The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sazahlie Sapar, 2020-05-12 17:57:34

KKM - Panduan Solat Pesakit

KKM - Panduan Solat Pesakit

PANDUAN
CARA MENGERJAKAN

SEMBAHYANG UNTUK PESAKIT

PERCUMA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh

Solat 5 waktu telah diwajibkan kepada orang islam dan tidak boleh
ditinggalkan walau dalam keadaan apa sekali pun, kecuali dia tidak
sedarkan diri, hilang akal atau gila. Buku Cara Mengerjakan Sembahyang
Untuk Pesakit diterbitkan bagi memudahkan pesakit melaksanakan ibadat solat
fardu khususnya untuk pesakit di hospital dan umumnya di rumah.
Cara dan panduan bergambar yang dipamerkan dalam buku ini tidak
mengambarkan pergerakkan fizikal dan perbuatan dalam solat secara
menyeluruh, ianya hanya contoh bagi membantu pesakit melakukan
solat. Anda harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas untuk
mengerjakan solat.

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit   1

SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL

A BERUPAYA SUJUD

TAKBIR QIAM

• Niat • Letakkan tangan di dada jika
• Angkat kedua tangan jikalau berupaya
berupaya
• Takbiratul ihram menyebut • Membaca doa Iftitah jika
berupaya
“Allahu Akbar” ketika
mengangkat tangan • Afdhalnya membaca Au’zubillah
sebelum Fatihah
• Membaca surah Al Fatihah
• Membaca surah Al-Quran

atau ayat Lazim jika berupaya

 2 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL

A BERUPAYA SUJUD

RUKUK I’TIDAL

• Takbir sambil rukuk dengan • I’tidal iaitu kembali meluruskan
membongkokkan sedikit badan sambil membaca bacanya.
sahaja badan ke hadapan.

• Baca tasbih ketika rukuk

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit   3

SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL

A BERUPAYA SUJUD

SUJUD TAHIYAT

• Takbir sambil sujud dengan • Takbir sambil kembali meluruskan
sempurna (sujud tujuh anggota) b adan seperti keadaan permulaan
solat tadi, ulangi langkah yang sama
• Baca tasbih ketika sujud ulangi langkah yang sama untuk
rakaat kedua dan seterusnya (anda
sudah memasuki rakaat kedua)
Beberapa penambahan pada
rakaat kedua dan rakaat akhir
seperti Tahiyyat awal, Tahiyyat
Akhir dan Salam

 4 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

B SOLAT DUDUK DI ATAS KERUSI

TAKBIR QIAM

• Niat • Letakkan tangan di dada jika
• Angkat kedua tangan jikalau berupaya
berupaya
• Takbiratul ihram menyebut • Membaca doa Iftitah jika
berupaya
“Allahu Akbar” ketika
mengangkat tangan • Afdhalnya membaca Au’zubillah
sebelum Fatihah
• Membaca surah Al Fatihah
• Membaca surah Al-Quran

atau ayat Lazim jika berupaya

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit   5

B SOLAT DUDUK DI ATAS KERUSI

RUKUK SUJUD

• Takbir sambil rukuk dengan • Menbaca Tasbih ketika sujud
m embongkokkan sedikit sahaja • Takbir sambil meluruskan badan
badan ke hadapan
semula bagi duduk antara dua sujud
• Baca Tasbih ketika rukuk kemudian membaca doanya
• I’tidal iaitu kembali meluruskan • Takbir sambil sujud dengan
badan sambil membaca bacaanya membongkokkan badan melebihi
• Takbir sambil sujud dengan dari paras semasa melakukan rukuk
• Membaca Tasbih ketika sujud
membongkokkan badan
melebihi dari paras semasa
melakukan rukuk

