The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Teresa Ting, 2024-06-21 22:17:13

E-Modul ( SENI LUKISAN) TINGKATAN 6

E-Modul ( SENI LUKISAN) TINGKATAN 6

Keywords: SENI LUKISAN

lukisan lukisan e-modul tingkatan 6 CLAIRE LIN LEE LEE MAXIMUS ANAK JIMBAI TERESA TING XINGMING FROGESSON JELANI ANAK JOK SITI SYAHRINA DIANA PUTERI BINTI YAAKUB SENI VISUAL


2.PENGENALANUNSURDAN KANDUNGAN PENGKARYAAN: SENI HALUS 1 PRINSIP SENI 3. JENIS-JENISMEDIASENI LUKISAN 4. TEKNIK-TEKNIKSENI LUKISAN 5. LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKANLUKISAN 6.CONTOHKARYASENI LUKISAN 7. TOKOHLUKISAN 1. LUKISAN ISI 3 12 14 23 32 38


APA ITU LUKISAN? 1


lukisan Mengikut kamus Collins (2024), lukisan didefinisikan sebagai proses menggambarkan sesuatu imej. Ia merupakan gambaran sesuatu bentuk menggunakan garisan atau nilai kadar cerah dan gelap yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan. Lukisan merupakan asas pembentukan sesuatu karya seni visual dalam bidang pengkaryaan atau bidang perekaan. Lukisan dihasilkan menggunakan media basah atau kering yang bertujuan untuk mendapatkan kesan sesuatu bentuk pada sesuatu permukaan. 2


pengenalan unsur dan prinsip seni 3


UNSUR SENI PRINSIP REKAAN UNSUR SENI DAN PRINSIP REKAAN Aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan dalam sesebuah lukisan digunakan secara bersesuaian untuk menimbulkan ruang dan membentuk kesatuan dalam karya Garisan jalinan rupa nilai warna harmoni kepelbagaian keseimbangan kadar banding penegasan pergerakan ekonomi 4


GARISAN JALINAN Garisan merupakan sambungan antara titik yang merentasi dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Perbezaan ilusi visual yang terhasil daripada sifat jenis dan kualiti garisan dapat memberi berbagaibagai kesan ilusi seperti pergerakan, ekspresi dan emosi. Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula jadi atau benda buatan manusia. penghasilan jalinan pada karya seni visual dapat menyampaikan mesej yang tertentu. Contoh: Contoh: UNSUR SENI 5


RUPA UNSUR SENI Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama. Rupa adalah rata dan bersifat dua dimensi serta tidak mempunyai jisim, ton warna dan jalinan. NILAI Nilai merupakan salah satu aspek penting dalam penghasilan karya seni visual. Nilai berkaitan dengan penyebatian warna putih atau hitam atau gelap dan cerah. Contoh: Contoh: 6


Warna ialah unsur visual yang memainkan peranan yang penting dalam penghasilan karya dan kehidupan seharian. warna dapat membezakan antara sesautu benda. Warna mempunyai beberapa kriteria penting, iaitu jenis-jenis warna, suhu warna, nilai warna dan skema warna. WARNA Contoh: UNSUR SENI 7


Harmoni boleh wujud dengan menggunakan imej yang mempunyai kesan: PRINSIP REKAAN HARMONI Norfork Park (2010) Marhanim Abdul Razak KEPELBAGAIAN Harmoni ialah persamaan dalam satu kumpulan. Harmoni wujud alam satu kumpulan yang tiada ciri-ciri yang bercanggah. 1.Perulangan 2.Keseragaman 3.keseimbangan 4.Kesepaduan 5.Bersesuian 6.Tiada percanggahan Kepelbagaian merujuk kepada pelbagai unsur yang berbeza dalam sesebuah karya. Perbezaan dalam kepelbagaian dibentuk oleh olahan prinsip rekaan yang berbeza seperti keseimbangan, kadar banding, penegasan, pergerakan dan ekonomi. Menanti di Kuala (2005) Marhanim Abdul Razak Bedroom in Arlez (1888) Vincent Van Gogh 8


PRINSIP REKAAN KESEIMBANGAN Imejterbalik atas, bawah, kiri dan kanan KADAR BANDING Imbangan bermaksud perbandingan atau timbangan antara dua bahagian sesuatu benda. Pernyataan ini menjelaskan persamaan dan berpadanan pada kedua-dua belah bahagian. Kadar banding ialah berkaitan ukuran pada setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara bersesuaian dan harmoni. Kadar banding ada pada benda semula dan benda buatan manusia. Merenung Arus (2011) Hushinaidi Bin Abdul Hamid Imej cerminan sinaran 9


PRINSIP REKAAN PENEGASAN PERGERAKAN Penegasan bermaksud berkuasa atau berpengaruh. Imej dominan dapat menghasilkan penegasan dan penumpuan utama dalam sesuatu karya. Penegasan boleh diwujudkan dengan olahan yang mempunyai nilai kontra. Pergerakan dalam seni visual wujud apabila sesuatu imej dua dimensi disusun secara berulang. Ia juga wujud apabila imej diolah atau direka sehingga dapat menimbulkan ilusi pergerakan seperti unsur kelajuan, kepantasan atau ilusi optik. Mona Lisa (1517) Leonardo Da Vinci Gambar menunjukkan ilusi mata dengan menggunakan imej yang berulang 10


