The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sazahlie Sapar, 2020-05-13 19:30:49

Syed Qutb - Petunjuk Sepanjang Jalan

Syed Qutb - Petunjuk Sepanjang Jalan

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

(Yusuf: 40)

dan firman:

‫ﹸﻗ ﹾﻞ َﻳﺎ ﹶﺃ ْﻫ ﹶﻞ ﺍﹾﻟ ِﻜَﺘﺎ ِﺏ َﺗَﻌﺎﹶﻟ ْﻮﹾﺍ ِﺇﹶﻟﻰ ﹶﻛﹶﻠ َﻤٍﺔ َﺳ َﻮﺍﺀ َﺑْﻴَﻨَﻨﺎ َﻭَﺑْﻴَﻨﻜﹸ ْﻢ ﹶﺃﻻﱠ َﻧ ْﻌﺒُ َﺪ ِﺇﻻﱠ ﺍﻟﹼﻠَﻪ َﻭ ﹶﻻ ﻧُ ْﺸ ِﺮ َﻙ ِﺑِﻪ َﺷْﻴﹰﺌﺎ‬
‫َﻭ ﹶﻻ َﻳﱠﺘ ِﺨ ﹶﺬ َﺑ ْﻌ ُﻀَﻨﺎ َﺑ ْﻌﻀﹰﺎ ﹶﺃ ْﺭَﺑﺎًﺑﺎ ﱢﻣﻦ ُﺩﻭ ِﻥ ﺍﻟﹼﻠِﻪ ﹶﻓِﺈﻥ َﺗ َﻮﱠﻟ ْﻮﹾﺍ ﹶﻓﹸﻘﻮﹸﻟﻮﹾﺍ ﺍ ْﺷ َﻬ ُﺪﻭﹾﺍ ِﺑﹶﺄﱠﻧﺎ ُﻣ ْﺴِﻠ ُﻤﻮ ﹶﻥ‬

Maksudnya: “Katakanlah [ajarkanlah] wahai Muhammad, wahai ahli kitab,
marilah kita [pegang] satu sahaja [dasar] antara kami dan kamu: [Iaitu] dasar
bahawa kita tidak [akan] menyembah [mengabdikan diri] kepada Tuhan yang
lain daripada Allah, dan kita tidak akan sekutukan sesuatu apa pun dengan-Nya
[Allah] dan tidak pula setengah kita [orang awam atau rakyat jelata] menganggap
setengah yang lain sebagai Tuhan, selain daripada Allah. Dan seandainya mereka
[Masih] berdegil dan berkeras juga, maka katakanlah kepada mereka:
Persaksikanlah bahawa kami semuanya adalah orang Islam [yang menyerah diri
sepenuhnya kepada Allah].

(Aali Imraan: 64)

Pemerintahan Allah di bumi-Nya ini tidak mungkin tegak terlaksana dengan
cara bahawa pemerintahan itu dikendalikan oleh orang atau golongan tertentu,
seumpama para padri dan pendeta dan orang-orang yang menamakan dirinya
tokoh-tokoh atau orang-orang agama, seperti yang telah berlaku dalam sistem
pemerintahan gereja di Eropah zaman pertengahan; tidak pula dalam bentuk orang
atau golongan tertentu bercakap sebagai wakil Tuhan, seperti yang berlaku di dalam
sistem pemerintahan THEOCRACY atau “Kerajaan Suci” bukan itu bentuknya tapi
ialah dengan melaksanakan syariat Ilahi dan semua urusan hidup dijalankan
berpandu kepada ajaran Allah.

Menegakkan Kerajaan Allah di muka bumi ini, melaksanakan syariat dan
undang-undang Allah, merebut kembali kekuasaan Allah dari tangan manusia
durjana yang merampas hak-hak Allah, memansukhkan undang-undang bikinan
manusia tidak akan berhasil hanya dengan berdakwah sahaja, bertabligh dengan
berpidato sahaja. Orang-orang yang ketagih menekan leher sesama manusia, ketagih
merampas kuasa Allah, tidak akan menyerahkan kuasa mereka hanya dengan
dakwah, tabligh dan penerangan sahaja. Sebab kalau dakwah tabligh dan
penerangan sahaja sudah cukup, maka alangkah ringan dan mudahnya tugas itu
dan alangkah mudahnya kerja para Rasul menegakkan agama Allah di muka bumi
ini sejak zaman berzaman.

Proklamasi umum untuk membebaskan umat manusia daripada menjadi
mangsa pengabdian oleh sesama manusia dan menegakkan kekuasaan Allah sahaja,
bukanlah merupakan suatu proklamasi yang berpandukan teori falsafah yang
negatif. Ia merupakan proklamasi yang berpijak di bumi nyata dan disertai dengan
gerakan yang positif, disertai oleh pelaksanaan yang praktikal dalam bentuk suatu

Syed Qutb 51

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

sistem pemerintahan yang berpandukan syariat Allah, menghapuskan pengabdian
oleh manusia atas sesama manusia, dan umat manusia mengabdikan diri dan
bertuhan hanya kepada Allah sahaja tanpa sebarang sekutu bagi-Nya. Dengan
demikian maka hendaklah usaha berdakwah dan mermberikan penerangan itu
berjalan serentak, dan seimbang dengan gerakan melaksanakan tujuan proklamasi
itu.

Oleh kerana ia suatu proklamasi umum bagi kemerdekaan dan kebebasan
seluruh UMAT MANUSIA di seluruh MUKA BUMI, kemerdekaan dan kebebasan
dari sebarang kekuasaan yang lain dari kekuasaan Allah, maka agama Islam, di
sepanjang zaman gerakannya, terpaksa berhadapan dengan beraneka ragam
rintangan dan halangan, baik yang bentuk akidah dan konsep hidup, mahu pun
yang bercorak benda dan realiti, termasuk sistem politik, corak pemerintahan, sosial,
ekonomi, pertentangan kelas dan berbagai bentuk ajaran karut.

Kalaulah penerangan (dakwah) terpaksa menghadapi masalah iktikad dan
konsep hidup, maka gerakan terpaksa pula menghadapi beraneka halangan
berbentuk benda, bermula dari kekuasaan politik (status quo dan vested interest),
yang menguasai bidang kepercayaan di samping melindungi faham perkauman,
realiti hidup dan organisasi sosial dan ekonomi yang berliku-liku. Kedua-duanya
(penerangan (dakwah) dan gerakan) terpaksa menghadapi realiti KEMANUSIAAN
seturuhnya dengan cara yang sesuai dengan peranan dan keadaan masing-masing.
Kedua-duanya adalah syarat mutlak untuk memulakan gerakan membebaskan
umat manusia di bumi ini, seluruh UMAT MANUSIA dan di seluruh MUKA BUMI.
Syarat mutlak yang mesti dilaksanakan!

Sesungguhnya agama Islam bukanlah hanya sekadar suatu proklamasi
kebebasan dan kemerdekaan manusia dan bumi Arab sahaja! Perutusan dan
messagenya bukanlah khas untuk orang-orang Arab sahaja, sebab dasar dan tajuk
percakapannya ialah “manusia” setiap jenis manusia dan lapangannya ialah “bumi”,
setiap keping bumi, sebab Allah bukanlah Tuhan bagi orang-orang Arab sahaja dan
bukan juga Tuhan untuk penganut-penganut Islam sahaja bahkan Dia adalah Tuhan
SERU SEKALIAN ALAM dan agama itu adalah bertujuan mengembalikan “alam”
ini seluruhnya ke pangkuan TUHAN-nya mencegah mereka daripada menyembah
dan mengabdikan diri (beribadat) terhadap yang lain daripada-Nya, sebab
penghambaan yang paling besar, dalam pandangan Islam, ialah sifat patuh dan
tunduk mahusia kepada undang-undang yang dibikin oleh manusia sendiri untuk
diterima dan dipatuhi oleh sesama umat manusia inilah dia inti pengertian “ibadat”.
Yang mereka berikrar bahawa “ibadat” itu hanya untuk Allah sahaja, kepada Allah
sahaja, di hadapan Allah sahaja, dan sesiapa sahaja yang melakukan ibadat,
menumpukan pengabdian dan kepatuhan kepada yang lain dari Allah, maka bererti
dia telah keluar dari agama Allah, walaupun dia mengaku, mendakwa dan
menepuk dada bahawa dia adalah seorang Islam. Rasulullah SAW telah membuat
penegasan bahawa “kepatuhan” dalam peraturan hidup, undang-undang dan dasar
pemerintahan itu adalah merupakan sejenis “ibadat” yang menyebabkan orang-

Syed Qutb 52

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

orang Kristian (Nasrani) dipandang sebagai orang musyrikin yang menentang dan
mengingkari perintah Allah supaya “ibadat” itu ditumpukan kepada Allah sahaja.

Imam At-tirmidzi telah meriwayatkan, dengan sanadnya, mengenai cerita
Adi bin Hatim r.a. bahawa setelah sampai kepadanya dakwah Rasulullah SAW,
beliau tidak mahu memeluk Islam dan terus melarikan diri ke Syam, kerana beliau
telah menganut agama Kristian sejak zaman jahiliyah. Seorang saudara
perempuannya (barangkali kakaknya) dengan disertai oleh beberapa orang
terkemuka kaumnya telah jatuh menjadi orang tawanan tentera Islam; tetapi
Rasulullah merasa kasihan kepada saudara perempuannya itu lalu beliau
membebaskannya. Setelah dibebaskan, saudara perempuan Adi bin Hatim pulang
menemui beliau (Adi) lalu diajaknya beliau menganut Islam dan datang mengadap
Rasulullah SAW di Madinah. Ketibaan mereka berdua beradik itu rupanya menjadi
buah mulut penduduk Madinah, kerana beliau (Adi) masuk menghadap Rasulullah
dengan keadaan memakai sebatang salib (cross) perak di lehemya.

Kebetulan pada ketika itu Rasulullah SAW sedang menyampaikan firman
Allah yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Kristian telah memandang padri-padri,
rahib-rahib pendeta dan ketua agama mereka sebagai Tuhan selain dari Allah. Mendengar
bacaan ayat ini Adi pun terus menjawab: “tidak, mereka itu (Yahudi dan Kristian)
tidak menyembah dan melakukan ibadat terhadap para padri dan rahib itu”, lalu
Rasulullah SAW pun menjawab dengan tegasnya: “bahkan! ketegasan ini sangat
benar, kerana pada padri dan rahib itu telah mengharamkan perkara-perkara yang
dihalalkan oleh Allah, mereka menghalalkan perkara-perkara yang Allah,
haramkan, lalu mereka (orang-orang Yahudi dan Kristian itu) terima dan patuh
sahaja menerima keputusan yang dibuat oleh para padri dan rahib itu. Itulah erti
dan maksud ibadat mereka terhadap padri dan rahib itu.”

Tafsiran Rasulullah SAW atas firman Allah ini adalah merupakan nas dan
sandaran hukum yang pemutus, Yang memberi kesimpulan bahawa sikap tunduk,
patuh dan menerima sahaja dalam masalah perundangan dan pemerintahan adalah
juga bererti pengabdian yang boleh menyebabkan individu dan golongan yang
berkenaan itu terkeluar dari agama Islam dan juga boleh membawa erti bahawa
sikap seperti itu adalah satu bentuk pendewaan dan pemujaan, malah
mempertuhankan sesama manusia sendiri, iaitu suatu masalah yang hendak dikikis
habis oleh Islam dan malah kehadiran Islam pun adalah bertujuan untuk
memproklamasikan kebebasan MANUSIA di muka BUMI daripada mengabdikan
diri kepada yang lain daripada Allah. Dengan demikian maka Islam mesti bergerak
di bumi ini untuk menghapuskan realiti yang bertentangan dengan proklamasi
umum itu, menyampaikan penerangan (dakwah) dan menjalankan gerakan sekali
gus; juga hendaklah ia (Islam) itu memberikan pukulan balas terhadap segala
macam hantaman dan pukulan pihak penguasa politik yang mermaksa umat
manusia mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah, iaitu yang memerintah
mereka dengan memakai undang-undang dan syariat yang lain daripada undang-
undang dan syariat Allah, dan menyekat umat manusia mendengar penerangan
(dakwah) dan menganut akidah dengan aman dan bebas, tanpa dihalangi oleh

Syed Qutb 53

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

sebarang kekuasaan yang lain, supaya ia menegakkan suatu sistem sosial, ekonomi
dan politik yang membolehkan gerakan pembebasan itu berjalan lancar dan teratur,
setelah hapus kekuasaan yang menghalangnya, sama ada kekuasaan itu berbentuk
kekuasaan politik sahaja atau disertai dengan dasar-dasar perkauman, pertentangan
kelas atau lain-lain unsur lagi.

Islam tidak sama sekali bermaksud memaksa umat manusia menganut
akidah atau kepercayaannya tapi perlulah diingat bahawa Islam itu bukanlah hanya
suatu akidah sahaja kerana seperti telah kita utarakan tadi Islam juga suatu
proklamasi umum bagi pembebasan umat manusia daripada mengabdikan diri
kepada sesama umat manusia. Islam juga mempunyai suatu tujuan pokok untuk
menghapus dan mengikis sistem dan pemerintahan yang berdasarkan penindasan
dan pengabdian oleh umat manusia atas sesama umat manusia. Kemudian, setelah
setiap individu diberi kebebasan yang sejati untuk memilih sendiri akidah dan
pegangan hidup masing-masing, berdasarkan kehendak dan pilihan sendiri dalam
keadaan beroleh kebebasan sepenuhnya, setelah tiada lagi tekanan politik dan
ancaman pihak berkuasa ke atas mereka, setelah roh dan jiwa mereka mendapat
sinar penerangan yang secukupnya mengenai Islam dan lain-lain agama dan
pegangan hidup. Kebebasan itu tidak pula bererti bahawa mereka bebas untuk
bertuhankan hawa nafsu dan mereka merelakan diri untuk mengabdikan diri
kepada sesama umat manusia, atau untuk menjadikan sesama umat manusia
sebagai Tuhan yang dipatuhi segala suruhan dan larangannya, atau juga untuk
mengabdikan diri kepada Tuhan yang lain daripada Allah sahaja.

Sesungguhnya sistem yang memerintah umat manusia di muka bumi ini
hendaklah berdasarkan pengabdian diri umat manusia kepada Allah SWT sahaja,
iaitu dengan cara menerima undang-undang dan syariat Allah sahaja, dalam mana
setiap individu mesti menerima arahan dan perintah Allah sahaja. Sesudah itu
bolehlah setiap individu menganut apa jua akidah yang mereka suka. Dengan
demikian barulah agama itu menjadi kepunyaan Allah sahaja, sebab perkataan
agama “addin” itu sendiri sebenarnya mengandungi pengertian yang lebih luas
daripada perkataan akidah, sebab “agama” (addin) itu ialah bererti peraturan hidup
dan undang-undang yang menguasai sendi-sendi kehidupan dan ia mesti
berdasarkan akidah. Di dalam Islam perkataan “addin” mencakup pengertian yang
lebih luas daripada “akidah” sebab di dalam Islam sebuah organisasi atau
masyarakat majmuk boleh tunduk kepada program dan panduan umum Islam yang
berasaskan pengabdian diri kepada Allah sahaja, walaupun ada unit-unit tertentu di
dalam masyarakat itu yang tidak menganut akidah Islam.

Orang-orang yang mengerti akan tabiat dan resam agama ini (Islam) -
mengikut cara yang telah dihuraikan tadi - akan mengerti dan faham pula tentang
betapa penting dan perlunya sebuah organisasi yang aktif dan dinamis yang dibawa
oleh Islam dalam bentuk perjuangan dengan menggunakan kekuatan senjata di
medan perang, di samping perjuangan di medan penerangan (dakwah). Mereka
juga tentu mengerti dan faham bahawa perjuangan Islam itu bukanlah suatu
perjuangan untuk mempertahankan diri sahaja, mengikut pengertian yang sempit,

Syed Qutb 54

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

seperti yang dimaksudkan oleh orang-orang yang frust berhadapan dengan tekanan
yang kononnya “realiti”, atau dengan serangan dan kecaman kaum orientalis pandir
yang bermaksud hendak menggambarkan bahawa gerakan jihad di dalam Islam itu
adalah semata-mata suatu gerakan mempertahankan diri sahaja.

Seandainya gerakan jihad Islam itu terpaksa dinamakan sebagai “gerakan
mempertahankan diri” maka kita perlu mengubah pengertian perkataan “bertahan”
atau “pertahanan”. Kita mesti menganggapnya sebagai “pertahanan terhadap
manusia” itu terdiri, terhadap segala sebab yang menyekat dan menghalang
kebebasannya, baik yang berbentuk konsep atau cara berfikir, atau yang berbentuk
susunan ekonomi atau pertentangan kelas yang telah bertapak. Islam datang dan
terus sahaja wujud dalam beraneka bentuknya di zaman jahiliyah moden ini.

Dengan meluaskan pengertian perkataan “pertahanan” itu kita akan dapat
menghadapi hakikat gerakan Islam di BUMI ini dengan cara berjihad dan kita boleh
pula mengerti hakikat Islam itu sendiri sebagai suatu proklamasi umum yang
terbuka ke arah pembebasan umat manusia dan mengabdikan diri kepada sesama
manusia dan dari mempertuhankan sesama umat manusia, dan mengakui
ketuhanan serta kekuasaan Allah sahaja untuk seluruh alam ini, menghancurkan
kuasa hawa nafsu manusia di muka bumi ini, dengan diambil alih oleh kuasa di
dalam kehidupan umat manusia.

Adapun usaha untuk menyempitkan pengertian jihad Islam dan
memanggilnya sebagai gerakan “bertahan” mengikut pengertian zaman moden ini,
juga usaha untuk mencari alasan bagi mensabitkan bahawa peristiwa-peristiwa
jihad di dalam Islam itu adalah semata-mata untuk menentang ancaman kuasa luar
ke atas negeri Islam, yang oleh setengah orang pula dipandang bahawa yang
dimaksud dengan negeri Islam itu ialah Semenanjung Arabia sahaja, maka usaha itu
adalah merupakan suatu usaha yang.berpunca dari kurang pengertian mengenai
tabiat agama ini dan tabiat peranannya dalam seluruh masalah di muka bumi ini,
seperti juga usaha itu menekan sikap menyerah kalah berhadapan dengan realiti
zaman moden dan kecaman pada orientalis mengertikan pengertian jihad Islam itu.

Cubalah anda lihat dan fikir, seandainya Abu Bakar, Umar dan Osman r.a.
merasa bahawa Semenanjung Arabia itu selamat dari ancaman permusuhan dari
kerajaan Romawi dan Parsi, adakah mereka tinggal membungkam sahaja tanpa
menjalankan gerakan melebarkan pengaruh agama ini ke seluruh pelosok dunia?
Lihatlah lagi bagaimana mereka telah menyebarkan agama ini, sedangkan halangan
dan rintangan begitu hebat menyekat mereka, baik yang berbentuk sistem
pemerintahan, sosial dan ekonomi, dengan dilindungi dan dikawal oleh negara-
negara raksasa itu.

Adalah suatu kebodohan bahawa seseorang itu memikirkan bahawa
penerangan dan dakwah yang memproklamirkan kebebasan manusia, semua
manusia di muka “bumi” dan negeri di dunia ini, kemudian dakwah itu berdiri
tegak di hadapan rintangan dan halangan dengan hanya bersenjatakan lidah dan
pena sahaja!

Syed Qutb 55

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Sesungguhnya dakwah ini boleh berjuang melalui penerangan secara lisan
dan pena sahaja ketika ia bebas berbicara dan berdialog dengan setiap orang dalam
suasana penuh kebebasan dan kemerdekaan, tanpa dihalang dan disekat oleh
sesuatu apa pun ketika itulah baru dianggap berlakunya perintah dan dasar “tiada
paksaan dalam beragama (‫ )ﻻﺍﻛﺮﺍﻩ ﰲ ﺍﻟﺪﺑﻦ‬Adapun bila ada halangan berupa benda,
maka hendaklah terlebih dahulu halangan itu dihapuskan dengan kekerasan dan
paksaan, supaya dakwah boleh mengetuk pintu hati dan fikiran umat manusia
dengan bebas, tanpa gangguan.

Jihad dan perjuangan adalah syarat utama bagi perjalanan dakwah ini,
kerana tujuan dan matlamatnya ialah memproklamirkan kebebasan umum umat
manusia hingga ia mampu menghadapi realiti dari segenap segi. Ia tidak cukup
dengan hanya memberi penerangan dan penjelasan bercorak falsafah sahaja, sama
ada tanahair Islam, atau mengikut istilah Islam yang sebenarnya “Negara Islam”
(Darul-Islam) itu bebas atau terancam oleh kekuatan negara asing.

Pada ketika Islam mencari perdamaian, maka yang dicarinya bukanlah
sejenis perdamaian yang rendah mutu dan nilainya, iaitu semata-mata hendak
mengamankan secebis tanah, sekangkang kera, yang didiami oleh kaum muslimin;
malah yang dikehendakinya ialah perdamaian yang menjamin bahawa kepatuhan
umat manusia itu tertumpu sepenuhnya kepada Allah sahaja, dengan pengertian
bahawa ketundukan dan kepatuhan umat manusia itu tertumpu dan tertumpah
kepada Allah sahaja, baik soal ibadat maupun urusan hidup di dunia, tiada sedikit
jua pun pengabdian oleh manusia terhadap sesama manusia.

Penentuan jaya atau gagalnya jihad Islam itu tidaklah boleh dilihat dari
pusingan pertama, pusingan pertengahan atau pusingan akhir sesuatu perjuangan,
tetapi hendaklah dilihat daripada sejauh mana kesan jihad itu terhadap kedudukan
orang-orang kafir di dalam sesuatu negara itu; sama ada dapat dijadikan seperti
kedudukan mereka sebagaimana yang digambarkan oleh Imam Ibnul-Qayyim di
dalam kitabnya Zaadul-Maad dengan erti bahawa akhimya manusia itu terbahagi
kepada tiga golongan sahaja, iaitu golongan orang Islam, golongan dzimmi dan
golongan harbi yang sentiasa bimbang dan takut kepada orang dan pemerintah
Islam, maka jihad Islam berjalan di atas landasan yang sebenarnya; tapi sekiranya
kedudukan orang-orang kafir terus menerus dengan kufurnya, tanpa bimbang apa-
apa; maka nyatalah jihad Islam itu gagal.

Inilah dia sikap penuh logik dari agama ini dan matlamatnya, bukan seperti
yang difahamkan oleh orang yang keliru dan bengkrap dalam menghadapi realiti
zaman sekarang dan dalam menghadapi para orientalis yang penuh putar belit itu.

