The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Hari Apresiasi Bakat dan Graduasi Tadika Tunas Hikmah, Muar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by annuraiman, 2024-01-31 07:43:12

Buku Program HAB 2023/2024

Buku Program Hari Apresiasi Bakat dan Graduasi Tadika Tunas Hikmah, Muar

Apresiasi Hari Bakat & Graduasi 03 Februari 2024 RM Hotel, Muar


UCAPAN PENGUSAHA TADIKA TUNAS HIKMAH Assalammualaikum w.b.t, Segala puji bagi Allah S.W.T, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kekuasaan-Nya dapatlah kita mengadakan Hari Apresiasi Bakat dan Graduasi sesi 2023/2024. Hari Apresiasi Bakat diadakan bagi meraikan kepelbagaian bakat anak-anak di samping mengiktiraf kecemerlangan dan pencapaian mereka sepanjang sesi persekolahan. Tahniah diucapkan buat anak-anak yang telah berlatih bersungguh-sungguh setiap hari untuk menyampaikan persembahan terbaik di hadapan ibu dan ayah. Kepada guru-guru TTH, saya ucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen yang ditunjukkan bagi memastikan anak-anak mencapai tahap perkembangan yang digariskan oleh KPM. Buat ibu ayah, tepuklah bahu anak-anak. Peluklah mereka. Ucapkan tahniah kepada mereka kerana telah berusaha sehabis baik sepanjang setahun ini. Terima kasih juga saya ucapkan kerana bersama-sama pihak tadika berganding bahu dan bekerjasama untuk pembangunan akhlak dan akedemik anak-anak. Mereka inilah khalifah dan pemimpin kita di masa depan. Semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan mendapat redha Allah S.W.T. Saya mewakili pihak tadika memohon maaf andai ada kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekian, terima kasih. NURUL AIMAN BINTI ABDUL GHAFAR Pengusaha TTH Muar 3


8.00 pagi : 8.30 pagi : 9.00 pagi : 10.15 pagi : 10.45 pagi : 11.45 pagi : 12.00 t/hari : Ketibaan murid Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Muafakat Johor Bacaan doa Persembahan pembukaan (4 Intan) Nursery Rhyme: Baa...Baa..Black Sheep Persembahan ke-2 (wakil 5 Berlian) Seloka: Pelita Kasih Tunas Hikmah Persembahan ke-3 (wakil TTH Beting Indah) Laungan Azan Persembahan ke-4 (wakil murid 6 Mutiara) Bacaan Hadis Persembahan ke-5 (4 Intan) Joget: Pop Yeh Yeh & Malam Pesta Muda Mudi Persembahan ke-6 (5 Berlian) Teater Pendek: Haiwan Dalam Bahasa Arab Persembahan ke-7 (wakil TTH Beting Indah) Tarian Inang: Lemak Manis & Kurik Kundi Persembahan ke-8 (6 Mutiara) Bicara Berirama: Pedoman Hidupku REHAT Penyampaian sijil dan hadiah murid 4 Intan & 4 Dahlia Penyampaian sijil dan hadiah murid 5 Berlian & 5 Cempaka Penyampaian sijil dan hadiah murid 6 Mutiara Sesi bergambar Ambil goodies bag dan bungkusan makanan. Bersurai ATURCARA MAJLIS 4


PENGENALAN Hari Apresiasi Bakat (HAB) merupakan acara kemuncak yang dinantinantikan saban tahun oleh semua murid dan para pendidik Tadika Tunas Hikmah Muar. Ia menjadi platform di mana pencapaian setiap murid 4 - 6 tahun diraikan dan diiktiraf. Di samping itu, HAB diharapkan menjadi sebuah memori terindah buat anak-anak kelas 6 Tahun sebelum mereka memasuki alam sekolah rendah. Selain itu, HAB juga diharapkan dapat menjadi suatu wadah memupuk pelbagai nilai murni serta serta rasa kecintaan kepada budaya warisan bangsa. Adalah diharapkan majlis ini dapat: a) Menanam sifat cintakan budaya dan membina jati diri. b) Melatih sifat berani, yakin diri dan bertanggungjawab dalam diri. c) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi. d) Memupuk nilai murni dan kerjasama. e) Memberi pengiktirafan atas setiap usaha dan kecemerlangan murid. f) Meraikan kepelbagaian kepandaian dan bakat murid. g) Mengeratkan silaturahim antara murid, para pendidik dan ibu bapa walaupun selepas tamat pengajian di tadika. OBJEKTIF 5


