SLIDESMANIA.COM 6.2 Pantulan Dalam Penuh Fizik Tingkatan 4 KSSM Bab 6 Cahaya & Optik Belajar bersama : Cikgu Najwa Thani KoMeTS Terengganu
SLIDESMANIA.COM Standard Pembelajaran : Murid boleh : 6.2.1 menerangkan sudut genting dan pantulan dalam penuh 6.2.2 menghubungkait sudut genting dengan indeks biasan, 6.2.3 berkomunikasi untuk menerangkan fenomena semula jadi dan aplikasi pantulan dalam penuh dalam kehidupan harian 6.2.4 menyelesaikan masalah yang melibatkan pantulan dalam penuh
SLIDESMANIA.COM Istilah penting Fenomena Periskop berprisma Gentian optik Pemantul mata jalan Radas Pantulan dalam penuh Sinar Blok kaca semi bulatan Kotak sinar Penunjuk laser Sudut Fenomena semula jadi Aplikasi Sudut tuju Sudut biasan Sudut genting Pelangi Logamaya Sinar tuju Sinar biasan Sinar pantulan
SLIDESMANIA.COM Pantulan Dalam Penuh
SLIDESMANIA.COM Aktiviti 6.3 Tujuan : Memerhati fenomena pantulan dalam penuh dan menentukan sudut genting kaca Sudut tuju, i Sudut biasan, r 30o 40o 41o 45o
SLIDESMANIA.COM Perbincangan Aktiviti 6.3 Keputusan : Sudut tuju, i Sudut biasan, r 30o 50o 40o 78o 41o 90o 45o 45o Perbincangan : 1. Sudut genting bagi kaca ialah 41o 2. Apabila sudut tuju < sudut genting, sinar cahaya akan terbias jauh daripada garis normal. Kemudian, sinar cahaya keluar dari kaca ke udara. 3. Apabila sudut tuju > sudut genting, sinar cahaya dipantul kembali ke dalam kaca. Hal ini menunjukkan pantulan dalam penuh berlaku.
SLIDESMANIA.COM Perambatan sinar cahaya dari kaca menuju ke udara
SLIDESMANIA.COM Fenomena pantulan dalam penuh berlaku apabila (i) cahaya melintasi dari medium optik lebih tumpat → kurang tumpat (ii) sudut tuju lebih besar daripada sudut genting Syarat fenomena pantulan dalam penuh
SLIDESMANIA.COM Aktiviti 6.4 Tujuan : Membincangkan hubungkait antara sudut genting dengan indeks biasan Hukum Snell : Nilai θ1 = ________________ θ2 = ________________ n2 = ________________ n1 sin θ1 = n2 sin θ2 n = 1
SLIDESMANIA.COM Sudut genting, c - Sudut tuju dalam medium yang berketumpatan optik tinggi apabila sudut biasan dalam medium yang berketumpatan optik rendah sama dengan 90o n = 1 sin sin c = 1 - Hubungan antara sudut genting, c dengan indeks biasan, n bagi suatu medium yang berada dalam udara : n = 1 sin - Sudut genting suatu medium bergantung pada ketumpatan medium itu. - Semakin tinggi indeks biasan medium, semakin kecil sudut genting medium tersebut Jika n intan ialah 2.42, = 0.4132 c = sin -1 (0.4132) = 24.4o Sudut genting bagi intan, c ialah 24.4o sin c = 1 2.42
SLIDESMANIA.COM Aktiviti 6.6 Tujuan : Memerhatikan fenomena pantulan dalam penuh di dalam aliran air
SLIDESMANIA.COM - Sinar laser yang masuk ke dalam aliran air mengalami pantulan dalam penuh yang berulang kali dari hujung aliran air. - Airan air berfungsi sebagai paip alur cahaya yang boleh membawa alur cahaya laser dari satu hujung ke hujung satu lagi walaupun aliran air itu melengkung. - Jika aliran air digantikan dengan aliran minyak, alur cahaya akan mengalami lebih banyak kali pantulan dalam penuh semasa merambat. - Ini kerana n minyak > n air. - c minyak < c air