Sesungguhnya Allah SWT telah menghindarkan orang-orang Mekah dan di
zaman permulaan hijrah ke Madinah daripada kewajipan berjihad. Umat Islam
diperintah supaya “genggam tangan kamu dan dirikanlah sembahyang”". Setelah
itu baru mereka diizinkan berperang, dengan perintah wahyu:

Syed Qutb 56

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

‫( ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﺃﹸ ْﺧ ِﺮﺟُﻮﺍ ِﻣﻦ‬39) ‫ﺃﹸ ِﺫ ﹶﻥ ِﻟﱠﻠ ِﺬﻳ َﻦ ُﻳﹶﻘﺎَﺗﹸﻠﻮ ﹶﻥ ِﺑﹶﺄﱠﻧﻬُ ْﻢ ﻇﹸِﻠﻤُﻮﺍ َﻭِﺇﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠَﻪ َﻋﹶﻠﻰ َﻧ ْﺼ ِﺮ ِﻫ ْﻢ ﹶﻟﹶﻘ ِﺪﻳٌﺮ‬
‫ِﺩَﻳﺎ ِﺭ ِﻫ ْﻢ ِﺑَﻐْﻴ ِﺮ َﺣ ﱟﻖ ِﺇﱠﻟﺎ ﹶﺃﻥ َﻳﹸﻘﻮﹸﻟﻮﺍ َﺭﱡﺑَﻨﺎ ﺍﻟﱠﻠُﻪ َﻭﹶﻟ ْﻮﹶﻟﺎ َﺩﹾﻓﻊُ ﺍﻟﻠﱠِﻪ ﺍﻟﱠﻨﺎ َﺱ َﺑ ْﻌ َﻀ ُﻬﻢ ِﺑَﺒ ْﻌ ٍﺾ ﱠﻟ ُﻬﺪﱢَﻣ ْﺖ‬
‫َﺻ َﻮﺍِﻣﻊُ َﻭِﺑَﻴ ٌﻊ َﻭ َﺻﹶﻠ َﻮﺍ ٌﺕ َﻭَﻣ َﺴﺎ ِﺟﺪُ ﻳُ ﹾﺬ ﹶﻛﺮُ ِﻓﻴ َﻬﺎ ﺍ ْﺳ ُﻢ ﺍﻟﻠﱠِﻪ ﹶﻛِﺜ ًﲑﺍ َﻭﹶﻟَﻴﻨﺼُ َﺮﻥﱠ ﺍﻟﱠﻠُﻪ َﻣﻦ َﻳﻨ ُﺼ ُﺮُﻩ ِﺇﻥﱠ‬
‫( ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ِﺇﻥ ﻣﱠ ﱠﻜﱠﻨﺎ ُﻫ ْﻢ ِﻓﻲ ﺍﹾﻟﹶﺄ ْﺭ ِﺽ ﹶﺃﹶﻗﺎُﻣﻮﺍ ﺍﻟ ﱠﺼﹶﻠﺎﹶﺓ َﻭﺁَﺗ ُﻮﺍ ﺍﻟ ﱠﺰ ﹶﻛﺎﹶﺓ َﻭﹶﺃَﻣﺮُﻭﺍ‬40) ‫ﺍﻟﻠﱠَﻪ ﹶﻟﹶﻘ ِﻮﻱﱞ َﻋ ِﺰﻳٌﺰ‬

(41) ‫ِﺑﺎﹾﻟ َﻤ ْﻌ ُﺮﻭ ِﻑ َﻭَﻧ َﻬ ْﻮﺍ َﻋ ِﻦ ﺍﹾﻟ ُﻤﻨ ﹶﻜ ِﺮ َﻭِﻟﻠﱠِﻪ َﻋﺎِﻗَﺒﺔﹸ ﺍﹾﻟﹸﺄُﻣﻮ ِﺭ‬

Maksudnya: “Diizinkan kepada orang-orang Islam yang dimusuhi itu untuk
berperang kerana mereka telah dizalimi orang, dan sesungguhnya Allah Maha
Berkuasa untuk menolong dan memberi kemenangan kepada mereka. [laitu]
orang-orang yang telah dihalau keluar dari negeri dan kampung halaman mereka
dengan cara yang tidak benar, melainkan [semata-mata] disebabkan mereka
berkata [menegaskan pendirian mereka “Allah Tuhan Kami”, Dan kalaulah
bukan kerana Allah membuat perimbangan di antara manusia nescaya runtuhlah
tempat-tempat pertapaan gereja, tempat-tempat sembahyang [Yahudi] dan juga
masjid-masjid tempat mana nama Allah disebut orang di dalamnya; dan Allah
pasti akan menolong sesiapa sahaja [individu dan umat] yang menolong
menegakkan agamanya, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kuat [Berkuasa]
dan Maha Mulia, iaitu orang-orang [individu dan umat Islam] yang bila Kami
beri keteguhan kepada mereka [beri kekuasaan dan kedudukan yang baik]
nescaya mereka menegakkan sembahyang dan membayar zakat, juga mereka
memerintah dengan maaruf [dengan berpandu kepada ajaran Allah] dan mereka
mencegah kemungkaran [sesuatu yang berlawan dengan perintah Allah] dan
kepunyaan Allah jualah kesudahan segala masalah.”

(Al-Haj: 39-41)

Kemudian mereka diperintah memerangi orang-orang dan atau golongan
yang memerangi mereka terlebih dahulu dan dilarang memerangi orang atau
golongan yang tidak mula memerangi mereka.

Firman Allah:

‫َﻭﹶﻗﺎِﺗﹸﻠﻮﹾﺍ ِﻓﻲ َﺳِﺒﻴ ِﻞ ﺍﻟﹼﻠِﻪ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ُﻳﹶﻘﺎِﺗﹸﻠﻮَﻧ ﹸﻜ ْﻢ‬

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu sekaliannya berperang di jalan Allah
[melawan] golongan dan orang yang memerangi kamu.”

(Al-Baqarah: 19)

Kemudian baru mereka diperintah memerangi seluruh orang musyrik,
melalui Firman:

Syed Qutb 57

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

‫َﻭﹶﻗﺎِﺗﹸﻠﻮﹾﺍ ﺍﹾﻟﻤُ ْﺸ ِﺮ ِﻛ َﲔ ﹶﻛﺂﱠﻓﹰﺔ ﹶﻛ َﻤﺎ ُﻳﹶﻘﺎِﺗﹸﻠﻮَﻧ ﹸﻜ ْﻢ ﹶﻛﺂﱠﻓﹰﺔ‬

yang bermaksud: “Maka hendaklah kamu sekalian memerargi kaum musyrikin
seluruhnya seperti mereka memerangi kamu seluruhnya.”

(At-taubah: 36)

Mereka juga telah diberi peringatan:

‫ﹶﻗﺎِﺗﹸﻠﻮﹾﺍ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﹶﻻ ُﻳ ْﺆِﻣُﻨﻮ ﹶﻥ ِﺑﺎﻟﹼﻠِﻪ َﻭ ﹶﻻ ِﺑﺎﹾﻟَﻴ ْﻮِﻡ ﺍﻵ ِﺧ ِﺮ َﻭ ﹶﻻ ُﻳ َﺤ ﱢﺮُﻣﻮ ﹶﻥ َﻣﺎ َﺣ ﱠﺮَﻡ ﺍﻟﻠﹼُﻪ َﻭ َﺭ ُﺳﻮﹸﻟُﻪ َﻭ ﹶﻻ‬
(29) ‫َﻳ ِﺪﻳُﻨﻮ ﹶﻥ ِﺩﻳ َﻦ ﺍﹾﻟ َﺤ ﱢﻖ ِﻣ َﻦ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﹸﺃﻭُﺗﻮﹾﺍ ﺍﹾﻟ ِﻜَﺘﺎ َﺏ َﺣﱠﺘﻰ ُﻳ ْﻌ ﹸﻄﻮﹾﺍ ﺍﹾﻟ ِﺠ ْﺰَﻳﹶﺔ َﻋﻦ َﻳ ٍﺪ َﻭ ُﻫ ْﻢ َﺻﺎ ِﻏ ُﺮﻭ ﹶﻥ‬

Maksudnya: “Hendaklah kamu sekalian memerangi orang-orang yang tidak
beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan orang-orang yang tidak
mengharamkan apa yang Allah dan Rasul-Nya telah haramkan, dan tidak
beragama dengan agama yang benar, iaitu dari golongan ahli kitab [Yahudi dan
Kristian], sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan taat dan merendah
diri.”

(Baraah: 29)

Jadi, berperang itu mengikut pendapat Imam Ibnul-Qayyim pada peringkat
pertamanya dilarang, kemudian dibenarkan, kemudian disuruh lakukan ke atas
individu dan golongan yang memulakan peperangan itu, kemudian diperintah
supaya perang itu dilakukan ke atas seluruh orang musyrikin.

Ketegasan nas-nas Al-Quran yang diturunkan mengenai masalah jihad dan
perjuangan, dan ketegasan hadis Nabi yang penuh berisi perangsang untuk
berperang dan juga ketegasan peristiwa-peristiwa dan bukti sejarah dari kejadian
dan keadaan di zaman kebangkitan Islam dahulu sesungguhnya nas dan bukti yang
begitu terang dan nyata itu menyekat otak dan fikiran kita daripada menerima
pentafsiran ala orang yang frust dalam menghadapi tekanan realiti zaman kini dan
juga dalam menghadapi kecaman para orientalis mengenai pengertian jihad di
dalam Islam.

Siapakah gerangan di kalangan orang yang mengenal Allah dan RasulNya
dan mendengar perintah-Nya mengenai hal ini, dan orang yang mengikuti jejak
perjuangan Islam di dalam masalah jihad di dalam Islam yang sampai hati
menganggap bahawa perintah jihad di dalam Islam, adalah merupakan perkara
sampingan sahaja, yang hanya tertakluk kepada suasana tertentu sahaja untuk
sekadar menjaga keselamatan sempadan negeri sahaja?

Sesungguhnya Allah SWT telah menerangkan kepada orang-orang beriman
melalui ayat yang julung kali diturunkan untuk memberi lampu hijau bagi

Syed Qutb 58

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

melakukan perang, bahawa perkara yang selalu berlaku di dalam resam hidup di
dunia ini ialah bahawa Allah sentiasa menjaga perimbangan antara sesama
golongan umat manusia itu sendiri supaya terhindarlah kerosakan dan pencabulan
di bumi ini, mengikut ayat ..... Al-Haj: 39-40.

‫( ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﺃﹸ ْﺧ ِﺮﺟُﻮﺍ ِﻣﻦ‬39) ‫ﺃﹸ ِﺫ ﹶﻥ ِﻟﱠﻠ ِﺬﻳ َﻦ ُﻳﹶﻘﺎَﺗﹸﻠﻮ ﹶﻥ ِﺑﹶﺄﱠﻧﻬُ ْﻢ ﻇﹸِﻠﻤُﻮﺍ َﻭِﺇﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠَﻪ َﻋﹶﻠﻰ َﻧ ْﺼ ِﺮ ِﻫ ْﻢ ﹶﻟﹶﻘ ِﺪﻳٌﺮ‬
‫ِﺩَﻳﺎ ِﺭ ِﻫ ْﻢ ِﺑَﻐْﻴ ِﺮ َﺣ ﱟﻖ ِﺇﱠﻟﺎ ﹶﺃﻥ َﻳﹸﻘﻮﹸﻟﻮﺍ َﺭﱡﺑَﻨﺎ ﺍﻟﱠﻠُﻪ َﻭﹶﻟ ْﻮﹶﻟﺎ َﺩﹾﻓﻊُ ﺍﻟﻠﱠِﻪ ﺍﻟﱠﻨﺎ َﺱ َﺑ ْﻌ َﻀ ُﻬﻢ ِﺑَﺒ ْﻌ ٍﺾ ﱠﻟ ُﻬﺪﱢَﻣ ْﺖ‬
‫َﺻ َﻮﺍِﻣﻊُ َﻭِﺑَﻴ ٌﻊ َﻭ َﺻﹶﻠ َﻮﺍ ٌﺕ َﻭَﻣ َﺴﺎ ِﺟﺪُ ﻳُ ﹾﺬ ﹶﻛﺮُ ِﻓﻴ َﻬﺎ ﺍ ْﺳ ُﻢ ﺍﻟﻠﱠِﻪ ﹶﻛِﺜ ًﲑﺍ َﻭﹶﻟَﻴﻨﺼُ َﺮﻥﱠ ﺍﻟﱠﻠُﻪ َﻣﻦ َﻳﻨ ُﺼ ُﺮُﻩ ِﺇﻥﱠ‬
‫( ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ِﺇﻥ ﻣﱠ ﱠﻜﱠﻨﺎ ُﻫ ْﻢ ِﻓﻲ ﺍﹾﻟﹶﺄ ْﺭ ِﺽ ﹶﺃﹶﻗﺎُﻣﻮﺍ ﺍﻟ ﱠﺼﹶﻠﺎﹶﺓ َﻭﺁَﺗ ُﻮﺍ ﺍﻟ ﱠﺰ ﹶﻛﺎﹶﺓ َﻭﹶﺃَﻣﺮُﻭﺍ‬40) ‫ﺍﻟﻠﱠَﻪ ﹶﻟﹶﻘ ِﻮ ﱞﻱ َﻋ ِﺰﻳٌﺰ‬

(41) ‫ِﺑﺎﹾﻟ َﻤ ْﻌ ُﺮﻭ ِﻑ َﻭَﻧ َﻬ ْﻮﺍ َﻋ ِﻦ ﺍﹾﻟ ُﻤﻨ ﹶﻜ ِﺮ َﻭِﻟﻠﱠِﻪ َﻋﺎِﻗَﺒﺔﹸ ﺍﹾﻟﹸﺄُﻣﻮ ِﺭ‬

yang telah dihuraikan tadi maksudnya: Yang demikian menjadi kelaziman yang
terus menerus wujud, bukan suatu kebetulan dan keadaan yang bersifat sementara
sahaja. Kebenaran dan kebatilan itu tidak dapat hidup rukun damai bersama-sama
dalam bentuk co-existensi di dunia ini. Sesungguhnya bila sahaja Islam
mencanangkan supaya ditegakkan kekuasaan Allah di atas muka bumi ini dan
dibebaskan umat manusia itu dari belenggu pengabdian oleh sesama umat manusia,
tentunya ia akan dilemparkan dengan berbagai ragam tuduhan oleh orang-orang
yang telah merampas dan menyamun kekuasaan Allah dan tentulah ia (Islam) mesti
bekerja keras untuk membinasakan penyamun yang telah merampas kuasa Allah itu
dan membebaskan umat “manusia” daripada dikuasai terus menerus oleh
penyamun-penyamun itu; iaitu suatu hal yang tak mengenal kompromi dan damai
melainkan apabila sahaja segala kekuasaan ini menjadi kepunyaan Allah SWT
sahaja.

Sebenarnya larangan berperang di zaman Mekah itu tidak lain dari suatu
peringkat zaman dalam perjuangan yang panjang. Demikian juga halnya dengan
larangan berperang di zaman permuaan hijrah. Motif yang mendorong masyarakat
Islam di Madinah selepas itu untuk bertindak dengan tujuan untuk mengamankan
Madinah sahaja. Memanglah itu menjadi tujuan utama yang tak dapat dihindarkan
lagi; tetapi tindakan itu mempunyai tujuan asas bagi menjamin lancamya tindakan
itu yang akan mengamankan pengkalan pergerakan; pergerakan untuk pembebasan
umat manusia dan menghapuskan “halangan” yang menyekat manusia daripada
bergerak bebas dan bertindak mengikut panduan yang telah digaris oleh Islam.

Larangan berperang yang dikenakan ke atas orang-orang Islam di zaman
Mekah adalah merupakan suatu perkara yang mudah difaham. Di Mekah terdapat
kebebasan berdakwah. Ditambah pula oleh fakta bahawa sebagai pemimpin
perjuangan ini Rasulullah SAW telah mendapat perlindungan di bawah kawalan
senjata Bani Hasyim. Beliau beroleh perlindungan untuk berdakwah dan mengetuk
pintu hati dan fikiran setiap orang, juga untuk menghadapi ancaman daripada
orang-orang tertentu; juga kerana di Mekah tiada sebarang kuasa politik yang

Syed Qutb 59

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

teratur untuk menyekat beliau dari menjalankan kegiatan dakwah dan menyekat
orang dari menadah telinga dan fikiran ke arah dakwah beliau. Dengan demikian
tiada sebab, di peringkat ini, untuk menggunakan kekuatan, di samping terdapat
juga beberapa faktor lain di peringkat ini.

Saya telah mengupas di dalam buku Tafsir yang diberi nama DI BAWAH
BAYANGAN AL-QURAN tentang masalah ini di dalam mentafsirkan ayat:

‫ﹶﺃﹶﻟ ْﻢ َﺗ َﺮ ِﺇﹶﻟﻰ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ِﻗﻴ ﹶﻞ ﹶﻟ ُﻬ ْﻢ ﹸﻛﱡﻔﻮﹾﺍ ﹶﺃْﻳ ِﺪَﻳﻜﹸ ْﻢ َﻭﹶﺃِﻗﻴ ُﻤﻮﹾﺍ ﺍﻟ ﱠﺼ ﹶﻼﹶﺓ َﻭﺁُﺗﻮﹾﺍ ﺍﻟ ﱠﺰ ﹶﻛﺎﹶﺓ‬

dari surah An-Nisa' yang elok juga kiranya disedut sebahagian dari huraian di sini.
“Boleh jadi yang demikian itu kerana peringkat zaman Mekah itu merupakan
peringkat zaman pendidikan dan membuat persediaan atau persiapan, di dalam
keadaan masyarakat tertentu, untuk golongan kaum tertentu dan di tengah
lingkungan keadaan yang tertentu pula. Di antara tujuan utama pendidikan dan
persediaan dalam suasana yang sebegini ialah mendidik dan melatih jiwa dan
semangat orang Arab supaya tabah dan sabar menanggung kesusahan serta tahan
menderita, supaya setiap orang itu terlepas dari kongkongan rasa cinta diri, supaya
hati mereka tidak lagi terikat dengan kebiasaan mencari sesuatu untuk kepentingan
diri sendiri sahaja. Untuk mendidik mereka mengawal saraf dan perasaan dari terus
mengambil tindakan balas atau sesuatu kejadian, supaya tingkah laku dan tindak
tanduknya dibuat dengan penuh teliti dan matang. Juga untuk mendidiknya hidup
dalam masyarakat yang teratur yang tidak akan bertindak kecuali mengikut garis
yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya, walaupun garis itu bertentangan dengan
kepentingan dirinya, dengan kebiasaan dan adat hidupnya. Ini merupakan batu asas
dalam menyediakan keperibadian masyarakat Islam yang tunduk di bawah satu
pimpinan yang tamaddun dan berabad.

Boleh jadi juga kerana dakwah secara aman damai itu lebih berkesan seperti
di dalam masyarakat Quraisy itu, yang terkenal sebagai sebuah masyarakat yang
punya kebanggaan sendiri. Dalam peringkat ini, peperangan akan menyebabkan
timbulnya kekerasan dan kekacauan seperti yang telah mencetuskan perang DAHIS
dan AL GHABRA', pertempuran AL SABUS, bertahun-tahun lamanya, di mana
beberapa suku dan qabilah telah musnah hancur; kekacauan yang masih panas
kerana baru sahaja berlaku itu masih besar pengaruhnya di dalam fikiran dan
ingatan mereka di zaman permulaan Islam. Islam sendiri pun mungkin akan
menyeleweng daripada suatu bentuk dakwah dan sebuah agama menjadi suatu
punca pergaduhan dan perpecahan; sedangkan ia (Islam) itu masih merupakan
suatu perkara baru.

Boleh jadi juga yang demikian kerana hendak mengelakkan pertumpahan
darah dalam setiap rumahtangga, kerana masih belum wujud lagi suatu kuasa yang
teratur dan dipatuhi orang, kuasa yang benar-benar bekerja menyeksa dan
menganiaya serta menabur fitnah ke atas orang-orang Islam, kerana kerja seperti itu
sebenarnya adalah kerja-kerja perseorangan, sahaja, pekerjaan individu yang punya
ramai hamba sahaya dan pengikut. Dalam masyarakat seperti ini, peperangan

Syed Qutb 60

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

bererti mencetuskan pertumpahan darah dalam setiap rumahtangga, yang
menyebabkan orang boleh salah anggap dan salah tanggap terhadap Islam, lalu
mereka katakan: itulah dia Islam! Memang tuduhan seperti itu telah diluahkan
orang walaupun sebenarnya Islam telah mencegah dan melarang dilakukan perang
dalam suasana seperti itu. Tuduhan seperti itulah yang menjadi modal utama kaum
Quraisy dalam gerakan kempen mereka menentang Islam di setiap musim haji.
Mereka katakan Muhammad telah memecah-hancurkan kaumnya sendiri.
Gambarkanlah sendiri apa yang terjadi seandainya beliau sendiri pula yang
menganjurkan peperangan total di kalanqan masyarakat kecil seperti itu!

Boleh jadi juga kerana Allah Maha Mengetahui bahawa banyak orang yang
degil, keras hati dan suka mengganggu orang Islam generasi pertama, iaitu orang
yang mula-mula menganut agama Islam di hari-hari pertama perlantikan Nabi
Muhammad sebagai Rasul Allah, dengan tujuan memaksa mereka keluar murtad
dari agama Islam dan kembali kepada agama syirik. Gangguan ini dilakukan
dengan bermacam cara, dengan ugutan dan seksaan, tapi ternyata kemudiannya,
orang-orang itu sendiri pula menjadi tokoh penting dalam perjuangan agama Islam,
malah ada pula yang menjadi pemimpin agung agama Islam. Bukankah Sayidina
Umar bin AI Khattab salah seorang dari golongan ini?

Mungkin juga perkara ini disebabkan oleh pengaruh sentimen kesukuan
Arab dalam sebuah masyarakat yang masih kuat dipengaruhi oleh adat bersuku dan
berkabilah. Dalam masyarakat seperti ini perbuatan menolong dan membantu orang
teraniaya dan dalam kesusahan, adalah suatu perbuatan yang lumrah; apa lagi
kalau penganiayaan itu berlaku ke atas orang yang dihormati dan disegani. Banyak
peristiwa yang membuktikan kebenaran pandangan ini. Sebagai contohnya: Ibnud-
Daghnah tidak rela membiarkan Sayidina Abu Bakar, seorang hartawan yang
disegani, keluar berhijrah ke Madinah dan meninggalkan kota Mekah. Dalam
anggapan beliau, berhijrahnya orang seperti Sayidina Abu Bakar adalah bererti aib
besar ke atas orang Arab seluruhnya. Oleh kerana itulah beliau telah datang
meminta kesudian Sayidina Abu Bakar menjadi jirannya, dengan janji bahawa
beliau akan memberikan perlindungan kepadanya. Di antara peristiwa terakhir
yang membenarkan pendapat ini ialah usaha memecahkan kepungan (blokade) ke
atas Bani Hasyim dan dikoyaknya surat perisytiharan boikot ke atas Bani Hasyim
dari golongan Abu Talib setelah sekian lama mereka menderita lapar dan susah;
sedangkan di dalam setengah masyarakat “tamaddun” zaman dahulu yang biasa
menentang penindasan, selalu sahaja bersikap masa bodoh sahaja terhadap
kesusahan seperti itu. Sikap seperti ini boleh dianggap sebagai suatu sikap yang
tercela dan bererti menghormati orang-orang zalim.

Boleh jadi juga kerana sangat kecilnya jumlah orang-orang Islam ketika itu,
sebab mereka hidup terkepung dalam kawasan di sekitar Mekah sahaja, kerana
dakwah Islamiyah belum sampai lagi ke pelosok lain dan masih belum begitu
didengar orang lagi cerita mengenainya. Suku-suku lain tidak mahu campur tangan
di dalam urusan yang mereka pandang sebagai pertikaian dalam kalangan sama-
sama keluarga suku Quraisy, sehingga pertikaian itu selesai. Seandainya

Syed Qutb 61

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

peperangan diizinkan dalam suasana seperti ini, maka ia akan berkesudahan
dengan tragedi penyembelihan beramai-ramai ke atas orang-orang Islam yang
terlalu kecil bilangannya itu; walaupun mereka akan melawan serangan itu. Ini akan
mengakibatkan musnahnya umat Islam dan menyebabkan ia sukar untuk
berkembang, sedangkan Islam itu sendiri adalah suatu panduan hidup untuk
seluruh umat manusia.

Demikianlah seterusnya .....

Adapun di Madinah - zaman permulaan hijrah - maka sesungguhnya
perjanjian yang dimetraikan oleh Rasulullah SAW dengan orang Yahudi dan kaum
musyrik Madinah dan kawasan-kawasan sekitarnya (terkenal dalam sejarah Islam
sebagai PIAGAM MADINAH, sebagai tanda terbentangnya sebuah negara moden
di Madinah, (negara yang memenuhi syarat-syarat bemegara mengikut istilah ilmu
kenegaraan di zaman moden ini), adalah merupakan suatu hal yang sangat kena
dan sesuai dengan keadaan dan masa.

Pertama: Kerana perjanjian itu menjamin kebebasan berdakwah, tidak
dihalangi oleh sebarang kuasa politik, sebab mengikut perjanjian itu, semua orang
mengiktiraf pemerintahan Islam yang baru muncul di bawah pimpinan Rasulullah
SAW. Perjanjian itu ada menyebutkan bahawa setiap orang dan setiap golongan
tidak boleh membuat sebarang perjanjian damai dan tidak boleh pula
mengisytiharkan perang, juga mengadakan sebarang hubungan luar, melainkan
terlebih dahulu mesti mendapat persetujuan Rasulullah SAW. Ini jelas menunjukkan
bahawa pimpinan dan kekuasaan di Madinah sebenarnya terletak di dalam tangan
orang Islam dan kesempatan berdakwah adalah terbuka lebar, juga kebebasan asasi
umat manusia mengenai masalah ini (akidah), adalah terjamin sepenuhnya.

