The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 2 Fizik Tingkatan 5 KSSM subtopik 2.6 Prinsip Bernoulli

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e-Physics Nexus, 2024-05-02 02:42:00

Prinsip Bernoulli

Bab 2 Fizik Tingkatan 5 KSSM subtopik 2.6 Prinsip Bernoulli

Keywords: Prinsip Bernoulli,Fizik KSSM,Fizik tingkatan 5,Bab 2 subtopik 2.6

Bab 2 Tekanan 2.6 PRINSIP BERNOULLI Fizik Tingkatan 5 KSSM Belajar bersama : Cikgu Najwa


Standard Pembelajaran : Murid dapat : 2.6.1 memerihalkan kesan halaju bendalir kepada tekanan 2.6.2 menerangkan bahawa daya angkat terhasil akibat perbezaan tekanan disebabkan oleh halaju bendalir yang berbeza 2.6.3 berkomunikasi tentang aplikasi prinsip Bernoulli dalam kehidupan


Konsep 01 Halaju Tekanan Kuantiti Fizik Prinsip Bernoulli Radas 03 Tiub venturi Aplikasi 04 Kapal terbang Penunu Bunsen Kereta lumba Sepakan bola melengkung 02 Istilah Penting : Daya angkat Sudut serang Tujahan Berat Seretan 05 Bentuk Aerofoil


Lihat di sekeliling kita… - Semasa kejadian ribut, angin kencang yang bertiup pada bumbung zink mungkin boleh menyebabkan bumbung itu tercabut dan diterbangkan oleh angin. - Bagaimanakah kejadian ini berlaku ? - Perbezaan tekanan di dalam rumah dan di atas bumbung telah menyebabkan bumbung tercabut.


Pengenalan Kesan halaju bendalir kepada tekanan 01


Jom Cuba… Kesan tiupan udara di bawah sehelai kertas yang dilipat


Aktiviti Tujuan : Menjana idea bahawa halaju bendalir yang tinggi mewujudkan kawasan bertekanan rendah A Kertas - Pengaliran udara dengan halaju yang tinggi menghasilkan satu kawasan yang bertekanan rendah berbanding dengan tekanan di sekeliling. - Perbezaan tekanan menghasilkan satu daya yang bertindak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.


Aktiviti Tujuan : Menjana idea bahawa halaju bendalir yang tinggi mewujudkan kawasan bertekanan rendah B Belon - Pengaliran udara dengan halaju yang tinggi menghasilkan satu kawasan yang bertekanan rendah berbanding dengan tekanan di sekeliling. - Perbezaan tekanan menghasilkan satu daya yang bertindak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.


Aktiviti Tujuan : Menjana idea bahawa halaju bendalir yang tinggi mewujudkan kawasan bertekanan rendah C Tiub Venturi PX > PZ : Air mengalir dari X → Z h air di tiub A > h turus air di C vair bergantung pada Atiub Semakin kecil A, semakin tinggi vair X → Y : vair bertambah, Pair berkurang Y → Z : vair berkurang, Pair bertambah


Prinsip Bernoulli Konsep 02


Prinsip Bernoulli Menyatakan bahawa apabila halaju pengaliran suatu bendalir bertambah, tekanan dalam bendalir akan berkurang atau sebaliknya.


Daniell Bernoulli (1700 -1782), seorang ahli sains Belanda yang mempelopori kajian tentang sifat bendalir yang mengalir mengaitkan tekanan dengan ketumpatan dan halaju. Pada tahun 1725, hasil kajian beliau dirumuskan sebagai prinsip Bernoulli. Kini, prinsip Bernoulli merupakan prinsip asas yang penting dalam aerodinamik, iaitu bidang sains yang mengkaji cara sesuatu objek seperti kapal terbang bergerak melalui udara. Daniel Bernoulli juga telah mengasaskan Teori Kinetik Gas. Sumbangan beliau dalam bidang sains mendapat pengiktirafan umum kerana beliau pernah memenangi sepuluh anugerah dalam bidang astronomi, graviti, ombak air, aseanografi dan kemagnetan. Koridor Sains