SLIDESMANIA.COM Fenomena Aplikasi Fenomena semula jadi & Aplikasi Pantulan Dalam Penuh Pembentukan Pelangi Logamaya Periskop berprisma Gentian Optik Pemantul mata jalan
SLIDESMANIA.COM Pembentukan pelangi ● Pembentukan pelangi ialah satu fenomena yang disebabkan oleh : ○ Pembiasan ○ Penyebaran ○ Pantulan dalam penuh 1. Cahaya mengalami pembiasan dan penyebaran kepada warna-warna yang berbeza. 2. Semua warna yang berbeza mengalami pantulan dalam penuh pada permukaan dalam titisan air. 3. Sinar cahaya yang dipantulkan mengalami pembiasan dan penyebaran sekali lagi apabila bergerak dari air ke udara. 4. Warna pelangi dilihat oleh pemerhati
SLIDESMANIA.COM ● Pada hari yang panas dan cerah, pemandu dapat melihat imej lopak air yang samar di permukaan jalan raya di hadapannya. ● Lopak air itu sebenarnya tidak wujud ● Pembentukan logamaya disebabkan oleh : ○ Pembiasan ○ Pantulan dalam penuh 1. Lapisan udara di permukaan jalan raya lebih panas daripada lapisan udara di atas. 2. Cahaya merambat dari lapisan atas ke lapisan bawah akan dibias secara beransur-ansur menjauhi garis normal. i > c, pantulan dalam penuh. 3. Sinar pantulan cahaya mengalami pembiasan secara beransur-ansur mendekati garis normal dan sampai ke mata pemerhati. Pemerhati akan melihat imej awan sebagai lopak air di permukaan jalan raya. Logamaya
SLIDESMANIA.COM Periskop berprisma - Kegunaan : melihat objek disebalik penghalang - Terdiri daripada dua buah prisma bersudut tegak yang dipasang pada dua hujung tiub yang panjang - Sinar cahaya dari objek → sisi AB prisma atas → permukaan AC. - Pantulan dalam penuh berlaku di sisi AC, cahaya dipantulkan ke bawah. - Sinar cahaya merambat secara normal ke sisi DE prisma bawah. - Sinar cahaya mengalami pantulan dalam penuh di sisi DF. - Sinar cahaya keluar tanpa pembiasan di sisi EF dan masuk ke mata pemerhati. - Imej : tegak, sama saiz dengan objek
SLIDESMANIA.COM Gentian Optik - Kegunaan : bidang telekomunikasi, perubatan Contoh : wayar penghantaran data, wayar untuk pemeriksaan dalam mesin kompleks, endoskop. - Terdiri daripada gentian plastik atau kaca yang tulen - Teras dalam : indeks biasan tinggi. Teras luar : indeks biasan rendah. - Isyarat cahaya yang memasuki satu hujung gentian optik akan mengalami pantulan dalam penuh berturut-turut di dalam teras sehingga sampai ke hujung yang satu lagi. - Maklumat dapat dihantar dengan pantas dan bebas daripada gangguan isyarat elektrik
SLIDESMANIA.COM Pemantul mata jalan - Kegunaan : tujuan keselamatan pengguna jalan raya pada waktu malam - Sinar cahaya daripada lampu kereta → pemantul → mata pemerhati - Sinar cahaya akan mengalami pantulan dalam penuh pada permukaan belakang pemantul
SLIDESMANIA.COM Menyelesaikan masalah yang melibatkan pantulan dalam penuh Penyelesaian :
SLIDESMANIA.COM Menyelesaikan masalah yang melibatkan pantulan dalam penuh Penyelesaian :
SLIDESMANIA.COM Selesaikan…
SLIDESMANIA.COM Jom meneroka dunia luar… Binokular Kamera Berlian Penglihatan mata ikan
SLIDESMANIA.COM Terima Kasih