Kedua: Di peringkat ini Rasulullah SAW bermaksud mencari penyelesaian
dengan kaum Quraisy yang terus menerus menentangnya, dan juga merupakan
penghalang utama bagi kaum lain masuk menganut Islam. Rasulullah SAW juga
ingin melihat penyelesaian di antara golongan Quraisy yang kontra dengan
golongan yang pro Islam. Yang demikian beliau telah mengambil tindakan segera
mengirim pasukan petroli (saraya jama' sariyyah), membawa panji-panji Islam.
Petroli pertama yang dikirimnya ialah yang dipimpin oleh Sayidina Hamzah bin
Abdul Mutalib (bapa saudara kandung Rasulullah sendiri) di dalam bulan puasa
menjelang bulan ketujuh hijrah.

Pengiriman petroli atau sariyah itu dilakukan pula menjelang bulan
kesembilan hijriah, diikuti pula oleh pengiriman di dalam bulan ketiga belas dan
keenam belas hijriah. Kemudian dikirim pulalah petroli di bawah pimpinan
Sayidina Abdullah bin Jahsy di awal Rajab bulan ketujuh belas hijriah. Ini sariyah
pertama yang mengalami pertempuran sengit.

Pertempuran ini terjadi di dalam bulan haram (bulan suci yang dilarang
berperang di dalamnya). Pertempuran inilah menjadi punca dan sebab turunnya
ayat Firman Ilahi:

Syed Qutb 62

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

‫َﻳ ْﺴﹶﺄﹸﻟﻮَﻧ َﻚ َﻋ ِﻦ ﺍﻟ ﱠﺸ ْﻬ ِﺮ ﺍﹾﻟ َﺤ َﺮﺍِﻡ ِﻗَﺘﺎ ٍﻝ ِﻓﻴِﻪ ﹸﻗ ﹾﻞ ِﻗَﺘﺎ ﹲﻝ ِﻓﻴِﻪ ﹶﻛِﺒ ٌﲑ َﻭ َﺻ ﱞﺪ َﻋﻦ َﺳِﺒﻴ ِﻞ ﺍﻟﹼﻠِﻪ َﻭ ﹸﻛ ﹾﻔٌﺮ ِﺑِﻪ‬
‫َﻭﺍﹾﻟ َﻤ ْﺴ ِﺠ ِﺪ ﺍﹾﻟ َﺤ َﺮﺍِﻡ َﻭِﺇ ْﺧ َﺮﺍ ُﺝ ﹶﺃ ْﻫِﻠِﻪ ِﻣْﻨﻪُ ﹶﺃ ﹾﻛَﺒﺮُ ِﻋﻨ َﺪ ﺍﻟﹼﻠِﻪ َﻭﺍﹾﻟِﻔْﺘَﻨﺔﹸ ﹶﺃ ﹾﻛَﺒﺮُ ِﻣ َﻦ ﺍﹾﻟﹶﻘْﺘ ِﻞ َﻭ ﹶﻻ َﻳ َﺰﺍﹸﻟﻮ ﹶﻥ‬

‫ُﻳﹶﻘﺎِﺗﹸﻠﻮَﻧ ﹸﻜ ْﻢ َﺣﱠﺘ َﻰ َﻳ ُﺮ ﱡﺩﻭ ﹸﻛ ْﻢ َﻋﻦ ِﺩﻳِﻨ ﹸﻜ ْﻢ ِﺇ ِﻥ ﺍ ْﺳَﺘ ﹶﻄﺎ ُﻋﻮﹾﺍ‬

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu [wahai Muhammad] tentang hukum
berperang di dalam bulan yang dihormati, Katakanlah: “Berperang di dalam
bulan itu adalah dosa besar; tetapi perbuatan menghalangi [orang Islam dari jalan
Allah, kafir kepada Allah [menghalang orang Islam masuk] Masjidil Haram dan
mengusir penduduknya dari sekitamya; lebih besar [dosanya] di sisi Allah. Dan
angkara fitnah itu lebih besar [dosanya] daripada berbunuhan [semasa perang
dalam bulan haram]. Mereka tidak berhenti-hentinya memerangi kamu sampai
mereka [dapat] mengembalikan kamu dari agama kamu [kepada kekafiran]
seandainya mereka sanggup [berbuat demikian].”

(Al-Baqarah: 217)

Kemudian peperangan Besar Badar (Badrul-Kubra) berlaku pada bulan
Ramadan tahun itu juga dan peperangan itulah yang menjadi sebab turunnya Surah
Al-Anfaal.

Kalaulah suatu sikap itu hendak diambil berdasarkan latar belakang kejadian
peperangan ini, maka sama sekali tidak akan berbangkit langsung alasan
“mempertahankan diri” mengikut definisinya yang sangat sempit itu, untuk
dijadikan asas bagi gerakan jihad Islam; seperti yang selalu dikatakan oleh orang-
orang yang bengkrap fikirannya menghadapi realiti yang berlaku dan menghadapi
putar belit kaum orientalis.

Orang-orang yang sengaja mencari-cari alasan menjalankan gerakan Islam
dalam bentuk “mempertahankan diri” sahaja sebenarnya telah beroleh ilham dan
inspirasi dari terlalu hebatnya serangan kaum orientalis, pada ketika orang Islam
sedang kehilangan kekuasaan seperti sekarang ini, dan malah ketika orang-orang
Islam sedang kehilangan “Islam” itu sendiri, kecuali orang-orang yang masih
dipelihara Allah iman dan semangatnya, yang mahu terus melaksanakan
proklamasi umum Islam mengenai kebebasan umat MANUSIA di atas BUMI ini
dari sebarang kekuasaan yang lain dari kekuasaan Allah SWT, supaya kekuasaan itu
menjadi kepunyaan Allah SWT seluruhnya, lalu mereka berusaha dan berjuang
terus meniupkan nafiri jihad dengan menonjolkan nama dan lambang Islam dengan
tujuan untuk memenangkan Islam sahaja.

Gerakan dakwah Islam tidak memerlukan sebarang pedoman dan fakta
sandaran yang lebih tepat daripada panduan wahyu Ilahi ini:

Syed Qutb 63

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

‫ﹶﻓﹾﻠُﻴﹶﻘﺎِﺗ ﹾﻞ ِﻓﻲ َﺳِﺒﻴ ِﻞ ﺍﻟﹼﻠِﻪ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ َﻳ ْﺸ ُﺮﻭ ﹶﻥ ﺍﹾﻟ َﺤَﻴﺎﹶﺓ ﺍﻟ ﱡﺪْﻧَﻴﺎ ِﺑﺎﻵ ِﺧ َﺮِﺓ َﻭَﻣﻦ ُﻳﹶﻘﺎِﺗ ﹾﻞ ِﻓﻲ َﺳِﺒﻴ ِﻞ ﺍﻟﹼﻠِﻪ ﹶﻓُﻴ ﹾﻘَﺘ ﹾﻞ‬
‫( َﻭَﻣﺎ ﹶﻟ ﹸﻜ ْﻢ ﹶﻻ ﺗُﹶﻘﺎِﺗﹸﻠﻮ ﹶﻥ ِﻓﻲ َﺳِﺒﻴ ِﻞ ﺍﻟﹼﻠِﻪ‬74) ‫ﹶﺃﻭ َﻳ ْﻐِﻠ ْﺐ ﹶﻓ َﺴ ْﻮ َﻑ ُﻧ ْﺆِﺗﻴِﻪ ﹶﺃ ْﺟ ًﺮﺍ َﻋ ِﻈﻴ ًﻤﺎ‬
‫َﻭﺍﹾﻟﻤُ ْﺴَﺘ ْﻀَﻌِﻔ َﲔ ِﻣ َﻦ ﺍﻟ ﱢﺮ َﺟﺎ ِﻝ َﻭﺍﻟﱢﻨ َﺴﺎﺀ َﻭﺍﹾﻟ ِﻮﹾﻟ َﺪﺍ ِﻥ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ َﻳﻘﹸﻮﹸﻟﻮ ﹶﻥ َﺭﱠﺑَﻨﺎ ﹶﺃ ْﺧ ِﺮ ْﺟَﻨﺎ ِﻣ ْﻦ َﻫ ِﺬِﻩ ﺍﹾﻟﹶﻘ ْﺮَﻳِﺔ‬
‫( ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﺁَﻣُﻨﻮﹾﺍ‬75) ‫ﻴﺎ َﻭﺍ ْﺟَﻌﻞ ﱠﻟَﻨﺎ ِﻣﻦ ﱠﻟ ُﺪﻧ َﻚ َﻧ ِﺼ ًﲑﺍ‬‫ﺍﻟ ﱠﻈﺎِﻟ ِﻢ ﹶﺃ ْﻫﹸﻠ َﻬﺎ َﻭﺍ ْﺟَﻌﻞ ﱠﻟَﻨﺎ ِﻣﻦ ﱠﻟ ُﺪﻧ َﻚ َﻭِﻟ‬
‫ُﻳﹶﻘﺎِﺗﹸﻠﻮ ﹶﻥ ِﻓﻲ َﺳِﺒﻴ ِﻞ ﺍﻟﹼﻠِﻪ َﻭﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﹶﻛﹶﻔ ُﺮﻭﹾﺍ ُﻳﹶﻘﺎِﺗﹸﻠﻮ ﹶﻥ ِﻓﻲ َﺳِﺒﻴ ِﻞ ﺍﻟﻄﱠﺎ ﹸﻏﻮ ِﺕ ﹶﻓﹶﻘﺎِﺗﹸﻠﻮﹾﺍ ﹶﺃ ْﻭِﻟَﻴﺎﺀ ﺍﻟ ﱠﺸْﻴ ﹶﻄﺎ ِﻥ‬

(76) ‫ِﺇﻥﱠ ﹶﻛْﻴ َﺪ ﺍﻟ ﱠﺸْﻴ ﹶﻄﺎ ِﻥ ﹶﻛﺎ ﹶﻥ َﺿ ِﻌﻴ ﹰﻔﺎ‬

Maksudnya: “Oleh kerana itu, maka hendaklah orang-orang yang menukar
kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat [iaitu orang mukmin yang
mengutamakan kebahagiaan hidup akhirat atas hidup dunia ini] berperang di
jalan Allah. [kerana] Barangsiapa yang berperang di jalan Allah lalu terbunuh
[syahid] atau beroleh kemenangan, maka kelak Kami akan berikan kepadanya
pahala yang besar. Dan mengapakah kamu tidak mahu berperang di jalan Allah
dan membela orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita dan anak-
anak yang selalu berdoa dengan berkata “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari
negeri ini [Mekah] yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi
Engkau”, orang-orang yang beriman itu berperang di jalan Allah, dan orang-
orang yang kafir pula berperang di jalan taghut [syaitan] sebab itu perangilah
kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah
lemah.”

(An - Nisaa': 74-76)

‫ﹸﻗﻞ ِﻟﱠﻠ ِﺬﻳ َﻦ ﹶﻛ ﹶﻔ ُﺮﻭﹾﺍ ِﺇﻥ َﻳﻨَﺘ ُﻬﻮﹾﺍ ﻳَُﻐﹶﻔ ْﺮ ﹶﻟ ُﻬﻢ ﱠﻣﺎ ﹶﻗ ْﺪ َﺳﹶﻠ َﻒ َﻭِﺇ ﹾﻥ َﻳُﻌﻮ ُﺩﻭﹾﺍ ﹶﻓﹶﻘ ْﺪ َﻣ َﻀ ْﺖ ُﺳﻨﱠﹸﺔ ﺍ َﻷ ﱠﻭِﻟ ِﲔ‬
‫( َﻭﹶﻗﺎِﺗﹸﻠﻮ ُﻫ ْﻢ َﺣﱠﺘﻰ ﹶﻻ َﺗ ﹸﻜﻮ ﹶﻥ ِﻓْﺘَﻨﹲﺔ َﻭَﻳ ﹸﻜﻮ ﹶﻥ ﺍﻟ ﱢﺪﻳ ُﻦ ﹸﻛﻠﱡُﻪ ِﻟﹼﻠﻪ ﹶﻓِﺈ ِﻥ ﺍﻧَﺘ َﻬ ْﻮﹾﺍ ﹶﻓِﺈﻥﱠ ﺍﻟﹼﻠَﻪ ِﺑ َﻤﺎ َﻳ ْﻌ َﻤﹸﻠﻮ ﹶﻥ‬38)

(40) ‫( َﻭِﺇﻥ َﺗ َﻮﱠﻟ ْﻮﹾﺍ ﹶﻓﺎ ْﻋﹶﻠ ُﻤﻮﹾﺍ ﹶﺃﻥﱠ ﺍﻟﹼﻠَﻪ َﻣ ْﻮ ﹶﻻ ﹸﻛ ْﻢ ِﻧ ْﻌ َﻢ ﺍﹾﻟ َﻤ ْﻮﹶﻟﻰ َﻭِﻧ ْﻌ َﻢ ﺍﻟﻨﱠ ِﺼ ُﲑ‬39) ‫َﺑ ِﺼ ٌﲑ‬

Maksudnya: “Katakanlah [wahai Muhammad] kepada orang-orang kafir itu: “Jika
mereka berhenti [dari kekafirannya] Allah akan mengampuni dosa-dosa mereka
yang sudah lalu. Dan jika mereka kembali lagi [kembali menjadi kafir semula
dan memerangi Nabi] maka sesungguhnya akan berlaku [kepada mereka] sunnah
[Allah ferhadap] orang-orang dahulu”. Dan perangilah mereka sehingga tidak
ada lagi fitnah [gangguan terhadap dan agama Islam] dan supaya agama itu bagi
Allah semata-mata [supaya orang Islam bebas melaksanakan ajaran agamanya].
Jika mereka berhenti [dari kekafiran dan gangguan] maka sesungguhnya Allah
Maha Melihat apa yang mereka kerjakan. Dan jika mereka berpaling [enggan
beriman dan tidak berhenti menceroboh] ketahuilah bahawasanya Allah
Pelindungmu dan sebaik-baik penolong.”

Syed Qutb 64

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

(Al Anfaal: 38-40)

Dan firman Allah:

‫ﹶﻗﺎِﺗﹸﻠﻮﹾﺍ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﹶﻻ ُﻳ ْﺆِﻣُﻨﻮ ﹶﻥ ِﺑﺎﻟﹼﻠِﻪ َﻭ ﹶﻻ ِﺑﺎﹾﻟَﻴ ْﻮِﻡ ﺍﻵ ِﺧ ِﺮ َﻭ ﹶﻻ ُﻳ َﺤ ﱢﺮُﻣﻮ ﹶﻥ َﻣﺎ َﺣ ﱠﺮَﻡ ﺍﻟﻠﹼُﻪ َﻭ َﺭ ُﺳﻮﹸﻟُﻪ َﻭ ﹶﻻ‬
(29) ‫َﻳ ِﺪﻳُﻨﻮ ﹶﻥ ِﺩﻳ َﻦ ﺍﹾﻟ َﺤ ﱢﻖ ِﻣ َﻦ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﹸﺃﻭُﺗﻮﹾﺍ ﺍﹾﻟ ِﻜَﺘﺎ َﺏ َﺣﱠﺘﻰ ُﻳ ْﻌ ﹸﻄﻮﹾﺍ ﺍﹾﻟ ِﺠ ْﺰَﻳﹶﺔ َﻋﻦ َﻳ ٍﺪ َﻭ ُﻫ ْﻢ َﺻﺎ ِﻏ ُﺮﻭ ﹶﻥ‬
‫َﻭﹶﻗﺎﹶﻟ ِﺖ ﺍﹾﻟَﻴ ُﻬﻮ ُﺩ ُﻋ َﺰْﻳٌﺮ ﺍْﺑ ُﻦ ﺍﻟﹼﻠِﻪ َﻭﹶﻗﺎﹶﻟ ْﺖ ﺍﻟﱠﻨ َﺼﺎ َﺭﻯ ﺍﹾﻟ َﻤ ِﺴﻴ ُﺢ ﺍْﺑ ُﻦ ﺍﻟﹼﻠِﻪ ﹶﺫِﻟ َﻚ ﹶﻗ ْﻮﹸﻟ ُﻬﻢ ِﺑﹶﺄﹾﻓ َﻮﺍ ِﻫ ِﻬ ْﻢ‬
‫( ﺍﱠﺗ َﺨ ﹸﺬﻭﹾﺍ ﹶﺃ ْﺣَﺒﺎ َﺭ ُﻫ ْﻢ‬30) ‫ُﻳ َﻀﺎ ِﻫ ُﺆﻭ ﹶﻥ ﹶﻗ ْﻮ ﹶﻝ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﹶﻛﹶﻔ ُﺮﻭﹾﺍ ِﻣﻦ ﹶﻗْﺒﻞﹸ ﹶﻗﺎَﺗﹶﻠﻬُﻢُ ﺍﻟﻠﹼُﻪ ﹶﺃﱠﻧﻰ ُﻳ ْﺆﹶﻓ ﹸﻜﻮ ﹶﻥ‬
‫َﻭ ُﺭ ْﻫَﺒﺎَﻧ ُﻬ ْﻢ ﹶﺃ ْﺭَﺑﺎًﺑﺎ ﱢﻣﻦ ُﺩﻭ ِﻥ ﺍﻟﹼﻠِﻪ َﻭﺍﹾﻟ َﻤ ِﺴﻴ َﺢ ﺍْﺑ َﻦ َﻣ ْﺮَﻳ َﻢ َﻭَﻣﺎ ﹸﺃِﻣ ُﺮﻭﹾﺍ ِﺇﻻﱠ ِﻟَﻴ ْﻌُﺒ ُﺪﻭﹾﺍ ِﺇﹶﻟ ًﻬﺎ َﻭﺍ ِﺣ ًﺪﺍ ﱠﻻ ِﺇﹶﻟَﻪ‬

(31) ‫ِﺇﻻﱠ ﻫُ َﻮ ُﺳْﺒ َﺤﺎَﻧﻪُ َﻋ ﱠﻤﺎ ُﻳ ْﺸ ِﺮ ﹸﻛﻮ ﹶﻥ‬

Maksudnya: “Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak
[pula] kepada hari akhirat dan mereka tidak mengharam apa yang telah
diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang
benar [agama Allah], yaitu orang-orang [Yahudi dan Kristian] yang diberikan Al-
Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan keadaan taat dan
merendahkan diri. Dan berkata orang-orang Yahudi: “Uzair itu putera Allah” dan
orang Nasrani berkata: “Al Masih itu putera Allah”. Demikian itulah ucapan
mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang
terdahulu, dilaknat Allahlah mereka. Bagaimana mereka dapat berpaling [dari
kebenaran]? Mereka jadikan pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan
selain daripada Allah, dan (juga mereka mempertuhankan] Al-Masih putera
Maryam, pada hal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa,
tidak ada Tuhan selain Dia. Dia Maha Suci Allah dari apa yang mereka
persekutukan.”

(At Taubah: 29-31)

Inilah dia fakta-fakta sandaran yang mengesahkan ketuhanan Allah di
“bumi” ini, dan melaksanakan panduan-Nya di dunia ini, beserta menghalau
syaitan serta panduan-panduan syaitan, juga menghancurkan kuasa manusia yang
menindas dan menekan sesama umat manusia sedangkan semua manusia itu adalah
hamba Allah Yang Maha Berkuasa tidak boleh dikuasai dan dijadikan abdi oleh
sesiapa pun dari kalangan sesama hamba Allah dengan menggunakan kuasa diri
mereka sendiri dan dengan undang-undang yang bersumberkan hawa nafsu dan
pendapat mereka sendiri dan ini pun mencukupi, di samping mengesahkan dasar
“tiada paksaan dalam beragama”, iaitu tiada paksaan untuk menganut agama Islam
dan sebarang akidah, setelah seluruh umat manusia lepas bebas dari pengabdian
oleh sesama manusia dan setelah diakui tegaknya suatu dasar bahawa kekuasaan
seluruhnya adalah kepunyaan Allah sahaja.

Syed Qutb 65

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Ia menjadi fakta sandaran bagi kebebasan umum umat manusia di seluruh
dunia, dalam bentuk menarik manusia itu keluar dari kancah pengabdian oleh
sesama manusia kepada pengabdian dan kepatuhan kepada Allah SWT; tiada siapa
pun yang bersekutu dengan-Nya sedikit pun. Fakta sandaran inilah yang telah
bersarang di dalam hati para pejuang Islam. Bila mereka ditanya mengenai apakah
motif yang mendorong mereka berjuang, mereka tidak akan pernah menjawab:
“kami berjuang untuk mempertahankan negeri kami yang sedang terancam”, atau:
“kami berperang untuk menyekat kemaraan musuh dari Parsi dan Romawi yang
menceroboh kedaulatan negara kami”; atau “kami berjuang untuk memperluas
kawasan negara kami dan mengumpul harta rampasan”; tetapi mereka akan terus
menjawab seperti jawapan Sayidina Rab'a bin 'Amir, Huzaifah bin Muhsan dan Al-
Mughirah bin Syu'bah, kepada Rustam Panglima Angkatan Perang Parsi di Medan
Perang Qadisiah yang telah bertanya kepada mereka seorang demi seorang dalam
tempoh tiga hari berturut-turut sebelum berlakunya pertempuran hebat antara
tentera Parsi yang cukup lengkap dengan persenjataan, dengan tentera Islam yang
kecil jumlah dan sedikit sekali persenjataannya. Rustam bertanya kepada mereka:
“Apakah yang mendorong kamu ke mari untuk berperang dengan kami?” Jawapan
mereka adalah bersamaan antara satu dengan yang lain, tidak berubah dan tidak
berbeza. Jawapan mereka berbunyi begitu. “Bahawa Allah telah mengutus kami
untuk mengajak dan menyeru tuan-tuan dan semua orang yang menumpahkan taat
setianya kepada sesama manusia untuk bersama-sama dengan kami menyembah
dan menumpah pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa, dan menarik mereka
keluar daripada kesempitan hidup dunia kepada medan hidup yang lebih selesa di
dunia dan akhirat, dari keganasan dan kekejaman agama-agama kepada keadilan
Islam lalu diutus-Nya utusan-Nya kepada seluruh umat manusia. Sesiapa sahaja
menerima Islam maka kami sambut mereka dan kami akan meninggalkan negeri
mereka, kami tinggalkan mereka terus berkuasa di negeri mereka sendiri.
Sebaliknya sesiapa sahaja yang angkuh dan enggan menerima Islam maka kami
akan memerangi mereka sehingga kami mendapat kurnia syurga Allah atau kami
beroleh kemenangan.”

Sebenarnya ada tenaga pendorong di dalam tabiat agama ini di dalam
proklamasi umum dan juga di dalam programnya yang berpijak di dalam realiti
untuk umat manusia, yang sesuai dengan bentuk hidup umat manusia yang
berbagai bentuk dan caranya. Tenaga pendorong utama itu sentiasa hidup tegak,
walaupun tiada sebarang bentuk permusuhan atas negeri Islam dan juga terhadap
kedaulatan orang-orang Islam di dalam negeri itu, kerana ia adalah tenaga
pendorong yang sejati dan asli di dalam program dan realitinya, bukan sekadar
berpunca dari maksud mempertahankan diri sahaja, yang sangat sementara
bentuknya.

Seorang muslim itu cukup untuk keluar berjuang mempertaruh jiwa raga dan
harta bendanya di “jalan Allah” sahaja, di jalan dasar dan nilai Allah sahaja, tiada
sebarang keuntungan benda bagi diri dan golongannya, tiada pula sebarang impian
kebendaan yang mendorongnya.

Syed Qutb 66

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Sebelum setiap orang muslim keluar berjuang dan berperang di medan jihad,
dia pada hakikatnya telah pun berhasil mengharungi medan jihad yang amat besar
di dalam dirinya sendiri, melawan godaan syaitan di dalam hatinya, menentang
nafsu dan syahwah keinginan yang beraneka bentuk, menentang rasa haluba dan
tamak, menentang rasa cinta diri, cinta kaum kerabat dan anak bangsa sendiri, dan
malah menentang sebarang logo yang bukan logo Islam menentang sebarang
dorongan untuk menyembah dan mematuhi sebarang kuasa yang lain daripada
Allah dan sebarang halangan dari terlaksananya kekuasaan dan pemerintah Allah di
muka bumi ini serta mencabar kekuasaan “TAGHUT” dan syaitan-syaitan ganas
yang menyamun kekuasaan Allah.