TAHIYAT

• Takbir sambil kembali meluruskan
badan seperti keadaan permulaan

solat tadi, ulangi langkah yang sama
untuk rakaat kedua dan seterusnya
(anda sudah memasuki rakaat
kedua)
Beberapa penambahan pada rakaat
kedua dan rakaat akhir seperti
Tahiyyat awal, Tahiyyat Akhir dan
Salam

 6 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL

C TIDAK BERUPAYA SUJUD

TAKBIR QIAM

• Boleh duduk mengikut apa saja • Letakkan tangan di dada jika
bentuk kemampuan seperti berupaya
melunjurkan kaki ke arah kiblat • Membaca doa Iftitah jika berupaya
atau duduk bersila • Afdhalnya membaca Au’zubillah
sebelum Fatihah
• Niat • Membaca surah Al-Fatihah
• Angkat ketua tangan jikalau • Membaca surah Al-Quran atau ayat
berupaya Lazim jika berupaya
• Takbiratul ikram menyebut “Allah
Akhbar” ketika mengangkat tangan

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit   7

C SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL

TIDAK BERUPAYA SUJUD

RUKUK SUJUD

• Takbir sambil rukuk dengan • Membaca Tasbih ketika sujud
membongkokkan sedikit sahaja • Takbir sambil meluruskan badan
badan ke hadapan semula bagi duduk antara dua sujud
• Baca Tasbih ketika rukuk kemudian membaca doanya
• I’tidhal iaitu kembali meluruskan • Takbir sambil sujud dengan
badan sambil membaca bacaanya membongkokkan badan melebihi
• Takbir sambil sujud dengan dari paras semasa melakukan rukuk
membongkokkan badan melebihi • Membaca Tasbih ketika sujud
dari paras semasa melakukan rukuk

TAHIYAT

• Takbir sambil kembali meluruskan
badan seperti keadaan permulaan
solat tadi, ulangi langkah yang
sama untuk rakaat kedua dan
seterusnya (anda sudah memasuki
rakaat kedua)
• Beberapa penambahan pada rakaat
kedua dan rakaat akhir seperti
Tahiyyat awal, Tahiyyat Akhir dan
Salam

 8 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

D CARA SOLAT BARING MENGIRING
ATAS LAMBUNG KANAN

TAKBIR QIAM

• Baring di atas lambung / pinggang • Membaca Doa Iftitah jika berupaya
kanan permukaan badan • Afdhalnya membaca Au’zubillah
menghadap ke arah kiblat sebelum fatihah
• Tangan diletakkan mengikut • Baca surah Al-Fatihah
keupayaan • Membaca surah Al-Quran atau ayat
• Niat Lazim jika berupaya
• Angkat tangan jika berupaya
• Takbiratul Ihram

RUKUK

• Takbir sambil rukuk dengan
menundukkan sedikit kepala
sebagai isyarat rukuk
• Baca Tasbih ketika rukuk

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit   9

D CARA SOLAT BARING MENGIRING
ATAS LAMBUNG KANAN

I’TIDAL SUJUD

• I’tidal dengan mengangkat semula • Takbir sambil sujud iaitu dengan
kepala serta membaca bacaanya menundukkan kepala melebihi
• Takbir sambil menggangkat kepala paras yang dilakukan ketika rukuk
seperti permulaan solat sebagai sebagai isyarat sujud yang kedua
isyarat duduk antara dua sujud • Baca tasbih ketika sujud
• Baca doa duduk antara dua sujud
sekiranya berupaya

TAHIYAT

• Takbir sambil kembali menggangkat
kepala seperti permulaan solat tadi,
ulangi langkah yang sama untuk
rakaat kedua dan seterusnya (anda
sudah memasuki yang rakaat
kedua)
• Beberapa penambahan pada rakaat
kedua dan rakaat akhir seperti
Tahiyyat awal, Tahiyyat Akhir dan
Salam

