. Pelajar boleh mengakses SMBU (eMySIS, Portal MyUPSI, Portal LMS MyGuru) menggunakan satu (1) akaun pengguna dengan panduan seperti berikut : KATA NAMA : < Huruf pertama no matrik + 6 digit terakhir nombor matrik >Contoh : Bagi No. Matrik D20021012345, Kata nama = D012345 KATA LALUAN : <Nombor Kad Pengenalan tanpa ‘-‘ ATAU nombor pasport> bagi loginkali pertama Contoh : 770707077777 atau WR120345 iv. Pelajar disediakan akaun emel rasmi sepanjang pengajian di UPSI KATA NAMA : <Id Portal MyUPSI Portal>@siswa.upsi.edu.my Contoh : [email protected] KATA LALUAN : Kata laluan emel default boleh disemak melalui Portal MyUPSI Sebarang masalah berkaitan emel, boleh dikemukakan melalui emel [email protected] v. Sistem Pengurusan Kata laluan Pelajar boleh mengemaskini dan reset kata laluan bagi akaun SMBUmasing- masing secara kendiri.
~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~~Sultan Idris Education University~ 8. Kenderaan Pelajar Saudara/i yang hendak menggunakan motosikal, hanya motosikal yang berkuasa150cc ke bawah sahaja dibenarkan dan sila mohon kebenaran dan dapatkansticker kenderaan yang boleh didapati di pejabat kolej kediaman masing-masing. Hanya pelajar semester 6 -8 sahaja yang dibenarkan membawa kereta ke kolej kediaman. Penggunaan kereta sendiri tidak digalakkan kerana masalahkesesakan dalam kampus.
~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~~Sultan Idris Education University~ PERSEDIAANSEBELUMMELAPORDIRI 1. Pemeriksaan Kesihatan Saudara/i WAJIB membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat KesihatanUPSI. Borang ini WAJIB dihantar pada hari pendaftaran di Kaunter Pusat Kesihatan. Pusat Kesihatan akan menetapkan tarikh pemeriksaan kesihatan di UPSI dansila lihat di tarikh jemu janji di MyUPSI Portal masing-masing selepasmendaftar di UPSI. 2. Bayaran Yuran Pendaftaran 2.1 Saudara/i WAJIB menjelaskan bayaran yuran pengajian sebelummendaftar. Pembayaran secara online boleh dibuat melalui portal pembayaran ePayment@UPSI atau JomPay. Perincian dan kaedah lainpembayaran yuran adalah seperti di PANDUANKAEDAHPEMBAYARAN YURAN atau pautan http://bit.ly/upsipay. 2.2 Saudara/i juga boleh membuat bayaran yuran di mana-mana cawanganBank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang berdekatan denganmengemukakan kad pengenalan dan surat tawaran kemasukan online. 2.3 Sekiranya saudara/i menghadapi sebarang masalah mengenai pembayaran, sila hubungi Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari di talian 015-4879 7738 / 7744 / 7755/ 7733 atau e-mel [email protected]. 2.4 Jika saudara/i ingin menarik diri dari pengajian. Berikut adalah kadar bayaran balik yuran berdasarkan keputusan Mesyuarat LembagaPengarah Universiti Kali Ke 125 Bil. 5/2019 bertarikh 27 September 2019 Tempoh/ Perkara Kadar Bayaran Catatan Menolak tawaran atau tidak mendaftar Keseluruhan yuran yang dibayar Permohonan bayaran balik perludikemukakan bersama Memo/Surat Pengesahan oleh BahagianHal Ehwal Akademik atau Institut Pengajian Siswazah. Minggu Orientasi 100% yuran-yuran kecuali pendaftaran, pemeriksaan kesihatan dan yuran pengurusan Kelayakan bayaran hanyabagi semester pertama sahaja Tempoh bayaran balik yuran adalahberdasarkan tarikh permohonanmenarik diri
~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~~Sultan Idris Education University~ Tempoh/ Perkara Kadar Bayaran Catatan antarabangsa Permohonan bayaran balik perludikemukakan bersama Surat Kelulusan Menarik Diri oleh BahagianHal Ehwal Akademik atau Institut Pengajian Siswazah. Tidak lebih 4 minggu (28 hari) dari tarikh permulaan semester 50% yuran-yuran kecuali yuran pendaftaran, pemeriksaan kesihatan dan yuran pengurusan antarabangsa Selepas 4 minggu (28 hari) dari tarikh permulaan semester Tiada bayaran balik 3. Persediaan Pakaian dan Keperluan Lain Saudara/i dikehendaki membawa pakaian dan keperluan berikut: 3.1 Pakaian semasa melapor diri (Rujuk Peraturan-Peraturan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Etika Berpakaian Dan Sahsiah Rupadiri Pelajar) 2014) 3.1.1.Lelaki : berpakaian kemas dengan Baju Kemeja berseluar Slack hitam (baju T, jeans, selipar/‘sandal’ tidak dibenarkan) 3.1.2.Perempuan : berpakaian kemas dan sopan mengikut etikapakaian yang telah ditetapkan (baju T, jeans, selipar/‘sandal’ tidak dibenarkan) 3.2 Pakaian kuliah/tutorial dan urusan rasmi universiti (mengikut KodEtikaPakaian Universiti) 3.2.1. Lelaki : pakaian pejabat/bertali leher 3.2.2 Perempuan : pakaian kemas dan sopan seperti Etika BerpakaianDan Sahsiah Rupadiri Pelajar) 2014)