Orang-orang yang sengaja mencari-cari jalan untuk mendapatkan sebarang
fakta sandaran ke arah perjuangan dan jihad Islam dengan tujuan mempertahankan
“Negara Islam” sahaja, orang yang seperti itu adalah orang yang suka merendahkan
dasar dan program agama dan memandangnya lebih murah nilainya daripada
“negeri”. Ini bukan konsep Islam yang sebenar, malah ia merupakan suatu teori dan
pendapat yang sumbang dan “songsang” sama sekali dari selera Islam; sebab akidah
dan program yang mengatur perjalanannya dan masyarakat yang hendak dikuasai
oleh akidah dan program itu adalah suatu simpulan kata yang sama dan satu sahaja
di dalam selera Islam. Adapun “tanah” dan “bumi” sahaja maka tiada apa nilai dan
harga pun, kerana setiap nilai dan harga bagi “tanah” dan “bumi” dalam pandangan
Islam adalah berpunca daripada berkuasanya program dan ajaran Allah di atas
“tanah” dan “bumi” itu, kerana itulah maka “bumi” itu menjadi tapak semaian
akidah dan juga program itu di dalam bentuk “Negeri Islam”, dan juga merupakan
titik permulaan bagi perjalanan ke arah kebebasan umat manusia.

Memang benar bahawa menjaga “Negeri Islam” itu bererti menjaga akidah,
program dan masyarakat yang di dalamnyalah akidah dan program itu berkuasa
dan berdaulat. Tapi mesti diingat, ini bukanlah tujuan terakhir. Bukanlah tugas
menjaga keselamatan menjadi matlamat terakhir bagi gerakan jihad Islam, kerana
mengawal keselamatannya adalah merupakan satu jalan sahaja bagi tegak dan
terlaksananya perintah Allah di dalamnya, juga dijadikan garis permulaan bertolak,
sebab umat manusia adalah merupakan alat dan bahan bagi gerakan agama ini
manakala bumi dan tanah pula merupakan tempat ia berpijak dan bercambah.

Kita telah mengatakan bahawa perjalanan membawa dan memikul ajaran
agama ini akan disekat oleh berbagai bentuk halangan, baik yang berbentuk
kekuasaan negara, sistem sosial dan politik dan juga berbentuk realiti yang
menguasai keadaan, sedangkan semuanya adalah bahan-bahan yang hendak
dihancurkan oleh Islam dengan menggunakan kekuatan supaya seluruh umat
manusia dapat hidup bebas berhadapan dengannya, bebas bercakap dan mengetuk
pintu hati dan fikirannya, setelah seluruh umat manusia itu dibebaskan dari
belenggu, dan setelah mereka beroleh sepenuh kebebasan.

Kita mestinya tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat kaum orientalis
terhadap dasar “jihad” dan kita sekali-kali jangan rela menanggung beban yang
ditimbulkan oleh realiti di dalam kekalutan dunia zaman sekarang, lalu kita cuba

Syed Qutb 67

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

pula mencari-cari motif lain untuk jihad Islam di luar tabiat asal agama ini sendiri,
supaya dapat bertahan untuk sementara, sebab “jihad” akan terus juga berjalan,
dengan disertai atau tanpa motif itu.

Di samping itu kita membongkar realiti sejarah, kita tidak boleh lupa pokok
dan inti tabiat agama ini, dan jangan sekali-kali kita cuba mencampur-adukkan inti
itu dengan realiti yang berbentuk pertahanan yang bersifat sementara itu.

Memang benarlah agama ini mesti mempertahankan diri dari setiap serangan
yang datang, kerana justeru wujudnya dalam bentuk proklamasi umum ketuhanan
Allah, Tuhan Seru sekalian alam dan proklamasi kebebasan umat manusia daripada
pengabdian diri kepada sesama umat manusia, dan penjelmaan wujudnya dalam
organisasi yang aktif di bawah satu pengarah baru yang bukan pengarah jahiliyah,
serta lahirnya sebuah masyarakat bebas yang berlainan bentuknya daripada yang
telah sedia ada, yang tidak mengiktiraf kekuasaan sesama umat manusia, kerana
kekuasaan yang sebenarnya adalah kepunyaan Allah SWT sahaja. Ya, memanglah
wujudnya agama ini dalam bentuk yang disebutkan tadi dengan sendirinya
mengancam masyarakat jahiliyah yang ada di sekitarnya, yang ditegakkan atas
dasar pengabdian oleh manusia atas sesama umat manusia. Dengan sendirinya pula
masyarakat jahiliyah itu akan berusaha menyepak dan menerajangnya dengan
tujuan untuk memusnah dan membunuhnya sama sekali, bagi mempertahankan
hidup masyarakat jahiliyah itu dan dengan demikian maka masyarakat yang baru
muncul itu terpaksa mempertahankan dirinya.

Inilah kesulitan dan keserabutan yang tak dapat dielakkan, sebab ia sama jadi
dan sama lahirnya dengan Islam sendiri. Inilah pertarungan yang mesti dihadapi
oleh Islam, dan sama sekali tidak dapat ia mengelakkan diri darinya. Inilah
peraturan semula jadi yang tak dapat dihindarkan.

Ini semuanya adalah fakta dan kebenaran mengikut pandangan inilah Islam
mesti mempertahankan hidup dan wujudnya, dan mesti ia sanggup mengharungi
medan perjuangan mempertahankan dirinya. Hal ini pasti dan tidak dapat
dielakkan.

Ada satu lagi hakikat yang lebih penting daripada yang telah disebutkan tadi,
iaitu telah menjadi sifat semula jadi Islam bahawa ia sentiasa bergerak terus
menerus tanpa mempedulikan halangan dan rintangan, untuk menyelamatkan
“manusia” di dalam “bumi” daripada terpaksa mengabdikan dirinya kepada yang
lain daripada Allah. Hal ini tidak terhad dalam lingkungan geografi sahaja, tidak
juga terlingkung dalam sempadan golongan dan kaum sahaja, dengan membiarkan
“manusia”, semua jenis umat manusia di atas bumi ini seluruh “Pelusuk bumi”
merengkok di bawah kuasa kejahatan, kemusnahan dan pengabdian diri kepada
yang lain daripada Allah.

Sesungguhnya kuasa-kuasa yang menentang Islam itu telah pernah membuat
keputusan untuk tidak lagi menyerang Islam, seandainya Islam sanggup
membiarkan mereka meneruskan sikap dan dasar pengabdian diri kepada yang lain

Syed Qutb 68

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

daripada Allah, dalam lingkungan mereka sendiri, dan dalam batas negeri mereka
sendiri. Kalaulah Islam sanggup membiarkan mereka menjalankan peranan mereka
dengan cara tidak mendakwah Islam dan menyebarkan proklamasi umumnya itu.

Tetapi Islam tidak pernah mahu bertolak ansur dengan mereka, kecuali
setelah mereka mengaku akan tunduk dan patuh di bawah kekuasaan Islam dalam
bentuk membayar jizyah, sebagai jaminan bagi terbukanya pintu dakwah Islam
tanpa diganggu-gugat oleh apa jua kekuasaan pun di dalam negeri itu.

Ini tabiat asal agama ini. Inilah dia tugasnya; kerana ia adalah proklamasi
umum mengenai ketuhanan Allah Seru Sekalian Alam, dan proklamasi umum
mengenai kebebasan umat manusia daripada sebarang pengabdian kepada yang
lain daripada Allah di kalangan seluruh umat manusia.

Bandingkanlah sendiri antara Islam dalam bentuk yang asli ini dengan
bentuk saduran yang terlingkung dalam ruang dan daerah yang sempit itu, ruang
dan daerah sempadan negara dan suku, iaitu Islam yang sentiasa di dalam
ketakutan.

Sesungguhnya motif gerakan Islam itu lahir dengan jelas sekali bila sahaja
difahami benar-benar bahawa agama ini ialah ajaran dan panduan Allah untuk
hidup umat manusia, bukan ajaran dan panduan bikinan tangan manusia, bukan
suatu aliran fikiran dan isme yang khusus bagi suatu golongan tertentu sahaja, juga
bukan sekadar untuk sesuatu golongan manusia sahaja. Kita tidak akan meraba-raba
mencari motif dari luar kecuali bila kita telah kehilangan tongkat dan kita kabur
mengenai hakikat yang agung itu iaitu bila sahaja kita lupakan bahawa masalah ini
ialah masalah “ketuhanan” Allah dan “kehambaan” manusia kepada Allah setiap
orang yang mengerti akan hakikat ini tidak mungkin meraba-raba mencari panduan
yang lain, mengenai pengertian jihad di dalam Islam.

Jarak di antara kedua persimpangan jalan ini tidaklah begitu jauh sangat;
iaitu antara konsep bahawa Islam itu terpaksa mengharungi perjuangan yang tidak
dapat dielakkan lagi, kerana wujudnya di samping masyarakat jahiliyah yang akan
menghentam wujudnya (Islam) itu sendiri dan bahawa Islam itu mesti memulakan
gerakan dan menghayun langkah masuk ke gelanggang perjuangan jihad. Memang
jarak antara keduanya tidak begitu jauh kerana dalam kedua-dua konsep itu pun ia
(Islam) pasti akan mengharungi pertarungan itu! tapi pada peringkat akhirnya
perbezaan antara keduanya akan nampak jelas sekali, mengubah perasaan dan
pengertian keislaman begitu hebat dan menonjol.

Memang terlalu jauh jaraknya di antara konsep bahawa Islam itu suatu
program dan panduan Ilahi yang datang untuk melaksanakan ketuhanan Allah
SWT untuk seluruh alam ini, dan melaksanakan kepatuhan seluruh umat manusia
kepada Allah Yang Maha Esa, serta mengesahkan pelaksanaan itu di dalam realiti,
iaitu di dalam bentuk sebuah masyarakat yang menjamin kebebasan manusia dari
pengaruh pengabdian oleh sesama umat manusia, dengan menumpukan ibadat
kepada Allah SWT sahaja, dan menghayati syariat Allah sahaja sebagai undang-

Syed Qutb 69

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

undang negara mereka, menjadi lambang kekuasaan Allah; atau dengan perkataan
lain, ketuhanan Allah itu menjelma di dalam kenyataan dan realiti dengan demikian
ia berhak dan mampu menghancurkan semua halangan dan rintangan di tengah
jalan supaya ia dapat berdialog langsung dengan fikiran dan hati kecil setiap
individu tanpa sesuatu halangan pun baik yang berbentuk sistem politik negara,
atau berbentuk realiti masyarakat itu. Memang jarak pemisahnya terlalu jauh antara
konsep cara ini terhadap Islam, dengan konsep dan anggapan bahawa ia hanya
sekadar suatu sistem tempatan bagi sesebuah negeri tertentu sahaja, yang hanya
berhak mempertahankan diri dalam lingkungan sempadan yang sangat sempit itu.

Yang pertama tadi ialah suatu konsep dan yang kedua juga memang satu
konsep walaupun dalam kedua-dua konsep itu Islam pasti akan berjihad; tapi
konsep umum terhadap motif dan matlamat jihad dan natijahnya adalah berlainan
dan berbeza sejauh-jauhnya, berbeza dalam segi kepercayaan dan berbeza dalam
segi tektik dan strategi.

Adalah menjadi hak Islam bahawa ia bergerak daripada mulanya lagi, sebab
ia bukanlah satu agama untuk sesuatu golongan tertentu sahaja. Ia juga bukan
hanya sekadar suatu sistem hidup untuk suatu daerah dan negeri tertentu sahaja,
tapi ia adalah suatu program dan panduan Tuhan, dan suatu sistem untuk dunia
seluruhnya. Adalah menjadi hak Islam untuk bergerak menghancurkan halangan-
halangan yang berbentuk sistem-sistem dan realiti yang menyekat kebebasan
“manusia” untuk berusaha mencari dan memilih sendiri. Islam juga menjamin
bahawa ia tidak akan menyerang setiap individu dan memaksa mereka menerima
akidahnya. Ia hanya akan menyerang dan menghentam sistem-sistem dan realiti
untuk membebaskan setiap individu daripada pengaruh yang merosakkan fitrah
semula jadi umat manusia dan membelenggu kebebasan memilih.

Islam berhak menarik keluar umat “manusia” dari mengabdikan diri dan
memuja sesama hamba Tuhan, supaya mereka hanya mengabdikan diri dan memuja
Allah Yang Maha Esa pupaya ia dapat melaksanakan dan menyebarkan kandungan
proklamasi umum mengenai ketuhanan Allah atas seluruh alam ini, dan
membebaskan seluruh umat manusia. Pengabdian diri kepada Allah Yang Maha Esa
tidak akan terlaksana - baik dalam pandangan Islam dan dalam realiti hidup yang
praktikal - kecuali di bawah lindungan sistem Islam, sebab hanya Islam sahajalah
satu-satunya sistem yang dijadikan. Allah untuk mengatur semua urusan hamba-
Nya, baik yang rmemerintah mahu pun yang diperintah, baik yang berkulit putih
atau berkulit hitam, baik yang jauh atau yang dekat, baik yang miskin atau yang
kaya; melalui suatu undang-undang yang dipatuhi oleh mereka semua. Manakala di
bawah sistem-sistem yang lain, maka dengan sendirinya umat manusia itu
menyembah dan mengabdikan dirinya kepada sesama hamba Tuhan; kerana
mereka mengambil peraturan hidup mereka daripada sesama hamba Tuhan;
sedangkan kuasa membuat peraturan dan undang-undang itu adalah menjadi salah
satu daripada sifat Allah SWT. Sesiapa sahaja yang mendakwa dirinya mempunyai
sebarang hak untuk membuat undang-undang bagi kehidupan manusia, maka
sesungguhnya orang itu telah mendakwa dan mendabik dada bahawa dirinya

Syed Qutb 70

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

mempunyai sifat-sifat ketuhanan, sama ada dia mengakui hal ini secara terus terang
atau pun tidak. Sesiapa sahaja yang mengiktiraf seseorang manusia lain ada
mempunyai sebarang hak atas dirinya bererti dia mengakui orang itu mempunyai
hak ketuhanan dan berkuasa atas dirinya; sama ada dia menyebut perkataan
“ketuhanan” itu atau tidak.

Lagi pula Islam itu bukanlah hanya suatu akidah sahaja, sehingga ia boleh
merasa puas hati dan cukup dengan hanya menyampaikan dakwah mengenai
akidahnya sahaja kepada umat manusia; bahkan ia adalah suatu program dan
panduan yang mesti dilaksanakan di dalam gerakan organisasi bagi kebebasan umat
manusia. Organisasi yang tidak bergerak dan bertindak dengan berpandukan dasar
Islam tidak mungkin menyusun hidup rakyat jelatanya dengan berpandukan
program Islam. Dengan demikian Islam mestilah menghapuskan sistem-sistem itu
kerana semuanya itu adalah merupakan penghalang kepada kebebasan seluruh
umat manusia. Ini - seperti kita katakan tadi - bererti kekuasaan dan agama itu
adalah kepunyaan Allah sahaja dan tidak ada seorang hamba pun yang boleh
mempunyai hak dan kuasa ke atas sebarang hamba Allah, seperti halnya dalam
seluruh sistem yang ditegakkan di atas dasar pengabdian manusia atas sesama umat
manusia.

Sebenarnya para penyelidik Islam di zaman moden ini, yang selalu merasa
kecewa menghadapi realiti zaman sekarang melatui putar belit kaum orientalis yang
pandir, sangatlah merasa berat untuk mengakui hakikat ini. Ini disebabkan kerana
kaum orientalis yang pandir itu selalu sahaja membuat gambaran bahawa Islam itu
adalah suatu gerakan kekerasan yang menggunakan senjata bagi memaksa orang
menganut akidahnya; sedangkan kaum orientalis yang kurang ajar itu tahu benar-
benar bahawa gambaran itu bukanlah suatu hakikat dan kebenaran, tetapi mereka
sengaja menyembunyikan fakta sebenar mengenai hakikat jihad di dalam Islam
dengan cara ini. Di samping itu pula maka berusahalah golongan yang trust dan
kecewa tadi kononnya untuk menjaga imej dan nama baik Islam, juga

Jihad Di Jalan Allah dengan tujuan hendak menafikan tuduhan-tuduhan itu -
lalu mereka mencari-cari alasan untuk mempertahankan diri, dengan melupakan
sama sekali hakikat dan tabiat Islam yang asli dan melupakan fungsi dan
peranannya yang sebenar dan melupakan haknya dalam usaha membebaskan
seluruh umat manusia.

Sebenarnya fikiran para penyelidik di zaman moden ini telah dikaburi oleh
pandangan-pandangan ala barat terhadap fungsi dan peranan serta tabiat “agama”
dengan mengatakan bahawa agama ini ialah urusan akidah semata-mata, yang
bersarang di lubuk hati; tiada apa jua sangkut pautnya dengan sistem dan realiti
hidup. Dengan demikian perjuangan kerana agama itu bererti perjuangan untuk
akidah semata-mata, supaya ia dapat bersarang di lubuk hati manusia.

Tetapi bukanlah begitu pandangan Islam; sebab Islam itu adalah panduan
dan program Allah untuk hidup umat manusia. Program yang berasaskan “tauhid”,
iaitu mengesakan Allah SWT dengan sifat-sifat ketuhanan yang menjelma di dalam

Syed Qutb 71

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

bentuk kekuasaan, dan mengatur hidup tadi dengan mengikut perincian-perincian
yang telah ditetapkan. Perjuangan untuk Islam itu adalah bererti: jihad dan
perjuangan untuk melaksanakan program dan panduan itu. Ada pun akidah, maka
ia adalah suatu hal yang bersangkut dengan rasa dan selera hati, di bawah
lindungan suatu sistem universal itu, sesudah tabir yang menutupnya disingkap
dengan demikian halnya berlainan sama sekali dan ia menjelma dalam bentuk baru
dan sempurna.

Di mana sahaja ada organisasi Islam, yang menjunjung tinggi dan
menghayati program dan panduan Tuhan; maka dengan sendirinya bererti Allah
memberikan kepadanya hak bergerak untuk menatang terima kekuasaan Dan
melaksanakan programnya, di samping membiarkan masalah akidah itu menjadi
masalah individu yang berkaitan dengan kesedaran masing-masing. Kalaulah Allah
SWT melarang golongan Islam daripada melakukan jihad untuk suatu ketika, maka
itu adalah masalah taktik sahaja dan bukan masalah prinsip. Masalah
mengendalikan organisasi bukan masalah akidah.

Atas dasar yang jelas dan terang inilah kita boleh memahami nas-nas dan
petunjuk Al-Quran yang bermacam-macam bentuknya itu mengikut perkembangan
sejarah yang silih berganti, mengikuti pasang surut hidup umat manusia.

Kita hendaklah jangan sekali-kali mencampur aduk dalil-dalil dari Ayat-ayat
yang bersifat sementara dan menyusun strategi perjuangan jihad dengan Ayat-ayat
yang merupakan dalil umum bagi organisasi Islam, yang tidak berubah-ubah di
sepanjang zaman.

Syed Qutb 72

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

‫ﻻﺍﻟﻪ ﺍﻻﺍﷲ ﻣﻨﻬﺞ ﺣﻴﺎﺓ‬

LA ILAAHA ILLALLAH PANDUAN HIDUP

Pengabdian diri kepada Allah SWT adalah merupakan akar tunjang dan
rukun pertama dalam akidah Islamiyah yang dijelmakan di dalam pengakuan:
Tiada Tuhan Melainkan Allah (LAA ILAAHA ILLALLAH). Manakala menerima
pengajaran dari Rasulullah SAW mengenai cara menjalan dan melaksanakan
pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya, yang
dijelmakan di dalam pengakuan: Muhammad itu ialah Utusan Allah
(MUHAMMADUR-RASULULLAH).

Hati Muslim yang beriman dan menyerahkan dirinya kepada Allah itu
adalah hati yang menjelma di dalamnya kedua-dua dasar yang disebutkan di atas
tadi. Semua perkara selain daripada kedua-duanya baik yang berbentuk asas-asas
keimanan dan rukun Islam, adalah merupakan pelengkap bagi kedua-dua tadi;
kerana keimanan kepada malaikat-malaikat Allah, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya,
hari kiamat, qada dan qadar, juga sembahyang, zakat, puasa dan haji, hukum halal
dan haram, kemudian hukum hudud dan ta'zir, serta peraturan-peraturan mengenai
muamalah, perundangan dan arahan-arahan keIslaman semuanya itu adalah tegak
di atas dasar pengabdian diri kepada Allah SWT. Begitu juga sumber-sumber itu
semuanya adalah ajaran-ajaran yang telah disampaikan kepada kita oleh Rasulullah
SAW daripada Tuhannya.

Dan masyarakat Islam itu ialah masyarakat yang menghayati sepenuhnya
kaedah-kaedah Islam dan hal-hal yang berkaitan dengannya di dalam kenyataan
hidupnya; sebab masyarakat tanpa pelaksanaan dan peryelmaan kaedah-kaedah ini
tidak boleh dipandang sebagai MASYARAKAT ISLAM.

Selanjutnya pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (LA ILAAHA
ILLALLAH) dan Muhammad itu ialah utusan Allah (MUHAMMADUR
RASULULLAH) adalah kaedah bagi suatu program yang lengkap yang menjadi
tapak kepada kehidupan umat Islam seluruhnya. Kehidupan secara Islam ini tidak
akan dapat ditegakkan sebelum kaedah ini ditegakkan terlebih dahulu; seperti juga
kehidupan secara Islam tidak akan menjadi kehidupan secara Islam dengan
sebenarnya sekiranya ia ditegakkan di atas kaedah yang lain daripada kaedah ini
atau pun ia ditegakkan secara tempelan di samping kaedah-kaedah yang lain atau
pun di samping beberapa kaedah lain yang asing darinya.

Firman Allah:

Syed Qutb 73

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

‫ِﺇ ِﻥ ﺍﹾﻟ ُﺤ ﹾﻜ ُﻢ ِﺇﻻﱠ ِﻟﹼﻠِﻪ ﹶﺃَﻣ َﺮ ﹶﺃﻻﱠ َﺗ ْﻌُﺒ ُﺪﻭﹾﺍ ِﺇﻻﱠ ِﺇﱠﻳﺎُﻩ ﹶﺫِﻟ َﻚ ﺍﻟ ﱢﺪﻳ ُﻦ ﺍﹾﻟﹶﻘﻴﱢ ُﻢ‬

Maksudnya: Tidak ada kekuasaan memerintah itu melainkan kepunyaan Allah
sahaja. Ia perintah supaya kamu jangan sembah dan mengabdikan diri melainkan
Dia, kerana yang demikian itu ialah agama yang lurus.

(Yusoff: 40)

Firman Allah:

‫ﱠﻣ ْﻦ ﻳُ ِﻄ ِﻊ ﺍﻟ ﱠﺮ ُﺳﻮ ﹶﻝ ﹶﻓﹶﻘ ْﺪ ﹶﺃ ﹶﻃﺎ َﻉ ﺍﻟﹼﻠَﻪ‬

Maksudnya: “Sesiapa yang taat dan patuhkan Rasul, maka sesungguhnya dia
telah taat dan patuhkan Allah. “

(An-Nisaa: 80)

Pengakuan yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada kita
untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa persoalan pokok mengenai
hakikat agama ini dan mengenai gerakannya di dalam kenyataan.

Pengakuan ini memberi panduan kepada kita dalam membuat garis pemisah
mengenai:

Pertama : Bentuk dan tabiat masyarakat Islam.

Kedua : Program pertumbuhan dan perkembangan masyarakat Islam.

Ketiga : Program Islam dalam menghadapi masyarakat-masyarakat
jahiliyah.

Keempat : Program Islam dalam menghadapi kenyataan hidup umat
manusia seluruhnya.

yang semuanya ini merupakan masalah pokok dalam program gerakan
Islam, dulu dan sekarang

Sesungguhnya ciri pertama yang menentukan bentuk dan tabiat “Masyarakat
Islam” itu ialah bahawasanya masyarakat itu berdiri dan tegak di atas asas
mengabdikan diri kepada Allah SWT di dalam semua urusannya. Mengabdikan diri
yang dijelma dan dibentuk oleh pengakuan dan ikrar bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan bahawa Muhamad itu ialah utusan Allah (LAA ILAAHA
ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULUL LAH).