PRINSIP REKAAN EKONOMI Ekonomi dalam prinsip rekaan ialah penggunaan elemen atau imej yang paling asas dalam penghasilan karya. Contohnya, aplikasi unsur seni reka, prinsip reka, prinsip rekaan, penggunaan media dan teknik yang tidak berlebihan tetapi masih dapat menghasilkan rekaan yang menarik. Karya tersebut juga dapat memberikan mesej dan dapat berfungsi dengan baik. Apple (1983) AndyWarhol Target(1974) Jasper John 11


12


Penghasilan lukisan menggunakan media kering di atas permukaan kertas. Oleh yang demikian pensel (6H- 6B), arang, pensel warna, karyon lilin, pastel, marker, pen dan dakwat, pen mata bola, berus merupakan antara media utama paling sesuai dan berkesan. Tumpuan utama lukisan adalah kajian bentuk menggunakan garisan atau kesan cerah gelap. Begitu juga permukaan yang digunakan juga adalah tidak terhad. Antara permukaan yang sering digunakan untuk penghasilan lukisan ialah kertas, papan lapis dan kanvas. 13


TEKNIK-TEKNIK SENI LUKISAN 14


1.teknik lukisan garisan Garisan Selari Garisan Pangkah dan Silang Garisan Berombak Garisan Kontur Garisan Selari Garisan Pangkah dan Silang Garisan Berombak Garisan Kontur 15


boleh digosok menggunakan jari, sesuai untuk media pensel dan pastel 2. teknik gosokan 16


3. teknik gilap Lanjutan daripada teknik gosokan Menggunakan warna yang cerah untuk menghasilkan pantulan cahaya Biasanya dilakukan pada proses akhir lukisan Sesuai untuk media pastel (Burnishing) 17


4. Teknik titik Menggunakan titik-titik kecil untuk menampakkan bentuk, jalinan dan rupa subjek yang dilukis Sesuai untuk penggunaan media pen, pensel dan pastel 18


5.teknik campuran Penggunaan campuran media seperti pensel, pen, pastel dan warna air atau campuran teknik seperti titik dan gosokan yang digabungkan dalam satu karya. 19


6. teknik tekstur gosok Teknik gosokan di atas sesuatu permukaan yang mempunyai jalinan. Teknik ini akan menampakkan kesan pada permukaan yang digosok. Sesuai untuk media pensel dan pastel. 20


7. teknik gURISAN Gurisan atau menggunakan objek keras atau tajam seperti pisau palet untuk mendedahkan warna di bawahnya. Boleh digunakan dalam lukisan pastel minyak dan pastel lembut. 21


8. Teknik Melembut Menggunakan lapisan warna yang berlapis-lapis. Teknik ini menimbulkan pelbagai kesan seperti jalinan dan kesan warna pada sesuatu permukaan yang dilukis. Sesuai menggunakan warna pastel lembut dan pastel minyak. 22


LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN LUKISAN 23


LANGKAH 1: Pemerhatian dan penilaian terhadap sesuatu objek yang akan dilukis. Ia dihubungkan dengan pemahaman berkaitan objek. Lakaran pada peringkat pertama menggunakan pensel. 24


Mengenal pasti rupa asas yang terdapat pada setiap objek sebelum menggabungkan dalam satu seting. LANGKAH 2: Kadar Banding rupa 25


LANGKAH 3: Perhubungan warna juga penting kerana setiap objek yang diletakkan mempunyai kaitan pengaruh warna antara satu sama lain. Hal ini akan membuatkan warna keseluruhan objek yang dilukis menjadi harmoni. 26


LANGKAH 4: Mengenal pasti kesan cahaya dapat membantu calon menghasilkan tona cerah gelap yang betul. 27


LANGKAH 5: Warna pensel dapat membentuk kesan lorekan secara lebih terperinci. 28


LANGKAH 6: Kesan jalinan boleh menggunakan pelbagai teknik, antaranya ialah teknik gurisan. 29


LANGKAH 7: Untuk mendapatkan kesan yang harmoni antara penggunaan warna dengan warna yang lain dalam satu satah, calon boleh menggunakan teknik melembut, iaitu mewarna lapis demi lapis. 30


Hasil Karya Akhir 31


CONTOH KARYA SENI LUKISAN 32


KARYA 33LUKISAN POTRET LEONARDO DA VINCI ARANG ATAS KERTAS (1510-1515) PAK TAM JALAINI ABU HASSAN ARANG ATAS KERTAS (2017)


KARYA 34 KHAIRUDIN ZAINUDIN DISLOCATED 2: BEING ALIEN PENSEL ATAS KERTAS (2017) THE SLEEPY LANDSCAPE JALAINI ABU HASSAN ARANG DAN BITUMEN ATAS KERTAS (2010)


