Alam Sekitar
Penenang Jiwa
Nama: Nur Hamizah Binti Hashim
Siti Nurlaili Munirah Binti Mohd Azlan
Kelas: 5um
Penularan Wabak Penyakit Berjangkit
Definisi Penyakit:
Keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan kepada orang
yang terbibit atau berhubung rapat dengannya.
Defenisi Penyakit Berjangkit:
• Penyakit berjangkit berlaku disebabkan jangkitan daripada patogen secara lansung atau
melalui medium dan vektor.
• Penyakit ini boleh berpindah daripada seorang individu kepada individu lain.
• Penyakit ini boleh merebak kepada orang lain melalui udara, air, dan sentuhan.
01
Koronavirus
(Covid-19)
Koronavirus (Covid-19)
Definisi:
▪ Virus yang menyebabkan pelbagai penyakit daripada
selesema sehingga ke penyakit lebih teruk seperti
MERS-CoV (Middle East Respiratory Syndrome) dan
SARS-CoV (Severe Acute Respiratory Syndrome).
Gejala Jangkitan: Bagaimana penyakit ini merebak?
▪ Deman • Sentuhan pada permukaan yang dicemari virus.
▪ Batuk • Kebanyakan berjangkit daripada individu ke
▪ Sukar bernafas
▪ Cirit birit individu lain melalui virus yang dilepaskan apabila
seseorang yang dijangkiti batuk atau bersin.
Langkah-langkah pencegahan:
• Kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau sanitizer.
• Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter daripada individu
bergejala seperti demam, batuk dan bersin.
• Sentiasa memakai pelitup muka ketika keluar rumah.
• Tutup mulut dan hidung menggunaan tisu apabila batuk atau
bersin.
02
Influenza A
(H1N1)
Penyakit Influenza A (H1N1)
Definisi
Sejenis penyakit yang berjangkit melalui saluran
pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A.
Apakah gejala/tanda-tanda jangkitan virus ini?
Demam, batuk, sakit tekak, selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan
lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.
Siapakah golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti?
Golongan berisiko tinggi terdiri daripada kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung
dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis
(diabetes).
Langkah-langkah mengelakkan jangkitan:
• Menutup mulut dan hidung dengan tisu/ sapu tangan ketika bersin.
• Membasuh tangan dengan sabun selepas batuk dan bersin atau
selepas menyentuh permukaan tercemar.
• Tingkatkam imuniti badan melalui pemakanan sihat dan
pengambilan vitamin.
• Minum minuman suam bagi melegakan sakit tekak dan batuk.
• Pakai penutup mulut dan hidung (mask) untuk mengelakkan
jangkitan influenza.
03
Leptospirosis
(Kencing tikus)
Leptospiroso (Kencing Tikus)
• Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria spirochete,
iaitu spesies leptospira interrogans. Ia merupakan penyakit bawaan zoonotik kerana
manusia biasanya mendapat jangkitan ini daripada haiwan terjangkit (infected animals)
contohnya tikus.
Cara jangkitan kencing tikus:
Manusia boleh dijangkiti melalui:
• Terdedah secara langsung dengan air yang tercemar oleh air kencing haiwan terjangkit.
• Mengambil makanan atau minuman yang tercemar oleh air kencing haiwan terjangkit.
Punca penyakit:
Bakteria Leptospira boleh wujud pada kelawar, biri-biri, anjing, tikus, kuda, lembu, kerbau,
dan sebagainya. Bakteria yang berada pada buah pinggang haiwan ini akan dibuang melalui
air kencing serta akan menjangkiti tanah atau bekalan air.
Langkah-langkah pencegahan:
• Menjaga kebersihan persekitaran / premis, premis makanan dan tempat rekreasi agar bebas
daripada tikus dan haiwan perosak yang lain. Sampah dan sisa makanan perlu dibuang
secara sempurna ke dalam tong sampah.
• Elakkan daripada melakukan aktiviti riadah di tempat yang berpotensi dicemari seperti
berkelah dan berenang di kolam / sungai yang tidak diselenggara dengan sempurna. Elakkan
daripada berenang atau bermain air di kawasan air bertakung atau saliran air / sungai yang
perlahan.
• Elakkan daripada minum air sungai / kolam yang tidak dimasak.
Sekian Terima
Kasih!