The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emlyfiona, 2022-07-03 10:50:22

ELVYANNA EMMY FIONA HUTASOIT - D20211099620

E-FOLIO

Topik 1 – Organisasi dan Kepimpinan

Apa itu organisasi?
Organisasi merupakan sebuah pentadbiran yang melibatkan pelbagai pihak dalam sesebuah
kumpulan untuk membincangkan tentang perkara-perkara yang tertentu. Badan-badan yang
terlibat dalam sesebuah organisasi adalah pertubuhan kerajaan, parti politik, pelbagai institusi
dan sebagainya.

Apa pula kepimpinan?
Kepimpinan merupakan suatu perlakuan yang mempengaruhi individu lain supaya mengikuti
arahan orang memimpin bagi mendapatkan sesuatu kebaikan atau matlamat yang perlu
dikecapi (Bush & Middlewood, 2005; Baldoni, 2012).

Perbezaan pemimpin dan pengurus
- Pemimpin akan membawa perubahan dalam sesebuah kumpulan
- Pengurus pula akan mengekalkan nilai seperti kecekapan dan keberkesanan sesebuah
pentadbiran (Cuban, 1988).

Pengetua memainkan peranan yang amat besar kerana peranan seorang pengetua ialah sebagai
seorang pemimpin dan juga pengurus. Pengetua juga menggalas tanggungjawab yang besar
dimana beliau akan mengurus segala pengurusan sekolah sama ada baik atau tidak berada di
bawah pantauan beliau.

Kepentingan Organisasi Dalam Sesebuah Sekolah
- Pengurusan sekolah dapat berjalan dengan baik.
- Pentadbiran sekolah akan diketuai oleh pengetua, diikuti oleh penolong kanan
pentadbiran, penolong kanan petang, penolong kanan hal ehwal murid, kaunselor dan
penolong kanan kokurikulum.
- Penolong Kanan Pentadbiran serta Penolong Kanan Petang akan menguruskan
bahagian pentadbiran dan bahagian kurikulum.
- Bahagian kurikulum terdiri daripada pusat sumber dan guru kanan matapelajaran dan
dibawahnya ketua panitia matapelajaran. Penolong kanan hal ehwal murid akan
menguruskan bahagian disiplin, pendaftaran pelajar, kantin dan SPBT.

- Penolong kanan kokurikulum akan menguruskan bahagian sukan, kelab dan unit
beruniform.

Peranan Setiap Ahli Dalam Sesebuah Organisasi
Pengetua

- Bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan
pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran.

- Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah serta
bertanggungjawab dalam mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agen-
agensi luar.

Penolong kanan
- Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya
- Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan
masyarakat dan keselamatan serta membantu pengetua menyelia dan menilai proses
pengajaran.

Kaunselor
- Membantu pelajar untuk memahami dirinya dengan hubungan dunia sosial dan
psikologi pelajar mengikut situasi yang sedang mere hadapi.

Gaya Kepimpinan
- Autokratik ialah seseorang pemimpin yang mementingkan pelaksanaan tugas.
Pimpinan ini menggunakan sumber kuasa formal dan pemimpin yang mengamalkan
gaya ini akan membuat keputusan berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan
memastikan arahan itu dipatuhi.
- Demokratik ialah pemimpin akan memberi peluang kepada setiap ahli organisasi
untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Gaya
kepimpinan ini juga dikenali sebagai pimpinan yang menggalakkan kesemua
kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya
- Laissez-Faire adalah pemimpin yang memberi kebebasan dan unsur-unsur kawalan
serta memberi ruang untuk individu supaya lebih kreatif dan kritis. Pemimpin juga akan
membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya dan berperanan sebagai

pemerhati senyap. Dalam pengurusan di sekolah, cara ini boleh diamalkan tetapi tidak
kepada semua guru dan staf.
- Kontigensi iaitu kepimpinan ini adalah berdasarkan situasi. Situasi yang berbeza akan
ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang
bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih
efektif.
- Instruksional iaitu pemimpin akan menyediakan sumber keperluan organisasi dan
memberi penekanan dalam memantau kerja yang dapat memperbaiki mutu kerja, sikap
dan menyelesaikan masalah. Gaya kepimpinan ini boleh diukur melalui pencapaian
matlamat dan kesejahteraan anggota.

Kesimpulannya, organisasi dan kepimpinan adalah penting dalam pengurusan pentadbiran di
sekolah. Tanpa organisasi yang teratur dalam sesebuah sekolah, pengurusan pembelajaran di
sekolah tidak akan dapat berjalan dengan lancar. Dalam hal ini, pengetua merupakan ahli yang
terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah. Organisasi sekolah yang baik dapat
melahirkan suasana pembelajaran yang positif iaitu apabila setiap ahli dalam sesebuah
organisasi di sekolah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan teliti, lebih ramai
pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum dapat dilahirkan.