Syed Qutb 74

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Pengabdian diri itu hendaklah terjelma di dalam bentuk kepercayaan seperti
juga di dalam semua syiar-syiar dan simbol-simbol peribadatan, seperti mana juga
ianya menjelma d dalam peraturan-peraturan dan undang-undang. Sebab bukanlah
menjadi hamba Allah SWT seorang yang tidak meyakini keesaan dan ketunggalan
Allah SWT. Firman Allah:

‫( َﻭﹶﻟﻪُ َﻣﺎ ِﻓﻲ‬51) ‫َﻭﹶﻗﺎ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﹼُﻪ ﹶﻻ َﺗﱠﺘ ِﺨ ﹸﺬﻭﹾﺍ ِﺇ ﹶﳍْﻴ ِﻦ ﺍﹾﺛَﻨْﻴ ِﻦ ِﺇﱠﻧ َﻤﺎ ﻫُ َﻮ ِﺇﻟٌﻪ َﻭﺍ ِﺣ ٌﺪ ﹶﻓﺈﱠﻳﺎ َﻱ ﹶﻓﺎ ْﺭ َﻫُﺒﻮ ِﻥ‬
(52) ‫ﺍﹾﻟ ﱠﺴ َﻤﺎ َﻭﺍ ِﺕ َﻭﺍ َﻷ ْﺭ ِﺽ َﻭﹶﻟﻪُ ﺍﻟ ﱢﺪﻳ ُﻦ َﻭﺍ ِﺻًﺒﺎ ﹶﺃﹶﻓَﻐْﻴ َﺮ ﺍﻟﹼﻠِﻪ َﺗﱠﺘﹸﻘﻮ ﹶﻥ‬

Maksudnya: “Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana
sesungguhnya Tuhan itu Esa, dan kepadaKulah hendaknya kamu ta.kut. Dan
bagi-Nyalah apa yang ada di langit dan di bumi, dan bagi-Nyalah ketaatan dergan
tetap, apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti?”

(An Nahl: 51-52)

Dan bukanlah hamba Allah SWT orang yang mempersembahkan atau pun
melakukan syiar dan lambang pengabdian kepada yang lain daripada Allah, sama
ada bersama-sama dengan Allah atau pun secara bersendirian dan tidak bersama-
sama dengan Allah.

Firman Allah SWT:

‫( ﹶﻻ َﺷ ِﺮﻳ َﻚ ﹶﻟﻪُ َﻭِﺑ ﹶﺬِﻟ َﻚ‬162) ‫ﹸﻗ ﹾﻞ ِﺇﻥﱠ َﺻ ﹶﻼِﺗﻲ َﻭُﻧ ُﺴ ِﻜﻲ َﻭَﻣ ْﺤَﻴﺎ َﻱ َﻭَﻣ َﻤﺎِﺗﻲ ِﻟﹼﻠِﻪ َﺭ ﱢﺏ ﺍﹾﻟَﻌﺎﹶﻟ ِﻤ َﲔ‬
(163) ‫ﺃﹸ ِﻣ ْﺮﺕُ َﻭﹶﺃَﻧﹾﺎ ﹶﺃ ﱠﻭ ﹸﻝ ﺍﹾﻟﻤُ ْﺴِﻠ ِﻤ َﲔ‬

Maksudnya: “Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidup dan
matiku adalah kerana Allah Tuhan seru sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya,
dan begitulah aku diperintah dan adalah aku orang Islam yang pertama.”

(Al-An’am: 162-163)

Dan bukanlah hamba Allah SWT orang yang menerima peraturan dan
undang-undang dari yang lain daripada Allah SWT. Melainkan melalui jalan yang
Allah telah sampaikan kepada kita, iaitu jalan Rasulullah SAW.

Firman Allah :

‫ﹶﺃ ْﻡ ﹶﻟ ُﻬ ْﻢ ﺷُ َﺮ ﹶﻛﺎﺀ َﺷ َﺮﻋُﻮﺍ ﹶﻟ ُﻬﻢ ﱢﻣ َﻦ ﺍﻟ ﱢﺪﻳ ِﻦ َﻣﺎ ﹶﻟ ْﻢ َﻳﹾﺄ ﹶﺫﻥ ِﺑِﻪ ﺍﻟﱠﻠُﻪ‬

Maksudnya : “Atau adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mengatur untuk
mereka sebagai agama, sesuatu yang Allah tak izinkan.”

Syed Qutb 75

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

(as-Syura : 21)

dan firman Allah SWT lagi :

‫َﻭَﻣﺎ ﺁَﺗﺎ ﹸﻛ ُﻢ ﺍﻟ ﱠﺮ ُﺳﻮ ﹸﻝ ﹶﻓ ُﺨ ﹸﺬﻭُﻩ َﻭَﻣﺎ َﻧ َﻬﺎ ﹸﻛ ْﻢ َﻋْﻨﻪُ ﹶﻓﺎﻧَﺘﻬُﻮﺍ‬

Maksudnya : “Dan apa-apa yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah,
dan apa-apa yang ia larang kami, maka jauhilah.”

(al-Hasyr : 7)

Inilah dia masyarakat Islam, masyarakat yang menjelma di dalamnya
pengabdian diri kepada Allah SWT di dalam kepercayaan anggota-anggotanya dan
juga di dalam konsep dan gambaran fikiran mereka, seperti juga ia menjelma di
dalam lambang-lambang hidup dan peribadatan mereka dan malah ia menjelma di
dalam sistem dan peraturan kemasyarakatan mereka, dan peraturan serta undang-
undang mereka. Bila mana sahaja sesuatu faktor dari faktor-faktor yang disebutkan
di atas tadi menyimpang dan tidak menjelma di alam kenyataan, maka dengan itu
bererti bahawa Islam itu sendri pun sudah menyimpang dan tidak menjelma lagi,
kerana menyimpang dan tidak menjelmanya rukun Islam yang Pertama, iaitu
pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu
adalah utusan Allah (LA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH).

Dan telah pun kita katakan: bahawa pengabdian diri kepada Allah itu
menjelma di dalam konsep dan gambaran kepercayaan, maka eloklah kita
perkatakan apakah dia konsep dan gambaran kepercayaan cara Islam itu iaitu
gambaran yang terjadi di dalam pemikiran manusia sebagai hasil dari
penerimaannya akan akidah itu dari sumbernya yang sejati, iaitu sumber ILAHI;
dan yang dengannya manusia itu dapat mengerti dan memahami apakah dia
hakikat Tuhannya, dan hakikat alam yang dia hidup di dalamnya, baik yang
nampak dilihat atau pun yang tak nampak dan hakikat dirinya dan hakikat zat
manusia itu sendiri, yang ia rasakan itu, baik yang nampak atau yang tak nampak;
dan di samping segala sesuatu ialah hakikat dirinya sendiri, iaitu hakikat manusia
itu sendiri, kemudian ia sesuaikan semuanya di atas itu dengan perhubungannya
dengan hakikat ini; perhubungannya dengan Tuhannya yang menjelmakan
pengabdian dirinya kepada Allah SWT dan perhubungannya dengan alam semesta
dan peraturan seluruh benda yang hidup di dunia ini, serta setiap peribadi umat
manusia, perhubungan yang mengambil sumber (atau yang bersumber) dari agama
Allah, seperti yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Dengan demikian dia
melaksanakan pengabdian diri kepada Allah SWT dalam bentuk yang meliputi
seluruh sendi kehidupannya.

Maka kalaulah telah menjadi ketetapan bahawa inilah dia “Masyarakat
Islam” itu, maka bagaimanakah pula masyarakat itu boleh tumbuh dan
bagaimanakah pula program pertumbuhannya?

Syed Qutb 76

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Sesungguhnya masyarakat itu tidak akan dapat tegak kecuali bila timbul satu
perkumpulan (jamaah) manusia yang mengakui pengabdian diri mereka
sepenuhnya kepada Allah SWT, dan bahawa mereka tidak tunduk dan
merendahkan diri mereka ke peringkat yang sejajar dengan pengabdian itu kepada
sesuatu apa pun yang lain daripada Allah SWT di dalam perkara iktikad, gambaran
hidup dan lambang-lambang keagamaan, tidak tunduk dan merendahkan diri
kepada yang lain daripada Allah di dalam urusan peraturan hidup dan
perundangan kemudian mereka bertindak untuk menyusun hidup mereka dengan
dasar dan asas pengabdian diri dan ketundukan yang sejati, dengan cara
membersihkan hati dan nadi mereka dari sebarang keyakinan dan kepercayaan
kepada Tuhan yang lain daripada Allah SWT, baik bersama-sama dengan Allah
sebagai rakan sekutunya mahupun bersendirian sebagai lawan Allah; di samping
membersihkan segala lambangnya daripada bertumpu kepada yang lain daripada
Allah serta membersih dan membebaskan peraturan dan undang-undang hidup
mereka daripada sebarang sumber pengambilan yang lain daripada Allah.

Di ketika itulah, ya, di ketika itulah sahaja, perkumpulan atau jamaah itu
menjadi perkumpulan Islam dan masyarakat yang mereka bentuk itu baru sah
menjadi masyarakat Islam (Muslim). Ada pun sebelum satu kelompok manusia
mengaku akan kebersihan dan keikhlasan pengabdian diri mereka kepada Allah
semata-mata, mengikut cara yang telah disebutkan tadi, maka ketika itu mereka
masih belum lagi menjadi orang-orang Islam, dan sebelum mereka mengatur
perkumpulan mereka di atas dasar itu maka perkumpulan mereka pun bukanlah
suatu perkumpulan Islam ini ialah kerana kaedah dan dasar pertama yang menjadi
landasan Islam itu ialah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
bahawa Muhammad itu utusan Allah (LA ILAAHA ILLALIAH MUHAMMADUR
RASULULLAH) dari kedua-dua seginya.

Dengan demikian, maka sebelum daripada difikirkan soal mewujudkan
sistem masyarakat Islam, dan sebelum daripada mewujudkan masyarakat Islam di
atas landasan sistem itu perlu dan sayugialah dititik beratkan dahulu kepada
kebersihan setiap hati nurani si Muslim itu dari mengabdikan diri kepada yang lain
daripada Allah, dalam sebarang bentuk dan rupa yang telah kita kemukakan tadi,
dan hendaklah individu yang hati nuraninya itu bersih dan dan suci dari sebarang
pengabdian diri kepada yang lain daripada Allah itu berkumpul dalam suatu
Jamaah Islamiyah dan Jemaah yang hati nurani anggota-anggotanya suci bersih dari
pengabdian diri kepada yang lain daripada Allah di segi iktikad, ibadat dan
perundangan, dari merekalah akan dapat tumbuh masyarakat Islam, dan akan
disertai oleh setiap orang yang mahu hidup di dalam masyarakat itu dengan
akidahnya sendiri ibadatnya sendiri dan syariatnya sendiri yang menjelma dalam
bentuk pengabdian diri dan ketundukan kepada Allah SWT semata-mata atau
dengan perkataan lain menjelma dalamnya pengakuan: bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan Muharmmad ialah utusan Allah (LA ILAHA ILLALLAH
MUHAMMADUR-RASULULLAH).

Syed Qutb 77

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Begitulah tumbuhnya Jemaah Islamiyah yang ulung dahulu dan telah dapat
membangunkan masyarakat Islam yang pertama dan demikian pulalah kaedahnya
pertumbuhan setiap Jemaah Islamiyah di setiap ketika dan tempat dan demikian
pulalah tumbuhnya setiap masyarakat muslim bila mana dan di mana sahaja pun.

Sesungguhnya masyarakat Islam itu tumbuh daripada berpindahnya
beberapa individu dan perkumpulan manusia dari mengabdikan diri kepada yang
lain daripada Allah, baik bersama-sama.dengan Allah atau pun tanpa Allah,
kepada mengabdikan diri kepada Allah semata-mata tanpa sebarang kongsi dan
sekutu bagi-Nya; kemudian daripada pengakuan dan penegasan perkumpulan ini
hendak menegakkan sistem hidupnya sendiri di atas asas pengabdian itu, ya,
ketika itulah baru sempurna lahirnya sesuatu yang baru untuk masyarakat yang
baru, sebagai pecahan daripada masyarakat jahiliyah yang telah sedia ada, yang
berhadapan dengannya dengan memakai akidah yang baru, sistem hidup yang
baru, berdasarkan akidah ini yang menjelma di dalamnya dasar Islam yang
pertama dengan dua rangkaiannya iaitu pengakuan bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu ialah utusan Allah (LA ILAHA
ILLALLAH MUHAMMADUR-RASULULLAH).

Ada kemungkinan masyarakat jahiliyah itu seluruhnya akan menyertai
masyarakat Islam dan boleh jadi juga tidak, seperti juga masyarakat jahiliyah itu
boleh berkompromi dengannya seperti mana ia pun boleh memusuhinya,
walaupun telah menjadi kebiasaan bahawa masyarakat jahiliyah selalu memerangi
masyarakat Islam. Kebiasaan itu berlaku di peringkat pertumbuhannya (iaitu
terhadap individu pada pendakwahnya dan juga terhadap perkumpulan dan
organisasinya mahu pun terhadap masyarakat itu seluruhnya sesudah masyarakat
itu tumbuh). Inilah yang telah berlaku di sepanjang dakwah Islamiyah sejak dari
zaman Nabi Nuh hinggalah ke zaman Nabi Muharrmad SAW tanpa kecualinya.

Memanglah masyarakat Islam itu tidak akan tumbuh dan tak akan lancar
pertumbuhannya kecuali apabila ianya mempunyai kekuatan yang boleh
menghadapi dan melawan cabaran dan tekanan dari masyarakat jahiliyah baik
kekuatan itu berupa kekuatan akidah dan keyakinan, kekuatan peribadi dan
pertahanan jiwa, kekuatan daya mengatur dan membina masyarakat dan segala
jenis kekuatan yang mampu menghadapi tekanan masyarakat jahiliyah atau
mengalahkannya, atau pun sekurang-kurangnya dapat mengimbanginya.

Tapi apakah dia “masyarakat jahiliyah” itu dan bagaimanakah pula jalan
program Islam menghadapinya?

Sesungguhnya “masyarakat jahiliyah” itu ialah setiap masyarakat yamg
bukan masyarakat Islam! Dan kalau kita hendak membuat definisi atau takrifnya
yang tepat maka kita katakan: “bahawa masyarakat jahiliyah itu iatah masyarakat
yang tidak tulen pengabdiannya kepada Allah SWT; pengabdian yang menjelma di
dalam kepercayaan dan keyakinan di dalam syiar dan lambang peribadatan, juga di
dalam peraturan dan undang-undang.”

Syed Qutb 78

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Dengan definisi dan takrif yang terang dan tepat ini maka termasuklah di
dalam golongan “Masyarakat jahiliyah” itu semua bentuk masyarakat yang ada
sekarang di permukaan bumi ini.

Termasuk di dalamnya masyarakat KOMUNIS.

Pertama :

Kerana ilhad dan engkarnya akan zat Allah SWT dan kerana ia tidak percaya
dan mengakui wujudnya zat Allah SWT sama sekali, juga kerana ia berpandukan
“benda” dan “alam”. Pun kerana ia merujuk dan meletakkan wujudnya alam ini
kepada “benda” dan “alam semesta”. Juga kerana ia merujukkan aktiviti kehidupan
manusia dan sejarahnya kepada ekonomi dan alat produksi semata-mata.

Kedua:

Kerana ia mendirikan suatu sistem pengabdian diri kepada parti, dengan
menganggap bahawa pimpinan kolektif itu adalah suatu hakikat sebenarnya yang
menguasai parti komunis, dan bahawa pimpinan dan pengabdian ibu bukanlah
sama sekali kepunyaan ALLAH. Kemudian segala aspek dan segi yang berkaitan
dengan konsep sistem tadi, yang sebenarnya merupakan penghinaan kepada
martabat dan kehormatan “manusia” dengan menganggap bahawa “keperluan
asasi” bagi manusia itu sama sahaja dengan keperluan asasi bagi haiwan, iaitu
makanan, minuman, pakaian, lempat tinggal dan perhubungan jenis (sex) sahaja!
Dengan tidak membenarkannya mendapatkan keperluan-keperluan rohani yang
membezakannya dari haiwan. Keperluan rohani itu yang pertamanya ialah
iktikad akan kebesaran Tuhan dan kebebasan memilih kepercayaan hidup, juga
kebebasan bersuara yang merupakan aspek penting dari sifat “kemanusiaan", yang
terganbar di dalam bentuk kebebasan hak milik individu, kebebasan dalam
lapangan seni, dan hal-hal mengenai soal individu, dan seterusnya semata-mata
menjadi “alat” kerana sebenarnya di dalam konsep kepercayaan sistem komunis
adalah menurunkan taraf dan darjat rmanusia menjadi lebih rendah dari haiwan,
malah tidak lebih daripada menjadi alat sahaja!

Termasuk juga dalam kategori masyarakat jahiliyah ini ialah masyarakat
penyembah berhala yang masih banyak kedapatan di India, Jepun, Filipina dan juga
di Afrika kerana:

Pertama :

Konsep dan iktikadnya yang mempertuhankan benda-benda yang lain
daripada ALLAH SWT, baik sebagai sekutu Allah atau berdiri sendiri dalam bentuk
persembahan lambang-lambang dan syiar-syiar persembahan kepada dewa-dewa,
tukang-tukang tilik dan mahaguru-mahaguru dan apa jua selain daripada Allah
yang dianggap mempunyai sifat ketuhanan juga termasuk di dalamnya sistem-
sistem peraturan dan undang-undang yang lain daripada peraturan dan undang-
undang Allah, sama ada peraturan dan undang-undang itu diambil dari kuil-kuil,

Syed Qutb 79

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

pendeta-pendeta, sami-sami, bomoh-bomoh, tukang-tukang tilik dan mahaguru--
mahaguru, atau diambil daripada lembaga-lembaga dan badan-badan perundangan
sekular yang mempunyai kuasa perundangan tanpa berpandu kepada syariat Allah
dengan pengertian bahawa lembaga-lembaga dan badan-badan itu mempunyai
kuasa perundangan tertinggi atas nama rakyat atau atas nama parti atau apa jua
nama pun yang demikian justeru kerana kekuasaan dan pemerintahan itu adalah
kepunyaan dan hak milik mutlak Allah SWT yang tidak akan boleh didapati
melainkan melalui panduan dan jalan yang telah digariskan oleh rasul-rasulNya.

Termasuk dalam kategori masyarakat jahiliyah juga ialah masyarakat Yahudi
dan Kristian di seluruh muka bumi ini kerana:

Pertama:

Konsep dan kepercayaan hidupnya yang menyeleweng dan terpesong, yang
tidak mentauhidkan Allah SWT dengan sifat-sifat keTuhananNya, malah dijadikan
bagi-Nya kongsi-kongsi dan sekutu-sekutu di dalam beragam bentuk kesyirikan,
baik yang berbentuk putera Suci (Tuhan) atau dalam bentuk tiga-tuhan (trinity) atau
menggambarkan Allah SWT bukan dengan gambaran yang sebenar, dan
menggambarkan hubungan sifat-sifat Allah berlainan daripada yang sebenarnya.

Firman Allah :

‫َﻭﹶﻗﺎﹶﻟ ِﺖ ﺍﹾﻟَﻴ ُﻬﻮ ُﺩ ُﻋ َﺰْﻳٌﺮ ﺍْﺑ ُﻦ ﺍﻟﹼﻠِﻪ َﻭﹶﻗﺎﹶﻟ ْﺖ ﺍﻟﱠﻨ َﺼﺎ َﺭﻯ ﺍﹾﻟ َﻤ ِﺴﻴ ُﺢ ﺍْﺑ ُﻦ ﺍﻟﹼﻠِﻪ ﹶﺫِﻟ َﻚ ﹶﻗ ْﻮﹸﻟ ُﻬﻢ ِﺑﹶﺄﹾﻓ َﻮﺍ ِﻫ ِﻬ ْﻢ‬
‫ُﻳ َﻀﺎ ِﻫ ُﺆﻭ ﹶﻥ ﹶﻗ ْﻮ ﹶﻝ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﹶﻛﹶﻔ ُﺮﻭﹾﺍ ِﻣﻦ ﹶﻗْﺒﻞﹸ ﹶﻗﺎَﺗﹶﻠﻬُﻢُ ﺍﻟﻠﹼُﻪ ﹶﺃﱠﻧﻰ ُﻳ ْﺆﹶﻓ ﹸﻜﻮ ﹶﻥ‬

Maksudnya: “Dan berkatalah orang Yahudi: “Uzair itu anak Allah” dan
berkatalah orang-orang Nasrani: “Isa [Al-Masih] itu anak Allah.” Yang demikian
itu adalah omongan mereka dengan mulut mulut mereka, menyerupai perkataan-
perkataan orang kafir yang dahulu; mudah-mudahan Allah binasakan mereka!
Bagaimanakah mereka dapat dipalingkan.”

(At-Taubah: 30)

‫ﱠﻟﹶﻘ ْﺪ ﹶﻛﹶﻔ َﺮ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﹶﻗﺎﹸﻟﻮﹾﺍ ِﺇﻥﱠ ﺍﻟﹼﻠَﻪ ﹶﺛﺎِﻟﺚﹸ ﹶﺛ ﹶﻼﹶﺛٍﺔ َﻭَﻣﺎ ِﻣ ْﻦ ِﺇﹶﻟٍﻪ ِﺇﻻﱠ ِﺇﹶﻟٌﻪ َﻭﺍ ِﺣ ٌﺪ َﻭِﺇﻥ ﱠﻟ ْﻢ َﻳﻨَﺘ ُﻬﻮﹾﺍ َﻋ ﱠﻤﺎ‬
‫َﻳﻘﹸﻮﹸﻟﻮ ﹶﻥ ﹶﻟَﻴ َﻤ ﱠﺴ ﱠﻦ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﹶﻛﹶﻔ ُﺮﻭﹾﺍ ِﻣْﻨ ُﻬ ْﻢ َﻋ ﹶﺬﺍ ٌﺏ ﹶﺃِﻟﻴ ٌﻢ‬

Maksudnya: “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “bahawa
Allah itu ialah yang ketiga daripada tiga [Tuhan] pada hal tidak ada tuhan,
melainkan Tuhan Yang Tunggal; dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang
mereka katakan, nescaya akan mengenai orang-orang kafir dari mereka itu azab
yang pedih.”

Syed Qutb 80

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

(Al-Ma'idah: 73)

Juga firman Allah:

‫َﻭﹶﻗﺎﹶﻟ ِﺖ ﺍﹾﻟَﻴ ُﻬﻮ ُﺩ َﻳﺪُ ﺍﻟﹼﻠِﻪ َﻣ ْﻐﹸﻠﻮﹶﻟﹲﺔ ﹸﻏﱠﻠ ْﺖ ﹶﺃْﻳ ِﺪﻳ ِﻬ ْﻢ َﻭﹸﻟِﻌُﻨﻮﹾﺍ ِﺑ َﻤﺎ ﹶﻗﺎﹸﻟﻮﹾﺍ َﺑ ﹾﻞ َﻳ َﺪﺍُﻩ َﻣْﺒﺴُﻮ ﹶﻃَﺘﺎ ِﻥ ُﻳﻨِﻔﻖُ ﹶﻛْﻴ َﻒ‬
‫َﻳ َﺸﺎﺀ‬

Maksudnya: “Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu”,
padahal tangan-tangan merekalah yang terbelenggu, dan dilaknatlah mereka
dengan [sebab] apa yang telah mereka katakan itu, bahkan kedua tangan Allah
itu terbuka. Ia membelanjakan sebagaimana yang ia suka.”

(Al-Maidah: 64)

serta firman Allah SWT:

‫َﻭﹶﻗﺎﹶﻟ ِﺖ ﺍﹾﻟَﻴ ُﻬﻮ ُﺩ َﻭﺍﻟﱠﻨ َﺼﺎ َﺭﻯ َﻧ ْﺤﻦُ ﹶﺃْﺑَﻨﺎﺀ ﺍﻟﹼﻠِﻪ َﻭﹶﺃ ِﺣﱠﺒﺎ ُﺅُﻩ ﹸﻗ ﹾﻞ ﹶﻓِﻠ َﻢ ُﻳَﻌﺬﱢُﺑ ﹸﻜﻢ ِﺑﺬﹸﻧُﻮِﺑ ﹸﻜﻢ َﺑ ﹾﻞ ﹶﺃﻧُﺘﻢ َﺑ َﺸٌﺮ‬
‫ﱢﻣ ﱠﻤ ْﻦ َﺧﹶﻠ َﻖ‬

Maksudnya: “Dan telah berkata orang-orang Yahudi dan Nasrani: “Kami ini
anak-anak Allah dan kekasih-kekasihNya. “Tanyakanlah mereka: “Kalau begitu
mengapakah Allah itu menyeksa kami dengan sebab dosa-dosa kamu? Bahkan
kamu itu manusia dari makhluk yang Ia jadikan.”