~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~~Sultan Idris Education University~ 4 Sijil dan Salinan Sijil Saudara/i diWAJIBKAN membawa sijil-sijil asal dan salinan sijil-sijil akademik/dokumen lain yang telah disahkan, hanya sijil-sijil/dokumen yangdisahkan sahaja diterima untuk urusan pendaftaran. Sila UPLOADSATUSALINAN SAHAJA sijil-sijil berikut ke dalamURLhttps://oais.upsi.edu.my/evaultonline/ DOKUMEN TINDAKAN i. 1 Salinan Kad Pengenalan (dipalang disudut atas kiri) ii. 1 Salinan kad OKU (jika berkenaan) iii. 1 Salinan Surat Beranak/Sijil Lahir iv. 1 Salinan Surat Tawaran v. 1 Salinan Sijil SPM vi. 1 Salinan Sijil STPM/STAM/Diploma dan Transkrip /Matrikulasi/Asasi vii. 1 Salinan Sijil MUET viii. Borang Perakuan Pelepasan Tuntutan Penempatan ix. Borang Pengesahan Pendapatan Saudara/i dikehendaki : 1. Muat Naik (Upload) kesemua dokumen di sebelah di URL https://oais.upsi.edu.my/evaultonline/ 2. Mohon imbas salinan dokumen berkenaan dalam bentuk PDF sahaja. 3. Sila muat naik (upload) salinan dokumen berkenaan sebelum mendaftar pada hari pendaftaran di UPSI. * Semua salinan mestilah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A (Pegawai Kerajaan yang mempunyai Ijazah) sebelumdiimbas dan dimuatnaik ke dalam sistemdisediakan. 5 Pembukaan Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 5.1 Pelajar UPSI adalah WAJIB mempunyai akaun simpanan BIMB. 5.2 UPSI akan membuka akaun simpanan BIMB bagi pihak pelajar (sekiranyabelum ada). 5.3 Tiada sebarang deposit pembukaan akaun simpanan dikenakan. 5.4 Akaun simpanan BIMB tersebut hendaklah digunakan semasa permohonanPTPTN. 5.5 Pelajar yang sedia ada mempunyai akaun BIMB tidak perlu membukaakaun yang baru. Pastikan akaun BIMB tersebut berstatus aktif. 5.6 Hebahan semakan nombor akaun simpanan BIMB akan dimaklumkansecara SMS. Pelajar juga boleh dapatkan makluman di FacebookBendahariUPSI. * Semua salinan mestilah disahkan oleh Pegawai KumpulanA (Pegawai Kerajaan yang mempunyai Ijazah)
~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~~Sultan Idris Education University~ 5.7 Pelajar perlu mengaktifkan Akaun simpanan BIMB dimana-manaCawangan Bank Islam berdekatan bagi mengesahkan pemilik akaun bank. 5.8 5.9 Dokumen yang perlu dibawa adalah Kad Pengenalan dan Surat Tawaran Online. 5.10 Akaun simpanan BIMB yang tidak diaktifkan akan memyebabkan bayaranwang tajaan atau pinjaman PTPTN tidak dapat dikreditkan ke akauntersebut. 6 Bantuan Kewangan 6.1 Saudara/i boleh memohon bantuan kewangan daripada agensi ataupertubuhan lain seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Yayasan- yayasan Negeri, Bank atau Institusi Kewangan, kumpulan Wang SimpananPekerja (KWSP) dan sebagainya. 6.2 Borang Pengesahan pembayaran yuran bagi permohonan mengeluarkanwang melalui Skim Pengeluaran Pendidikan KWSP boleh didapati dengan e-melkan permohonan surat pengesahan KWSP [email protected]. Panduan permohonan boleh dirujukdipautan ini http://bit.ly/suratupsi. 6.3 Walau bagaimanapun borang bagi pengeluaran wang KWSP hanyaboleh didapati di cawangan-cawangan KWSP sahaja. 6.4 Untuk maklumat lanjut, saudara/i boleh merujuk kepada Unit Kewangandan Kebajikan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian015- 48797744/7760
~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~~Sultan Idris Education University~ PANDUANKETANJONGMALIM1. Bagi saudara/i yang tiba dengan penerbangan, bolehlah datang ke Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan menaiki teksi atau bas dari LapanganTerbang. Kadar tambang teksi dari Lapangan Terbang AntarabangsaKualaLumpur (KLIA) di Sepang adalah dalam anggaran RM140.00 dan ke atas. 2. Bagi saudara/i yang datang dari arah utara, selatan dan timur bolehmenggunakan sama ada jalan biasa atau Lebuhraya PLUS dan keluar di persimpangan Tol Tanjong Malim. Jarak Kampus dari Tol Tanjong Malimialah lebihkurang 15 km. 3. Bagi saudara/i yang datang dengan keretapi, jarak perjalanan dari stesenkeretapi ke kampus hampir lima kilometer (10 km). Sila lihat peta panduan yangdisertakan. LOKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, PROTON CITY) Dewan Tuanku Canselor (DTC), Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI
~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~~Sultan Idris Education University~ PERTANYAANSekiranya saudara/i mempunyai kemusykilan mengenai tawaran ini sila hubungi: Pejabat Perkara No.TelefonBahagian Hal Ehwal Akademik - Surat Tawaran - Tarikh Lapor Diri - Jadual Kuliah 015-48797982/7872/0134153016015-48797985/7875/0134623026Jabtan Hal Ehwal Pelajar (HEP) PTPTN 015-48797149Minggu Orientasi Pelajar 015-48797831/7832/7837Pemeriksaan Kesihatan 05- 4506668/6672Bendahari -Yuran -Kaedah Bayaran Yuran -Pengeluaran KWSP 015 – 48797744 / 7738/7733 / 7755