Rujukan

Jamil Adimin, (2012). Kepimpinan untuk pembelajaran: Belajar memimpin diri untuk

membawa perubahan. "Seminar nasional kepimpinan dan pengurusan pendidikan kali

ke-19, Institui Aminudin Baki, Kementerian Pelajaran

Malaysia. http://eprints.iab.edu.my/v2/426/1/10122014083 307.pdf

Kamus Online DBP. (2017). Organisasi dan Kepimpinan. Dalam laman sesawang Dewan

Bahasa dan Pustaka. Diperoleh pada November 24, 2021, daripada

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=organisasi+&d=175768&

Topik 2 – Pengurusan Murid

Pengurusan
Satu proses pengagihan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian,
pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang
diperlukan supaya objektif organisasi tercapai.

Apakah itu pengurusan murid ?
Pengurusan murid merupakan bidang penting di sekolah. Ia juga merupakan proses-proses
yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan
program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta
pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.

Proses pengurusan murid terdiri daripada :

• Perancangan (planning)
• Pengelolaan (organising)
• Pentadbiran atau memimoin (leading)
• Pengawalan atau pemulihan (controlling)

Elemen Yang Penting Dalam Pengurusan Murid

1. Pengurusan Rekod Murid

Contoh aplikasi penting dalam membantu guru untuk mengurus data dan maklumat dengan
sistematik.

- Educational Management Information System Online (EMIS)
- Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
- Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
- Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Jenis Rekod Murid
- Rekod Profil
- Rekod Prestasi
- Rekod kedatangan

- Rekod pendaftaran
- Rekod yuran kutipan

Tujuan
- Menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek
- Sebagai panduan guru
- Memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
- Panduan kepada pelajar untuk mengetahui potensi diri
- Sebagai panduan ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kelebihan anak-anak
mereka

2. Kesediaan belajar
Kesediaan belajar bermaksud keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk
mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman yang baru.

- Kesediaan kognitif – Kesediaan Mental untuk menerima, memahami dan berfikir
- Kesediaan efektif – sikap, keinginan, ketekunan, perasaan dan minat untuk menerima

pelajaran yang disampaikan
- Kesediaan psikomotor – Penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal

3. Memotivasikan Murid
Motivasi merupakan keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang
mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai
kejayaan. Jenisnya terdiri daripada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

Kepentingan Motivasi

• Memberi keyakinan kepada pelajar
• Menjelaskan tujuan yang ingin dicapai
• Menentukan ketekunan belajar
• Mendorong murid untuk bertindak

Cara memotivasikan murid
• Mewujudkan suasana kelas yang kondusif
• Menentukan sasaran pencapaian
• Melibatkan pelajar dalam aktiviti pelajaran dan pembelajaran
• Memberi ganjaran kepada pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat.

Jelaslah bahawa, Pengurusan murid memerlukan jenis rekod untuk menanda kedatangan,
mengenalpasti masalah dan sebagainya. Seterusnya guru perlulah mengambil berat akan
persedian murid untuk belajar dari segi kognitif, psikomotor dan afektif. Di samping itu juga,
guru haruslah memberi motivasi insrinsik dan motivasi ekstrinsik kepada pelajar untuk
meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Selain itu, guru haruslah menggunakan teknik yang
betul untuk proses pengajaran dan pelajaran (PdP) murid iaitu menggunakan teknik behavioris,
teknik kognitif dan teknik humanis. Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di
sekolah.

Rujukan

https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25490/1/Pengaruh%20motivasi%20dan%20kompetensi
%20terhadap%20perubahan%20pengurusan%20data%20murid%20di%20Sabah.pdf

Topik 3 – Pengurusan bilik darjah

Apakah itu pengurusan bilik darjah?
Pengurusan dan penyediaan tempat pembelajaran, dan pengajaran yang menyumbang kepada
kelancaran proses PdP yang lebih bermakna. Pengurusan fizikal bilik darjah dan bagaimana
seorang guru itu mematuhi apa yang sepatutnya melengkapi sistem di bilik darjah. Cara yang
digunakan untuk mengurus aktiviti PdP, susun atur keadaan fizikal & keadaan psikososial
dalam blik darjah. Satu bentuk pengurusan terhadap keadaan fizikal kelas, dan kawalan
pelajar/murid semasa PdP berlangsung.