(Al-Maidah: 18)

Masyarakat Yahudi dan Kristian masuk di dalam kategori masyarakat
jahiliyah dengan sebab bentuk, syiar dan juga lambang-lambang keagamaan mereka
yang berbentuk peribadatan, istiadat-istiadat dan upacara-upacara rasminya yang
tercetus daripada konsep dan kepercayaan yang menyeleweng dan sesat serta
menyesatkan. Kemudian lagi masyarakat itu menjadi masyarakat jahiliyah kerana
sistem hidup, peraturan dan undang-undangnya yang tidak berdasar kepada
pengabdian diri kepada Allah SWT mengakui hak memerintah dan berkuasa hanya
kepada Allah SWT dan tidak mengambil kekuasaan daripada syariat dan panduan
Ilahi; malah mereka dirikan badan-badan dan lembaga yang terdiri daripada
manusia yang diberi hak kekuasaan tertinggi, sedang hak kekuasaan tertinggi itu
adalah kepunyaan mutlak Allah SWT dan sejak dahulu lagi Allah SWT telah cap
mereka kufur dan syirik kerana mereka telah memberikan hak itu kepada para
padri, pendeta dan rahib agama mereka untuk membuat peraturan dan undang-
undang dari pihak diri mereka (padri pendeta dan rahib) itu sendiri, peraturan dan
undang-undang yang mesti diterima dan dipatuhi oleh para penganut dan pengikut
agama itu.

Syed Qutb 81

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Firman Allah SWT:

‫ﺍﱠﺗ َﺨ ﹸﺬﻭﹾﺍ ﹶﺃ ْﺣَﺒﺎ َﺭ ُﻫ ْﻢ َﻭ ُﺭ ْﻫَﺒﺎَﻧ ُﻬ ْﻢ ﹶﺃ ْﺭَﺑﺎًﺑﺎ ﱢﻣﻦ ُﺩﻭ ِﻥ ﺍﻟﹼﻠِﻪ َﻭﺍﹾﻟ َﻤ ِﺴﻴ َﺢ ﺍْﺑ َﻦ َﻣ ْﺮَﻳ َﻢ َﻭَﻣﺎ ﹸﺃِﻣ ُﺮﻭﹾﺍ ِﺇﻻﱠ ِﻟَﻴ ْﻌُﺒ ُﺪﻭﹾﺍ‬
‫ِﺇﹶﻟ ًﻬﺎ َﻭﺍ ِﺣ ًﺪﺍ ﱠﻻ ِﺇﹶﻟَﻪ ِﺇﻻﱠ ﻫُ َﻮ ُﺳْﺒ َﺤﺎَﻧﻪُ َﻋ ﱠﻤﺎ ُﻳ ْﺸ ِﺮ ﹸﻛﻮ ﹶﻥ‬

Maksudnya: “Mereka itu telah menjadikan padri-padri, pendeta-pendeta dan
rahib-rahib agama mereka sebagai Tuhan-tuhan selain daripada Allah dan juga
mereka menjadikan Al-Masih putera Maryam itu sebagai Tuhan sedangkan
mereka tidak diperintah melainkan supaya mereka menyembah Tuhan Yang
Satu. Tuhan Yang tiada lagi Tuhan selain daripada-Nya. Maha sucilah la dari apa
yang mereka sekutukan itu.”

(Baraah: 31)

Sedangkan orang Yahudi dan Nasrani tidak beriktikad dan menganggap para
pendeta dan rahib agama mereka itu sebagai Tuhan yang mereka sembah, juga
mereka tidak melakukan ibadat kepada para pendeta dan rahib itu, mereka hanya
sekadar mengakui bahawa pendeta-pendeta dan rahib-rahib itu mempunyai hak
dan kuasa dalam soal pemerintahan dan kekuasaan negara, dan mereka patuh
sahaja menerima apa yang diputuskan oleh para pendeta dan rahib itu, walaupun
dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah sama sekali. Oleh sebab itulah
mereka itu layak disifatkan sebagai syirik dan kufur.

Dan akhir sekali termasuklah juga di dalam kategori masyarakat jahiliyah itu
masyarakat-masyarakat yang menganggap bahawa mereka kononnya “Masyarakat
Islam”.

Masyarakat-masyarakat ini masuk ke dalam lingkungan ini tidak kerana ia
percaya dan beriktikad seorang yang lain daripada Allah sebagai mnempunyai sifat
ketuhanan; bukan pula kerana ia melakukan sebarang jenis ibadat kepada yang lain
daripada Allah; tapi ia termasuk di dalam kategori masyarakat jahiliyah kerana ia
tidak menumpu dan membulatkan pengabdian dirinya kepada Allah SWT di dalam
sistem hidupnya; dan ia - walaupun tidak beriktikad ketuhanan sesuatu apa pun
yang lain daripada Allah - tetapi ia telah memberikan salah satu sifat paling
istimewa kepunyaan Allah SWT kepada yang lain daripadanya-Nya, lalu ia rela
tunduk (dan patuh kepada keputusan dan hukuman serta pemerintahan yang lain
daripada Allah; dan ia menerima segala peraturan dan undang-undangnya, nilai-
nilai dan pertimbangannya, adat resam dan kebudayaannya dalam hampir seluruh
asas dan dasar kehidupannya.

Sedangkan Allah SWT telah pun berfirman mengenai sifat-sifat orang yang
memerintah seperti itu:

‫َﻭَﻣﻦ ﱠﻟ ْﻢ َﻳ ْﺤ ﹸﻜﻢ ِﺑ َﻤﺎ ﹶﺃﻧ َﺰ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﹼُﻪ ﹶﻓﺄﹸ ْﻭﹶﻟِﺌ َﻚ ُﻫ ُﻢ ﺍﹾﻟ ﹶﻜﺎِﻓ ُﺮﻭ ﹶﻥ‬

Syed Qutb 82

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Maksudnya: “Kerana barang siapa sahaja yang tidak menghukum dan
memerintah dengan hukum [apa] yang diturunkan oleh Allah, maka adalah
mereka itu orang-orang yang kafir.”

(Al Maidah: 44)

Juga Allah SWT telah berfirman, mengenai sifat orang-orang yang diperintah
(rakyat jelata).

‫ﹶﺃﹶﻟ ْﻢ َﺗ َﺮ ِﺇﹶﻟﻰ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ َﻳ ْﺰ ُﻋ ُﻤﻮ ﹶﻥ ﹶﺃﱠﻧ ُﻬ ْﻢ ﺁَﻣُﻨﻮﹾﺍ ِﺑ َﻤﺎ ﹸﺃﻧ ِﺰ ﹶﻝ ِﺇﹶﻟْﻴ َﻚ َﻭَﻣﺎ ﹸﺃﻧ ِﺰ ﹶﻝ ِﻣﻦ ﹶﻗْﺒِﻠ َﻚ ﻳُ ِﺮﻳ ُﺪﻭ ﹶﻥ ﹶﺃﻥ‬
‫َﻳَﺘ َﺤﺎ ﹶﻛ ُﻤﻮﹾﺍ ِﺇﹶﻟﻰ ﺍﻟﻄﱠﺎ ﹸﻏﻮ ِﺕ َﻭﹶﻗ ْﺪ ﹸﺃِﻣ ُﺮﻭﹾﺍ ﹶﺃﻥ َﻳ ﹾﻜﹸﻔ ُﺮﻭﹾﺍ ِﺑِﻪ َﻭُﻳ ِﺮﻳ ُﺪ ﺍﻟ ﱠﺸْﻴ ﹶﻄﺎ ﹸﻥ ﹶﺃﻥ ﻳُ ِﻀﻠﱠﻬُ ْﻢ َﺿ ﹶﻼ ﹰﻻ َﺑِﻌﻴ ًﺪﺍ‬
‫( َﻭِﺇ ﹶﺫﺍ ِﻗﻴ ﹶﻞ ﹶﻟ ُﻬ ْﻢ َﺗَﻌﺎﹶﻟ ْﻮﹾﺍ ِﺇﹶﻟﻰ َﻣﺎ ﹶﺃﻧ َﺰ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﹼُﻪ َﻭِﺇﹶﻟﻰ ﺍﻟ ﱠﺮ ُﺳﻮ ِﻝ َﺭﹶﺃْﻳ َﺖ ﺍﹾﻟ ُﻤَﻨﺎِﻓِﻘ َﲔ َﻳ ُﺼ ﱡﺪﻭ ﹶﻥ َﻋﻨ َﻚ‬60)
‫( ﹶﻓ ﹶﻜْﻴ َﻒ ِﺇ ﹶﺫﺍ ﹶﺃ َﺻﺎَﺑْﺘ ُﻬﻢ ﱡﻣ ِﺼﻴَﺒﹲﺔ ِﺑ َﻤﺎ ﹶﻗ ﱠﺪَﻣ ْﺖ ﹶﺃْﻳ ِﺪﻳ ِﻬ ْﻢ ﹸﺛﻢﱠ َﺟﺂ ُﺅﻭ َﻙ َﻳ ْﺤِﻠﹸﻔﻮ ﹶﻥ ِﺑﺎﻟﹼﻠِﻪ ِﺇ ﹾﻥ‬61) ‫ُﺻ ُﺪﻭ ًﺩﺍ‬
‫( ﹸﺃﻭﹶﻟِﺌ َﻚ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ َﻳ ْﻌﹶﻠﻢُ ﺍﻟﻠﹼُﻪ َﻣﺎ ِﻓﻲ ﹸﻗﹸﻠﻮِﺑ ِﻬ ْﻢ ﹶﻓﹶﺄ ْﻋ ِﺮ ْﺽ َﻋْﻨ ُﻬ ْﻢ‬62) ‫ﹶﺃ َﺭ ْﺩَﻧﺎ ِﺇﻻﱠ ِﺇ ْﺣ َﺴﺎًﻧﺎ َﻭَﺗ ْﻮِﻓﻴﹰﻘﺎ‬
‫( َﻭَﻣﺎ ﹶﺃ ْﺭ َﺳﹾﻠَﻨﺎ ِﻣﻦ ﱠﺭ ُﺳﻮ ٍﻝ ِﺇﻻﱠ ِﻟُﻴ ﹶﻄﺎ َﻉ ِﺑِﺈ ﹾﺫ ِﻥ ﺍﻟﹼﻠِﻪ‬63) ‫َﻭ ِﻋ ﹾﻈ ُﻬ ْﻢ َﻭﹸﻗﻞ ﱠﻟ ُﻬ ْﻢ ِﻓﻲ ﹶﺃﻧﻔﹸ ِﺴ ِﻬ ْﻢ ﹶﻗ ْﻮ ﹰﻻ َﺑِﻠﻴًﻐﺎ‬
‫َﻭﹶﻟ ْﻮ ﹶﺃﱠﻧ ُﻬ ْﻢ ِﺇﺫ ﱠﻇﹶﻠ ُﻤﻮﹾﺍ ﹶﺃﻧﻔﹸ َﺴﻬُ ْﻢ َﺟﺂ ُﺅﻭ َﻙ ﹶﻓﺎ ْﺳَﺘ ْﻐﹶﻔ ُﺮﻭﹾﺍ ﺍﻟﹼﻠَﻪ َﻭﺍ ْﺳَﺘ ْﻐﹶﻔ َﺮ ﹶﻟﻬُﻢُ ﺍﻟ ﱠﺮ ُﺳﻮ ﹸﻝ ﹶﻟ َﻮ َﺟ ُﺪﻭﹾﺍ ﺍﻟﹼﻠَﻪ‬
‫( ﹶﻓ ﹶﻼ َﻭ َﺭﱢﺑ َﻚ ﹶﻻ ُﻳ ْﺆِﻣُﻨﻮ ﹶﻥ َﺣﱠﺘ َﻰ ُﻳ َﺤ ﱢﻜ ُﻤﻮ َﻙ ِﻓﻴ َﻤﺎ َﺷ َﺠ َﺮ َﺑْﻴَﻨ ُﻬ ْﻢ ﹸﺛﻢﱠ ﹶﻻ َﻳ ِﺠ ُﺪﻭﹾﺍ ِﻓﻲ‬64) ‫َﺗ ﱠﻮﺍًﺑﺎ ﱠﺭ ِﺣﻴ ًﻤﺎ‬

(65) ‫ﹶﺃﻧﻔﹸ ِﺴ ِﻬ ْﻢ َﺣ َﺮ ًﺟﺎ ﱢﻣ ﱠﻤﺎ ﹶﻗ َﻀْﻴ َﺖ َﻭُﻳ َﺴﱢﻠ ُﻤﻮﹾﺍ َﺗ ْﺴِﻠﻴ ًﻤﺎ‬

Maksudnya: “Tidakkah engkau fikirkan [kesesatan] orang-orang yang mendakwa
bahawasanya mereka beriman kepada [AI-Quran] yang diturunkan kepadamu
dan kepada kitab yang diturunkan sebelummu, pada hal mereka suka hendak
berhakim kepada taghut [syaitan]? Sedangkan mereka telah diperintahkan
supaya kufur [engkar] kepadanya, tetapi syaitan ingin menyesatkan mereka
dengan kesesatan yang lauh. Dan apabila katakan kepada mereka: “Marilah
[berhakim] kepada hukum Al-Quran yang diturunkan oleh Allah dan kepada
[hukum] Rasul Allah”, engkau dapat lihat orang-orang munafiq itu berpaling
darimu dengan sungguh-sungguh. Tetapi bagaimana halnya apabila satu bahaya
mengenai mereka dengan sebab apa yang diperbuat oleh tangan-tangan mereka,
kemudian mereka datang kepadamu bersumpah dengan nama Allah: “Kami tidak
maksudkan melainkan kebaikan dan perdamaian.” Mereka itu ialah orang yang
Allah telah tahu apa yang ada di dalam hati mereka. Lantaran itu hendaklah
engkau berpaling dari mereka tetapi nasihatilah mereka dan katakan kepada
mereka perkataan yang memberi kesan pada mengubah apa-apa ada di hati-hati
mereka. Dan Kami tidak utus seorang pun Rasul melainkan untuk ditaati dengan
izin Allah; dan jika mereka, sesudah menganiayai diri mereka sendiri, datang
kepadamu, lalu mereka minta ampun kepada Allah, dan Rasul juga mintakan
ampun bagi mereka, nescaya mereka dapati Allah itu Penerima taubat,

Syed Qutb 83

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Penyayang. Tetapi tidak! Demi Tuhanmu mereka tidak disifat beriman hingga
mereka jadikanmu sebagai hakim dalam apa-apa yang mereka berselisihan di
antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sesuatu keberatan di hati-hati
mereka tentang apa yang engkau telah putuskan serta mereka menerima
keputusan dengan sepenuh-penuhnya.”

(An Nisa' : 60-65)

Maka sebagaimana Allah SWT telah mensifatkan orang-orang Yahudi dan
Nasrani tadi dengan sifat syirik dan kufur, serta terpesong juga tersasul dari
pengabdian diri kepada Allah, kerana mereka menjadikan padri-padri, pendeta-
pendeta dan rahib-rahib mereka, sebagai tuhan-tuhan selain daripada ALLAH maka
demikian jugalah halnya dengan orang-orang yang menamakan diri mereka sebagai
ORANG-ORANG ISLAM kepada pengikut-pengikut mereka. Dan Allah anggap
orang Nasrani itu syirik kerana menganggap Isa putera Maryam sebagai Tuhan
yang mereka sembah dan mereka puja; itu sudah bererti keluar dari sifat
pengabdian kepada Allah dan juga dari pengakuan bahawa: tiada Tuhan melainkan
Allah. Dan ini (orang Islam) sama sahaja dengan mereka (Yahudi dan Nasrani), iaitu
mengeluarkan diri daripada pengabdian kepada Allah sahaja dan dengan demikian
keluar daripada agama ini (Islam) dan keluar daripada pengakuan: tiada Tuhan
melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah (LA ILAHA ILLALLAH
MUHAMMADUR-RASULULLAH).

Dan masyarakat itu, setengahnya ada pula yang mengaku berterus terang
tentang sifat sekularnya dan menganggap bahawa perkara-perkara duniawi itu di
atas landasan “sains” semata-mata, dengan anggapan bahawa sains (benda) itu
bertentangan dengan benda-benda ghaib, sedangkan sangkaan itu adalah satu
sangkaan karut yang hanya ada pada orang yang jahil sahaja. Manakala sebahagian
lagi masyarakat itu ada yang mengakui dan mematuhi pemerintahan praktikal yang
lain daripada Allah yang dapat membuat undang-undang mengikut kehendaknya
sendiri, dan dirinya sendiri lalu mendakwa bahawa “inilah dia pemerintahan
Tuhan”; sedangkan itu semua adalah sama-sama tidak berdiri di atas pengabdian
diri kepada Allah SWT.

Jikalau ini telah temyata, maka sikap Islam mengenai masyarakat-masyarakat
jahiliyah itu semuanya adalah dapat ditegaskan melalui ungkap kata yang satu
sahaja iaitu: "Bahawa Islam menolak dan tidak mengakui ‘keislaman’ masyarakat
sepenuhnya”; dan menolak sahnya masyarakat itu mengikut nilai Islam.

Sesungguhnya Islam itu tidak memandang kepada simbol dan kepada judul
yang ditonjolkan oleh masyarakat itu, kerana semuanya itu berpadu di dalam suatu
hakikat sahaja, iaitu bahawa kehidupan di dalam masyarakat itu tidak tegak di atas
dasar pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan semuanya itu bertemu di
dalam suatu hakikat yang menyatukan semuanya, iaitu hakikat Jahiliyah.

Dan ini membawa kita kepada persoalan yang penghabisan, iaitu jalan
program Islam dalam menghadapi realiti umat manusia seluruhnya hari ini, besok

Syed Qutb 84

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

dan seterusnya hingga ke akhir zaman dan di sinilah amat berguna sekali huraian
dan penjelasan kita mengenai “bentuk masyarakat Islam” yang kita huraikan tadi
tentang tabiat masyarakat Islam itu yang dibangunkan di atas asas pengabdian diri
sepenuhnya kepada Allah SWT di dalam semua urusan.

Sesungguhnya penegasan tabiat dan sifat ini akan dapat memberikan
jawapan yang tepat mengenai pertanyaan berikut: Apakah asal usul yang menjadi
sandaran kepada hidup manusia? Adakah asal dan di atas apa hidup manusia itu
ditegakkan? Adakah asal agama Allah dan programnya untuk dihayati? Atau
adakah asal itu bersandar kepada realiti hidup manusia itu sendiri dalam bentuk
yang bagaimanapun?

Sebenamya Islam telah pun memberikan jawapan yang tegas dan nyata
kepada pertanyaan-pertanyaan di atas itu, tanpa keraguan dan dalih sesaat jua pun,
iaitu bahawa asal usul segala sesuatu yang wajib dirujukkan segala sesuatu dan
wajib dipercayai ialah: agama Allah dan programnya untuk dihayati, iaitu
pengakuan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU
UTUSAN ALLAH (LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR-RASULULLAH);
itulah rukun utama dalam Islam, yang tidak dapat ditegak dan ditunaikan semua
rukun-rukun lain kecuali di atas usul ini dan bahawasanya pengabdian diri kepada
Allah serta kepatuhan menerimanya dalam bentuk dan cara mengambilnya
daripada Rasulullah SAW yang juga tidak akan sah kecuali apabila benar-benar
diakui asal usul ini, disertai dengan kepatuhan sungguth-sungguh dan tegas, tanpa
dalih apa pun.

Firman Allah:

‫َﻭَﻣﺎ ﺁَﺗﺎ ﹸﻛ ُﻢ ﺍﻟ ﱠﺮ ُﺳﻮ ﹸﻝ ﹶﻓ ُﺨ ﹸﺬﻭُﻩ َﻭَﻣﺎ َﻧ َﻬﺎ ﹸﻛ ْﻢ َﻋْﻨﻪُ ﹶﻓﺎﻧَﺘﻬُﻮﺍ‬

Maksudnya: “Dan apa-apa yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah
dengan sepenuhnya, dan apa-apa yang ia larang kamu, maka jauhilah
seluruhnya.”

(Al Hasyr : 7)

Kemudian Islam menanyakan pula:

Maksudnya: “Adakah kamu yang lebih mengetahui. Ataukah Allah yang lebih
mengetahui?”

dan ia menjawab pula:

Syed Qutb 85

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Maksudnya: “Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.”
dan:

Maksudnya: “Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan itu melainkan sedikit
sahaja.”

Allah Yang Maha Mengetahui, juga Yang Menjadikan segala sesuatu dan
memberi rezeki mereka; ialah Tuhan Yang Memerintah dan Menentukan dan
agama-Nya yang menjadi panduan untuk dihayati adalah asal usul yang, menjadi
tempat kembalinya segala sesuatu mengenai kehidupan. Adapun situasi kehidupan
manusia, teori-teori dan mazhab-mazhab pemikiran mereka boleh jadi
menyeleweng dan rosak kerana ia tegak semata-mata di alas dasar ilmu
pengetahuan manusia yang dangkal dan cetek seperti yang disifatkan oleh Al-
Quran sebagai dikurniakan dengan ilmu pengetahuan yang sedikit sahaja.

Agama Allah itu bukanlah sesuatu yang kabur dan programnya untuk
dihayati bukanlah sesuatu yang pragmatis. Ia sangat tegas dengan rangkaian yang
kedua MUHAMMADUR-RASULULLAH (Muhammad itu utusan Allah) ia adalah
terlingkung di dalam apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW dengan nas
(textnya) di dalam perkara-perkara pokok dan dasar. Sekiranya di sana terdapat nas
maka nas itulah yang menjadi hukum dan keputusan dan tidak ada jalan untuk
ijtihad; tetapi kalau di sana tiada nas, maka tibalah peranan dan giliran ijtihad,
menurut patokan dan dasar-dasar yang telah ditetapkan di dalam panduan Allah
SWT sendiri bukan menurut kecenderungan hawa nafsu dan kemahuan manusia.

Firman Allah :

‫ﹶﻓِﺈﻥ َﺗَﻨﺎ َﺯ ْﻋُﺘ ْﻢ ِﻓﻲ َﺷ ْﻲٍﺀ ﹶﻓ ُﺮ ﱡﺩﻭُﻩ ِﺇﹶﻟﻰ ﺍﻟﹼﻠِﻪ َﻭﺍﻟ ﱠﺮ ُﺳﻮ ِﻝ‬

Maksudnya: “Maka sekiranya kamu berbantahan di dalam satu perkara,
hendaklah kamu kembalikan dia kepada Allah dan Rasul.”

(An Nisa': 59)

Dan dasar-dasar yang telah ditetapkan untuk diijtihadkan dan diistinbat juga
telah digariskan dengan terang dan nyata dan malah dikenal serta diketahui umum,
bukan sesuatu yang kabur dan pragmatis tiada seorang pun yang berhak
mengatakan bahawa sesuatu yang dia putuskan itu “ini ketetapan Allah”, yang
dilakukannya melainkan sehingga hukum dan keputusan itu sesuai dan secocok

Syed Qutb 86

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

dengan apa yang digaris oleh Allah, dan bahawa sumber kekuasaan dan keputusan
itu ialah Allah SWT, bukan RAKYAT dan juga bukan PARTI, pun juga bukan
sebarang manusia, segala apa jua pun hendaklah dirujukkan kepada kitab Allah dan
Sunnah Rasul-Nya untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh Allah SWT; dan
ini tidak akan didapati oleh setiap orang pun yang ingin mendakwa dirinya
mempunyai sebarang kuasa dengan menggunakan nama Allah, seperti yang
terkenal di Eropah pada suatu ketika yang lampau dengan nama TEOKRASI atau
PEMERINTAHAN SUCI dan hal-hal seperti ini tidak ada sedikit pun di dalam
Islam, dan tiada seorang pun yang berhak atas nama Allah melainkan RasulNya
SAW dan hanya di sana ada nas-nas tertentu yang menentukan apa yang diperintah
oleh Allah SWT.

Sesungguhnya perkataan “agama untuk realiti” (‫ )ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺍﻟﻮﻗﻊ‬telah disalah-
gunakan dan disalah-ertikan. Memang benarlah bahawa agama itu untuk realiti,
tetapi realiti yang bagaimanakah?

Yang sebenarnya realiti yang boleh diterima itu ialah realiti yang telah
ditumbuhkan oleh agama itu sendiri, mengikut panduan dan jalannya, selaras
dengan fitrah manusia yang semula jadi, yang melaksanakan keperluan-keperluan
“manusia” yang sebenarnya. Keperluan-keperluan yang telah diputuskan oleh Allah
yang menciptakannya kerana Allah Maha Mengetahui tentang apa yang
dijadikannya.