35KARYA SEKICHAN CHONG SIEW YING ARANG ATAS KERTAS (2006) UNTITLED AMRON OMAR PASTEL MINYAK ATAS KERTAS (2001)


36 KARYA PEREMPUAN INDIA AHMAD ZAKII ANWAR ARANG ATAS KERTAS (2015) PEREMPUAN MELAYU AHMAD ZAKII ANWAR ARANG ATAS KERTAS (2015)


37KARYA LOJI-LOJI BANRU PAM2 AYER PENYEJOK HOESSEIN ENAS PENSEL WARNA, PEN DAN MARKER ATAS KERTAS (1972) PERTARUNGAN AMRON OMAR ARANG ATAS KERTAS (2004)


TOKOH LUKISAN 38


TOKOH LUKISAN MALAYSIA Abdul Latiff bin Haji Mohidin (A. Latiff Mohidin, Alma) dilahirkan pada 20 Ogos 1941 di Seremban, Negeri Sembilan. Latiff menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus darjah IV. Sesudah itu, Latiff menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian pada tahun 1954, beliau kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah King George V hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959. Dato’ Hoessein Enas dilahirkan di Bogor, Indonesia pada tahun 1924. Beliau tiba di Tanah Melayu dari Indonesia pada tahun 1947 dan menjadi warganegara pada tahun 1956. Beliau merupakan ahli pengasas Angkatan pelukis Semananjung pada tahun 1956, yang merupakan persatuan penting dalam perkembangan aktiviti kesenian di negara sekitar era Kemerdekaan. Ketokahannya sebagai pelukis potret dalam gaya realis akademik semain menyerlah berikutan kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. 39


TOKOH LUKISAN MALAYSIA 40Ahmad Zakii Anwar merupakan graduan Pusat Pengajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARA dalam bidang reka bentuk grafik pada tahun 1977. Dipuji kerana potretnya yang merangsang, kiasan, masih hidup buah-buahan dan sayur-sayuran dalam komposisi yang tidak senonoh dan peralatan dapur domestik serta haiwan liar binatang dan budaya Bali eksotik dan ikonografi Buddha rohani dalam pelbagai medium, keunggulannya juga telah berkembang menjadi ilustrasi cat air. Dilahirkan di Kedah, Amron Omar (l. 1957) merupakan lulusan dari Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM) pada tahun 1980. Pada tahun 1982, beliau memenangi Anugerah Kecil dalam pameran Bakat Muda Sezaman. Beliau turut memenangi Anugerah Perak dalam pertandingan Asia Art anjuran Sime Darby pada tahun 1985. Beliau juga pernah menyertai pameran di peringkat antarabangsa, seperti The Contemporary Asian Art Show di Fukuoka, Jepun (1980), ASEAN Mobile Show di Jakarta (1981) dan Contemporary Paintings of Malaysia di Los Angeles, California (1988).


TOKOH LUKISAN ANTARABANGSA 41Leonardo di ser Piero da Vinci (15 April 1452 – 2 Mei 1519) ialah seorang polimath Itali dari Renaissance Tinggi yang aktif sebagai pelukis, draughtsman, jurutera, saintis, ahli teori, pengukir, dan arkitek. [3] Walaupun kemasyhurannya pada mulanya terletak pada pencapaiannya sebagai pelukis, beliau juga terkenal dengan buku notanya, di mana beliau membuat lukisan dan nota mengenai pelbagai subjek, termasuk anatomi, astronomi, botani, kartografi, lukisan, dan palaeontologi. Michelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni dilahirkan pada 6 Mac 1475 - 18 Februari 1564, dikenali sebagai Michelangelo, adalah seorang pengukir, pelukis, arkitek dan penyair Itali Renaissance Tinggi. Dilahirkan di Republik Florence, karyanya diilhamkan oleh model dari zaman purba klasik dan mempunyai pengaruh yang berkekalan terhadap seni Barat.


TOKOH LUKISAN ANTARABANGSA 42Vincent Willem van Gogh (30 Mac 1853 – 29 Julai 1890) ialah pelukis Belanda Post-Impressionist yang merupakan antara tokoh paling terkenal dan berpengaruh dalam sejarah seni Barat. Dalam masa lebih dari satu dekad, beliau mencipta kira-kira 2100 karya seni, termasuk sekitar 860 lukisan minyak, kebanyakannya dalam dua tahun terakhir hidupnya. Oeuvrenya termasuk landskap, kehidupan pegun, potret, dan potret diri, yang kebanyakannya dicirikan oleh warna berani dan kerja berus dramatik yang menyumbang kepada kebangkitan ekspresiisme dalam seni moden. Edgar Degas dilahirkan Hilaire-Germain-Edgar De Gas, Perancis (19 Julai 1834 – 27 September 1917) ialah seorang artis Impressionist Perancis yang terkenal dengan lukisan pastel dan lukisan minyaknya. Degas juga menghasilkan arca gangsa, cetakan, dan lukisan.


terima kasih


Click to View FlipBook Version