Amalan Pengurusan Bilik Darjah

1. Mneggalakkan tingkah laku murid yang sesuai para guru perlu menjalinkan hubungan
interpersonal dengan murid

2. Perlu membentuk suasana pembelajaran yang positif
3. Pelajari tentang murid
4. Merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian

Pengurusan bilik darjah merangkumi aspek fizikal, psikososial, emosi, teknikal dan
kemanusiaan.

Masalah disiplin terbahagi kepada dua; Destruktif danDdiscuptif.

Peralatan di dalam bilik darjah ialah :

• Aturan meja berkumpulan
• Sudut kriteria kejayaan
• Jadual waktu kelas
• Jadual bertugas
• Peraturan bilik darjah
• Sudut hasil kerja pelajar
• Sudut maklumat
• Ruang santai
• Sudut air minuman

Pelajar menganggap bahawa sebuah bilik darjah itu seperti “rumah”. Sebagai seorang guru,
haruslah menitikberatkan pengurusan bolik darjah dengan sistematik dan teratut. Dengan itu,
guru juga haruslah menjadi teladan bagi para pelajarnya bagi memastikan disiplin mereka
terjaga sepanjang berada di dalam kelas. Penyusunan tempat duduk itu haruslah disusun dengan
baik dan adil agar tidak menjejaskan prestasi dan fokus pelajar di dalam bilik darjah.
Kebersihan, keselesaan dan keselamatan adalah penting untuk diambil kira dalam pengurusan
bilik darjah ini. Kesannya, pelajar akan berasa selesa dan ceria sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya tidak mengabaikan pengurusan bilik darjah
dan haruslah mematuhi segala peraturan yang sudah ditetapkan.

Topik 4 – Pengurusan Sumber

Pengurusan sumber memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi sekolah
dalam mencapai matlamat dan kecemerlangan bagi sesebuah sekolah. Pengurusan sumber yang
baik dan berkesan dapat memberikan banyak kebaikan terhadap para pelajar dan juga pihak
sekolah. Para pelajar akan menjadi lebih bersemangat untuk ke sekolah kerana sekolah mereka
mempunyai pengurusan sumber yang baik. Sebagai contohnya, pengurusan sumber adalah
seperti pusat sumber yang baik dapat menjadikan pelajar lebih berminat untuk terus ke pusat
sumber bagi mendapatkan bahan bacaan dan seterusnya dapat menambahkan lebih banyak ilmu
pengetahuan. Bagi topik pengurusan sumber ini, isi yang akan dibincangkan adalah mengenai
kepentingan pengurusan sumber, jenis-jenis sumber, objektif pusat sumber

1. Kepentingan Pengurusan Sumber

Kepentingan pengurusan sumber adalah bagi merangsang minat pelajar. Hal ini supaya
pelajar sentiasa berminat untuk ke pusat sumber. Selain itu, adalah bagi menyediakan
pengalaman sebenar dalam kalangan pelajar. Seterusnya pengurusan sumber adalah bagi
melibatkan pelajar belajar secara aktif. Hal ini kerana pembelajaran pelajar selalunya tertumpu
di dalam kelas sahaja. Oleh yang demikian bagi mengelakkan kebosanan dalam kalangan
pelajar, para guru juga boleh membawa murid-murid ke pusat sumber dan sebagainya. Di
samping itu, kepentingan sumber adalah bagi memberi peluang kepada untuk mencari
maklumat.

2. Fungsi Pengurusan Sumber

Fungsi pengurusan sumber adalah sebagai pusat profesional. Sebagai contohnya,
program yang dijalankan oleh pusat sumber dapat membantu para guru menambahkan pelbagai
pengalaman. Seterusnya adalah sebagai pusat perkembangan idea dan kreativiti. Hal ini kerana
dengan adanya pelbagai program yang dianjurkan oleh pusat sumber seperti program nilan,
minggu membaca dan sebagainya dapat meningkatkan kemahiran asas kepada pelajar.

Seterusnya dengan adanya pengurusan sumber, para pelajar dapat mengisi masa lapang seperti
membaca buku di pusat sumber dan seterusnya dapat pelbagai maklumat melalui pembacaan.

3. Objektif Pusat Sumber

Objektif pusat sumber yang utama adalah bagi membantu pelajar menggunakan bahan-
bahan pelajaran tambahan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, adalah bagi
menyediakan bahan bacaan yang berkualiti dan diperlukan oleh guru dan murid. Hal ini adalah
bagi memudahkan para pelajar dan guru mencari bahan bacaan tambahan. Seterusnya, objektif
pusat sumber adalah bagi memupuk dan menanamkan tabiat gemar membaca dan menyelidik.
Hal ini kerana, pelajar-pelajar pada zaman sekarang terlalu banyak terdedah dengan pelbagai
gajet di rumah semata-mata. jadi dengan adanya pusat sumber di sekolah, ini akan sedikit
sebanyak membantu para murid menjauhkan diri daripada penggunaan telefon pintar.

