2.6 DAYA BAB 2 DAYA & GERAKAN 1 Fizik Tingkatan 4 KSSM BELAJAR BERSAMA Cikgu Najwa
Murid boleh : 2.6.1 Mendefinisikan daya sebagai kadar perubahan momentum 2.6.2 Menyelesaikan masalah melibatkan rumus F = ma Standard Pembelajaran :
DAYA
Daya - Banyak aktiviti dalam kehidupan harian yang melibatkan daya - Daya boleh mengubah keadaan gerakan suatu objek
Semua objek jatuh ke tanah kerana wujudnya daya graviti, iaitu tarikan bumi ke atas semua objek. Daya graviti menyebabkan semua objek mempunyai berat, iaitu magnitud daya graviti yang dikenakan ke atas suatu objek. Daya normal merujuk kepada komponen daya yang bersudut tegak dengan permukaan yang bersentuhan yang dikenakan ke atas sesuatu objek. Apabila dua permukaan saling bersentuhan antara satu sama lain, daya geseran iaitu daya yang menentang pergerakan objek akan dihasilkan. Daya elastik merujuk kepada daya yang membolehkan sesuatu objek untuk kembali kepada bentuk asalnya selepas diregangkan atau dimampatkan. Daya apungan ialah daya yang bertindak ke atas objek yang terendam di dalam air dan mengarah ke atas.
Perhatikan pelbagai situasi di sekeliling kita…
Aktiviti 2.13 Tujuan : Menjana idea mengenai hubungan antara daya dengan pecutan serta jisim dengan pecutan Daya, F u / cm s-1 v / cm s-1 t / s a / cm s-2 1 tali kenyal 2 talikenyal 3 talikenyal Graf a melawan F A Mengkaji hubungan antara daya dengan pecutan bagi jisim tetap
Aktiviti 2.13 Tujuan : Menjana idea mengenai hubungan antara daya dengan pecutan serta jisim dengan pecutan Jisim, m u / cm s-1 v / cm s-1 t/ s a / cm s-2 1 troli, m 2 troli, 2m 3 troli, 3m Graf a melawan 1 B Mengkaji hubungan antara jisim dengan pecutan bagi daya tetap
Pecutan suatu objek bergantung pada daya yang dikenakan dan jisim objek itu Pecutan berkadar terus dengan daya yang dikenakan apabila jisim objek itu malar. Pecutan berkadar songsang dengan jisim objek apabila daya yang malar dikenakan. a α 1 F malar a α F m malar Gabungkan kedua-dua hubungan : a α Maka, F α ma Daya = F Jisim = m Pecutan = a
Hubungan antara daya, jisim dan pecutan bagi suatu objek yang bergerak F α ma F α m (−) F α ( −) Ungkapan Hukum Gerakan Newton Kedua
Hukum Gerakan Newton Kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum berkadar terus dengan daya dan bertindak pada arah tindakan daya. F α ma F = kma, k ialah pemalar. Unit S.I. bagi daya ialah Newton (N) 1 N ialah daya yang menghasilkan pecutan 1 m s-2 apabila bertindak ke atas jisim 1 kg. 1 N = k x 1 kg x 1 m s-2 k = 1 F = ma m a F
Menyelesaikan masalah melibatkan rumus F = ma Seorang pekerja menarik satu beban berjisim 80 kg di sepanjang suatu permukaan mengufuk dengan daya 160 N. Jika permukaan itu adalah licin dan tiada rintangan lain yang menentang gerakan beban, berapakah pecutan beban itu ? Contoh 1 Penyelesaian :
Menyelesaikan masalah melibatkan rumus F = ma Sebuah kereta berjisim 1200 kg bergerak dengan halaju 30 m s-1. Apabila brek kereta ditekan, kereta itu berhenti dalam masa 5 saat. Hitungkan daya yang dikenakan pada brek kereta itu. Penyelesaian : Contoh 2
Kesimpulan : Daya : Kadar perubahan momentum F = ( −) F = ma Unit Daya : Newton (N)
Selesaikan
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon, infographics & images by Freepik Terima kasih Please, keep this slide for attribution