Firman Allah:

ُ‫ﹶﺃﹶﻟﺎ َﻳ ْﻌﹶﻠﻢُ َﻣ ْﻦ َﺧﹶﻠ َﻖ َﻭﻫُ َﻮ ﺍﻟﱠﻠ ِﻄﻴ ُﻒ ﺍﹾﻟ َﺨِﺒﲑ‬

Maksudnya: “Tidakkah [Tuhan] yang menjadikan itu tahu, sedangkan Ialah yang
Halus, Yang Dasar.”

(Al Mulk: 14)

Dan agama itu tidak menghadapi apa jua realiti untuk menerimanya begitu
sahaja dan mencari sandaran daripada hukum-hukumnya sendiri, dan untuk
mencari sandaran daripada hukum syarak untuk dijadikan sebagai ungkapan kata
yang dipinjam! Tetapi agama itu menghadapi realiti untuk membuat pertimbangan
sesuai dengan neracanya. Ia menerima apa yang diterimanya dan memansukh apa
yang dimansukhkannya; dan ia akan mengadakan suatu realiti yang lain kalau
didapatinya realiti yang sedang wujud itu tidak sesuai. Realiti yang dibikin oleh
agama itulah realiti yang sebenarnya. Inilah pengertian yang sebenarnya bahawa
Islam itu agama untuk realiti; atau itulah yang sepatutnya dimengerti benar-benar.

Mungkin di sini timbul satu soalan pula: “Bukankah muslihat dan
kepentingan umat manusia itu yang mesti membentuk realiti untuk mereka?”

Syed Qutb 87

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Dalam hal ini perlu kita kembali kepada pokok pangkal persoalan dan perlu
kita kembali kepada pertanyaan yang dibuat dan dijawab sendiri oleh Islam:

Adakah. kamu yang lebih mengerti, ataukah Allah yang Lebih Mengetahui?

dan:

Dan Allahlah Yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.

Sesungguhnya muslihat dan kepentingan umat manusia itu sudah pun
tercakup di dalam agama dan peraturan Allah, seperti yang diturunkan Allah, dan
seperti yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Sekiranya ternampak oleh manusia
pada suatu ketika bahawa muslihat mereka berlainan dengan apa yang disyariatkan
oleh Allah, maka jelaskan bahawa manusia itu sesat dan tersasul kerana
beranggapan seperti itu.

Allah SWT telah berfirman:

‫ِﺇ ﹾﻥ ِﻫ َﻲ ِﺇﱠﻟﺎ ﹶﺃ ْﺳ َﻤﺎﺀ َﺳﻤﱠْﻴُﺘ ُﻤﻮ َﻫﺎ ﹶﺃﻧُﺘ ْﻢ َﻭﺁَﺑﺎ ُﺅ ﹸﻛﻢ ﱠﻣﺎ ﹶﺃﻧ َﺰ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠُﻪ ِﺑ َﻬﺎ ِﻣﻦ ُﺳﹾﻠ ﹶﻄﺎ ٍﻥ ِﺇﻥ َﻳﱠﺘِﺒُﻌﻮ ﹶﻥ ِﺇﱠﻟﺎ‬
‫( ﹶﻓِﻠﻠﱠِﻪ‬24) ‫( ﹶﺃ ْﻡ ِﻟﹾﻠِﺈﻧ َﺴﺎ ِﻥ َﻣﺎ َﺗ َﻤﱠﻨﻰ‬23) ‫ﺍﻟ ﱠﻈﻦﱠ َﻭَﻣﺎ َﺗ ْﻬ َﻮﻯ ﺍﹾﻟﹶﺄﻧﹸﻔ ُﺲ َﻭﹶﻟ ﹶﻘ ْﺪ َﺟﺎﺀ ُﻫﻢ ﱢﻣﻦ ﺭﱠﺑﱢ ِﻬ ُﻢ ﺍﹾﻟ ُﻬ َﺪﻯ‬

(25) ‫ﺍﹾﻟﺂ ِﺧ َﺮﺓﹸ َﻭﺍﹾﻟﹸﺄﻭﹶﻟﻰ‬

Maksudnya: “Mereka hanya menurut sangkaan dan mengikut apa yang
diinginkan oleh hawa nafsu mereka, pada hal sesungguhnya telah datang kepada
mereka petunjuk dari Tuhan mereka. Atau apakah manusia itu akan mendapat
apa-apa yang ia mahu. Maka kepunyaan Allahlah akhirat dan dunia.”

(an-Najm: 23-25)

Dan kafirlah sesiapa jua yang mendakwa bahawa muslihatnya berlawanan
dengan apa yang telah disyariatkan deh Allah SWT, dan orang seperti itu tidak
kekal di dalam Islam walau sesaat pun.

Syed Qutb 88

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

‫ﺷﺮﻳﻌﺔ ﻛﻮﻧﻴﺔ‬

UNDANG-UNDANG UNIVERSAL

Ketika Islam menerapkan akidah ke dalam hati nurani dan dalam realiti
hidup umat manusia, berdasarkan pengabdian sepenuhnya kepada Allah; ketika
Islam menjadikan pengabdian itu menjelma di dalam bentuk iktikad, ibadat dan
undang-undang (syariat) yang searas, maka ia berpendapat bahawa pengabdian
kepada Allah sahaja itu adalah merupakan bukti yang praktikal dari syahadat “LA
ILAAHA ILLALLAH” dan ia berperdapat bahawa menatang terima cara dan
kaedah pengabdian kepada Allah ini daripada Rasulullah SAW sahaja adalah
merupekan bukti praktikal dari syahadah “MUHAMADUR RASULULLAH”.

Ketika Islam menegakkan binaannya di atas asas ini, iaitu asas syahadah LA
ILAAHA ILLALLAH dan syahadah MUHAMMADUR RASULLAH di dalam
program hidup Islam. Syahadah itu menggambarkan ciri program itu.
Sesungguhnya ketika ia menegakkan binaannya di atas program dan peraturan
hidup yang lain yang pernah dikenal oleh umat manusia sesungguhnya ketika
itulah Islam menegakkan suatu asas yang sangat lengkap mengenai wujud sejagat,
bukan wujud umat manusia sahaja.

Sebenamya konsep Islam itu tegak di atas asas bahawa seluruh wujud ini
adalah kepunyaan Allah, bila mana telah diarah oleh iradat Allah supaya ia terjadi
maka terjadilah ia. Allah telah kurnia kepadanya peraturan bagi perjalanan dan
perputarannya, maka ia berjalan dan berputar mengikut peraturan yang telah Allah
kurniakan dengan teratur rapi:

Firman Allah:

‫ِﺇﱠﻧ َﻤﺎ ﹶﻗ ْﻮﹸﻟَﻨﺎ ِﻟ َﺸ ْﻲٍﺀ ِﺇ ﹶﺫﺍ ﹶﺃ َﺭ ْﺩَﻧﺎُﻩ ﹶﺃﻥ ﱠﻧﹸﻘﻮ ﹶﻝ ﹶﻟﻪُ ﹸﻛﻦ ﹶﻓَﻴ ﹸﻜﻮ ﹸﻥ‬

Maksudnya: “Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami
menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya “Jadilah” maka jadilah
ia.”

(An-Nahl: 40)

Dan firman:

‫ﺍﱠﻟ ِﺬﻱ ﹶﻟﻪُ ُﻣﹾﻠ ُﻚ ﺍﻟ ﱠﺴ َﻤﺎ َﻭﺍ ِﺕ َﻭﺍﹾﻟﹶﺄ ْﺭ ِﺽ َﻭﹶﻟ ْﻢ َﻳﱠﺘ ِﺨ ﹾﺬ َﻭﹶﻟ ًﺪﺍ َﻭﹶﻟ ْﻢ َﻳ ﹸﻜﻦ‬

Syed Qutb 89

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Maksudnya: “Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan
ukurannya dengan serapi-rapinya.”

(Al-Furqan: 2)

Sesungguhnya di sebalik wujudnya alam ini ada suatu kuasa yang
mengendalikannya dan ada suatu kuasa yang menggerakkannya, ada suatu
peraturan yang mengisi dan mengatur seluruh sendi wujud ini, yang mengatur
langkah dan geraknya satu persatu; dengan adanya kuasa yang mengatur dan
peraturan yang mengendalikan perjalanannya itu, maka seluruh alam ini dapat
berjalan dan bergerak dengan baik, tidak berlaga dan tidak bertabrakan antara satu
sama lain, serta tidak berhenti-henti perjalanannya yang teratur rapi itu, terus
menerus sepanjang zaman hingga tibalah suatu ketika kelak, yang ditentukan oleh
iradat Allah. Demikianlah halnya wujud seluruh alam, tetap mematuhi iradat dan
arahan Allah dengan teratur rapi, tiada cacat cela, tiada pertembungan dan
pergeseran antara satu sama lain, patuh tunduk melakukan perintah Ilahi, tidak
terlintas pun oleh seluruh alam itu untuk durhaka kepada Allah, untuk melanggar
perintah-Nya. Oleh sebab itulah maka alam ini terus berjalan dengan selamat,
kecuali bila tiba iradat Allah untuk melakukan segala sesuatu maka iradat Allah itu
pasti berlaku.

Firman:

‫ِﺇﻥﱠ َﺭﺑﱠ ﹸﻜ ُﻢ ﺍﻟﻠﹼُﻪ ﺍﱠﻟ ِﺬﻱ َﺧﹶﻠ َﻖ ﺍﻟ ﱠﺴ َﻤﺎ َﻭﺍ ِﺕ َﻭﺍ َﻷ ْﺭ َﺽ ِﻓﻲ ِﺳﱠﺘِﺔ ﹶﺃﱠﻳﺎٍﻡ ﹸﺛﻢﱠ ﺍ ْﺳَﺘ َﻮﻯ َﻋﹶﻠﻰ ﺍﹾﻟَﻌ ْﺮ ِﺵ ُﻳ ْﻐ ِﺸﻲ‬
ُ‫ﺍﻟﻠﱠْﻴ ﹶﻞ ﺍﻟﱠﻨ َﻬﺎ َﺭ َﻳ ﹾﻄﻠﹸﺒُﻪُ َﺣِﺜﻴﹰﺜﺎ َﻭﺍﻟ ﱠﺸ ْﻤ َﺲ َﻭﺍﹾﻟﹶﻘ َﻤ َﺮ َﻭﺍﻟﱡﻨ ُﺠﻮَﻡ ُﻣ َﺴ ﱠﺨ َﺮﺍ ٍﺕ ِﺑﹶﺄ ْﻣ ِﺮِﻩ ﹶﺃ ﹶﻻ ﹶﻟﻪُ ﺍﹾﻟ َﺨﹾﻠ ُﻖ َﻭﺍ َﻷ ْﻣﺮ‬

‫َﺗَﺒﺎ َﺭ َﻙ ﺍﻟﻠﹼُﻪ َﺭ ﱡﺏ ﺍﹾﻟَﻌﺎﹶﻟ ِﻤ َﲔ‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan
langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas arasy. Dia
menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat dan
[diciptakan-Nya pula] matahari, bulan dan bintang-bintang [masing-masing]
tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kuasa memerintah dan adalah milik Allah
sahaja. Maha Suci Allah, Tuhan Semesta alam.”

(Al-A'Raaf: 54)

Manusia adalah sebahagian daripada wujud yang berbentuk alam ini.
Undang-undang yang mengatur fitrah semula jadi manusia tidaklah lain daripada
undang-undang yang mengatur perjalanan alam semesta, yang mengatur perjalanan
wujud sejagat sebab undang-undang itu telah diciptakan Allah seperti juga seluruh
wujud ini dicipta oleh Allah dan manusia pun adalah sejenis makhluk ciptaan Allah
juga tiada sebarang keistimewaan yang dianugerah kepadanya yang menyebabkan
dia menjadi “manusia”. Dia menjadi manusia ialah semata-mata atas iradat Allah.
Dari segi bentuk badannya yang lahir pun, manusia pasti terpaksa tunduk di bawah

Syed Qutb 90

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

undang-undang alam semesta, sama ada manusia itu suka atau tak suka, sama ada
dia mahu atau tak mahu, dia pasti terpaksa tunduk kepada undang-undang yanq
Allah kurniakan untuk alam semesta. Bukankah Allah yang telah mencipta dan
menjadikan dia itu “manusia?” Bukankah Tuhan yang mengurniakan hidup di
dalam alamnya yang luas terbentang ini? Ya, Allahlah Tuhan yang menciptakannya
daripada alam “tiada” kepada alam “ada”, dengan iradat-Nya (Tuhan), bukan
dengan kehendak manusia itu sendiri dan bukan pula dengan kehendak ayah dan
ibunya - walaupun ayah dan ibu itu bertemu dan bersatu jasmani - tapi mereka
tidak berdaya dan tiada upaya untuk menentukan wujud dan lahirnya manusia itu.
Manusia dilahirkan mengikut peraturan yang telah diciptakan Allah mengikut
jangka waktu tertentu, mengikut waktu mengandung dan kaedah kelahiran bayi
yang ditakdirkan oleh Allah. Dia bernafas dan menyedut udara mengikut cara dan
kadar yang ditentukan oleh Allah. Dia ketawa dan menangis, dia merasa gembira
dan kecewa, dia merasa senang dan susah, dia merasa nikmat dan derita, dia merasa
lapar dan dahaga, dia makan dan minum - atau dengan ungkapan lain dia hidup
mengikut iradat dan peraturan Allah, tanpa daya dan usahanya sendiri. Di dalam
hal ini, di dalam dia menjalani hidupnya sepanjang hayat, manusia sama sahaja
dengan seluruh alam yang wujud ini, iaitu sama patuh kepada kudrat dan iradat
Allah, sama menghayati undang-undang dan peraturan yang telah Allah cipta dan
kurniakan untuk seluruh alam.

Allah yang telah menciptakan wujud alam ini dan Allah yang telah
menciptakan umat manusia, juga yang telah menciptakan undang-undang dan
peraturan untuk dipatuhi dan dihayati oleh alam dan marusia. Allahlah juga telah
menetapkan untuk umat manusia itu SYARIAT untuk mengatur seluruh hidup di
dalam bidang pentadbiran dan pemerintah negara, supaya sesuai dan selaras
dengan fitrah hidupnya. Manakala “Syariat” itu pula, pada hakikatnya, adalah
sebahagian daripada undang-undang umum Allah mengenai tabiat semula jadi
umat manusia itu dan tabiat semula jadi (fitrah) seluruh wujud ini.

Tiada satu pun kalimat Allah, tiada satu pun suruhanNya, tiada satu pun
laranganNya, tiada satu pun janji gembira dan janji ancamanNya, tiada suatu pun
arahan dan panduanNya, tiada suatu pun undang-undang dan syariatNya,
melainkan semua itu adalah merupakan bahagian-bahagian dari undang-undang
umum Allah, yang secara automatisnya sesuai dengan undang-undang yang kita
namakan sekarang sebagai “undang-undang alam”, iaitu undang-undang Ilahi
mengenai perkembangan dan perjalanan alam, kita saksikan terus menerus
terlaksana setiap detik mengikut tabiat dan fitrah semula jadi yang azali, terlaksana
dengan baik dan rapi, dengan qadar dan limpah kurnia Allah.

Manakala “SYARIAT” yang Allah tentukan untuk mengatur hidup umat
manusia adalah suatu syariat dan undang-undang universal, sesuai dengan
perkembangan dan perjalanan alam, dengan pengertian bahawa ia berhubungan
dengan undang-undang umum alam semesta, dengan demikian maka
perseimbangan antara semua undang-undang itu berlaku dengan baiknya bila
terjadi keselarasan semua itu di dalam hidup umat manusia dan dalam gerak alam

Syed Qutb 91

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

tempat manusia itu tumpang berteduh. Perseimbangan antara semuanya adalah
merupakan keperluan asasi dalam perlaksanaan undang-undang yang memerintah
dan menguasai fitrah semula jadi umat manusia dan undang-undang yang
memerintah urusan hidup lahiriah mereka. Memang terlalu penting hubungan erat
di antara urusan batin dan urusan lahir di dalam hidup manusia.

Bila sahaja umat manusia tidak berupaya memahami semua peraturan alam
dan tidak berdaya pula mengerti undang-undang umum itu, - malah undang-
undang yang mengatur fitrah mereka sendiri – maka dengan demikian sama ada
meraka mahu atau tidak – berertilah bahawa mereka tidak berupaya mengatur
semua hidup mereka sebagai umat manusia yang dapat memelihara perimbangan
antara perjalanan hidup umat manusia dengan alam semesta, malah di antara hidup
mereka yang hakiki dengan hidup mereka yang lahiriah. Yang dapat menguasai dan
memiliki perimbangan itu semua bukanlah manusia, tetapi Allah yang mencipta
alam ini dan Allah yang mencipta seluruh umat manusia. Allah yang mengatur
urusan alam semesta dan mengatur urusan umat manusia berdasarkan undang-
undangNya yang unik dan syariatNya yang telah ditentukan dan telah diridhaiNya.

Dengan demikian maka mematuhi dan mengamalkan syariat Allah adalah
menjadi kewajipan utama bagi tercapainya “perseimbangan” itu, di samping
kewajipan melaksanakan Islam dari segi akidah dan konsep hidup; sebab tidak akan
wujud Islam sama sekali di dalam hidup individu atau organisasi, melainkan
dengan cara memurnikan pengabdian diri kepada Allah SWT dan menerima
daripada Rasulullah SAW sahaja tentang peraturan dan cara melaksanakan
pengabdian itu, supaya terlaksana kehendak rukun islam yang pertama, syahadah
bahawa tiada Tuhan yang lain daripada Allah (LA ILAAHA ILLALLAH) dan
Muhammad pesuruh Allah (MUHAMMADUR RASULULLAH).

Pelaksanaan perseimbangan yang mutlak di antara hidup umat manusia
dengan undang-undang alam semesta sudah pasti akan membawa kebaikan dan
kebahagiaan umat manusia sendiri. Mereka akan hidup aman damai dan bahagia
bersama-sama dengan alam dan bersama diri mereka sendiri, sebab keamanan dan
keselamatan bersama dengan alam ini akan terjadi bila sahaja gerak umat manusia
itu selaras dengan gerak seluruh alam, apabila selaras matlamat perjalanan manusia
dengan matlamat perjalanan alam semesta. Manakala keamanan untuk diri manusia
sendiri pula akan terdapat dari perseimbangan gerak lahir manusia dengan fitrah
semula jadi mereak. Perseimbangan itu akan melahirkan pertalian antara umat
manusia dengan segenap aktiviti mereka. Pada ketika itu mereaka berjalan melalui
sebuah lebuhraya, sama-sama berpandukan syariat Ilahi.

Kebaikan dan kebahagiaan umat manusia akan dapat terlaksana dari
wujudnya perseimbangan gerak lahir dengan gerak batin manusia, perseimbangan
antara kedua gerak manusia dengan gerak alam semesta, berpedomankan syariat
Ilahi untuk seluruh alam.

Yang menentang syriat Allah itu adalah hawa nafsu syahwat manusia yang
jahat dan durjana.

Syed Qutb 92

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Firman Allah SWT:

‫َﻭﹶﻟ ِﻮ ﺍﱠﺗَﺒ َﻊ ﺍﹾﻟ َﺤ ﱡﻖ ﹶﺃ ْﻫ َﻮﺍﺀ ُﻫ ْﻢ ﹶﻟﹶﻔ َﺴ َﺪ ِﺕ ﺍﻟﺴﱠ َﻤﺎ َﻭﺍ ُﺕ َﻭﺍﹾﻟﹶﺄ ْﺭ ُﺽ َﻭَﻣﻦ ِﻓﻴ ِﻬ ﱠﻦ َﺑ ﹾﻞ ﹶﺃَﺗْﻴَﻨﺎ ُﻫﻢ ِﺑ ِﺬ ﹾﻛ ِﺮ ِﻫ ْﻢ ﹶﻓ ُﻬ ْﻢ‬
‫َﻋﻦ ِﺫ ﹾﻛ ِﺮ ِﻫﻢ ﱡﻣ ْﻌ ِﺮ ُﺿﻮ ﹶﻥ‬

Maksudnya: “Andai kata kebenaran itu menurut dan tunduk kepada hawa nafsu
mereka pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya.”

(Al-Mu'minuun: 71)

Seterusnya konsep Islam itu menyatukan kebenaran yang menjadi tapak
agama ini dengan kebenaran yang menjadi asas bagi langit dan bumi dan juga
menjadi panduan dan pedoman bagi seluruh urusan dunia dan akhirat, yang
dihitung oleh dari dimurkai-Nya setiap orang yang berani melanggarnya. Itulah dia
kebenaran yang tunggal, tiada dua baginya, kebenaran yang menjadi undang-
undang alam semesta, undang-undang yang Allah diridai untuk seluruh alam
kebenaran yang mesti diikut dan dipatuhi oleh seluruh maujud yang tumpang
berteduh di bawah bayangan alam semesta ciptaan Allah ini.

Firman Allah:

‫( َﻭ ﹶﻛ ْﻢ ﹶﻗ َﺼ ْﻤَﻨﺎ ِﻣﻦ ﹶﻗ ْﺮَﻳٍﺔ ﹶﻛﺎَﻧ ْﺖ ﹶﻇﺎِﻟ َﻤﹰﺔ‬10) ‫ﹶﻟﹶﻘ ْﺪ ﹶﺃﻧ َﺰﹾﻟَﻨﺎ ِﺇﹶﻟْﻴ ﹸﻜ ْﻢ ِﻛَﺘﺎًﺑﺎ ِﻓﻴِﻪ ِﺫ ﹾﻛﺮُﻛﹸ ْﻢ ﹶﺃﹶﻓﹶﻠﺎ َﺗ ْﻌِﻘﹸﻠﻮ ﹶﻥ‬
‫( ﹶﻟﺎ‬12) ‫( ﹶﻓﹶﻠ ﱠﻤﺎ ﹶﺃ َﺣ ﱡﺴﻮﺍ َﺑﹾﺄ َﺳَﻨﺎ ِﺇ ﹶﺫﺍ ُﻫﻢ ﱢﻣْﻨ َﻬﺎ َﻳ ْﺮ ﹸﻛ ُﻀﻮ ﹶﻥ‬11) ‫َﻭﹶﺃﻧ َﺸﹾﺄَﻧﺎ َﺑ ْﻌ َﺪ َﻫﺎ ﹶﻗ ْﻮ ًﻣﺎ ﺁ َﺧ ِﺮﻳ َﻦ‬
‫( ﹶﻗﺎﹸﻟﻮﺍ َﻳﺎ َﻭْﻳﹶﻠَﻨﺎ ِﺇﱠﻧﺎ ﹸﻛﱠﻨﺎ‬13) ‫َﺗ ْﺮ ﹸﻛ ُﻀﻮﺍ َﻭﺍ ْﺭ ِﺟُﻌﻮﺍ ِﺇﹶﻟﻰ َﻣﺎ ﹸﺃْﺗ ِﺮﹾﻓُﺘ ْﻢ ِﻓﻴِﻪ َﻭَﻣ َﺴﺎ ِﻛِﻨﻜﹸ ْﻢ ﹶﻟَﻌﻠﱠﻜﹸ ْﻢ ُﺗ ْﺴﹶﺄﹸﻟﻮ ﹶﻥ‬
‫( َﻭَﻣﺎ َﺧﹶﻠ ﹾﻘَﻨﺎ‬15) ‫( ﹶﻓ َﻤﺎ َﺯﺍﹶﻟﺖ ﱢﺗﹾﻠ َﻚ َﺩ ْﻋ َﻮﺍ ُﻫ ْﻢ َﺣﱠﺘﻰ َﺟَﻌﹾﻠَﻨﺎ ُﻫ ْﻢ َﺣ ِﺼﻴ ًﺪﺍ َﺧﺎ ِﻣ ِﺪﻳ َﻦ‬14) ‫ﹶﻇﺎِﻟ ِﻤ َﲔ‬
‫( ﹶﻟ ْﻮ ﹶﺃ َﺭ ْﺩَﻧﺎ ﹶﺃﻥ ﱠﻧﱠﺘ ِﺨ ﹶﺬ ﹶﻟ ْﻬ ًﻮﺍ ﱠﻟﺎﱠﺗ َﺨ ﹾﺬَﻧﺎُﻩ ِﻣﻦ ﱠﻟ ُﺪﱠﻧﺎ ِﺇﻥ ﹸﻛﱠﻨﺎ‬16) ‫ﺍﻟ ﱠﺴ َﻤﺎﺀ َﻭﺍﹾﻟﹶﺄ ْﺭ َﺽ َﻭَﻣﺎ َﺑْﻴَﻨ ُﻬ َﻤﺎ ﹶﻟﺎ ِﻋِﺒ َﲔ‬
‫( َﺑ ﹾﻞ َﻧ ﹾﻘ ِﺬﻑُ ِﺑﺎﹾﻟ َﺤ ﱢﻖ َﻋﹶﻠﻰ ﺍﹾﻟَﺒﺎ ِﻃ ِﻞ ﹶﻓَﻴ ْﺪَﻣﻐُﻪُ ﹶﻓِﺈ ﹶﺫﺍ ﻫُ َﻮ َﺯﺍ ِﻫ ٌﻖ َﻭﹶﻟﻜﹸﻢُ ﺍﹾﻟ َﻮْﻳ ﹸﻞ ِﻣ ﱠﻤﺎ َﺗ ِﺼﹸﻔﻮ ﹶﻥ‬17) ‫ﹶﻓﺎ ِﻋِﻠ َﲔ‬
‫( َﻭﹶﻟﻪُ َﻣﻦ ِﻓﻲ ﺍﻟ ﱠﺴ َﻤﺎ َﻭﺍ ِﺕ َﻭﺍﹾﻟﹶﺄ ْﺭ ِﺽ َﻭَﻣ ْﻦ ِﻋﻨ َﺪﻩُ ﹶﻟﺎ َﻳ ْﺴَﺘ ﹾﻜِﺒ ُﺮﻭ ﹶﻥ َﻋ ْﻦ ِﻋَﺒﺎ َﺩِﺗِﻪ َﻭﹶﻟﺎ َﻳ ْﺴَﺘ ْﺤ ِﺴ ُﺮﻭ ﹶﻥ‬18)

(20) ‫( ُﻳ َﺴﱢﺒ ُﺤﻮ ﹶﻥ ﺍﻟﻠﱠْﻴ ﹶﻞ َﻭﺍﻟﱠﻨ َﻬﺎ َﺭ ﹶﻟﺎ َﻳ ﹾﻔُﺘ ُﺮﻭ ﹶﻥ‬19)

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu sebuah kitab
yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka adakah kamu
tidak memahaminya? Dan beberapa banyak [penduduk] negeri-negeri yang zalim
yang telah Kami binasakan, dan Kami adakan sesudah mereka itu suatu kaum
yang lain [sebagai penggantinya]. Dan manakala yang zalim itu merasai azab
Kami, tiba-tiba mereka lari tergesa-gesa daripadanya. [Dikatakanlah kepada
mereka] Janganlah kamu lari tergesa-gesa, kembalilah kamu kepada nikmat yang

Syed Qutb 93

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu [yang baik] supaya
kamu ditanya. Mereka berkata: “Aduhai, celaka kami, sesungguhnya kami orang-
orang yang zalim.” Maka tetaplah demikian keluhan mereka sehingga Kami
jadikan mereka sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi.
Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang di antara keduanya
untuk bermain-main. Sekiranya kami membuat sesuatu permainan, tentulah
Kami membuatnya dari sisi Kami. Jika Kami menghendaki berbuat demikian
[tentulah Kami telah melakukannya]. Tetapi Kami lontarkan yang hak kepada
yang batil dan yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang
batil itu lenyap dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati [Allah
dengan sifat sifat yang tidak layak bagi-Nya]. Dan kepunyaan-Nyalah segala yang
di langit dan di bumi dan [Malaikat-malaikat] yang di sisi-Nya, mereka tiada
mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya, dan tiada [pula] merasa letih.
Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya”.