 10 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

E CARA SOLAT BARING TELENTANG

TAKBIR QIAM

• Letakkan tangan di dada jika berupaya • Berbaring terlentang dengan kaki
• Membaca doa Iftitah jika berupaya melunjur ke arah Qiblat
• Afdhalnya membaca Au’zubillah • Boleh menggunakan alas kepala
sebelum Fatihah • Niat
• Membaca surah Al-Fatihah • Angkat tangan sekiranya berupaya
• Membaca surah Al-Quran atau ayat Takbiratul Ihram menyebut
Lazim jika berupaya “AllahAkhbar”

RUKUK

• Takbir sambil rukuk dengan
menundukkan sedikit kepala
sebagai isyarat rukuk
• Baca Tasbih ketika rukuk

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit   11

E CARA SOLAT BARING TELENTANG

I’TIDAL SUJUD

• I’tidal dengan mengangkat • Takbir sambil sujud iaitu dengan
kepala seperti permulaan tadi menundukkan kepala melebihi
sebagai isyarat I’tidal serta paras yang dilakukan ketika rukuk
membaca bacaanya sebagai isyarat sujud
• Baca tasbih ketika sujud
• Takbir sambil mengangkat kepala
seperti permulaan tadi sebagai
isyarat duduk antara dua sujud

TAHIYAT

• Baca doa duduk di antara dua sujud
• Takbir sambil sujud iaitu dengan
menundukkan kepala melebihi paras
yang dilakukan ketika rukuk sebagai
isyarat sujud yang kedua
• Takbir sambil mengangkat kembali
kepala,seperti keadaan permulaan
solat tadi, kemudian ulangi langkah
yang sama untuk rakaat kedua dan
seterusnya (anda sudah memasuki
rakaat kedua)
• Beberapa penambahan pada rakaat
kedua dan rakaat akhir seperti
Tahiyyat awal, Tahiyyat Akhir dan
Salam

 12 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

F SOLAT BERDIRI SAHAJA QIAM
TAKBIR

• Niat • Letakkan tangan di dada jika
• Angkat kedua tangan jikalau berupaya
berupaya • Membaca doa Iftitah jika berupaya
• Takbiratul Ihram menyebut “Allahu • Afdhalnya membaca Au’zubillah
Akhbar” ketika mengangkat tangan sebelum Fatihah
• Membaca surah Al-Fatihah
• Membaca surah Al-Quran atau ayat
Lazim jika berupaya

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit   13

F SOLAT BERDIRI SAHAJA

RUKUK I’TIDAL

• Takbir sambil tundukkan kepala • I’tidal dengan mengangkat semula
sedikit sebagai isyarat rukuk kepala seperti permulaan solat tadi
• Baca Tasbih ketika rukuk sambil membaca bacaanya
• Takbir sambil tundukkan kepala
melebihi paras isyarat rukuk
sebagai tanda isyarat sujud

 14 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

F SOLAT BERDIRI SAHAJA

SUJUD TAHIYAT

• Baca Tasbih ketika sujud • Takbir sambil mengangkat kembali
• Takbir sambil mengangkat kepala kepala seperti keadaan permulaan
seperti permulaan solat tadi sebagai solat tadi, kemudian ulangi langkah
isyarat duduk di antara dua sujud yang sama untuk rakaat kedua dan
• Baca doa duduk di antara dua sujud seterusnya (anda sudah memasuki
• Takbir sambil tundukkan kepala rakaat kedua)
melebihi paras isyarat rukuk • Beberapa penambahan pada
sebagai tanda isyarat sujud yang rakaat kedua dan rakaat akhir
kedua seperti Tahiyyat Awal, Tahiyyat
Akhir dan Salam

Cara dan panduan bergambar yang dipamerkan di dalam buku ini
tidak mengambarkan fizikal dan perbuatan dalam solat secara menyeluruh,
ianya hanyalah yang penting untuk membantu ibadat solat pesakit.
Anda mestilah sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas

untuk mengerjakan solat.