Kesimpulannya, pengurusan sumber di sekolah adalah penting bagi sesebuah organisasi di
sekolah supaya segala matlamat dan objektif sekolah dapat dicapai. Pusat sumber pula
memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan baik dan lancar. Pengurusan sumber di sekolah perlulah dimanfaatkan dengan baik oleh
semua warga di sekolah. Hal ini supaya segala kemudahan dalam pusat sumber dapat dirasai
oleh semua warga di sekolah.

Topik 5 – Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran (bilik darjah/makmal/studio/dll)

Bilik pembelajaran di sekolah seperti bilik darjah, makmal, studio dan sebagainya
merupakan sebuat tempat pembelajaran yang sangat penting bagi seorang guru. Tanpa
pengurusan bilik pembelajaran yang baik, seseorang guru itu boleh dikatakan tidak
menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Hal ini kerana bilik pembelajaran
merupakan medan perjuangan yang terpenting bagi seseorang guru melakukan tugas mereka
dengan penuh amanah dan dedikasi (Mohamad Johdi Salleh, 2009). Oleh itu, sebagai seorang
guru yang bertanggungjawab, bilik pembelajaran perlulah diuruskan dengan baik sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula. Hal ini supaya para pelajar berasa selesa dengan
keadaan semasa berada di dalam kelas dan boleh menumpukan sepenuh perhatian mereka
dengan baik semasa berada di dalam kelas. Di dalam topik strategi mengurus bilik
pembelajaran ini, saya akan mengupas dengan lebih lanjut tentang konsep pengurusan bilik
darjah, penyusunan bilik darjah, jenis bilik pembelajaran dan strategi dalam pengurusan bilik
pembelajaran.

1. Konsep pengurusan bilik darjah

Pengurusan bilik pembelajaran merupakan sebuah proses pengendalian, pengorganisasian dan
pengawalan pelajar di dalam kelas bagi memastikan suasana pelajaran di dalam kelas menjadi
menarik (Bosch, 2006). Suasana yang menarik di dalam kelas dapat menjadikan para pelajar
lebih menumpukan perhatian di dalam kelas dan berasa tidak mudah bosan. Menurut Sharifah
Alwiah Alsagof (1986), keadaan kelas yang baik akan mempengaruhi kekuasaan seorang guru
dalam sesuatu subjek yang diajarkan.

2. Penyusunan bilik darjah

Penyusunan di dalam bilik darjah adalah penting bagi memastikan murid-murid berada dalam
keadaan yang selesa. Penyusunan di bilik darjah termasuklah penyusunan melibatkan meja
guru serta kerusi dan meja murid. Kedudukan meja guru perlulah berada di hadapan bilik
darjah. Hal ini supaya para murid mudah untuk melihat guru di hadapan kelas dan sebagai
lambang guru seorang pemimpin terhadap murid-murid mereka. Kerusi dan meja pula perlu

diatur oleh guru mengikut keadaan murid-murid. Kebiasaannya, para murid boleh disusun
tempat duduk mereka mengikut abjad nama atau susunan bercampur lelaki dengan perempuan.
Susunan bercampur lelaki dan perempuan dapat mengelakkan para murid bersikap nakal
bersama rakan mereka yang sesama jantina. Guru juga boleh memisahkan kedudukan pelajar
bersama rakannya yang sering bersembang di dalam kelas supaya tidak mengganggu ketika
guru sedang mengajar.

3. Jenis bilik pembelajaran

Bilik darjah tradisi - mempunyai kerusi dan meja yang disusun secara sebaris. Aktiviti
melibarkan fizikal murid jarang digunakan menyebabkan murid menjadi pasif.

Bilik darjah terbuka - dijalankan secara berkumpulan atau individu di beberapa tempat di bilik
darjah secara serentak

Bilik darjah bercantum - terdiri daripada murid-murid yang belainan usia. Kebiasaannya,
aktiviti pembelajaran ini digunakan di kawasan terpencil dengan penduduk yang tidak ramai.

Bilik darjah prasekolah - terdiri daripa kanak-kanak berusia 4-6 tahun. Akhir sekali adalah bilik
darjah. Rumusannya, terdapat pelbagai jenis bilik pembelajaran yang telah disediakan oleh
pihak sekolah mengikut kesesuaian peringkat umur dan pelajar itu sendiri.