(Al-Anbia’: 10-20)

Sememangnya fitrah umat manusia itu faham dan mengerti akan kebenaran
ini, sebab tabiat kejadian fitrah dan tabiat kejadian alam semesta sendiri ada di
sekelilingnya, memberi ilham kepada fitrah itu bahawa seluruh wujud ini tegak di
atas asas kebenaran (hak); dan kebenaran itu bersebati dengannya. Kebenaran tegak
di atas asas undang-undang yang tidak pernah goncang dan tidak pernah ralat
pusingannya, juga tidak pernah bertelagah sesama sendiri, tidak berjalan secara
tiba-tiba sahaja tanpa panduan, apa lagi berjalan mengikut dorongan hawa nafsu! Ia
berjalan mengikut undang-undang dan peraturan yang lengkap. Pertentangan boleh
sahaja terjadi - antara umat manusia dengan fitrahnya - bila sahaja umat manusia itu
menyeleweng dari kebenaran yang tersembunyi di sebalik fitrahnya, dengan
dorongan dan godaan hawa nafsu syaitan keparat. Pertentangan antara manusia
dengan fitrah akan terus berlaku bila mana sahaja umat manusia mencedok syariat
dan undang-undang hidupnya dari sumber hawa nafsu berajakan iblis mal'un;
apabila sahaja umat manusia tidak berpandu kepada undang-undang dan syariat
Allah, apabila umat manusia tidak.patuh kepada Allah, seperti yang wajib
dilakukan oleh segenap penghuni alam semesta ini.

Pertentangan sepreti ini sering juga terjadi di antara individu dengan
individu, organisasi dengan organisasi, bangsa dengan bangsa, di setiap zaman dan
generasi, seperti mana juga pertentangan itu boleh berlaku di antara umat manusia
denagn alam semesta. Sebagai hasilnya kekayaan dan perbendaharaan alam yang
sepatutnya diolah untuk kebahagiaan umat manusia, bertukar fungsi menjadi bahan
pemusnah tamadun umat manusia.

Dengan penjelasan dan huraian di atas nyatalah bahawa soal melaksanakan
syariat dan undang-undang Allah di dalam hidup di dunia ini bukanlah semata-
mata bererti soal mencari bekal hidup bahagia di akhirat sahaja, bukan setakat itu
sahaja kerana dunia dan akhirat itu adalah merupakan dua peringkat dan dua
rangkaian hidup yang saling lengkap melengkapi, dan syariat serta undang-undang
Allahlah yang menjadi penghubung antara kedua-dua peringkat dan rangkaian

Syed Qutb 94

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

hidup umat manusia itu. Penyelarasan berpandukan syariat dan undang-undang
Allah itu tidak mungkin sekali-kali mengganggu kebahagiaan hidup umat manusia
di dalam akhirat kelak, bahkan penyelarasan itu boleh dirasakan dan dinikmati
dalam masa hidup di dunia ini, yang akan bersambung pula dalam hidup di dalam
abadi di akhirat kelak.

Inilah asas konsep Islam bagi seluruh wujud ini, bagi wujud uamt manusia di
bawah lingkungan konsep yang unik, berlainan bentuk dan hakikatnya daripada
konsep-konsep yang lain, yang pernah dikenal dan dihayati oleh umat manusia.

Sesungguhnya menghayati syariat Allah – mengikut konsep ini adalah suatu
jaminan bagi perseimbangan dan penyelarasan hubungan antara umat manusia
dengan alam semesta, di antara undang-undang yang memerintah fitrah umat
manusia dengan undang-undang yang memerintah alam semesta, juga
penyelarasan di antara undang-undang umum alam semesta dengan syariat Allah
yang mengatur hidup umat manusia. Dengan demikian maka terlaksanalah
pengabdian oleh umat manusia kepada Tuhan Yang Maha Esa, seperti mana alam
semesta mengabdikan diri kepada Allah, Tuhan Maha Pencipta.

Salah satu contoh mengenai perlunya penyelarasan antara undang-undang
yang memerintah umat manusia ialah contoh perdebatan di antara Nabi Ibrahim a.s.
- moyang umat Islam – dengan Namrud, seorang raja yang angkuh. Namrud telah
mendakwa dirinya sebagai orang yang paling berkuasa di dunia, berkuasa
memberikan hidup dan mati umat manusia tetapi beliau telah jatuh tersungkur lalu
menyerah kalah berhadapan dengan cabaran Nabi Ibrahim supaya beliau tidak
hanya memperlihatkan kekuasaannya ke atas umat manusia sahaja, tapi hendaklah
beliau membuktikan kuasanya mengubah keadaan alam semesta. Amat indah sekali
cerita yang dibentangkan melalui firman ini :

‫ﹶﺃﹶﻟ ْﻢ َﺗ َﺮ ِﺇﹶﻟﻰ ﺍﱠﻟ ِﺬﻱ َﺣﺂ ﱠﺝ ِﺇْﺑ َﺮﺍ ِﻫﻴ َﻢ ِﻓﻲ ِﺭﱢﺑِﻪ ﹶﺃ ﹾﻥ ﺁَﺗﺎُﻩ ﺍﻟﻠﹼُﻪ ﺍﹾﻟ ُﻤﹾﻠ َﻚ ِﺇ ﹾﺫ ﹶﻗﺎ ﹶﻝ ِﺇْﺑ َﺮﺍ ِﻫﻴ ُﻢ َﺭﱢﺑ َﻲ ﺍﱠﻟ ِﺬﻱ‬
‫ُﻳ ْﺤِﻴﻲ َﻭُﻳ ِﻤﻴ ُﺖ ﹶﻗﺎ ﹶﻝ ﹶﺃَﻧﺎ ﹸﺃ ْﺣِﻴﻲ َﻭﹸﺃِﻣﻴ ُﺖ ﹶﻗﺎ ﹶﻝ ِﺇْﺑ َﺮﺍ ِﻫﻴ ُﻢ ﹶﻓِﺈﻥﱠ ﺍﻟﹼﻠَﻪ َﻳﹾﺄِﺗﻲ ِﺑﺎﻟ ﱠﺸ ْﻤ ِﺲ ِﻣ َﻦ ﺍﹾﻟ َﻤ ْﺸ ِﺮ ِﻕ ﹶﻓﹾﺄ ِﺕ‬

(258) ‫ِﺑ َﻬﺎ ِﻣ َﻦ ﺍﹾﻟ َﻤ ْﻐ ِﺮ ِﺏ ﹶﻓﺒُ ِﻬ َﺖ ﺍﱠﻟ ِﺬﻱ ﹶﻛﹶﻔ َﺮ َﻭﺍﻟﻠﹼُﻪ ﹶﻻ َﻳ ْﻬ ِﺪﻱ ﺍﹾﻟﹶﻘ ْﻮَﻡ ﺍﻟ ﱠﻈﺎِﻟ ِﻤ َﲔ‬

Maksudnya: “Apakah tidak kamu perhatikan [Namrud Raja Babilonia] yang
mendebat dengan Ibrahim tentang Tuhannya [Allah] kerana Allah telah
memberikan kepada orang itu pemerintah [kekuasaan]? Ketika Ibrahim
mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidup dan mematikan.
Orang itu berkata: “Saya dapat menghidup dan mematikan.” Ibrahim
menjawab: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka
terbitkanlah dia dari barat.” Kerana itu hairan terdiamlah orang yang kafir itu
dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”

(Al-Baqarah: 258)

Syed Qutb 95

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Maka benarlah Allah telah berfirman :

‫ﹶﺃﹶﻓَﻐْﻴ َﺮ ِﺩﻳ ِﻦ ﺍﻟﹼﻠِﻪ َﻳْﺒُﻐﻮ ﹶﻥ َﻭﹶﻟﻪُ ﹶﺃ ْﺳﹶﻠ َﻢ َﻣﻦ ِﻓﻲ ﺍﻟ ﱠﺴ َﻤﺎ َﻭﺍ ِﺕ َﻭﺍ َﻷ ْﺭ ِﺽ ﹶﻃ ْﻮ ًﻋﺎ َﻭ ﹶﻛ ْﺮ ًﻫﺎ َﻭِﺇﹶﻟْﻴِﻪ ُﻳ ْﺮ َﺟُﻌﻮ ﹶﻥ‬

Maksudnya: “Apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah,
padahal kepadaNyalah menyerah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik
dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allahlah mereka dikembalikan.”

(Aali-Imran: 83)

Syed Qutb 96

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

‫ﺍﻻ ﺳﻼﻡ ﻫﻮﺍﻟﺤﻀﺎﺭﺓ‬

ISLAM IALAH TAMADDUN

Islam mengenal dan mengiktiraf hanya dua bentuk masyarakat sahaja, iaitu
masyarakat Islam dan masyarakat jahiliyah.

“Masyarakat Islam” ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan Islam:
akidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara hidup. Manakala masyarakat
jahiliyah itu ialah masyarakat yang Islam tidak dilaksanakan di dalamnya;
masyarakat yang tidak dipandu oleh Islam, baik dari segi akidah, konsep, nilai,
sistem dan undang-undang, moral dan tata susila.

“Masyarakat Islam” bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia
yang menamakan diri mereka “MUSLIM” sedangkan syariat Islam tidak menjadi
undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang,
menunaikan rukun puasa dan naik haji ke Mekah. Bukan juga masyarakat Islam itu
yang mereka reka bentukkan bentuk Islam untuk diri mereka sendiri, lain daripada
yang telah diatur dan ditetapkan oleh Allah SWT dan telah diajar oleh Rasulullah
SAW, dengan memakai nama “Islam liberal” atau “Islam progresif”.

Manakala “masyarakat jahiliyah” pula lahir dalam beraneka bentuk dan
rupa, tapi semuanya jahiliyah belaka:

Ada yang berbentuk masyarakat yang engkar sama sekali akan wujudnya Zat
Allah SWT dan membuat tafsiran secara benda terhadap sejarah, melaksanakan
sistem apa yang disebutkan sebagai “sosialisme saintifik” sebagai panduan
hidupnya.

Ada pula yang berbentuk sebuah masyarakat yang tidak engkar akan
wujudnya Zat Allah SWT, tetapi menghadkan kuasa Allah SWT di dalam urusan
yang bersangkutan dengan akhirat sahaja dan enggan mengiktiraf kuasa Allah SWT
dalam urusan hidup di dunia. Masyarakat ini tidak mahu menjadikan syariat dan
undang-undang Allah sebagai panduan hidup mereka, dan tidak sudi mengambil
nilai-nilai Islam sebagai pedoman dalam mengukur sesuatu. Anggota-anggota
masyarakat seperti ini dibolehkan beribadat di dalam biara-biara, gereja-gereja dan
masjid-masjid, tetapi mereka dilarang menuntut pelaksanaan syariat Allah dalam
urusan hidup sehari-hari, dengan demikian maka masyarakat itu dengan sendirinya
menolak dan melemahkan kekuasaan dan ketuhanan Allah dan seluruh urusan
hidup di bumi ini, sedangkan Allah SWT sendiri telah menyatakan dengan tegasnya
bahawa kekuasaan dan ketuhanan-Nya meliputi seluruh langit dan bumi.

Syed Qutb 97

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

Firman Allah:

‫َﻭﻫُ َﻮ ﺍﱠﻟ ِﺬﻱ ِﻓﻲ ﺍﻟ ﱠﺴ َﻤﺎﺀ ِﺇﹶﻟٌﻪ َﻭِﻓﻲ ﺍﹾﻟﹶﺄ ْﺭ ِﺽ ِﺇﹶﻟٌﻪ‬

Maksudnya: “Dan Dialah Tuhan [yang disembah] di langit dan Tuhan [yang
disembah] di bumi dan Dialah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.”

(Azzukhruf: 84)

Oleh kerana itulah masyarakat seperti itu tidak mengikut agama Allah yang
sebenar sebagaimana yang ditegaskan-Nya di dalam firman:

‫ِﺇ ِﻥ ﺍﹾﻟ ُﺤ ﹾﻜ ُﻢ ِﺇﻻﱠ ِﻟﹼﻠِﻪ ﹶﺃَﻣ َﺮ ﹶﺃﻻﱠ َﺗ ْﻌﺒُﺪُﻭﹾﺍ ِﺇﻻﱠ ِﺇﱠﻳﺎُﻩ ﹶﺫِﻟ َﻚ ﺍﻟ ﱢﺪﻳ ُﻦ ﺍﹾﻟﹶﻘﻴﱢ ُﻢ‬

Maksudnya: “Tidak ada hukuman itu melainkan bagi [kepunyaan] Allah. Ia
perintah kamu jangan sembah melainkan Dia [sahaja], [kerana] yang demikian
itu adalah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Yusoff: 40)

Dengan sebab yang di atas itulah masyarakat itu menjadi sebuah masyarakat
“jahiliyah”, walaupun ia mengiktiraf wujudnya Allah SWT dan walaupun ia
memberi kebebasan kepada manusia untuk beribadat di biara-biara, gereja-gereja
dan masjid-masjid.

“Masyarakat Islam” dengan bentuk seperti yang disebut di atas itulah
sebenarnya masyarakat yang bertamadun, manakala masyarakat “jahiliyah” dalam
segala bentuknya adalah masyarakat “songsang”.

Saya pernah memasang iklan mengenai sebuah buku karangan saya yang
masih di dalam percetakan. Buku itu asalnya berjudul: “Menuju masyarakat Islam
yang bertamadun”, tetapi dalam iklan kali berikutnya saya buang perkataan
“bertamadun” dan judul buku itu diubah menjdai “Menuju Masyarakat Islam”
sahaja. Perubahan judul ini rupanya menarik perhatian seorang penulis Al-Jazair
(Algeria) yang selalu menulis di dalam bahasa Perancis. Beliau lantas menulis
sebuah artikel mengenai perubahan judul ini, dalam mana beliau telah membuat
tuduhan bahawa perubahan judul itu berpunca daripada apa yang dinamakan
beliau “operasi mempertahankan Islam dari dalam jiwa”. Beliau menyatakan
kesalnya atas perubahan judul itu kerana itulah kononnya saya dianggap beliau
sebagai tidak layak lagi membuat ulasan masalah itu mengikut keadaan yang
sebenar.

Saya tidak ambil hati kepada penulis itu atas sikapnya yang demikian, sebab
pada ketika mula-mula menulis judul buku berkenaan, cara berfikir saya masih
serupa dengan cara berfikir beliau. Persoalan yang berlegar dalam kepala saya ialah

Syed Qutb 98

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

persoalan definisi “tamadun” sama sahaja dengan persoalan yang selalu menari di
dalam kepala beliau.

Saya terpaksa mengaku dengan berterus-terang bahawa cara berfikir saya
pada ketika itu pun masih belum bebas sepenuhnya dari pengaruh sisa-sisa
kebudayaan Eropah yang sama sekali asing dari selera keIslaman, sekali pun arah
pemikiran saya begitu jelas ke arah Islam, namun sisa-sisa cara berfikir ala Eropah
itu masih lagi mempengaruhi saya. Definisi “tamadun” ala Eropah selalu sahaja
bermain-main di dalam ingatan saya. Perkataan ini, kalau tidak penjelasan
secukupnya, boleh mempengaruhi para pembaca dengan bayangan konsep asing
yang aneh itu.

Perselisihan pendapat itu sebenarnya ialah mengenai definisi “tamadun”
dan dengan demikian perlulah persoalan ini dihuraikan denagn agak luas.

Dan akhirnya terserlah jualah kebenaran “Masyarakat Islam” ialah sebenar-
benarnya masyarakat yang “bertamadun”. Perkataan “bertamadun” sebenarnya
tidak perlu dipakai, kerana ia adalah suatu omong kosong, tidak membawa sesuatu
apa pun yang baru.

Bila sahaja kekuasaan tertinggi dalam pemerintahan sebuah masyarakat itu
diserah kepada Allah sahaja, dalam bentuk berkuasanya syariat Allah di dalam
masyarakat itu, ketika itulah baru terdapat kebebasan dan kemerdekaan penuh
umat manusia dari pengabdian diri kepada sesama umat manusia. Inilah yang
dinamakan “tamaddun kemanusiaan” kerana tamaddun umat manusia itu
mempunyai pokok pangkal yang penting, iaitu kebebasan asasi dan mutlak bagi
umat manusia, kehormatan yang sebenar bagi setiap anggota masyarakat, kerana
pada hakikatnya kebebasan dan kemerdekaan itu tidak wujud di dalam sebuah
masyarakat yang setergah anggotanya menjadi “Tuhan” dan yang setengah lagi
menjadi “hamba abdi” yang mesti mematuhi kekuasaan tuannya.

Kita perlu tegaskan bahawa kekuasaan itu tidak hanya terbatas di dalam
lingkungan sistem undang-undang sahaja, seperti yang lumrah difahami orang
terhadap perkataan “’Syariat”, yang difahami melalui faham yang begitu sempit
sekali, sebab fikiran, program, undang-undang dan nilai-nilai, kebiasaan dan adat
resam pun merupakan perkara yang mesti dipatuhi oleh setiap individu, iaitu
apabila segolongan manusia melakukan kekuasaannya atas golongan lain, dan
golongan lain pula patuh menerima kekuasaan itu, maka masyarakat itu tidak layak
lagi disebut sebagai sebuah masyarakat yang bebas dan merdeka, kerana ia
mengakui kekuasaan sesuatu golongan atas golongan lain, di luar daripada
panduan Allah, masyarakat yang satu golongan anggotanya menjadi “Tuhan”
manakala satu golongan yang lain menjad “abdi”. Oleh yang demikian masyarakat
itu bukanlah sebuah masyarakat yang ber“tamaddun” malah ia adalah sebuah
masyarakat yang “songsang”, atau menurut kaca mata Islam, masyarakat itu ialah
sebuah masyarakat “jahiliyah”.

Syed Qutb 99

Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________

“Masyarakat Islam” ialah satu-satunya masyarakat yang dikawal dan
dilindungi oleh Allah Yang Maha Esa. Anggota-anggota masyarakat itu
meninggalkan dan membuang jauh segala bentuk pemujaan dan pendewaan kepada
sesama manusia untuk melakukan pemujaan dan pendewaan kepada Allah SWT
sahaja. Oleh sebab itulah anggota-anggota masyarakat itu menjadi orang yang bebas
dan merdeka sepenuhnya, kebebasan yang menjadi paksi keseluruhan tamaddun
dan kehormatan umat manusia sebagaimana yang ditakdir Allah sejak azali
sewaktu Allah memproklamasikan kepada para malaikat tmtuk melantik manusia
sebagai “khalifah”Nya di bumi ini.

Bila sahaja program yang berpunca dari Tuhan Yang Maha Esa menjadi tali
pengikat antara umat manusia, dalam mana kedaulatan bagi seluruh umat manusia
tidak bersumber dari sebarang kuasa duniawi dalam bentuk pengabdian dan
penindasan atas sesama umat manusia nescaya masyarakat itu menjadi sebuah
masyarakat yang ideal yang boleh menggambarkan keindahan ciri kemanusiaan,
iaitu ciri roh dan fikiran.

Sebaliknya bila sahaja dasar perkauman, kebangsaan, warna kulit dan
tanahair, persamaan nasib dan lain-lain lagi, yang menjadi tali pengikat antara
kelompok umat manusia, maka jelaslah bahawa dasar-dasar itu tidak
menggambarkan ciri kemanusiaan, sebab manusia akan tetap menjadi manusia
juga tanpa kebangsaan, tanpa warna kulit dan tanahair, tetapi manusia itu bukan
manusia lagi tanpa roh dan fikiran

Di samping itu dengan berdasarkan kebebasan dan kemahuan sendiri
manusia boleh mengubah akidahnya, boleh mengubah fikirannya, dan jua
mengubah program hidupnya, sebaliknya manusia tidak akan berdaya mengubah
kebangsaan dan wana kulitnya, seperti jua dia tidak akan berupaya mengubah
terrpat kelahirannya.

Sebuah masyarakat yang di dalamnya manusia berkumpul dan
berorganisasi berdasarkan kemerdekaan dan kebebasan kemahuan fitrah
kemanusiaan itulah masyarakat yang bertamaddun. Adapun sebuah masyarakat
yang di dalamnya manusia berkumpul berdasarkan sesuatu di luar kemerdekaan
dan kebebasan fitrah kemanusiaan, maka masyarakat itu adalah sebuah
masyarakat yang songsang atau mengikut istilah Islam, masyarakat itu ialah
masyarakat “jahiliyah”.

Sesungguhnya masyarakat Islam sahajalah sebuah masyarakat yang
anggotanya berkumpul berdasarkan kemerdekaan dan kebebasan. Ia juga sebuah
masyarakat yang menganggap “akidah” sebagai rupa bangsa yang mengumpulkan
orang-orang berkulit putih, hitam, merah dan kuning, mengumpulkan orang Arab,
Romawi, Parsi, Negro dan seluruh bangsa manusia di muka bumi ini menjadi satu
umat yang bertuhankan Allah, yang memuja dan menyembah-Nya sahaja. Orang
yang paling mulia dan dihormati di dalam masyarakat itu ialah orang yang paling
bertaqwa dan yang selainnya adalah setaraf sahaja dalam menjunjung hukum dan
perintah Allah.

Syed Qutb 100


Click to View FlipBook Version