N A T I O N H O O D 2 0 2 4 M P U 1 0 4 2
》Pakaian India 》Pakaian Sabah 》Pakaian Sarawak WARISAN - PAKAIAN TRADITIONAL
AHLIKUMPULAN G R O U P 6 N A T I O N H O O D MIEZA MAZLYANA BINTI MASMAWI (298780) ANUSHANTINI A/P GUNALAN (298912) SRINEKKA A/P GANASAN (301709) NUR HASWANI BINTI HUSAINI (298115) JULIA AMEESA BINTI JAMALUDDIN (299488)
AHLIKUMPULAN G R O U P 6 N A T I O N H O O D KIROSINII SARAVANAN (302799) ALAMELU NATCHIAR A/P SANTHAKUMAR (298322) NUR IZZATI BINTI MOHD REJAB (297279) NURIN DALILA BT AHMAD ZAIDI (298655) TUAN NUR ALEYA SHAZWANI BINTI TUAN YAHYA (299493)
ISI KKAANNDDUUNNGGAANN 1.Pengenalan 2. Volume1 - PakaianTraditionalIndia 3. Volume 2 - PakaianTraditional Sabah 4. Volume 3 - PakaianTraditional Sarawak 5. Kesimpulan 6.Rujukan
P E N G E N A L A N NO.3
PAKAIAN TRADITIONAL INDIA #12 VOLUME 1 #12
KURTA #12 VOLUME 1 #12
Saree • Sari merupakan pakaian tradisional India bagi perempuan yang mudah dikenali di seluruh dunia. • Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 meter panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. • Cara pemakaiannya adalah kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. • Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. • Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. • Sari dipakai biasanya dalam majlis perkahwinan India, perayaan-perayaan tertentu dan sebagainya.
SALWAR KAMEEZ / BAJU PUNJABI • Pakaian Salwar Kameez atau baju punjabi merupakan pakaian tradisional wanita india yang berukuran panjang dan longgar. • Ketika memakai punjabi suit para wanita India juga gemar memakai dupatta yang biasanya diselempangkan (menutup) dada atau di bahu mereka. • Baju punjabi boleh digunakan oleh sesiapapun mulai anak muda, sudah menikah sampai nenek-nenek. • Baju Punjabi juga boleh dipakai sebagai kasual setiap hari atau pakaian formal. Biasanya, akan dipakai untuk ke kuil bagi sembahyang. VOLUME 1 Baju india June Edition | 2023 page 17
Pakaian lelaki iban mempunyai warisan budaya yang kaya dan bersejarah. Pakaian tradisional lelaki iban terdiri daripada beberapa komponen yang penting yang sering dipakai dalam pelbagai acara kebudayaan dan upacara adat. PPAAKKAAIIAANN LLEELLAAKKII
2. BAJU BURUNG: BAJU YANG DIPERBUAT DARIPADA KAIN TENUNAN TRADISIONAL YANG SERING DIHIASI DENGAN CORAK ETNIK YANG RUMIT DAN BERWARNAWARNI. NAMA “ BAJU BURUNG” BERASAL DARIPADA BENTUK DAN CORAKNYA YANG MENYERUPAI BULU BURUNG. Volume 2 1. Sirat : sejenis kain yang dipakai sebagai cawat atau kain pinggang. Ia diikat di sekeliling pinggang dan dililitkan melalui celah kelangkang. Sirat biasanya dihiasi dengan sulaman yang indah dan corak tradisional.
3. Selampai: sejenis kain selendang yang dikenakan di atas bahu. Selampai sering dihiasi dengan hiasan manik dan corak tradisional yang berwarna warni. 4. Tengkolok (Siga):sejenis penutup kepala yang diperbuat daripada kain tenunan. Ia dililit dengan cara tertentu di atas kepala dan biasanya dipakaisemasa upacara khas.
Kalung manik 5. Kalung manik: diperbuat daripada manik sebagai aksesori tambahan. Kalung ini mempunyai pelbagai corak dan warna, menggambarkan statussosial atau cara tertentu. Perisai
PPAAKKAAIIAANN PPEERREEMMPPUUAANN : NNGGEEPPAANN IINNDDUU IIBBAANN Pakaian tradisional iban yang dipakai oleh golongan wanita kau mini bersempena hari gawai dikenali sebagai Ngepan Indu Iban. Sejarah Ngepan Indu Iban ini berasal daripada baju tenun yang dihasilkan oleh seorang gadis cantik dan baik yang bernama Kumang yang hidup pada satu ketika dahulu. Baju tenun tersebut dijadikan rujukan kepada baju tradisional iban yang dapat kita lihat kini. Kumang merupakan seorang wanita yang sangat baik dan pandai melakukan pekerjaan wanita iban seperti bertenun,ngebat dan menganyam. Kumang yang juga bijak memperhiasi baju tenun tersebut dengan pelbagai aksesori seperti perhiasan daripada perak, tembaga, manik dan kain yang pelbagai corak menjadikan Kumang sebagai model kepada baju Ngepan Indu Iban ini.
