2.4 INERSIA Belajar Bersama: Cikgu Najwa Thani TEMA 2 : Mekanik Newton BAB 2 : DAYA & GERAKAN 1 Fizik KSSM Tingkatan 4
Standard Pembelajaran : Murid boleh : 2.4.1 Menerangkan konsep inersia melalui contoh 2.4.2 Mengeksperimen untuk mengenal pasti hubungan antara inersia dan jisim 2.4.3 Mewajarkan kesan inersia dalam kehidupan harian
Istilah penting : 01 Inersia Konsep 02 Hukum Gerakan Newton Pertama Hukum 03 Neraca inersia Eksperimen 04 Situasi kehidupan harian melibatkan inersia Aplikasi
Seorang penghibur menyentap alas meja tanpa menggerakkan objek di atas meja. Kenapa objek yang pegun di atas meja kekal pegun walaupun alas meja di bawahnya disentap ?
Inersia ialah kecenderungan suatu objek untuk kekal dalam keadaan asalnya, sama ada pegun atau bergerak dalam garis lurus dengan halaju malar. Konsep Inersia Hukum Gerakan Newton Pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan pegun atau bergerak dengan halaju malar jika tiada daya luar bertindak ke atasnya
Aktiviti 2.6 Menunjukkan konsep inersia Sentap kadbod di bawah syiling secara mengufuk dengan pantas ke sisi - Mengapakah duit syiling tidak bergerak mengikut arah gerakan kadbod nipis itu ? - Apakah yang akan berlaku jika kadbod itu ditarik secara perlahanlahan.
Mengenal pasti hubungan antara inersia dengan jisim Jisim besar, Sukar digerakkan, Sukar dihentikan. Bola Boling Bola Sepak Jisim kecil, Senang digerakkan, Senang dihentikan.
Eksperimen 2.2 : Jisim & Inersia
Neraca inersia - Mengukur jisim badan angkasawan Aplikasi Inersia dalam Kehidupan Seharian
Inersia ialah kecenderungan suatu objek untuk kekal dalam keadaan asalnya, sama ada pegun atau bergerak dalam garis lurus dengan halaju malar.
Situasi melibatkan inersia Titisan air hujan pada payung dalam keadaan bergerak apabila payung diputarkan. Apabila payung berhenti berputar, inersia titisan-titisan air hujan akan menyebabkan titisan air terus bergerak dan meninggalkan payung. 01
Situasi melibatkan inersia Inersia penumpang dalam bas Penumpang terhumban ke belakang apabila bas yang pegun bergerak ke hadapan secara tiba-tiba. Penumpang terhumban ke hadapan apabila bas bergerak diberhentikan secara tiba-tiba. 02
Situasi melibatkan inersia Sos cili atau sos tomato di dalam botol kaca boleh mengalir keluar dengan menggerakkan-gerakkan botol dengan cepat ke bawah dan menghentikannya secara tiba-tiba. Apabila gerakan botol dihentikan, inersia sos menyebabkannya terus bergerak ke bawah dan mengalir keluar dari botol. 03
Situasi melibatkan inersia Lori tangki minyak petrol mempunyai inersia yang besar. Tangki minyak terbahagi kepada beberapa bahagian berasingan di dalamnya. Tangki berasingan ini mengurangkan impak inersia minyak petrol ke atas dinding tangki jika lori itu berhenti secara mendadak. 04
Situasi melibatkan inersia Roller-coaster bergerak dengan laju, berubah arah secara tiba-tiba pada landasannya. Inersia badan penumpang akan cuba mengekalkan keadaan asalnya. Sistem keledar dalam gerabak memastikan penumpang kekal di tempat duduknya dan tidak terhumban keluar semasa perubahan arah dan laju gerakan. 05
Situasi melibatkan inersia Apabila brek kereta ditekan secara mengejut, pemandu dan penumpang di dalam kereta akan terhumban ke hadapan akibat inersia. Penggunaan tali pinggang keledar dapat mengelakkan kita daripada terhumban ke hadapan dan tercedera. 06
Uji Minda Jom 1. Terangkan mengapa kapal yang penuh dengan muatan mengambil masa yang lebih lama untuk berhenti. 2. Mengapakah seorang pelajar terpelanting ke hadapan apabila basikal yang ditunggangnya terlanggar seketul batu besar ? 3. Terangkan bagaimana perabot di bawa di dalam lori dari satu tempat ke tempat lain. 4. Mengapakah kita lebih senang menggerakkan troli yang kosong berbanding troli yang berisi barangan semasa membeli-belah di sebuah pasaraya ?
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik Terima kasih !