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit   15

CARA MENUNAIKAN SOLAT BAGI PESAKIT

1. Bagi pesakit yang boleh menunaikannya secara biasa hendaklah berbuat demikian (setelah
syarat-syarat solat tadi dipenuhi).

Firman Allah S.W.T : Maksudnya. (‘Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyu’).

Sabda Nabi S.A.W. Maksudnya :Imran Bin Husin bercerita: Adalah aku berpenyakit buasir, maka
aku bertanya nabi, sabdanya:”Solatlah secara berdiri, jika engkau tidak berdaya, duduklah. Jika
tidak berdaya juga, maka solatlah secara berbaring merusuk (kanan)”.
(HR Bukhari, Abu Daud dan Ahmad Bin Hanbal).
2. Pesakit yang tidak dapat berdiri hendaklah dia solat secara duduk iaitu:
i) Duduk secara iftirash (seperti duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal)
ii) Duduk bersila
iii) Duduk mengikut cara yang mampu dilakukan
vi) Menghadap kiblat
3. Jika tidak mampu untuk rukuk dan sujud, hendaklah melakukan isyarat dengan kepala iaitu
tunduklah bagi sujud lebih rendah daripada tundukan bagi rukuk.
4. Jika tidak mampu duduk hendaklah dia solat secara mengiring di atas lambungnya. (pada bahagian
kanan tubuh, jika tidak dapat, mengiringlah pada bahagian kirinya dengan dihadapkan seluruh
badan ke arah kiblat).
5. Jika tidak boleh, solat secara telentang dengan menjadikan kedua-dua kakinya menghadap ke arah
kiblat dan melakukan isyarat dengan kepala atau matanya, jika tidak berdaya juga maka hendak-
lah dia solat dengan menggunakan isyarat (dengan apa-apa sahaja seperti kepala atau mata dan
sebagainya).
6. Bagi yang tidak dapat menghadapkan mukanya ke arah kiblat dan tidak ada orang yang membantu-
nya sekalipun dengan bayaran, hendaklah dia bersolat di dalam keadaanya itu.
7. Sekiranya dahinya dibalut, bolehlah baginya sujud di atas balutan tersebut dan tidak perlu lagi
diulangi solat itu.

Masalah jama’ solat (kumpul dua fardu solat dalam satu waktu ) bagi pesakit. Ulama Islam
mempunyai dua pandangan dalam masalah ini:

1. Mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian ulama Maliki berpendapat. “Pesakit tidak dibenarkan
menjama’ dua solat pada satu-satu waktu kerana kesakitan yang dialaminya”.

2. Mazhab Maliki, Hanbali dan sebahagian ulama Mazhab Syafie seperti Al-Qadi Husain dan Al-
Mutawalli berpendapat:

“ Dibenarkan berbuat demikian malah dibenarkan menunaikannya sama ada secara Jama’ Taqdim
(dahulukan) atau Ta’khir (akhirkan): Seperti mengumpulkan zuhur dan asar dalam waktu zuhur
dan waktu asar.

Pendek kata, masalah jama’ ini adalah terpulang kepada pesakit itu sendiri, dia dibenarkan memilih
mana yang lebih baik baginya. Begitu juga bagi doktor-doktor yang melakukan pembedahan yang
memakan masa yang panjang, sekiranya pekerjaan tersebut tidak dapat dihentikan kecuali selepas
dua waktu solat, maka dibenarkan bagi mereka melakukan solat jama’ tersebut. (61)

RUJUKAN:

Al-Faqir Ilalah, Abu Anas Madani,
Pokok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
www.abuanasmadani.com

 16 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

KEMENTERIAN KESIHATAN Diterbitkan oleh Sihat Sepanjang Hayat
MALAYSIA Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Laman Web: www.myhealth.gov.my
www.infosihat.gov.my

BUT.12.KKM (Cetak/ICT)237/2008.50,000


Click to View FlipBook Version