KBK3093 KUMPULAN 7 MANUAL PENGGUNAAN
NURUL NASIHAH BINTI MOHD SALLEH (D20231106697) Disediakan oleh: HANIS ZULAIKHA BINTI ZULKARNAIN HASSAN (D20231106715) NURUL NABIHAH BINTI NAUDIN (D20231106666) NURADLINA BINTI MOHD FAZILAH (D20231106680) NORNASREN NAZIHAH BINTI NAZARAN (D20231106687)
ISI KANDUNGAN PENGENALAN PANDUAN ALATAN PENUTUP
PENGENALAN Manual penggunaan ini mengandungi satu intervensi yang mudah dan berkaitan dengan masalah fizikal Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Kami telah menghasilkan satu intervensi yang bernama Gerak Genius yang sesuai dengan murid yang mempunyai masalah fizikal. Manual penggunaan ini boleh dijadikan sebagai panduan. Manual penggunaan ini dicipta khas oleh Kumpulan 7 pelajar kursus KBK3093 Intervensi dalam Pendidikan Khas yang dibimbing oleh Dr. Nor Siti Rokiah Binti Abdul Razak.
ALATAN SURAT KHABAR GUNTING BAKUL BOLA YANG DIPERBUAT DARI SURAT KHABAR
PANDUAN Fasa 1 : melambung bola mengikut saiz dan berat bola dengan 2 belah tangan Fasa 2 : melambung bola mengikut saiz dan berat bola dengan 1 belah tangan Fasa 1 : menangkap bola dengan 3 kedudukan menggunakan jenis bola ringan Fasa 2 : menangkap bola dengan 3 kedudukan dengan jenis bola yang berat MELAMBUNG MENANGKAP
Susun bakul di hadapan murid dengan jarak 1 meter,1.5 meter dan 2 meter Tandakan tempat berdiri dengan pita pelekat pada jarak yang sesuai dengan kemampuan murid Berikan bola kepada murid dan tunjukkan cara melambung bola dengan kedua-dua belah tangan terlebih dahulu Mulakan jarak yang dekat iaitu 1 meter dari bakul untuk melambung bola Ulang aktiviti ini dengan melambung bola menggunakan sebelah tangan TUNJUK CARA AKTIVITI MELAMBUNG TUNJUK CARA AKTIVITI MELAMBUNG
Berikan bola kepada murid dan tunjukkan cara memegang bola dalam setiap kedudukan iaitu bawah, tengah dan atas dengan bola yang jenis ringan terlebih dahulu 1. Bagi kedudukan bawah murid perlu menangkap bola dengan tangan di bawah pinggang 2. Pada kedudukan tengah murid perlu menangkap bola dengan tangan di depan dada 3. Kedudukan atas pula murid perlu menangkap bola dengan tangan di atas kepala 4. Ulangi aktiviti menangkap bola ini dengan menggunakan bola yang jenis berat 5. TUNJUK CARA AKTIVITI MENANGKAP Gambar diatas menujukkan contoh pergerakkan guru untuk menghantar bola kepada murid Gambar diatas menujukkan contoh pergerakkan murid menangkap bola
Penutup Manual penggunaan ini dapat membantu guru untuk meningkatkan lagi keberkesanan aktiviti dalam membantu untuk melatih kemahiran motor kasar MBPK yang mempunyai masalah fizikal. Intervensi ini juga akan membantu guru dan dapat dijadikan panduan untuk meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam intervensi yang dijalankan.