ORGANISASI TTH LEMBAGA PENGELOLA TADIKA PEMBANTU CIK NURUL WAHIDA BINTI MOHAMMAD KHAIR KAKITANGAN TADIKA PENGERUSI/PENGUSAHA TADIKA PN. NURUL AIMAN BINTI ABDUL GHAFAR AHLI LEMBAGA PENGELOLA EN. AKMAL BIN MADZIR AHLI LEMBAGA PENGELOLA PN. SUHAILAH ABDUL GHAFAR RAHMAN PENYELIA TTH HQ & GURU KELAS 6 MUTIARA CIK NURUL HIDAYAH BINTI MOHD SHATAR PENYELIA TTH BETING INDAH & GURU KELAS 5 CEMPAKA CIK NUR ATHIKA BINTI ZAINODIN GURU KELAS 5 BERLIAN CIK NOOR AEISYAH BINTI KHAMIS GURU KELAS 4 DAHLIA CIK NURNILAM SARI BINTI MOHD AMIN GURU KELAS 4 INTAN CIK NURUL NAZIRA ALIA BINTI YUSOF 6


PENGARAH Cikgu Nurul Nazira Alia binti Yusof BENDAHARI Puan Nurul Aiman binti Abdul Ghafar PENGERUSI MAJLIS Cikgu Noor Aeisyah binti Khamis BACAAN DOA Cikgu Akmal bin Madzir PERSIAPAN TEMPAT Cikgu Nur Athika binti Zainodin KOORDINATOR PERSEMBAHAN Cikgu Nurnilam Sari binti Mohd Amin PERSIAPAN MURID Cikgu Nurul Hidayah binti Mohd Shatar HADIAH DAN CENDERAHATI Puan Nurul Aiman binti Abdul Ghafar Cikgu Noor Aeisyah binti Khamis Cikgu Nurul Nazira Alia binti Yusof JAMUAN & GOODIES BAG Cikgu Nurul Wahida binti Mohammad Khair SIJIL MURID & BUKU PROGRAM Puan Nurul Aiman binti Abdul Ghafar KAWALAN MURID Cikgu Nurul Wahida binti Mohammad Khair Cikgu Nurul Hidayah binti Mohd Shatar AJK PELAKSANA 7


ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN Cikpuan Muda Shaima' binti Muhammad Syahmi Hazim Anugerah ini diberikan kepada Cikpuan Muda Shaima' kerana beliau sentiasa terkehadapan dari pelbagai sudut. Sikapnya yang prihatin, tenang dan sentiasa membantu guru dan rakan-rakan telah menyerlahkan lagi sifat kepimpinan dalam diri beliau. ANUGERAH CEMERLANG SAINTIS JUNIOR Tuan Muda Muhammad Aideen bin Muhammad Azim Anugerah ini diberikan kerana beliau telah menunjukkan sifat inkuiri yang tinggi semasa melakukan eksperimen Sains. Inferens yang dibuatnya selalu tepat. Di samping itu, Tuan Muda Aideen juga menunjukan minat dan kecenderungan dalam subjek Matematik. ANUGERAH CEMERLANG BAHASA INGGERIS Tuan Muda Anas Zharif bin Hairulnizam Anugerah ini diberikan kerana beliau telah menguasai Bahasa Inggeris dengan sangat baik. Pengetahuan kosa kata Tuan Muda Anas yang luas membolehkan beliau berkomunikasi ayat mudah dalam Bahasa Inggeris. Di samping itu, beliau juga gemar membacakan buku cerita Bahasa Inggeris di hadapan rakan-rakannya. SENARAI PENERIMA ANUGERAH 6 MUTIARA 8