Love HP “Petua mengingat” Low velocity High Pressure … halaju rendah, tekanan tinggi … Prinsip Bernoulli


Penghasilan 03 Daya Angkat


Seretan Rintangan udara yang menentang gerakan Berat Daya graviti ke atas kapal terbang Tujahan Daya yang dihasilkan oleh enjin jet Pelepasan sebuah kapal terbang dari lapangan terbang Daya angkat


Aktiviti Tujuan : Memerhati kesan daya angkat A Corong turas dengan bola pingpong - Bahagian atas : → Udara mengalir dengan halaju yang tinggi → satu kawasan bertekanan udara yang rendah - Perbezaan tekanan : → tekanan rendah di bahagian atas dengan tekanan tinggi di bahagian bawah bola pingpong → Daya paduan ke atas → Daya angkat


Aktiviti Tujuan : Memerhati kesan daya angkat B Kit aerofoil - Daya angkat terhasil daripada perbezaan tekanan yang disebabkan oleh pengaliran udara dengan halaju yang berbeza. - Bentuk aerofoil : → menyebabkan udara mengalir pada kelajuan berbeza melalui bahagian atas dan bawahnya.


Penghasilan daya angkat ke atas aerofoil - Perbezaan tekanan menghasilkan satu daya angkat bertindak ke atas kapal terbang. - Daya angkat dihasilkan pada aerofoil dengan menghasilkan prinsip Bernoulli. Daya angkat, = (2−1 ) P2 – P1 = perbezaan tekanan A = luas permukaan


Penghasilan daya angkat ke atas aerofoil - Daya angkat yang terhasil bertindak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. - Jumlah daya angkat dipengaruhi oleh sudut serang tertentu, aerofoil mengenakan satu daya pada aliran udara. - Menurut Hukum Gerakan Newton Ketiga, → satu daya tindak balas akan bertindak pada sayap kapal terbang dan menyumbang daya angkat yang bertindak ke atas kapal terbang. → Daya angkat dipengaruhi oleh sudut serangan.


Prinsip Bernoulli Aplikasi 04


Aktiviti Tujuan : Aplikasi prinsip Bernoulli dalam kehidupan harian (a) Campuran gas dan udara dalam penunu Bunsen


Aktiviti Tujuan : Aplikasi prinsip Bernoulli dalam kehidupan harian (b) Penghasilan daya ke bawah bagi kereta lumba


Aktiviti Tujuan : Aplikasi prinsip Bernoulli dalam kehidupan harian (c) Sepakan bola yang melengkung


Aktiviti Tujuan : Aplikasi prinsip Bernoulli dalam kehidupan harian (d) Karburetor kereta - Karburetor : salah satu bahagian penting di dalam enjin kereta di mana wap petrol dicampur dengan udara sebelum disalurkan ke silinder enjin. →Udara yang laju di X menghasilkan tekanan rendah. →Petrol keluar dari jet halus dan bercampur dengan udara. →Campuran petrol dan udara kemudian disalurkan ke silinder enjin


Aktiviti Tujuan : Aplikasi prinsip Bernoulli dalam kehidupan harian (e) Penyembur racun serangga - Apabila omboh ditolak memasuki silinder, udara terpancut keluar dengan kelajuan yang tinggi melalui bukaan sempit. → satu kawasan bertekanan rendah terhasil di sekitar bukaan itu. → Tekanan atmosfera di atas racun serangga lebih tinggi dalam bekas menolak racun serangga supaya naik ke atas melalui tiub logam. → Racun serangga yang bercampur dengan udara akan dikeluarkan sebagai semburan halus.


Prinsip Bernoulli Kata kunci Penunu Bunsen Kereta lumba Bidang sukan Bidang aeronautik Rantaian Konsep Apabila halaju pengaliran suatu bendalir bertambah, tekanan dalam bendalir akan berkurang atau sebaliknya. Aplikasi Tiub venturi Aerofoil Sudut serang Daya angkat


Selesaikan latihan


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon, infographics & images by Freepik Terima Kasih Please keep this slide for attribution Selamat Maju Jaya


Click to View FlipBook Version