BIDANG ialah kain sarung yang dipakai separas lutut yang mempunyai corak bermotif tradisional atau geometrik yang ditenun dengan benang emas atau perak diatas kain dasar yang berwarna merah KALAMBI ialah kain empat segi yg dilipat dua yang hanya dipakai pada acara tertentu sahaja yang mempunyai ukuran separas punggung dan juga separas lutut PUA KUMBU ialah hasil tenunan yang paling penting dalam pelbagai upacara seperti perkahwinan dan pesta hari gawai yang boleh dijadikan pakaian atau digunakan untuk menghias pelamin. BEDONG ialah kain selendang yang diselempangkan di dada atau bahu
p a k a i a n k a d a z a n d u s u n 2024 T r e n d i n g volume 3
Bagi masyarakat yang tinggal di Penampang, lelaki akan memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan siga. Bagi wanita, mereka akan memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik yang dilengkapi tali pinggang himpogot. 'Sinuangga' dilengkapi dengan perhiasan ikatan pinggang yang dipanggil 'Himpogot' yang dihasilkan daripada logam perak/2 lilitan pada bahagian atas dan bawah perhiasan di pinggang dan 'Tangkong' iaitu logam tembaga/3 lilitan. Manakala 'Gaung' pula dihiasi dengan renda keemasan dan butang betawi dengan topi yang dinamakan 'Siga' iaitu tanjak dari kain dastar yang ditenun, ia juga disertakan dengan 'Sandangon' hiasan daripada daun palma hanya dipakai ketika mempersembahkan tarian Sumazau yang dipakaikan secara menyilang pada tubuh badan. Masyarakat yang tinggal di Penampang
lelaki dan perempuan akan memakai baju fabrik baldu hitam yang berhiaskan renda kuning keemasan. Cuma, lelaki akan dilengkapkan dengan kepala sigal dan kain destar. Wanita akan memakai siung daripada anyaman buluh halus selepas siap dipakaikan baju fabrik baldu hitam. Mereka akan dihiaskan dengan gelang tangan dan tali pinggang syiling perak . Pakaian Traditional Suku Kaum Dusun Tambunan dipanggil 'Sinombiaka' bagi yang telah dipermodenkan. Manakala jenis yang asal dikenali dengan nama 'Sinombiaka Rombituon' , di mana mempunyai hiasan lebih ringkas. Pakaian Tradisional Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud dipanggil 'Sinipak'.
Kesimpulan Busana pakaian tradisional di Malaysia mencerminkan keragaman budaya dan warisan masyarakat yang terdiri dari berbagai ertik seperti Melayu, Cina, India dan etnik pribumi. Setiap kelompok etnik memiliki pakaian tradisional yang unik dan khas. Pakaian tradisional india seting dikaitkan dengan sari yang mencerminkan keindahan dan keanggunan. Busana etnik pribumi sering dihiasi dengan manik-manik, sulaman dan aksesori khas yang mencerminkan identiti dan budaya mereka tersendiri. Secara keseluruhannya, busana pakaian tradisional di Malaysia tidak hanya berfungsi sebagai pakaian sehari-harian malah turut digunakan dalam majlis majlis tertentu. Pakaian tradisional menjadi simbol identiti budaya yang menggambarkan perpaduan sejarah dan tradisi unik yang terdapat di negara ini.
1.Bakar, M. A. F., Roslan, S. N., Roslan, A. S., Nasri, N. F., Saharian, N. A., Ravisankar, K., & Abd Hadi, M. (2015, November 23). Pakaian tradisional sarawak (IBAN). prezi.com. https://prezi.com/bpw9jtv5qmdk/pakaia n-tradisional-sarawak-iban/ 2.Lemon8. (n.d.). Traditional Kadaan Dusun attire. Lemon8. Retrieved from https://www.lemon8- app.com/discover/baju%20traditional%20kadaan%20dusun?region=my