Kesimpulannya, pengurusan bilik pembelajaran perlulah mempunyai strategi yang baik. Hal
ini supaya pelajar-pelajar di sekolah berasa selesa dengan susunan yang telah dilakukan oleh
guru di sekolah. Guru-guru pula perlulah mengenal pasti terlebih dahulu strategi apakah yang
baik untuk para pelajarnya dalam penyusunan bilik pembelajaran. Pengurusan bilik
pembelajaran yang baik akan mempengaruhi keberkesanan emosi murid ketika di dalam kelas.
Mereka tidak akan mudah bosan dengan suasana kelas sekiranya kelas mereka dalam keadaan
yang ceria dan bersih. Kesannya, mereka akan menjadi lebih fokus di dalam kelas ketika sesi
pdp berlangsung.

Rujukan

http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

Topik 6 – Pengurusan tingkah laku dan disiplin

DISIPLIN - Latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh
pada tatatertib.

TINGKAH LAKU - Perbuatan atau tindakan yang dilakukan oleh seseorang individu yang
boleh diperhatikan, dilihat dan diukur.

Konsep asas pengurusan disiplin & tingkah laku :

• perancangan yang teratur dan teliti
• penentuan individu atau kelompok yang mempunyai masalah tingkah laku
• penggunaan kaedah intervensi yang efektif
• pentaksiran secara objektif

Faktor yang mendorong kepada masalah disiplin dalam kalangan pelajar adalah :

1. Faktor ibu bapa
2. Faktor rakan
3. Faktor diri sendiri
4. Faktor guru
5. Faktor laman sosial

Garis panduan yang perlu dipatuhi oleh guru termasuklah :

1. Kewujudan SSDM
2. Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959
3. Surat Pekeliling Khas

Cabaran dalam mendisiplinkan pelajar di sekolah :

• Cabaran pematangan pelajar
• Cabaran kritikan ibu bapa
• Cabaran pengawas

Langkah mengurangkan masalah disiplin :

• Ceramah
• Tindakan hukuman
• Pendidikan keselamatan
• Kerjasama semua pihak
• Peranan pihak kaunseling
• Konsep sekolah penyayang

Masalah disiplin dan tingkah laku merupakan masalah yang sering dihadapi dalam
sesebuah sekolah. Dalam hal ini, masalah buli juga semakin berleluasan dalam negara ini.
Masalah disiplin memang akan mengancam keselamatan di dalam kelas dan di sekolah. Oleh
itu, pengurusan disiplin dan tingkah laku pelajar haruslah dijalankan dengan baik untuk
menjamin ketenteraman sekolah. Guru-guru seyogianya mematuhi peraturan yang direncana
sebagai garis panduan bagi memudahkan pengurusan disiplin pelajar. Akhirnya, pengurusan
disiplin dan tingkah laku perlu dilakukan dengan baik dan berkesan bagi melahirkan pelajar
yang berdisiplin dan berhemah tinggi.

Rujukan
http://asyraffngasri.blogspot.com/2018/12/tajuk-9-pengurusan-tingkah-laku-dan_11.html

Topik 7 – Pengurusan Penasihatan Murid

Penasihatan murid secara dasarnya harus dikuasai oleh semua guru di sekolah sebagai strategi
menyelesaikan masalah terutama berkaitan hal murid.

Kaunseling merupakan interaksi antara kedua pihak iaitu kaunselor dan klien atau pelajar yang
berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka.

Penasihatan merupakan proses menasihati individu dan kumpulan tanpa memikirkan perasaan
individu tersebut.

Peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah :

• Pembangunan sahsiah diri murid
• Peningkatan disiplin diri murid
• Perkembangan kerjaya
• Program psikososial

Langkah yang boleh dilakukan dalam proses bimbingan kaunseling :

1. Proses membina hubungan antara kaunselor dan klien
2. Proses penstrukturan
3. Proses penerokaan masalah
4. Proses memilih alternatif penyelesaian dan tindakan
5. Proses penamatan dan susulan

Fungsi PRS :

• Menjadi peninjau kepada kaunselor atau guru bimbingan dan kaunseling
• Menjadi peka terhadap perasaan orang lain dan keadaan persekitaran
• Membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam menjalankan tugas bimbingan dan

penasihatan di sekolah
• Menjadi penghubung antara rakan dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
• Memberi sokongan , dorongan dan galakan kepada rakan untuk membuat perkara yang

positif
• Mendengar dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa

Kriteria dalam pemilihan PRS :