ANUGERAH KETERAMPILAN TERPUJI Cikpuan Muda Sara Amani binti Noor Izwan Anugerah ini diberikan kerana Cikpuan Muda Sara sangat menjaga penampilan dan juga kekemasan diri sepanjang berada di tadika. Beliau seorang yang berfikiran positif dan sukakan cabaran. Tutur kata dan perwatakan yang menarik dan sopan sering menjadi suri teladan kepada rakan-rakannya. ANUGERAH CEMERLANG KEUSAHAWANAN Cikpuan Muda Aisyah Nur Zahrah binti Mohammad Ashraf Anugerah ini diberikan oleh Cikpuan Muda Aisyah kerana beliau bijak mengira wang. Beliau telah menguasai kemahiran asas membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Beliau juga menguasai subjek Matematik dengan baik sekali. ANUGERAH TOKOH NILAM Cikpuan Muda Puteri Yasmeen Nadhirah Binti Nadhar Anugerah ini diberikan kepada Cikpuan Muda Yasmeen kerana kecemerlangan beliau menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Beliau berjaya menamatkan buku bacaan dengan cepat dan kini boleh membaca buku cerita dengan lancar. Beliau juga gemar membacakan buku cerita kepada rakan-rakannya di tadika. SENARAI PENERIMA ANUGERAH 6 MUTIARA 9


ANUGERAH CEMERLANG BAHASA DAN KOMUNIKASI Tuan Muda Muhammad Aathif Suhayl bin Mohd Faiz Anugerah ini diberikan kepada Tuan Muda Aathif kerana beliau telah menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik. Beliau bijak mengatur tutur kata dan mahir menggunakan perkataan yang sesuai apabila memberi respon di dalam kelas. Selain itu, beliau gemar berkongsi idea dan pendapat yang menarik di dalam kelas. ANUGERAH CEMERLANG CERDAS MATEMATIK Tuan Muda Ali bin Muhamad Irfan Anugerah ini diberikan kepada Tuan Muda Ali kerana beliau menunjukkan minat dan kecenderungan yang tinggi dalam subjek Matematik. Beliau cekap melakukan kira-kira serta bijak menyelesaikan masalah Matematik terutamanya soalan yang melibatkan operasi tambah dan tolak. ANUGERAH CEMERLANG PINTAR SOSIAL Tuan Muda Muhammad Umar Razin Bin Muhammad Nor Anugerah ini diberikan kepada Tuan Muda Umar mudah mesra dan pandai berkomunikasi dengan rakan-rakan. Beliau juga tidak kekok untuk memulakan perbualan atau menyapa rakannya tidak kira usia. Oleh kerana itu, ramai rakan-rakan suka berkawan dengan beliau. SENARAI PENERIMA ANUGERAH 6 MUTIARA 10


ANUGERAH CEMERLANG KINESTETIK DAN CERGAS FIZIKAL Tuan Muda Iman Iskandar bin Muhamad Suffian Anugerah ini diberikan kerana beliau menunjukkan kecemerlangan dalam aktiviti di luar bilik darjah. Beliau didapati begitu bersemangat dan cergas melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakkan anggota badan seperti sukan dan riadah. Koordinasi motor kasar dan motor halus yang cekap membolehkan beliau mudah menerima ilmu baru sekiranya terdapat aktiviti pergerakkan diselitkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. ANUGERAH CEMERLANG MUZIK DAN ESTETIKA Tuan Muda Muhammad Muhriz bin Mohd Izzuddin Anugerah ini diberikan kepada Tuan Muda Muhriz kerana beliau menunjukkan bakat dan minat yang luar biasa terhadap muzik dan seni tarian. Beliau berupaya mengingati rentak dan rima mengikut melodi yang betul. Beliau juga berupaya menyanyikan lagu dengan sebutan yang berul dan jelas. SENARAI PENERIMA ANUGERAH 6 MUTIARA 11