1. Mempunyai minat dan komitmen dalam membantu diri dan rakan
2. Mempunyai ciri serta personaliti PRS
3. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan
4. Berketerampilan dalam kurikulum mahupun ko-kurikulum

Dalam sesebuah sekolah, pengurusan bimbingan kaunseling dan penasihatan sememangnya
merupakan satu aspek yang dominan. Guru-guru yang cemerlang bukan sahaja cemerlang
dalam pengajaran tetapi juga mempunyai kemahiran kaunseling. Hal ini dikatakan demikian
kerana guru hendaklah sentiasa memerhati keadaan setiap pelajar dan membantu pelajar yang
menghadapi masalah. Guru kaunseling memainkan peranan yang penting dalam pengurusan
bimbingan dan penasihatan serta harus melakukan tugas kaunseling kepada pelajar yang
memerlukan. Kadang kala kaunseling bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga guru-guru yang
menghadapi masalah juga boleh mendapat kaunseling dan penasihatan yang sewajarnya.

Rujukan
https://elmargi.blogspot.com/2016/08/70-faktor-menyumbang-masalah-tingkah.htm

Topik 8 – Pengurusan Pelbagai Budaya

Pengurusan pelbagai budaya merupakan kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas
yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya.

Cabaran yang wujud dalam pelbagai kaum di sekolah :

1. Kesukaran untuk berkomunikasi antara pelajar berlainan kaum
2. Sukar mewujudkan persefahaman antara pelajar
3. Jumlah pelajar yang ramai menyukarkan guru memberikan fokus sepenuhnya dalam

pengurusan pelbagai budaya

Tujuan utama pengurusan pelbagai budaya yang disematkan dalam setiap sekolah :

• Mendedahkan kepada para pelajar untuk memahami dan mengenal akan kepelbagaian
budaya

• Mewujudkan masyarakat yang saling hormat-menghormati di antara satu sama lain
• Mewujudkan kesedaran tolerensi, pemahaman dan pengetahuan di kalangan pelajar

yang berbilang bangsa dan budaya.

Kesimpulannya, pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam membantu para murid
dalam proses pembelajaran mereka. Selain ibu bapa, guru merupakan ibu bapa yang kedua
kepada setiap pelajar semasa mereka di sekolah kerana mereka bertanggungjawab dalam
menjaga dan mendidik membentuk setiap pelajar mereka menjadi insan yang berguna pada
masa akan datang.

Topik 9 – Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Pengurusan merupakan proses pengagihan input-input dengan cara merancang,
mengorganisasi, mengarah dan mengawal bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

Pendidikan khas adalah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak yang berkeperluan
khas.

Ciri-ciri murid berkeperluan khas di sekolah :

• Autisme
• Epilepsi
• Pintar cerdas dan berbakat
• Lembam
• Cerebral Palsy
• Akalculia
• Dsleksia
• Disgrafia
• Sindrom Down

Tujuan pengurusan murid berkeperluan khas :

1. Merupakan salah satu cabang pengurusan murid pelbagai upaya.
2. Murid-murid disediakan satu program yang khusus berbanding dengan murid-murid

lain kerana mereka ini mengalami masalah perkembangan fizikal, mental, emosi, dan
sosial.
3. Melalui program yang disediakan, terdapat pelbagai pendekatan, rancangan
pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid khas ini bagi
mencapai objektif yang ditetapkan di sekolah aliran perdana dapat dicapai.

Cabaran guru pendidikan khas dalam membantu perkembangan murid berkeperluan khas :

1. Tahap Kompetensi Guru
2. Sokongan Ibu Bapa yang Terhad
3. Keterasingan Program Pendidikan Khas dalam Sistem Pendidikan

4. Komitmen sebagai Guru Pendidikan Khas
5. Kurang Pengalaman dan Pengetahuan Mengurus Bilik Darjah
6. Kemudahan Prasarana dan Infrastruktur yang Terbatas

Konsep pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas ialah :

Murid Pendidikan Khas adalah golongan istimewa dan begitu juga dengan guru yang
mengajar golongan-golongan ini kerana mereka semestinya mempunyai kemahiran yang
istimewa dalam menguruskan hal-hal mereka. Jadi, setiap sudut diambil kira bagi mengambil
kira aspek keperluan dan keistimewaan golongan ini.

Kaedah dan strategi untuk membantu murid-murid pendidikan khas :

• Kaedah tunjuk cara
• Kaedah simulasi
• Kaedah bercerita
• Kaedah kolaboratif
• Kaedah penyelesaian masalah

Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pelbagai upaya perlulah diberikan perhatian dan
diberikan peluang yang luas sama seperti pelajar-pelajar yang normal. Mereka juga perlulah
mendapat pendidikan yang sesuai dengan kelebihan mereka supaya bakat mereka boleh digilap
dengan sebaiknya. Pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang
sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang sesuai untuk
mereka mencapai potensinya. Namun, kanak-kanak yang pintar tidak perlulah diasingkan
antara satu sama lain kerana interaksi sosial antara pelajar-pelajar ini tidak dapat berlaku dan
mereka tidak akan mempunyai pengalaman dalam berinteraksi dengan orang-orang yang
mempunyai kelainan upaya. Seorang guru juga perlulah melayani murid-murid mereka secara
adil dan sama rata supaya mereka tidak rasa disisihkan dan dapat menjatuhkan imej profesion
keguruan.

Topik 10 – Sekolah dan Persekitaran

Sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar di samping tempat untuk menerima
dan memberi pelajaran Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),

Persekitaran atau "nature" ialah segala ransangan yang mempengaruhi perkembangan
seseorang individu menurut Rahil dan Habibah (2002),

FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN SEKOLAH

Sekolah Pihak Luar Hubungan Antara Faktor

Pihak pentadbir Sekolah Kelas sosial

Guru Ibu bapa Etnik

Murid Komuniti dalam masyarakat Jantina

Tindakan pihak guru untuk menjadikan hubungan sekolah dengan PIBG sentiasa harmoni dan
terjalin

1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dari segi akademik dan
kokurikulum

2. Sentiasa menjaga kebajikan murid misalnya Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) dan
biasiswa

3. Menjayakan aktiviti dan program Pendidikan miasalnya program kecemerlangan
akademik, program bacaan harian di sudut bacaan dan seminar Teknik menjawab

Langkah bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang dapat membangkitkan motivasi pelajar
dalam pengurusan sekolah dan persekitaran :

1. Mewujudkan taman bunga di sekolah
2. Mengadakan pertandingan keceriaan kelas
3. Mengecat semula bangunan sekolah

Persekitaran kondusif
- Kondusif bermaksud sesuai
- Persekitaran kondusif di sekolah merupakan tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil
bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran

Ciri-ciri persekitaran sekolah yang kondusif :

• Bersih
• Ceria
• Teratur
• Tarik perhatian pelajar
• Motivasikan pelajar
• Lengkap dengan bahan bantu mengajar
• Ada ruang untuk tingkatkan potensi pelajar

Cara memastikan persekitaran sekolah lebih kondusif :

1. Menjalankan program 3K
2. Menambahbaik kemudahan yang sedia ada
3. Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat

Cara pihak sekolah mengukuhkan hubungan yang baik dengan pihak luar sekolah :

• Mengadakan aktiviti gotong-royong perdana
• Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa untuk membincangkan prestasi pelajar
• Menjalankan aktiviti riadah di kawasan kediaman antara masyarakat dan guru yang

tinggal di kawasan tersebut
• Menjemput para ibu bapa hadir mesyuarat PIBG
• Mengadakan aktiviti sukarela di sekitar kawasan komuniti masyarakat yang disertai

oleh pelajar sekolah
• Mengadakan program bersama dengan beberapa agensi dan NGO untuk memberikan

pendidikan dan kesedaran yang berkaitan.

Rujukan
https://sekolahdanpersekitarankini.blogspot.com/2019/10/pergi-sekolah-setiap-hari.html

Topik 11 – Pengurusan Alam Pembelajaran

Pengurusan alam pembelajaran

Proses pembelajaran yang merupakan unsur penting dalam pembelajaran. Pengurusan
pembelajaran haruslah dilakukan dengan cekap demi memastikan proses pengarajan dan
pembelajran di dalam kelas tercapai objektifnya. Pengurusan alam pembelajaran merangkumi
segala persediaan seperti persediaan suasana belajar yang kondusif serta berperanan dalam
meningkatkan prestasi dan minat pelajar. Hal ini demikian dapat dikaitkan dengan
kepelbagaian kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Pelajar akan lebih tertarik untuk
belajar apabila guru menggunakan alat bantu mengajar dan teknik mengajar yang bersesuaian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Fasa dalam pengajaran dan pembelajaran

- Pra perancangan iaitu guru perlulah mempunyai gambaran mental mengenai
keseluruhan pengajaran.

- Perancangan aktif dimana guru perlu menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH),
menyediakan nota, membina power point serta memastikan peralatannya masih
berfungsi dengan baik dan sesuai digunakan.

- Perancangan semasa, iaitu guru perlu mendapat maklumbalas tentang tahap kefahaman
pelajar, mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa serta mengulangi
pelajaran yang lepas.