SENARAI PENERIMA ANUGERAH 6 MUTIARA 12 ANUGERAH SAHSIAH CEMERLANG Cikpuan Muda Nur Zinnirah binti Syafiq Zharfan Anugerah ini diberikan kepada Cikpuan Muda Zinnirah kerana beliau seorang yang baiki budi pekerti serta mempunyai sifat empati yang tinggi. Sikapnya yang mudah bertolak ansur disenangi oleh para guru dan rakan-rakan. Bukan itu sahaja, beliau seorang yang berintegriti tinggi dan pandai menghormati rakan-rakan dan guru. ANUGERAH CEMERLANG SENI DAN KREATIF Tuan Muda Nik Muhammad Nazhan bin Nik Nasyram Anugerah ini diberikan kerana beliau telah mempamerkan bakat yang cemerlang dalam seni visual & kreativiti. Karya yang dihasilkan oleh beliau begitu kreatif dan menarik. Aktiviti melukis dan mewarna dapat memberi kepuasan dan kegembiraan kerana beliau dapat mengekspresikan idea melalui hasil karya seni.


Cikpuan Muda Farha Aaira binti Sharuddin Tuan Muda Habib bin Khairul Anuar Cikpuan Muda Hani Nurnajah binti Najib Cikpuan Muda Maryam Jameela binti Mohd Iqbal Tuan Muda Muhammad Adam Harith bin Muhammad Hafiz Tuan Muda Muhammad Al Fateh bin Ahmad Tuan Muda Muhammad Ammar Al Fateh bin Daud Saiba Tuan Muda Muhammad Nabihan bin Muliadi Cikpuan Muda Nia Syifaa binti Mohamad Shafian Cikpuan Muda Nuha Mikayla binti Muhammad Ridzuan Cikpuan Muda Nur Aafiyah binti Abdul Rahman Tuan Muda Tengku Aidan Waiz bin Tengku Shamsul Bahrin Tuan Muda Yusuf Abdullah bin Ismail 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. SENARAI MURID 5 BERLIAN 13 Tuan Muda Muhammad Amjad Hafiz bin Amiruddin Cikpuan Muda Nuhaa 'Irfaana binti Azmy Cikpuan Muda Nur Aisyah Zulaikha binti Asmadi Cikpuan Muda Nur Ayra Medina binti Hisyam Juwaidi Cikpuan Muda Nur Iman Sofea binti Mohamad Zairi 1. 2. 3. 4. 5. SENARAI MURID 5 CEMPAKA


Tuan Muda Ahmad Zahin bin Noor Izwan Cikpuan Muda Aufa Aafiyah binti Amirul Tuan Muda Firas Arham bin Norfaidhi Akram Cikpuan Muda Husna Maisarah binti Norfaidhi Akram Tuan Muda Muhammad Adam Hafiy bin Muhammad Haffizan Tuan Muda Nur Aleesha Ammara binti Agus Susanto Tuan Muda Rafiqi Aidan bin Muhammad Riduan Cikpuan Muda Safiyah Hannani binti Abdul Rahman 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. SENARAI MURID 4 INTAN 13 Cikpuan Muda Ain Soraya binti Muhammad Arif Cikpuan Muda Ayra Medina binti Mohamad Yazid 1. 2. SENARAI MURID 4 DAHLIA Cikpuan Muda Aisyah Mawaddah binti Akmal Cikpuan Muda Naura Arissa Zaheera binti Mohd Azuan Tuan Muda Muhammad Aidzin Rizq bin Zalizan Tuan Muda Muhammad Harraz bin Mohd Hasrul Cikpuan Muda Irdina Izzzahrah binti Mohd Rashidi 1. 2. 3. 4. 5. SENARAI MURID PROGRAM PETANG


Jawatankuasa Pelaksana Hari Apresiasi Bakat & Graduasi 2023/2024 Tadika Tunas Hikmah, Muar Dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan anak-anak tadika yang terlibat dalam menjayakan program ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan khusus untuk Encik Muhamad Irfan bin A Rahman kerana sudi merakam potret kenangan anak-anak tadika. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu-bapa budiman yang telah memberi sumbangan seikhlas hati bagi memeriahkan lagi majlis ini. Semoga diberkati Allah S.W.T dan bertambah-tambah rezekinya. SEKALUNG PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version