- Pasca perancangan. Guru perlu menyedari kelemahan pengajaran, mengesan kekuatan
pengajarannya dan membuat catatan tentang perubahan yang perlu dilakukan untuk
pengajaran yang seterusnya.

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengurusan alam pembelajaran yang
berkesan yang dilaksanakan oleh guru-guru untuk menarik perhatian para pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pemerhatian menunjukkan pelajar tidak menumpukan
sepenuh perhatian dan mudah berasa bosan sewaktu sesi pembelajaran dijalankan. Sebaliknya,
jika ada pelajar yang tidak mempunyai minat sewaktu pengajaran dan pembelajaran akan
menyebabkan masalah kepada semua murid. Justeru itu, pelbagai kaedah dan teknik mengajar
diketengahkan dan digunakan untuk menangani masalah tersebut serta memastikan segala

pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan jelas. Oleh itu, pengurusan alam
pembelajaran perlu dititikberatkan oleh para guru supaya minat pelajar dapat dipupuk dengan
mudah sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.

Rujukan

Raedah Md Amin. (2013). Pengurusan pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah
kebangsaan di zon bandar daerah Kota Tinggi. Universiti Teknologi Malaysia.
http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

Tajuk 12 : Interaksi Dalam Pembelajaran

Definisi

Interaksi merupakan hubungan atau aksi dua hala yang melibatkan dua pihak atau lebih.
Sebagai contohnya, interaksi boleh berlaku antara pelajar dan guru.

Pembelajaran merupakan proses seseorang pelajar memperoleh kefahaman dan mengubah
kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari itu (Murphy & Alexander, 2006).

Interaksi dalam pembelajaran adalah komunikasi yang berlaku dalam proses pembelajaran
yang melibatkan pelbagai skop. Selain itu, ia menekankan bahawa interaksi sosial membentuk
realiti. Manusia memainkan peranan yang mereka telah pilih dan sesuai mengikut situasi.

Jenis-jenis interaksi dalam pembelajaran

Interaksi sehala merupakan interaksi yang sering berlaku dalam pembelajaran. Ia melibatkan
interaksi antara guru dan pelajar serta ianya pasif. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar
mendengar dan menerima ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru secara penerangan
semasa guru mengajal di dalam kelas sahaja. Contohnya, pelajar mendengar dan mencatat
segala penerangan yang diberikan oleh guru tanpa bertanyakan soalan kepada guru. Interaksi
seperti ini amatlah berkesan jika guru mahu memulakan sesuatu pelajaran/topik pengajaran
yang baru.

Interaksi dua hala merupakan percakapan dua hala antara guru dan pelajar dimana guru
menanyakan soalan kepada para pelajar dan pelajar perlu menjawab soalan tersebut. Bukan itu
sahaja, ia juga dikatakan interaksi dua hala ketika pelajar Selain itu, pelajar yang bertanyakan
soalan kepada guru ketika proses PdP juga merupakan interaksi dua hala dalam pembelajaran.

Interaksi kumpulan ialah interaksi yang melibatkan antara pelajar dengan pelajar dan guru
hanya menjadi fasilitator kepada para pelajar. Interaksi ini sering berlaku apabila terdapat kerja
berkumpulan seperti perbincangan dalam kumpulan. Sebagai contoh, guru akan
membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan di situ para pelajar akan berbincang
bersama ahli kumpulan mereka mengenai topik yang dipelajari.

Interaksi antara kumpulan dengan kumpulan lain pula tidak melibatkan penglibatan
seorang guru dan hanya akan berlaku semasa sesi pembentangan dilakukan. Sebagai
contohnya, apabila kumpulan pembentang melakukan pembentangan, maka ahli kumpulan lain
boleh bertanya soalan kepada kumpulan pembentang. Dengan adanya interaksi antara
kumpulan dalam pembelajaran, pelajar dapat berdikari dalam menyediakan sesuatu perkara
tanpa bantuan guru.

Cara mewujudkan interaksi yang berkesan

- Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik seperti menggunakan
bahan bantu mengajar yang kreatid dan inovatif dalam pembelajaran. Bahan bantu
belajar yang kreatif mampu menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam
pembelajaran. Tambahan pula, suasana pembelajaran dalam bilik darjah akan menjadi
lebih ceria dan kondusif. Oleh itu, dalam pembelajaran seperti interaksi antara guru dan
pelajar akan terbentuk dan sekaligus menjadikan proses PdP lebih berkesan.

Rujukan

https://ejournal.stitpn.ac.id/index.php/palapa/article/view/194/158


Click to View FlipBook Version